? ??????????????Last Beat? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??3401 Grabs Today. 6923 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Colorful Twist? ????? ?? ???Rating: 4.5 (66 Ratings)??2360 Grabs Today. 28501 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, October 31, 2012

Ceritanya Kini Bermula...

Hari ni aku pegi check up utk kesekian kalinya. kira last check up laaa...dah laaa kena menunggu lama tadi sbb Doktor Fazlina ada emergency czer. dari pkl 9 pagi sampai pkl 11 pagi baru dia masuk balik. jadi ape aku buat? cari port paling sunyi kt situ yakni kerusi paling hujung, lps tu aku belasah tido. hahahahahaha.

syok weiii. lena giler kot. rasa mcm tido atas katil kt umah. hahaha aku pun pelik mcm mana aku bleh tido selena-lenanya tadi. sedar2 misi dah panggil nama orang sbb doktor dah masuk. jadi tak berlaku pembaziran di situ. misi ada jugak suh keluar jenjalan or pegi makan. tak kuasa eh aku. dengan susah parkingnya lagi nanti lps tu dengan tak larat nye lagi, buat ape nak guna tenaga yang dh tinggal ciput je ni. baik tido kan.

masuk je dalam bilik doktor, blum sempat duduk lagi, doktor dah suh bukak underwear sbb nak check jalan. sori doktor kena rushing lagi sbb ada sorang lagi yang tgh menunggu utk emergency czer. baik baik mek segera buka sepentot.

hoh, tak sempat nak tarik napas. tengah elok aku duk bagitau amenda ntah tadi tetiba sakit oiiiiiii.......biasa klu seluk aku tarik napas skit utk kurangkan kesakitan (walaupun memang sakit jugak kalau ko tarik napas dalam2 pun), tadi terasa sungguh.

doktor kata, baby masih berada di dalam kedudukan yang tinggi. aik, aku tgk perut aku ni dh kemain turun. masih tinggi lagi???panjangnya perut aku klu macam tu. pada masa itu jugak doktor ada sebut pasal diabetik n juga baby besar.

tetiba je laju mulut aku, " kalau saya nak induce bleh ke?" hohohoho. suka-suka hati ko je kan pija. kalau spital kerajaan ni mesti tak layan punya. doktor pun menyarankan perkara yg sama. tapi dia ada jugak suh tunggu lagi 7 hari. hoih lama plak aku nak tunggu. sekarang sehari pun aku rasa azab giler, inikan pula 7 hari.

mengadu laa skit-skit betapa aku penatnya skrg. jadi dia dan aku pun agak bersetuju utk teruskan proses bersalin secara induce. sempat jugak doktor tanya tarikh spesel. haih, tak de nye. skrg aku rasa nak beranak je. tak kira tarikh ke ape ke.

jadinya, doktor keluarkan surat utk aku serah diri dan masuk wad pada esok malam iaitu pada 1 Nov pukul 10 malam. insyaAllah kalau tak de aral melintang lusanya adik dh bleh tengok dunia.

kawan-kawan, doakan aku selamat ye. semoga segala urusan berjalan dengan lancar. jadi bermulalah proses kemunculan adik FA. nanti aku akan citer balik ape akan terjadi pada diri aku.

Saturday, October 27, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha dan 3 hari lagi nak beranak

Selamat Hari raya Aidiladha diucapkan kepada semua. sepatutnya ucap semalam sbb semalam kan raya. tapi aku tak de mood sbb raya kt bangi je. dan keadaan semalam adalah tak macam raya langsung. dah laa incik fidi kena keje. terperaplaaa kat umah aku dua beranak + baby.

nasib baik umah pengasuh aleesya ngn umah aku dekat sajork. dia laa yg tolong hantar makanan-makanan berkonsepkan raya kt umah hhahahha. dapat jugak laa merasa makan nasi impit. tengah hari aku dh order mekdi. malas nak masak.

ok aku masih belum beranak. rasa sedikit tension pun ada sebab tengok member2 yg dekat2 due aku semua dah selamat. aku jugak yg masih memboyong. malah ada yg dh separuh pun pantang dorang. aduyaipun...

kalau ikut due aku lagi 3 hari cukup laaa 40 minggu. masa check up last genap 39 minggu, doktor kata baby besar. tak leh lama dalam perut bimbang lagi bertambah besar. lagi seronok mak dia makan huhuhu. doktor bagi anggaran berat baby masa tu dh 3.6kg. jadi korang bayangkanlah tambah lagi seminggu berapa berat dia sekarang.

berat aku tak naik. dari 73kg minggu lepas, minggu ni pun masih 73kg. tak mungkin ia berubah menjadi 37kg hahahahha ...hohohoh alangkah bestnya klu dapat berat seringan itu. oh mungkin selepas pantang nnt. pitam!

tapi aku dah start cuti. kira lepas raya ni aku sambung cuti terus lah. dh malas aku nak turun naik tangga opis.

Sunday, October 21, 2012

bila dah tak de keje....

aku rasa tak larat dh sekarang ni. minggu depan je tarikh due aku. jadi aku nekad amik cuti hari khamis ngn jumaat lepas, tak pe lah kije ada pun. kije tak penah habis kan. tapi memang aku nak cuti. aku tak larat nak naik turun tangga umah n opis. eh awal-awal terluah perasaan plak.

ok meh nak citer aktiviti aku masa cuti. tak de kije lain aku buat selain dari makan, makan dan makan. ohhoi. tak tau nape sejak dua menjak ni suka sangat makan. perut tak lapar pun mulut nk mengunyah je. yg kesian incik fidi sbb selalu terpaksa mengikut selera binik yg mcm dinasour ni. malam2 pun siap order ngn dia. nak beger laa, nak kuew teaw laa, nk buah oren laa hahahha

dalam minggu lepas saje aku dh order pizza hut 3 kali hahaha hbs laa pupus rambut incik fidi klu gini gamaknya selera binik. sbb binik akan mintak duit dari laki dia.nk masak rasa dh malas nak bangun duduk apatah lagi nak berdiri. nak basuh pinggan pun aku dh rasa sengal2 kt tumit (alasan)

ok habis citer aku, meh nak citer pasal anak dara plak. dia ni lagi banyak akai skrg ni. ada je kije yg dia buat. lagi syok dia buat mcm2 projek bila aku tengok je apa dia buat. larang pun tidak, suka pun tidak. 

 yang ni beria-ia main bedak. hbs satu botol bedak kecik. dh mcm main merenjis pengantin pun iye. asal lalu kt celah meja, tabur kt situ. asal lalu kt sofa, tabur skit. dh rata2 umah aku ni penuh ngn bedak. aduyaipun....

yang ni plak habis muka pakai bedak, lps tu bila aku nak amik gambar pandai plak dia buat mulut donald duck. hoih.

 ni aleesya pegi hangkut semua hanger yg ada dalam bilik lps tu pegi gantung kt kipas. pandainye anak. lps tu aku suh buang, tak pandai plak. siap nangis2 sbb tak leh buang.

oh yang ni buat aku gelak. aleesya ooo aleesya.nnt adik dh kuar seronok laa dia buat geng

Friday, October 19, 2012

11 hari

nape laaa rasa lama sangat masa berjalan skrg? klu dulu 11 hari ni sap sap soi je tetiba dah eh dh cukup 11 hari. sekarang hazab nak menunggu tu subhanallah.

lagi 11 hari nk cukup tarikh due dan aku masih lagi blom bersalin. aduyaipun. badan tak larat giler. ni pun dh amik cuti 2 hari melepak2 kat umah. terperap tak keluar-keluar. klu aku pegi opis pun aku tak leh duk lama dh kat kerusi. sakit pinggang menyucuk-cucuk. tapi memikirkan keje masih banyak, aku tak dapat jugak buat ape2.

klu pegi opis pun rasanya dh ramai member2 tak sanggup tengok aku kt opis. masing-masing suh apply cuti or mc je sbb tak lalu tengok aku duk lalu lalang kt opis dgn perut mcm nk meletop tu.

ok, nape tak beranak2 lagi ni.cepat2 laaa kot. tak sabar nk tgk adik!

Monday, October 15, 2012

check up 38weeks

masih lagi gigih pegi check up perut ni. yelah selagi tak beranak selagi itulah kena jumpa doktor. berharap sangat hari ni jumpa doktor sbb nak beranak tapi tak jugak heheheh.

result kali ni memang cemerlang part berat ibu, tekanan okeh.
berat ibu adalah 73kg hahahaha naik 3 kilo dalam masa dua minggu.
berat baby plok adalah 3.1kg tapi doktor ckp mgkn keluar nanti berat dia akan lebih dari ini. cuba falshback balik last pregnancy, memang aleesya pun keluar terlebih berat dari yg dapat tahu masa dalam perut.
tekanan darah sumer adalah normal.
dan mek tiada lagi kencing manis, alhamdulillah....

tadi masa suluh-suluh (ultrasound) aku mintak doc konfirmkan jantina anak. padahal lagi bape hari dh kan nak beranak, saje nak suh doktor keje lebih skit. masa duk suluh tu memang tetiba nampak batu dua ketul jelas ya amat. amboi adik FA, kemain lagi eh. dia tadi elok je dalam perut ibu, selesa ke adik? bila nk keluar nak oii? ibu tak sabar nk tgk muka adik nih, sama tak ngn kakak aleesya?

ok dah habis part check up, meh kita beransur plak ke part hospital.

memang aku decide nak beranak kt SITU je sbb dh check up bagai sumer kt situ kan. tapi apa yang menjadi kerisauan bila hospital tu tengah rancak melakukan renovation. bunyi bising tok sah cerita. BINGIT! terbayang2 nnt, aku dalam tak keruan nak menahan contraction terpaksa hadap bunyi bising. tak ke serabut nanti? mintak diskaun bil kang baru tahu? hehehe

ok itu lah, yg penting perut makin membesar. baju semua dh tak muat. baju peknen pun dh tak muat. baju laki pun dh tak muat. ok kita pakai daun je lah.

Saturday, October 13, 2012

makan keropok dalam plastik

tadaaa...bagi mereka yang bersekolah area zaman 90an mesti tersengih2 sorang bila tengok gambar ni kan. heheheh eh kt kampung aku je mkn mcm ni. tapi memang siyes, mengimbau kenangan aku dl2.

semalam aku beli nasi goreng kt kedai ala thai ni. memang masakan dia tip top, sedap. kena dgn selera tekak gergasi aku sekarang ni. tup tup ternampak ada balang kopok kt kedai tu. order laaa sebungkus nk bawak balik ke rumah.

sampai umah incik fidi mintak nak makan kopok ni. memandangkan aku dh malas bangun amik mangkuk sos sbb aku dh elok bersila, x mungkin bleh bangun dalam masa yang singkat, incik fidi terus curahkan sos tu dalam plastik tu jugak.

masa dia buat tu aku terus teringat perangai aku masa kecik2 dl, mcm tu lah aku makan. beli kopok yg dalam plastik siap ngn sos tu, lepas tu tuang sos dalamnye, pastu penyek kopok sampai hancur dan makan. memang sedap oke.

jadi semalam sambil tengok bola yang menyaksikan kemenangan negeri tanah tumpah airku, berebt-rebut aku makan ngn dia. hoi, jangan makan banyak, sape yg beli nih. disebabkan rasa x cukup semalam, hari ni aku suh dia beli plak. dua bungkus untuk dinikmati di depan tv lagi. nyum nyum

Friday, October 5, 2012

lagi lima hari!


 jeng jeng jeng lagi lima hari uols. ape yang lima hari tu? lima hari lagi aku nak beranak!!!!

ha, terkejut tak terkejut tak? giler tak. aku yg dengar pun terkejut jugak.

gini kesahnya...hari rabu lepas aku pegi klinik sbb rasa demam. kes berjangkit dgn aleesya. lepas tu masuk je jumpa doktor, ayat pertama doktor tanya adalah "awak ni dah bape minggu mengandung ni?" masa tu aku baru masuk 36 minggu sehari. eh motiif sangat cakap baru kan hahaha.

tetiba je doktor ckp, "Awak ni mungkin lagi lima hari bersalin laa kot".

gulp!!! aku yang terdengar ni, rasa mcm tak lepas nak telan air liur waktu tu hehehe. antara suka dan berdebar laa uols. kalau betul, best sebab aku memang dh tak larat sangat ni. dan kalau betul jugak terus terbayang-bayang sakit contraction yang maha ampun itu. huuhuhhu.

dan klu ikut tolak campur ramalan ku benar belaka oleh doktor yang cantik itu, kini tinggal 3 hari je lagi. mungkin isnin atau selasa beranak lah aku. jeng jeng jeng.tunggu....kita tengok sape yang kena!!!

 

 perut yang memang dah ke depan-depan sangat. aku rasa kulit perut ni pun dah cukup meregang sangat. klu besar lagi, memang kena amik masa yang BANYAK  untuk mengecilkan kembali lepas ini.

baju untuk pakai tinggal bape helai je yang bleh sarung. lagi2 baju keje. eh sekarang dh tak de kot istilah baju keje ke baju jalan ke baju santai2 duk umah ke...semua aku belasah sekali harung.dah itu je yang ada. klu lilit kain tuala pun dh tak cukup selilit dh. terbukak2 kt tengah tu. seksa okey.

jadi kepada rakan sekerja ku, jangan lah menegur sekiranya baju yang sama dipakai pada hari isnin, aku pakai lagi pada hari khamis. hahahahaha

aku perasan hidung ngn bibir pun dh bengkak semacam ni. ayork jangan kembang setaman sangat, risau nnt tak kuncup2 balik.

ok lah nk pegi klinik, ada check up pasal kencing manis ni. mencik!

Monday, October 1, 2012

set bersalin utk anak kedua

sangat berbeza mengandung kali pertama dgn mengandung kali kedua. hehehe. dulu, masa 7 bulan gitu kot (dah tak igt) dh siap beli kelengkapan bersalin. sekarang dh masuk tunggu hari je baru nak order. huhuhu mgkn faktor usia kot, badan ni asik tak larat je *mata ke atas....

hari jumaat lepas aku mengorder set bersalin, ala utk kesihatan dalaman diri laa jugak kan. masih meneruskan tradisi zaman2 aleesya dulu. aku beli Leesa Formula, cuma kali ni tak beli full set yang siap ngn tungku bagai tu. sebab aku rasa ada beberapa benda dalam tu aku tak pakai sangat. jadi buat apa membazir. aku pilih item2 tertentu je utk makan masa pantang nanti.

pagi-pagi lagi abang kt opis ni hantar kt meja aku. kali ni aku beli online je, badan x larat laaa. lagi sekali disebabkan faktor usia dan keadaan *mata ke atas plus juling skit.
skit je lah kali ni. ada 4 barang je. itu aku beli yg betul2 aku nk pakai je. buat apa membazir. yg 4 barang ni je pun dah RM175.
ada Tablet Perawan, Tablet Ikan Haruan Complex, Cotet Emas dan minyak telon. aku paling suka minyak telon sbb bau dia memang best. mesti anak aku nnt berbau best. ya Allah tak sabarnye nak beranak . EH.

wow, Staff Day!

Hari Jumaat lepas, masa nak keluar dari opis terpandang notis ni. wow, ada staff day laaa. tapi bila tengok tarikh, erm.....tak pe lah korang pegilah bersuka ria. aku belek-belek budak kecik je. (ayat keciwa)

yelah, klu tengok tarikh tu memang ngam-ngam je ngn tarikh bersalin aku. huhuhu sodehnya. ala, nak sedapkan hati jugak ni....takat terengganu je pun hahahahhaha....mesti kawan-kawan bengang bila aku cakap macam ni.

eh aku pun bleh ikut tema jugak laa waktu tu. berkain batik di dalam pantang. ok ape kan....

nanti korang amik laa gambar banyak2 ye. bleh laaa mak budak ni cuci mata dan dengar citer best-best dari korang...