? ??????????????Last Beat? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??3401 Grabs Today. 6923 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Colorful Twist? ????? ?? ???Rating: 4.5 (66 Ratings)??2360 Grabs Today. 28501 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, July 5, 2011

titisnya air mata

hari khamis lepas aku ngn team majalah pergi ke Johor Bahru sempena Pencarian Chef. duk kt hotel horror tapi mewah kat dalam hehehe...ok ok laa hotel tu. lokasi pencarian chef kali ni adalah di Kempas.

aku sebenarnya nak pegi Batu Pahat. kenangan wooo tempat tu.yang tengok Summit, nak lalu Sri Gading dan nak singgah KuiTHHO. ters terbayangkan insan yang seiras Yasin Senario hahahahha lawak lawak...

ok berbalik pada tajuk kat atas, apa plak berair mata ni dengan lawaklawak kan. cengini...sehari selepas Pencarian Chef, kami ada lagi satu aktiviti iaitu aktiviti kerja amal bersama anak-anak istimewa yang cacat penglihatan.

masa dorang turun dari bas, aku masih lagi steady dan bawak dorang ke meja makan.masih lagi berupaya bercakap dgn dorang. tp selepas sumer duduk dan menunggu utk makan-makan...aku rasa nak pecah dada tahan sebak. tetiba tak leh tengok muka budak2 tu sumer. macam2 pikir...

cepat2 aku lari, tak nak bagi bos aku nmpk.kang kata aku tak buat keje, duk menangis je...penat wooo nak cover line tak nak bagi air mata menitik...

aku pegi laa buat2 belek beg laa, buat2 belek apa yang ada atas meja. tup tup budak tu kena buat persembahan. korang tau lagu apa dorang nyanyi? DI PONDOK KECIL....waaaaaaa...nape dik, nape....nape pilih lagu sedih2 macam ni.

pastu sambung plak lagu sedih lagi satu...huhuhu aku memang langsung tak dgr dah masa tu, mana tak nye air mata dah berjurai2...

lps tu, kitaorg kena layan budak2 ni makan. ayooo...aku ni dah laa air mata air hingus tgh laju keluar.mcm mana nak sendukkan dorang nasik? korang bleh bayangkan tak macam mana keadaan aku masa tu.

masa tengah melayan buh nasik, buh lauk tu banyak kali jugak aku tersasul. sll tercakap, "meh ibu buatkan"....ters macam terigt kan aleesya. yelah biasa buh utk aleesya. ayooo kenapa perlu ada asgmnt mcm ni?tsk tsk tsk...

lama jugak aku nak redakan sebak kat dada. yelah nak kena tgk dan layan kanak-kanak istimewa ni, aku rasa macam tugas berat sgt. aku tak leh tgk sumer ni. rancangan Bersamamu pun aku beria menangis, ni lagi laa real depan mata. ah tak yah ckp rancangan dalam tv, doktor tanya aku sakit apa bila aku g klinik pun aku dah jadi ratu air mata.

sesungguhnya aku rasa amat bertuah kerana dikurniakan deria penglihatan yang terang (walaupun terpaksa pakai spek) sbb bagi mereka yang hidup dalam kegelapan, tentu sukar utk mereka melalui setiap detik kehidupan. apatah lagi budak2. mereka amat amat perlukan bantuan untuk teruskan perjalanan mereka.

lebih menyedihkan lagi bila ada antara mereka anak yatim piatu. ya allah sungguh hebat dugaan kepada insan sekecil itu.aku rasa amat bertuah apabila dibndingkan dengan mereka.

ok ok aku rasa nak menangis dh sekarang. diharap nanti dh tak der asgmnt mcm ni. aku tak sanggup....

0 love purple: