? ??????????????Last Beat? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??3401 Grabs Today. 6923 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Colorful Twist? ????? ?? ???Rating: 4.5 (66 Ratings)??2360 Grabs Today. 28501 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, November 29, 2011

hoho balik kg

hohoho lagi

walaupun balik raya haji itu lagi tetapi tetap jugak nak menempek gambar dan citer-citer basi. maklumlah tak sempat nak buat hari tu. kita buat hari ni. adaakukesah

balik raya haji hari tu tak der mood nak bergambar segala bagai. baju raya pun aku tak pakai ye. lepas mandi terus sarung kain batik ngn tshirt je. sampai mak aku cakap, eh anok mok sore ni mace tak rayo...

series memang tak de mood langsung bercantik-cantik. apatah lagi mekap kan. memang tak der secalit gincu pun.gituu...

tapi untuk anak dan suami aku dh ready baju utk dorang.mana bleh abaikan tanggungjawab utk dorang kan.dorang mesti cantik walaupun dorang terpaksa menatap wajah pucat lesi aku dlm persalinan kain batik hahahahha. nasiblah!

 incik fidi keseriusan masa bawak kete. aku tak suka dia serius2 tu pasal aku sll kacau dia masa bawak kereta hahahah


oh ye ptg tadi masa balik keje, berbulu je bijik mata aku bila kereta depan aku buat aksi 18sx dlm kete.mampus..kalau nak bercium pun agak2 laa kot. dgn jalan jem takkan ko tak perasan org memandang ko kiri kanan depan belakang. lepas tu plak lain laaa kalau kereta ko bertinted yg maha gelap, memang kalau ko buat aksi terlampau org takkan nampak, lantak korang lah.


masalahnya kereta yg masih suci dari sebarang tinted.ibarat pakai kain jarang lah. memang telus mulus je aku tgk...


ni mesti budak2 baru nak naik tak pun budak baru2 kapel.jadi merenyam dia lain macam skit. kepada mereka yg berkenanaan, jangan nak buat perkara terkutuk dlm kereta. kalau orang tak nampak sekalipun, Allah Maha Mengetahui.


 oh gambar ni aku kelihatan sungguh macam kuih apam. apam yang baru masak dan masih berasap. hahahahha


sekarang dh berusaha kuruskan badan. alhamdulillah nampak perubahan skit. nnt aku tunjukkan eh gambar terbaru aku. hahahahha walaupun hanya kurus sedikit dari yg atas ni aku tetap nak berbangga sbb badan aku ni bukan mudah nak turun.


bila dh turun ni satu nikmat yang luar biasa sangat.


gambar nak balik umah mak mertua. ginilah kalau dh balik kampung. duk asik ulang alik atas jalan raya je. sib baik umah aku ngn incik fidi dekat. nak tido dlm kereta memang tak sempat lah.baru je sembang dua topik, eh dah nak sampai.


tapi smpi sekarang aku masih tak igt lagi nama kg yang nak menghala umah incik fidi walaupun dh 4 thn kawen.


Jeli, Berdang, ???????????(bunyi cengkerik).....LUBOK BUNGOR!! itu je yg aku igt hahahah..sbbnye terlalu banyak nama kampung yg perlu igt.


hadiah birthday

pertama sekali nak ucapkan terima kasih bebanyak kepada kak alin. tak sangka dapat hadiah dr kak alin.

eh bukan utk aku tapi untuk aleesya sempena hari jadinya yg dh lepas.

cantik sgt baju tu kak alin. yg paling mahal sbb ada kartun dan signature kak alin lagi. yg ni kalau dh tak muat tak pakai sure masuk frame gantung kt dinding.

eh kalau korang nak tahu, kak alin ni kartunis. dl2 kalau korang kanak-kanak era 90-an memang kenal ngn kartun Kak Alin dlaam majalah KAWAN.aku dl pun suka sgt baca kartun dia sebab citer yg dia create terutama pasal family dia memang terbaik! last2 aku pun kije sekali ngn kak alin. betapa veterannya kak alin. eh sorry kak alin. nak cakap betapa banyaknya pengalaman kak alin hihihi

tq bebanyak kak alin. tahun depan bagi lagi muahahahah

Monday, November 28, 2011

saya baru lepas mandi!

auwww....cantik tak pose saya ni??

ni kes nk tiru ibu lah.lepas mandi kena keringkan rambut jadi dia suh buat utk dia jugak. layan.....

tapi rambut ciput je....odeh

nape rasa aleesya cepat sgt membesar ni? oh no!

Sunday, November 27, 2011

duta alamanda KEMBALI!

setelah lama bertindak sebagai kacang lupakan kulit, kini keluarga mok mok kembali menjadi duta kompleks membeli belah terkemuka di Putrajaya! wuhuu!!!!

hebat tak kami?

Kalau tak hebat lagi tak tahu laa mcam mana. susah tau nak cari orang yang sedaya upaya memberikan publisiti dan melantik diri sendiri jadi duta.

rasanya dah lama kot tak bawak aleesya ke sini. yelah dua tiga menjak ni asik terjah Jusco je.meh kita kembali ke akar umbi plak. eh aku tak yah nak kembali segala bagai sbb tiap hari jumaat (kalau tak de asgmnt) memang aku jadi duta Alamanda dh..jadi ni khas utk incik fidi dan aleesya je lah.

sampai-sampai je terus ngam ngam ngn kedai kasut. apalagi pakcik tu menyoping laaa. aku dh intai jugak tapi design kt situ tak masuk ngn citarasa aku plak. tapi utk pacik tu IN je.

jadi tugas aku menjaga budak kecik dah nak besar tu minum susu dalam stroller. kali ni bawak stroller sbb dh serikdgn insiden minggu lepas.

angkara naik kete incik fidi, dua-dua malas dan buat tak tahu nak amik stroller dlm kete aku. masing2 nekad dan yakin..."ala, aleesya bleh jalan nnt". terus zass ke Jusco Maluri.

smpi je kt sana, budak kecik dah nak besar tu tetiba mintak nak main Angry Bird dlm iPad bapak dia. ayoo, mana nak pegang lagi, mana nak jalan lagi. kalau jatuh bersepai iPad tu, camno? ok ok pujuk pegang Dell aku je. baik lepas.fuhhhh

lepas tu dh penat pusing-pusing dan main menan, budak kecik dah nak besar tu mintak mamam. ok ni dh kes naya sbb incik fidi masih sibuk nak membeli baju amenda ntah. aku sorang ni handle dia. campur rasa mengantuk lagi, mengamuk laa budak kecik dh nak besar tu.

dalam pada incik fidi tgh que nak bayar tu, budak kecik dah nak besar tu menangis bagai nak rak. orang kiri kanan pandang aku macam aku ni penculik. mula2 control jugak suara ayu ni tapi dh lama2 dh keluar suara pondan. hahaha ampunkan ibu. memang tertekan sgt masa tu.

jadi kesimpulannya, walau macam mana pun kena bawak jugk stroller. angin budk kecik dh nk besar ni tak leh nak agak. utk adik dia nnt kena beli stroller lain sbb yg ni dh kemain lasak guna. eh adik???

masa jalan2 tu terpandang kt bawah ni...laaa nape ramai sgt orang ni?? lepas tu baru perasan ada signboard baik punya kt sebelah kiri tu

70% discount! weh ada less laa...sayangnya aku tak berminat ngn Carlo RIno hahahah berlagak ok...

lepas jalan2 kt depan skit baru perasan Vincci pun ada less jugak. dan pasti orang dlaam tu ramai giler. tak sanggup plak aku nak menyelit dalam tu. terpaksa meredhokan situasi yang happening tu.kalau tak mesti ada orang yang kena usung ngn pengusung keluar dari kedai tu sbb dh mabuk. dem!

 saje jej pilih jalan atas ni sbb tak ramai sgt orang. jadi budak kecik dah nak besar tu pun senang lenang berlari sini sinun. tak de lah asik nak langgar orang kan.

 
 untuk mengakhiri perjalanan duta alamanda pada hari itu, kami singgah masuk dlm Carrefour. eh tak de orang sgt. pelik jugak sbb biasa memang crowded giler kot. mgkn masing2 tengah serbu kedai yang ada sale nun..

budak kecik dh nak besar ni ralit tgk buku upin ipin. belek2, tengok2 dan letak. eh tak nak ke? baiklah. ini yang bertambah sayang kt budak kecik dh nak besar ni hahahaha

baru dua kali pusing, budak kecik dh nak besar ni mintak mamam lagi. baru nyonyot dua kali terus zzzzzz....laaaa tido ke? baiklah inilah masa utk ibu dan ayah pilih2 benda apa yang berkenan tanpa gangguan.hehehe. lepas tu balik. lepas balik kaki rasa penat. eh gemuk pulak ke aku ni?jangan nak perasan....tak de nye kurus sbb memang gemuk pun lagi.

tumpang lalu....

*sambil bongkak bongkokkan skit badan dan hulur tangan ke depan

sempena dh lama tak update, aku kasik korang  panaskan skit badan

are u ready guys????

jom bebeh!

Friday, November 18, 2011

AMARAN! ini entry perasan

bangga weh bila sudah tiada soalan lama ditujukan kepada ku...

" bakpo napok gemuk ni"

" eh fiza, montelnya skrg"

ni yang paling sadis

" nape perut awak buncit sgt, perut akak pun tak de laa buncit macam tu"

hoii akak, nak rasa pelempang made in jeli tak? oh....itu memang kurang ajar dan aku takkan pelawa dia merasa pelempang aku. cuma waktu tu aku balas ngn senyuman je.

skrg aku nak tunggu dia tanya soalan macam ni,

" laa nape fiza nampak makin kecik?

hahaha memang aku berangan tapi ada member aku yg dh ckp menda ni. huhuhu suka lor. tunggu nnt aku buat penampilan khas dlm blog hahahahah

kepada syada: terima kasih ye sbb anda lah orang pertama yang berkata sedemikian hahahah

Wednesday, November 16, 2011

bila tiada teman berbicara

gitulah nasib bagi si anak kecil di rumah ku itu hehe. main-main, pusing-pusing 1 rumah, cakap-cakap sumer dia lakukan sorang diri heheh

nak buek macam mana ye anak, dah awak je sorang yang ada kt umah. kadang-kadang aku gurau jugak dengan dia, main jilat-jilat muka hahaha.suka nyakat dia sebab dia geli dgn air liur. biasa kalau suh dia kiss pun, dia akan lap muka bila ada kesan air liur kt muka. lps tu cakap ' air liur ni" hahaha

nasib laa aleesya dapat ibu pembuli.

yea ada kawan baru!

skrg memang dia angkut kucing plastik ni ke mana sahaja dia pegi. kalau bukan kucing ni, angry bird kaler biru tu. angry bird tu memang dah jadi bau dia lah.agak-agak kalau kena outstation, mau aku angkut angry bird tu.

nah, minum. layan je kucing oiii. minum laa air invisible dalam mug aleesya tu.

lepas peluk-peluk laa kucing tu..

aleesya memang taksub sikit ngn kucing. memang laa incik fidi ada suggestkan suh bela kucing. ayooo aku plak yang tak mo sbb dh tua-tua ni bleh plak jadi geli ngn kucing.

paling menyampah bila pegi kedai makan, ada kucing gesel-gesel kt kaki. memang aku bersila laa kt kerusi tu.

jadi untuk menggantikan the real cat, aku beli kucing plastik ni kat pasar malam. hahah manyak mulah ooo.. ok laa kan dari tak de

* entry ketiga : aleesya masih dan masih pakai kasut dalam rumah. selepas ini aku pastikan dia tak pakai lagi kasut dalam umah. nk sorok laa kasut tu balik nnt.

sambutan hari jadi aleesya umah ibu pengasuh

hebatnya anak ku! sambut besday berkali-kali. hahahaha.

semalam lepas balik kerja (walaupun dh lewat masa tu) terus zasss ke umah pengasuh aleesya. memang laa nak amik aleesya tapi lepas tu ada agenda lain

eh igt nak buat saspen tapi tak perasan tajuk dh terang-terang bgtahu semuaorang hahahaha

pengasuh aleesya ni rajin tau besday party utk anak asuh dia ni. aku yang mak dia ni tak buat pun party-party bagai ni. haahhahah

dh laaa rajin masak bihun (ke mihun????gasaklah) sup yang sedap meletop, lepas tu buat plak sandwic daging yg terbest penah aku makan.

kek angry bird yang omel-omel hadiah dari pengasuh aleesya. olololo...

"Kak amy memang beli kek angry bird utk chacha sbb tau dia memang suka sgt ngn angry bird kan"

bagus kan pengasuh anak saya. sila puji beramai-ramai...

dan korang nak tau macam mana reaksi aleesya bila dia tengok kek ni????
tak gerak ke mana-manalah....duk tilik je angry bird dua ekor atas kek tu..

hidung tu kalau bleh lekat kat kek memang dh lama terlekat kot. memang rapat giler dia tilik kek tu.
muka kepuasan. erk?? hahaha sori laa muka memang sememeh giler, lupa nak mekap tadi hahahaha


                        
dan aleesya mengulang tayang lagi apa yang telah berlaku kt umah semalam.

duk tenung je lilin, memang takkan padam laa api tu. kitaorang ni dah penat nyanyi lagu besday sampai dua tiga kali round. tiupnya tak jugak!
bila suh potong kek, pun tak mo jugak. hohoho nasib baik tak buat party besar-besaran kalau tak buat malu jo.

jadi memang cukup gini lah kot standart party aleesya hahahaha kejam ok ibu dia ni.

nasib baik ada Baby, anak pengasuh. dia rajin melayan aleesya.tak de lah ibu dia duk meroyan suh anak bergumbira hahah
last sekali ibu pengasuh dia yg tiup kan lilin tu.

nak suh aku??? kang ada plak drama air mata kt situ. tetiba plak aku touching macam besday sendiri plak kan hahahaha
dah laa dapat kek, dapat makan sedap-sedap, dapat plak hadiah...beruntung sungguh aleesya.

meh nak hadiah tu!
kak amy bagi set mug angry bird kt puteri comot ni.

angry bird lagi?????
tapi memang dia pulun main mug tu sampai patah laa sudu mug tu. oh anak saya memang ganas.

*entry kedua: aleesya masih pakai kasut dalam rumah grrrrr......

sambutan hari jadi yang sendu...

kepada anakku tersayang.....pertama sekali ibu nak minta maaf sbb buat sambutan hari jadi yang sendu. tak pe....tunggu hari minggu ni eh. kita ajak ayah celebrate kt luar, makan-makan, main-main. bleh sambut besday ibu sekali. hohoho

itu  pun aku igt hari jadi anakku ini masa dh masuk tengah hari. nasib baik Puan Mimi yang tersayang wish dalam fesbuk, kalau tak mau ke tengah malam tak igt hari jadi anak sendiri hahaha. tq ye Puan Mimi jasamu akan ku kenang sampai bila-bila.

Tolong sampaikan Hepi Belated Day kt eaman! sori, terlambat skit.*

ok kan ibu belikan Chocholate Banana je kt Aleesya ye? sedap tu kan kan kan....
aleesya start teruja tengok lilin. hahahah

maklumlah pertama kali tengok lilin terpacak kat kek. itu pun aku suh tiup 2 3 kali dia duk tenung je lilin. hayohh anak, igt bleh padam ke api lilin dengan tenung macam tu?
sori laa ayah tak der masa ni sbb kena kerja. macam ibu kata tadi, kita tunggu weekend ni eh. ibu belikan mainan utk aleesya. ayah belikan baju baru utk ibu hahaahah

anyway, selamat hari lahir buat anakku tersayang, Faten Aleesya Mohd Afidi. Sudah besar anak ibu, dah 2 tahun. Semoga menjadi anak yang baik dan mendengar kata. walaupun ada juga ketika aleesya buat tak tahu je bila ibu suruh. tak pe, lain kali jangan buat macam tu lagi  ye. semoga menjadi anak yang cerdik dan bijak supaya nanti boleh banggakan ibu dan ayah.

dari ibu dan ayah.....KAMI SAYANG ALEESYA!

*entry pertama: aleesya pakai kasut dalam rumah.

Saturday, November 12, 2011

selamat hari raya haji dan selamat hari jadi

fuhhhhhhhhhhh.........

kembong pipi-pipi tiup habuk yang maha banyak. rasa macam lama x update blog. maklum lah sejak dua menjak jadi bini timbalan menteri, gini lah. sibuk memanjang. mencik mak!

sebab musabab lain sbb lama tak update blog, menyampah ngn laptop ngn berukband baru ni. sejak tukar ke ****, hbs laptop aku hang. ke sbb laptop aku dari zaman purba lagi???asal buka je, terus kiok.

ok, ampunkan saya insan yang kerdil ni jika terhegeh-hegeh nak ucap selamat hari raya bagai. hahahaha orang dh pikir raya tahun depan daaa. selamat hari raya uols. peace*

hari tu balik kg, kena jem strawberi 10 jam. kira ok laa tu dari member opis tu kena sampai 15 jam, memang masak hangus terbakar laa dalam kete. itu pun kitaorang dh ikut jalan tikus, klu ikut jalan biasa mau lambat lagi kot sampai umah.

macam biasa dh sampai umah, semua tegur nape gemuk sgt. hah, mencik!

siap ada yang cakap, "ok keluarga gemuk dh balik" eh motip???

dan selamat hari lahir ke 19 tahun uols. hahahahha jangan nak berangan sbb tahun depan tiada lagi angka dua di depan. hari lahir aku 6 nov hari tu. ngam-ngam ngn raya haji. orang masa besday potong kek, aku masa besday potong daging lembu. hebat bukan??

macam biasa kena ada azam sempena hari jadi kan. kena tingkatkan amal ibadat sbb tau diri ini tak sempurna. kena lagi kaya. kena lagi cantik (sape tak nak cantikkan). kena lagi kurus. kena ada anak lagi. huhuhu.

hadiah??? tak pe. mak redho sbb dh tua. incik fidi, tak yah susah2 pikir nak bagi hadiah ape.cuma kalau dapat duit utk 5 kali rawatan kt spa best jugak. hahahaha

ok itu je kot..

ps: hari jadi aleesya 14 nov ni. pening kepala sama ada nak buat besday party atau tak?ala nak, kita beli kek, tiup lilin 3 beranak je aci tak?


Friday, November 4, 2011

DILEMA

masa nak amik aleesya lepas balik kerja semalam, terkejut aku dengar berita dari pengasuh aleesya.

tinggal aleesya sorang je yang pengasuh tu jaga sekarang. aku pun pelik nape plak kan. rupanya2 mak budak-budak yang lain masing-masing dah tak hantar anak mereka kt pengasuh tu lagi sampai minggu ni.

ada yang berenti keje, ada yang amik maid. tapi boleh plak sekaligus tu.

aku kesiankan pengasuh tu sebab dia ibu tunggal dan menyara keluarga (dia ada anak sorang) dengan hasil pendapatan daripada jaga budak gini lah. tup-tup semua dah tak hantar lagi. takkan nak makan 250 je sebulan (itu upah dari aku)

jadi semalam jugak dia cakap, mungkin dia akan pindah dari umah tu dan bukak taska.

sekarang aku dilema. aku tak berapa gemor ngn taska tapi aku suka akak tu jaga aleesya. malas dh nak cari lain. kakak tu dh ok bagi aku. pembersih, bekas guru taska (dia ajar ABC tau kt anak-anak asuhan dia), anak dia tak mencarut (itu yang penting).

pening-pening!nak berenti keje lah!

Thursday, November 3, 2011

hari ni saya nak bagi tip

hari ni saya berasa sangat prihatin. jadi saya ingin berkongsi beberapa tip dgn anda semua.

hari-hari kita tengok kereta. hari-hari kita naik kereta. hari-hari kita isi minyak kereta. dan minyak kereta adalah mahal. jadi macam mana nak berjimat cermat melalui minyak kereta?

situasi 1:
tengah-tengah syok bawak kete sambil nyanyi lagu Aisheteru dengan kuat aka melalak dalam kete, tetiba ternampak traffic light.dari lampu kuning ke lampu merah. mungkin ada yang ambil keputusan dengan menekan lagi minyak dengan harapan sempat melepasi dan tak payah nak menunggu lama.

tapi bagi mereka yang pentingkan keselamatan, mereka harus brek dan berhenti.

tip penjimatan minyak berlaku disini. kalau anda ingin menjimatkan jumlah minyak dalam tangki kereta anda, sila tekan brek secara perlahan dan berkala. maknanya sedikit demi sedikit.

sebab bila anda semua menekan brek secara mengejut dan tiba-tiba, penggunaan minyak dari tindakan ini adalah lebih tinggi berbanding menekan brek dengan perlahan-lahan.

paham kan?

situasi 2:
akibat terlepas lampu hijau dan kuning, maka anda masih berada di traffic light menunggu giliran lampu kembali bertukar kepada hijau. sambil-sambil itu boleh lah membuat apa yang patut dan dilarang semasa memandu seperti check telefon jika ada sms masuk dan membalas mesej tersebut.

jangan leka sebab lampu hijau akan bertukar bila-bila masa sahaja!

apabila lampu sudah bertukar kepada warna yang membenarkan anda dan kereta anda bergerak, di sini terdapat tip penjimatan minyak.

walaupun kereta anda berada di kedudukan paling hadapan, jangan gopoh dengan menekan minyak sekuat hati. jangan tunjuk lagak di sini kerana tiada siapa pun yang kagum. ini kerana tindakan anda menekan minyak dengan banyak telah menyebabkan penggunaan minyak berlaku secara maksimum.

tekan secara perlahan-lahan dan biarkan kereta anda bergerak dengan kelajuan yan konsisten.

mudah sahaja kan?

situasi 3:
berada di lebuh raya yang mempunyai tiga lorong memberikan pilihan kepada pemandu.lorong paling kiri lebih banyak digunakan oleh kenderaan berat dan mereka yang memilih untuk membawa kereta tidak melebih 60km (bila ntah nak sampai klu bawak macam ni je. oh ni sikap yang buruk, jangan contohi).

manakala lorong tengah dipilih oleh pemandu yang membawa kereta dalam keadaan yang selamat, yang mana tidak laju dan tidak terlalu perlahan.

lorong paling kanan pula dipilih oleh pemandu yang ingin cepat, tergesa-gesa atau memiliki kereta berkuasa tinggi yang mampu memecut (mungkin).

tapi tahukah anda, jika memandu melebihi 120km per jam kadar penggunaan minyak adalah lebih daripada memandu pada kelajuan kurang daripada itu. jadi keputusan terletak ditangan anda sendiri!

situasi 4:
keadaan cucuk-menyucuk sering terjadi di jalan raya. cucuk menyucuk di sini adalah satu tindakan seorang pemandu kereta (A) yang menghimpit kereta dihadapan ( B) dalam jarak yang dekat. tindakan berbahaya ini sering dilihat di lebuh raya pada lorong paling kanan. maknanya kereta A dalam keadaan tergesa-gesa dan ingin cepat tetapi kereta B yang bawa kereta pada kelajuan selamat seperti menghalang pergerakan kereta A untuk lebih laju.

situasi inilah yang menyebabkan berlakunya kadar penggunaan minyak yang tinggi kerana kereta A kerap menekan brek secara mengejut. secara tidak langsung ia semakin menyusutkan jumlah minyak dalam tangki.

jadi siapa yang rugi? dah laa tak selamat, lepas tu kena isi minyak lagi. padan muka! eh emo kejap.

situasi 5:
mulakan pagi anda dengan senyuman. bagi mereka yang memiliki kereta dan pergi ke tempat kerja dengan menaiki kereta, di sini ada tip untuk mengurangkan kadar penggunaan minyak.

kikiskan mentaliti tentang panaskan enjin kereta pada waktu pagi. lagi lama lagi elok untuk kebaikan enjin

itu salah! mungkin ia menjaga enjin (mungkin, tak pasti ia betul atau tidak) tetapi dengan membiarkan keadaan ini terlalu lama, ia sedikit sebanyak mengurangkan kandungan petrol dalam tangki. bila dh kurang tu mesti kena tambahkan.

tapi aku tetap nak panaskan enjin kete tiap2 pagi hehehe


saya sayang kereta saya. saya juga sayang duit saya.

incik fidi pun sayang kereta dia. dan of coz duit dia saya rembat tiap2 bulan. eh.

Wednesday, November 2, 2011

tahap kerabunan

aku memang rabun jauh. start pakai spek masa form 4. kuasa kuda spek aku tok sah citer sbb bertambah je. tak penah turun kot power lense tu.

eh amy, igt lagi dop awak kaler spek guna highlight pen warna kuning kt spek saya? dgn bangga ni jalan pegi kantin dgn spek macam tu. hahahahah rasa macam ngong sangat

dah sekarang (ngn faktor usia kot) aku rasa bertambah lagi kot power spek ni. lagi buruk bila aku pakai contact lense. sbb CL tak der power utk silau.

merana kejap masa aku kena drive balik dari asgmnt malam hari tu. igt ke ok je. tapi merangkak2 aku cari jalan sbb penglihatan dah bersepah-sepah. mana satu lampu, mana satu line putih, mana satu kete. uih...azab giler. sepatutnya tak laa jauh sangat, tapi dek kerana tak nampak aku rasa macam lama sangat nk sampai umah.

bahaya giler wei...malas laa nak buat spek baru.

jadi kepada incik fidi, balik raya haji ni kalau balik malam, jangan disuruh bini kesayangan bawak kete. mau perjalanan biasa amik 7 jam, bleh jadi 17 jam hahahah (itu pun kalau tak jem). bini kesayangan ni dh tua, tak berapa nampak kalau dh malam. sekian.

Tuesday, November 1, 2011

kalau dah anak ayah.....

incik fidi bila makan ayam, dia akan gigit tulang ayam sampai terkeluar isi dalam tulang tu. (yang kaler itam2)

bila aku tanya sedap ke tak, dia bleh jawab rasa tulang la ...

penah jugak cuba gigit tulang ayam, rasa nak tercabut gigi. mungkin aku kurang kalsium.

sekarang tiba turn anak dia plak....




nak aje aku tanya...

sedap ke tulang ayam tu aleesya?

takut plak dia jawab, rasa tulang je laa bu.


luahan perasaan skit

citer ni citer lama tapi nak citer jugak!

sambil citer ni aku nak bagi pengajaran jugak laa kat pengguna tandas awam. citer nye gini...masa aku balik kampung, tengah bulan hari tu, aku berenti kejap kat petronas.

untuk pengetahuan orang yang bukan tinggal di area pantai timur....nak cari tandas seselesa rnr sepanjang jalan nak balik ke kelantan adalah mustahil. sbb kitaorang tak der rnr, yang ada cuma stesen minyak dan jugak masjid.

nak ber ke nak kench ke kenalah cari stesen minyak. dan utk pengetahuan korang yang bukan stay kat area pantai timur jugak, stesen minyak sepanjang jalan bukanlah melambak-lambak macam kat KL. jangan ko mimpi tajuknya hihi

kadang2 sampai 60km ke hadapan baru jumpa seketul stesen minyak. dan memang sah-sah kalau dah tak banyak, orang akan serbu tempat tu jek.

keadaan bertambah azab bila tiba semua orang balik serentak macam hari raya ke cuti panjang ke. sangat-sangat azab nak beratur semata-mata nak keluarkan kotoran dari badan ni. dan of coz bila dh ramai2, keadaan tandas tok sah cerita laa.

ok dah cukup mukadimah, meh nak citer kisah benar plak. kitaorang berenti kt satu stesen minyak ni sbb aku dah tak tahan nak kencing. bila aku sampai tu, tengok pintu bilik air tu tertutup rapat.

tunggu dalam 2 minit gitu, dalam hati eh lama plak orang ni membuang. masa ni dah ada 2 orang sambung beratur kt belakang aku. masuk 4 minit aku macam heran naper lah tak keluar-keluar lagi nih, lps tu mcm diam. eh ada orang tak ni?

aku cuba jugak laa pulas tombol pintu tu. macam tak leh buka. tunggu lagi..lepas tu macam dh lama sangat, aku try lagi bukak dengan kuat lepas aku dah ketuk pintu macam nak roboh sblm tu. orang dah berderet-deret beratur panjang dh belakang aku nih.

sekali ko tahu ape......TAK DER ORANG! hampes kelapa btl laa.

yang pintu tu satu hal, nape laa ketat sangat tombol, mcm kena kunci dari dalam.

satu hal lagi, janganlah ko rajin sangat nak tutup pintu lepas guna tandas awam. itu bleh buat orang keliru ok. klu nak tutup sangat pintu tandas cukuplah buat kt umah je. kt tandas awam ni orang sentiasa guna. klu dh lepas guna tu, biarkan terbuka.

ke sebab ko malu sbb ko tak flush?

ini dah menyusahkan orang ramai ok.