? ??????????????Last Beat? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??3401 Grabs Today. 6923 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Colorful Twist? ????? ?? ???Rating: 4.5 (66 Ratings)??2360 Grabs Today. 28501 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, October 24, 2011

pegi tempat bakar lemak terhebat

dari parking nak masuk pintu utama, dh berpeluh-peluh ok dahi licin mak. itu belum lagi jalan, jalan dan jalan dalam zoo tu sehingga terbakar sumer lemak dalam badan. itu sumer pengorbanan mak pak nak bagi pendidikan tak formal kt anak.

kalau korang rasa boring pegi jogging kat taman tu sumer, silalah ke zoo negara ek. kadar peluh yang keluar hampir sama je. cuma kena sedia lah dalam 50 hinggit untuk tiket sahaja. mahal weh!

tahun ni saje dah dua kali pegi zoo. suka, ada aku kesahkan pegi bape kali. tapi ada jugak member aku kata zoo busuk. ah, memang laa busuk dah menatang dalam tu buang najis merata-rata. tapi kalau ko dh ada anak esok, baru ko tahu betapa pentingnya zoo ni.

lagi hepi bila tengok anak dh start lompat2 bintang dan tepuk tangan bila dia tahu nama haiwan tu. 

oh kali ni aleesya cuma lulus 3 ke 4 nama haiwan je, yang lain sumer dia merapu meraban. tak pe nak...nnt ibu ajar lagi...

 yang ni aleesya berjaya sebut 'pish'. pish pun pish laa aleesya. tapi dalam tu terselit jugak perkataan 'akut' hahahahahaha.

agaknya dia gerum tengok ikan yang sama panjang ngn dia. memang besar ok ikan kt situ.

aku cakap ikan tu agaknya dh tua kot, mungkin dh beratus-ratus umo dia. tapi incik fidi cakap, memang ada jenis ikan yang besar macam tu laaa. hahahaha nampak sangat otak aku otak kartun hehehe...


 eh nape ibu je yang nampak beria-ia? hahahahahha

 dah laa besar, buruk plak tu hehehehe...

takut oke tengok ikan-ikan ni. macam2 rupa. yelah biasa duk tengok ikan kembung, selar kuning, ikan merah je...sekali tengok macam ikan ni terus tak lalu makan.. erk...

 jakun bila jalan atas papan macam ni. siap jalan hentak-hentak kaki lagi...

teirngat dulu-dulu, rumah papan..kalau nak marah ke nak memberontak ke, terus jalan hentak-hentak kaki. lepas tu siap sedia laa abah ngn hanger baju. abah pantang anak dia buat macam tu.

dah tu, takkan aku nak kejar aleesya ngn hanger baju kt tengah-tengah zoo ni???

 nak oii, apesal hidung terlebih kembang ni? bagi kempis skit. nnt nak ngorat abang ensem jual eskrem kt depan tu.

 alamak, nape laa incik fidi amik gambar angel mcam ni..kan dah nampak kelebihan aku tu..

 incik fidi sedang memperdajalkan penguin.kesian aku tengok kepala penguin tu, sape suh ikut muncung payung tu.

 budak belengas....

 rasa macam dh kurus skit lepas balik dari zoo ni...tapi rasa je lah, bila timbang, pengsan jua!

 lakonan mantap dari puan pija.

padahal tak der ape pun dalam air tu...

 hamekko...angry bird dah sama besar ngn kepala sendiri.

beli dalam zoo paham2 je lah harganya berapa. aku memang tak nak beli sbb hari sabtu tu aku dah belikan sekor. pastu incik fidi plak duk tanya, aleesya nak tak...aleesya nak tak...

budak tu apa lagi, tepuk2 tangan laaa....

sepanjang jalan dalam zoo tu, dia langsung tak mo lepaskan bird ni.aku dah naik rimas sbb besar sangat, nak minum susu susah, nak tengok menatang lagiii susah..

 iskh iskh isk...

 cubaan membuat peace tidak berjaya. tak pe usaha lagi sehingga boleh buat dengan cemerlang hahahaha

 pacik gumuks.....eh bini dia pun gumuks jugak

burung flamingo ni jinak oke. ada yang siap jalan2 atas rumput tu...

oke laa dah penat taip....lagipun dh hbs gambar nak cerita. yang penting hujung minggu lepas, aleesya hepi sbb bleh jalan2...

masuk je kete terus ketiduran. penat sangat laa tu...

incik fidi minggu depan nak g mana plak? eh

0 love purple: