? ??????????????Last Beat? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??3401 Grabs Today. 6923 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Colorful Twist? ????? ?? ???Rating: 4.5 (66 Ratings)??2360 Grabs Today. 28501 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, February 28, 2011

aleesya nak berkepit jer 24 jam dgn.....

AYAH dia!!!!!!!
haish memang menduga keimanan betul sbb aper asal ayah dia bergerak skit n hilang dari mata dia mulalah melalak. hbs saper lagi yg kena pujuk..ibu dia jugak.

tapi kesian jugak kat incik fidi. tak leh bergerak langsung hahahahah....skrg incik fidi baru tahu ye perasaan i mcm mana sblm ni. huhuhuu rasa mcm best jugak bila aleesya asik berkepit ngn ayah dia.

ni sumer penangan aku kena g outstation laa. eleh baru tinggal 3 hari. itu pun dah nak merajuk sama ibu ye hehehe..semalam masa incik fidi keluar, aleesya bantai nangis sampai batuk2. korang yg ada anak sure tahu kan apa yang akan terjadi lepas tu klu nangis sampai batuk2?

muntah laaa.....jenuh nak berlap bagai....

dah dah lepas ni....jangan nak manja sangat. ibu babap kang...

Thursday, February 24, 2011

aloq setaq, tunggu i ye.....

esok aku kena pergi outstation ke aloq setaq. sian budak kecik kt umah tu, kena tinggal. tak pe sayang 3 hari jer. nnt hari ahad ibu balik laa

tapi mgkn budak kecik tu dh tahu kot aku kena outstation sbb skrg asal hntr kt pengasuh dia pagi2 dah mraung tak nak pergi. belum apa2 lagi....kt pintu umah aku dia dh meraung. itu belum sampai kat pintu umah pengasuh.

sblm ni ada sedikit risau sbb pengasuh aleesya cakap, dia nak kena pergi LCCT amik adik dia dari Sarawak. waktu dia pergi adalah tengah hari. OMG. lps tu aku tny laa dia nk tinggal kt saper budak2 ni? dia kata kat anak dia yang berumur 12 tahun itu. OMG sekali lagi..

dalam kepala terus macam2 pikir. bleh ke? klu aku tak pergi outstation, mst aku angkut sekali aleesya dtg opis. tp masa tu aku dah berada kat kedah.

tup tup pagi ni dia cakap adik dia tak jadi dtg esok, malam ni dh gerak dari sarawak. phewww lega, hbs satu masalah selesai.

skrg azam aku berada di alor setar adalah bekerja bersungguh-sungguh dan memperabiskan duit bonus hahahahahahahha

Wednesday, February 23, 2011

"itu adalah pengalaman mencemaskan"

cer teka sape yang cakap macam ni? sah laa korang susah nak teka kan sbb aku tak bagi any clue...

oke klu korang nak tahu itulah pengalaman budak-budak yang study kt mesir masa negara tu tgh bergolak. dorang ada datang kat opis aku ni. ada la dalam 6-10 orang.

aku sempat beramah mesra ngn sorang budak pompuan. ngn budak laki ai malu uols hahahaha. hempuk kang...

katanya dia stuck kt airport 4 hari. ngn makanan, duit tak der cer korang bayangkan. tp klu airport yang mcm KLIA tu haruslah tak kisah kan. ni airport di medan perang. mak tak sanggup noks.

klu bleh aku nk tny banyak lagi....tapi kan....kena buat story plak hahahaahha...ala lagipun dorang dtg kejap2 je ni. klu ada yang nak interview mgkn lps ni dorang bleh buat appoinment lain.

tapi kagum giler ngn budak2 ni sumer. dh laa jauh ngn mak bapak.. hurm,.....dorang pun tak tahu bila dorang nk kena pergi balik ke mesir tu. klu aku tunggu sumer dh selamat laa kan..

kisah mimpi aku

 semalam aku tido kemain banyak aku bermimpi. penat okeh nak igt balik bila bangun pagi hehehe (sebab kepochi nak cerita balik kt incik fidi)

mimpi pertama bila aku mimpi aku mengandung. AGAIN. hehehehe kerap sangat mimpi mengandung sejak dua menjak ni. apakah? hahahaha

apa yang menjadi best tu bila baru ngandung 3 bulan tapi dah rasa pergerakan baby. meriah btl. hahahahah. bila dah bergerak ke sini sana tu tetiba nak tunjuk laa kat incik fidi.

"ha, tengok2. perut syg terbonjol kat sini" bila jer incik fidi nak usap perut aku tetiba jadi macam gambar kat bawah ni.

 tangan baby bleh tetiba keluar dari perut aku n pegang tangan incik fidi gini. klu korang la, scary tak? hahahahahha

lepas tu sambung plak mimpi patah gigi. ha, yang ni betul2 scary. mulalah aku duk terbayangkan benda2 tak baik.gigi aku patah macam yang dalam gambar tu.

lepas jer patah depan tetiba plak gigi sebelah menyebelah tu jadi jarang-jarang. ohoho lagi scary.

pastu aku tersedar sbb katil aku dah basah. pampers aleesya bocor plak tengah2 malam. itulah saper suh minum susu banyak sangat. tak pasal2 ibu exercise malam2 buta amik kain batik buat alas. muahahahha

takkan laa aku nak tukar cadar malam2 buta. kesian plak kat pacik sebelah kena bangun segala bagai. jadi alas kain batik pun dah oke. hehehe

tak paham aku ngn orang yang bawak kete tak mementingkan keselamatan orang lain

ini lah kereta bedebah itu. haish tak paham sungguh aku. tengok kete dah besar, dah mahal tapi otak tada.

klu aku tak terror (eceh) mesti kete aku dah tercium divider ngn kete mahal ni sekali. part kete mahal tu, aku nak gesek biar calar super extreme. ha, hambik.

ada ke menonong jer masuk lorong orang. gunakanlah signal lip lap lip lap ko tu. syang sangat la tu.

oke pija....sabar-sabar. tarik napas. jangan duk marah sgt kt orang.....:)

Monday, February 21, 2011

korang pernah berpeluh sakan dalam tempat yg ber'air-con'?

 aku pernah...
bila?
semalam....

aduii memang mencabar sikit bila ada anak yg dah start melasak ni
baru aku paham ramai parents yg jarang bawak anak-anak keluar ke shopping complexs ke, taman ke, kedai ke hatta McD...klu tak mahu keadaan jadi haru biru duduk laa melepak kat rumah. kata home sweet home hehehe

tapi bleh jer klu nak keluar bawak anak2 makan angin, anggap le korang tengah berjogging 200 meter.giler tak, berpeluh mengalahkan orang jogging tau.

semalam mcm biasalah bawak budak kecik tu melawat kawasan kat alamanda. sian jugak kat dia sbb sabtu tu langsung tak keluar umah. 1 sbb incik fidi kerja, 2 sbb cuaca tak mengizinkan. bila petang , ujan jer.

 oooo....aleesya skrg dah kemaruk naik menda alah ni. ingat lagi dalam umo dia lebih kurang 9 bulan gitulah...punyalah penakut naik menda ini. bleh nangis lagi oke.

tapi skrg, asal nampak jer menda goyang-goyang ni, dia menangis jugak. tp menangis nak naik. klu tak dapat, merajuk. hish...anak saper lah ni.

 sayang....orang duduk atas kerusi dia tu, naper laa p duduk kat bawah gitu. nampak nooo kejakunan hehehehe....tak tahu laa budak ni datang dari kampung mana ...hahahaha

 bila dh penat tawaf alamanda, moh kita ke foodcourt. jamu perut manja2 jer. makan crispy popia. odappp...aleesya makan tembikai. hbs satu badan meleleh-leleh air tembikai. belengas!

 bila sebut jer senyum, automatik dia senyum dan tengok kamera. good girl. pandai anak ibu ini.

 rasa nak gigit ini budak...eh bukan rasa...dah gigit pun...hihih

 oii...jangan harap lah nak baca paper dalam keadaan macam skrg ni. buka sehelai jer, anak dah meraung mintak top up tembikai. bukak sehelai, anak dah meraung nak air. jadi kesimpulannya, baca lah dikeadaan yang aman dan damai seperti di rumah.hehehe

ha, inilah penyebabnya lemak ibu dia cair sedikit. (sikit jer...) aku bawak dia pergi main kat playground kt alamanda tu. hepi kemain laa siap jerit-jerit sbb dia tengok ramai kawan.

tapi yang tak tahan tu, dia pergi main kat tempat orang tak main ni. penat okeh aku nak menjerit panggil dia keluar. nak aku masuk??? memang kim salam laa sbb tak muat. hehe.

bila bawak ke depan, duk sibuk nak main stroller orang plak. aduyai...last sekali aku bawak dia main kat tempat lapang depan Parkson. sonang hati den. itu sahaja aktiviti masa cuti saya. eceh macam tajuk karangan darjah 5 jer.

Friday, February 18, 2011

spoil mood betullah....

ape ntah...pepagi buta dah ngantuk. nak buat kerja pun terus malas.

pergi jauh-jauh wahai si mengantuk. aku mahu jadi pekerja berdedikasi hari ini supaya nnt bos saya sayang saya. eh...

Thursday, February 17, 2011

inilah kerja aku

 semenjak dua menjak ni tugas aku kt opis dah berubah sikit. masih lagi dgn kerja lama tp konsep sedikit berubah maa...

seronok juga ada perubahan angin bayu ni. sekali sekala kan. bak kata xboss, penghijrahan adlah permulaan kepada sesuatu yang lebih baik. tak gitu eh....

 hidangan yang menyelerakan. lokasi adalah kolej Segi, sri kembangan.

 sekali aku tgk hidangan ni, terus pecah-pecah air liur dalam mulut. ni kalau masuk dalam mulut ni....ermmmm.....cair sekejap jer...odapnye....

 yang ni pun bleh tahan. makan masa cuaca tgh panas. tidakkah itu dinamakan syurga cinta ? ahaks

oh, abg ni mesti cik ain gedikzzz kenal hahahahah....bila tgk photographer buat kerja dia, terus muncul kerja impian....nk jadi photographer jugak hahahahaha. masalahnye, ko mampu? klu tak mampu nak cari angle cantik, tok sah...kim salam sajer

hari - hari nak taman aje

 bukan ape...aku kesian tengok aleesya tu. hari -hari duk terperap dalam umah jer. jadi biarlah dia tengok dunia luar skit. tak der laaa sakit kepala macam aku ni hehehe...

ala lagipun taman dekat jer. dekat-dekat pun sakit jantung jugak aku main ngn aleesya ni. yelah nak ke taman kena naik keta. dalam kete budak kecik ni dh tak mo duk dalam car seat. nak duk depan sekali ngn aku. oke fine letak kt sebelah aku.

mula-mula behave lagi. duk elok-elok. baru jer nak pulas stereng, terus dia dah mencanak bangun. aduyai...kalu terbrek emergency ni, mau terhumban ke depan. nauzubillah.

jadi mak nye terus keluar sore kris dayanti. DUDUK....DUDUK!!!!

 ni sebelum naik kereta. nak pusing-pusing dulu kt sini. layan kan aje. aleesya ni aku perasan ada satu peel pelik dia. masa ni lantai ada pasir-pasir, terus dia macam geli-geli nk lalu kt simen tu. siap pusing jauh-jauh takut terpijak pasir tu.

masa kat kampung hari tu lagi teruk, masa kt umah incik fidi. kat umah nenek dia tu pakai tiles kaler cerah. jadi nampak laa semut-semut ngn serangga kecik duk berjalan kt situ. dia punya menangis tak mo jalan ni subhanallah. mengalahkan kena jarum masa cucuk tiap2 bulan tu. last sekali nenek dia terpaksalah pasang tikar jadi tak nampak laa semut merayap kt lantai tu. baru lah terloncat-loncat jalan dgn hepinya.

 oke ni dia budak hepi. jalan siap tepuk-tepuk tangan tu.

 hover sgt tau. ni ikut sape yg hover-hover ni...ibu ke ayah?
teeeettttttt.........

 tertonggek- tonggek bercakap ni. ntah pasal ape ntah eksaited terlebih ni. aku pun tak paham.

aleesya no no... suka tau nak pungut sampah sarap. kt umah suka plak buat sampah. haish....

memandangkan aku pergi sorang jer ngn aleesya sbb incik fidi ada kursus...jadi masa nak balik tu memang menguji kesabaran sungguh. budak ni degil tak mo balik lagi. punyalah susah nak dukung dia masuk dalam kete. dengan kasut tercicir kena patah balik amik kasut tu tengah-tengah orang ramai....aduiii dah rasa macam nenek kebayan dah aku masa tu...

aku tengok pocong berdiri

terkejut woo...dah laa ternampak tu disiang hari.. atas jalan plak tu. kalau korang nampak pocong BERDIRI kt jalan raya, agak-agak korang laa apa korang buat?

aku?

aku amik phone tangkap gambar sama itu pocong. nak tengok pocong tu tak?
NAH.....


* klik untuk pembesaran imej

hahahahaha.....gurau senda di pagi rabu katanya
tapi siyes wey, sekali pandang memang nampak macam pocong. banyak plak tu. jap aku nak kira. hah, ada lima pocong berdiri.

muahahahahahahhaha
gila lah pacik lori ni, ada ke ikat pocong mcm tu. buat orang hilang kosentrasi jer masa bawak kete

Wednesday, February 16, 2011

hari bersama keluarga di Zoo Negara

muahahaha gelak jahat sikit. yelah hari tu kan incik fidi dah berjanji mau bawak datin wannabe ni dgn tuan puteri kecik ke Zoo Negara. akhirnya tercapai jua. muahahahahaha gelak jahat sekali lagi.

orang pergi berarak ke hape ke masa maulidur rasul, kami plak anak beranak bertawaf dalam zoo negara hehehe. ampun. kami gerak dah pkl 1 ptg sbb nye melayan tgk citer best dl kt tv.

on d way tu, tetiba jer tgk langit gelap semacam, alaa nak ujan ke. jgn laa ujan sbb spoil laa nnt. sampai ampang tetiba gerimis waaaaaa. tsk tsk. tapi tetap teruskan perjalanan dgn harapan jgn laaa ujan.

dh nak sampai simpang ni tetiba incik fidi bagi soklan cepucemas. "klu uje lagu mano?" jgn laa ckp ujan, tengok ada matahari kan tu...pujuk hati sendiri laa ni. klu berubah fikiran disaat akhir skit lagi nak terus pegi wangsa maju. tapi mujur masuk simpang yg nk u turn tu. akhirnya selamat sampai.

yea yea sampai jua. punyalah jakun kan. hahahahaha. zoo negara ni aku penah jejak masa zaman muda mudi dl jer, itu pun sekali. tp kami ni dah beria pergi zoo melaka ngn taiping hihih

nak masuk kena bayar tiket RM20 sorang. aleesya free jerk.untung jadi budak kecik ni

masuk jer entrance, dh tergoda dgn macam2 makanan. pandai dorang buat strategy marketing hihih. tp kami dah siap2 makan kat umah lagi, tak der lah kebulur sgt. pandai kan kami berjimat cermat

katakau....bila tgk makanan jer sumer rasa nak beli. oke oke kita beli corn in cup 2, pastu beli belgium waffer (odap) 1 pastu beli ais krim potong 2 nyummy..nyummy...sambil jalan2 bleh makan2

tapi nak termuntah ada laa...masuk2 jer terus bau busuk taik2 binatang ni..choy laa

uh, sangat berjasa stroller ni. tak der aleesya tak tentu arah nak berlari ke situ ke sana. buh jer dalam ni, ha duk diam2 ko disitu hihi.

masuk jer kat children world ke ape namanya tak igt sudeh....aleesya dah mengeletis. pastu duk sibuk-sibuk panggil baby..sumer binatang dia panggil baby.

nampak rabbit panggil baby..oke yg ni sesuai laa sbb comel. ni kambing pun baby, rusa pun baby, gajah pun baby, zirafah pun baby..aduiii bila nak betulkan balik nii...

tengok dia kemain berani nak pegang binatang tu sumer. tak takut langsung. semua nak hulur tangan. ayah dia plak rajin melayan. gasak lah.

oke aleesya ...itu lembu ye. eh macam laa kat kg aku tak der lembu kan hahahaha

oke tuan tanah nak bergambaran pula.

oke ini plak beruang ye puan-puan. tapi sakit hidung oke lalu kat sini. busuk nak mamp. tapi tak leh kalah lagi bila lalu dkt kandang kambing. lagi hazab.

erk, perempuan gemuk!

eceh eceh...tanda masuk zoo. amik gambar tag. hihihih

huhuh akhirnya ada gambar bertiga. susah laa skrg nak amik gmbr sama2. dah tak muat space. semua dah membesar bagai juara.

ini unta!

olololo sweet gilak gmbr ni. ye, aku terperasan kejap. suka tgk incik fidi pimpin tangan aleesya gini. macam mithali sangat.hahaha

 baby berleher panjang . hehehehe. aleesya dah start boring ni. masa ni dah nak balik pun.

 gambar yang mengundang 1001 spekulasi di facebook hahahahhaha.

 sian aleesya, kat kampung tak jumpa pun kambing. ye lah tak kuasa aku nak pergi mencari kambing. duk umah diam2 sudah. main jer ngn kucing. klu nak tgk kambing, kita pergi zoo jer. wah....berlagak sungguh! hahahaha

 aku rasa memang penat giler pergi zoo. jauh tu berjalan. rasa nak cair skit lemak kt vuntut hehehe. incik fidi lagi laa hover siap dah sakit-sakit kaki, pinggang, bahu dan tengkuk. part tengkuk tu aku tak paham. nape bleh sakit kt tengkuk. padahal jalan pandang ke depan jer, bukannya duk dongak jer hahahaha

 masa ni tgk animal show. ikan kemain besar aku rasa adalah nak sama tinggi ngn aku. betul. korang tak percaya? cer pergi sendiri kt zoo negara.

 masa tgk animal show lagi. masa ni aleesya dah hilang fokus. mungkin dia tak nampak kot anjing laut duk lompat2. dia sibuk duk tarik rambut orang sebelah hahahaha

 menatang ape ntah ni tak igt. dia guna ekor jer bergayutan. korang mampu?

 part ni aku nak tergelak. bukan sbb anjing laut main bola jaring tapi sbb aleesya. bila sumer orang tepuk, dia pun tepuk tangan sekali laa. bila dh diam tu, dia sambung balik tarik rambut orang sebelah. orang tepuk lagi, dia pun beria jugak ni tepuk. pastu sambung tarik hahahahaha

 sesaper yg ada stroller,bleh parking kt sini ye. hehehe tetiba jer ada servis parking stroller. haaha.
 ikan ni lagi bapak besar weyyy

oke mau pulang sudah., memang penat toksah cerita laaa. aku rasa peluh dari muka, sampai ketiak sampai ke betis laaa hehehe. tetiba rasa sihat sangat selepas tu. oke next time bleh laa pergi lagi ke zoo. mgkn masa tu aleesya dah pandai sebut nama binatang. bukannye panggil baby lagi hehehe

Saturday, February 12, 2011

NANGIS tengok Ampunkan Daku

siyes, air mata aku tak henti-henti kuar dengan laju nye bila tgk citer arahan Jinggo n Sheila Rusly ni. lagi-lagi bila dh habis tu, ada scene nyanyi ramai-ramai lagu ape aku tak igt.....sedih waaaaaa

sambung nangis lagi ni...waaaaa

cerita terbaik....waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Friday, February 11, 2011

sembur, sembur dan sembur

 orang pakai penyembur tu sembur kt kain laa nak oiii.. dia tak....sembur kt muka...hihiih

bila aku try picit dan sembur kt muka dia, aleesya bleh gelak terkekeh-kekeh.
sembur lagi...gelak lagi
sembur lagi.....gelak lagi
sembur lagi.....gelak lagi

sekali dia dah amik sendiri penyembur tu. sembur sendiri kt muka muka sendiri hehehe

 muka dah basah kuyup. macam mandi hujan. tu tak tengok lagi baju dia. tak pasal-pasal kena tukar baju memalam buta.

tapi memang patut tukar pun, sbb ntah ape ntah pengasuh aleesya ni pakaikan baju seluar pendek untuk malam. dah bagi baju tido dia bleh simpan baik punya kat rak.

tak kisah laa kak....asalkan saya amik anak saya berbaju sudah.

 cubaan untuk menyembur ke muka sendiri. dah letak siap-siap kain tuala buat lap muka hehehehe

 sampai muncung mulut-mulut nak tekan pemicit tu. susah ek sayang?

last sekali dah boring. nak sembur muka aku plak. eh mana bleh. ibu dah pakai bedak sejuk ni. kang cair plak. hehehe tipu. mana ada bedak sejuk kt umah aku.

Wednesday, February 9, 2011

kata nak pergi zoo negara kan??

dalam kete masa tengah jem on the way balik KL hari tu, aku ngn incik fidi ni ada laa sembang2 pasal aleesya. kami ni suka noo tgk anak dah pandai. maksud aku bila aku tgk dia main kucing kt kampung tu. means aleesya dah kenal beberapa haiwan.

jadi tetiba jer incik fidi cakap, jom le kita pergi zoo negara. wah....aku kan dramakonlik skit. mulalah terbayang2 dah suasana kat zoo tu sambil bagitau aleesya....ini gajah, sayang. gajah ada hidung panjang. gajah ada telinga besar....oh itu plak harimau. harimau jahat oke.

kunun-kununnya nak pergi lah hari senin sbb kami laki bini masih cuti.oke fine, planning memang dh banik punya. sekali pada hari kejadian, incik fidi bantai tido sampai pkl 2 ptg. dahsyat kan...

bangun-bangun jer terus landing2 besarkan perut. makan-makan segala bagai.tup tup tgk jam dah pkl 4 ptg. pastu aku tny laa....bila nak pegi zoo ni?

nak tahu apa dia jawab, laaa bakpo baru royat? eh, rasa nak hempuk jer ngn bantal. eh tak bleh, nnt durhaka. aku igtkan dia ingt. sekali pacik tu nyanyuk rupernye. memang terlepas laa aleesya nk tgk segala haiwan kat zoo tu.

tak pe tak pe..nnt kita pergi ye incik fidi. tak kira....kena pergi jugak. sape suruh berjanji kan?

*tak kira...nak tulis jugak cerita ni walaupun dah nak expired muahahahahah

naper buat macam tu nak oiiii

arghhhh.....rasa nak nangis. aleesya delete hampir separuh gambar dalam handphone waaaaa....

yang sodeh, gambar yang aku snap kat alamanda terus hilang dan tak sempat nak transfer dalam laptop. huhuhhu. dah la gambar dia kt singa cina tu hehehe...kemain tonggek-tonggek aku amik gambar tu. sempat menatap hanya sejam lepas tu terus hilang.

terus hilang mood nak update blog. KATAKAUUUUU!!

Tuesday, February 8, 2011

tahniah kak kas!

balik kampung masa cuti raya cina hari tu banyak betul kenduri kawen. sana sini ada jer makan-makan. kira tak payah masak laa dalam satu hari tu. sampaikan dalam satu hari tu ada 3 majlis. hayoh mana mau letak makanan dalam perut ni??
yang aku sempat pergi adalah kenduri kawen member sekolah dl, kasmawati atau lebih mesra dipanggil mek kak. org sempoi jer tp bila hari kawen dia, fuhhhh naik seri orang kata.

tahniah ye mek kak. semoga mu berbahagia di samping abang tersayang (aku fail bab nak bagi ucapan kt orang ni, tak reti hehehe)


 naik seri pengantin perempuan.. yang bukan pengantin tu pun berseri jugak hahahaha...aleesya muka dh start berkerut2 tu.

 tak sempat nak tunggu pengantin lelaki sampai sbb aleesya dah tak duk diam. ssh btl skrg klu pergi kenduri mesti anak meragam punye. tak pe, nak buat macam mana kan.

budak kena selubung ngn kain lampin sbb panas sangat. cuaca memang terbaik hari tu.