Thursday, March 31, 2011
akademi fantasia dah kembali
yea yea maknanya malam-malam ku nanti akan kedengaran suara-suara yang bergaduh nak tukar channel tv. hahahaha sah sah laa incik fidi tak suka AF. nak buat macam mana bini dia memang hantu AF. jadi kita tgk siapa yang menang..
rasa nak tgk AF kali ni membuak-buak jugalah sbb paknil kembali. aku suka paknil sbb gelagat dia kat pentas, tak kisah laa saper yg cakap dia hover. pada pandangan mata rabun aku yang berkuasa 300 ni, aku oke jer tgk paknil jadi pengacara. lagi happening ape!
harap pelajar AF kali ni menampilkan bakat dan bukan bersandar pada rupa semata2. sbb banyak juga pada musim yang lepas2, muka jer cun tapi suara ke laut. sori yeee....sbbnye aku tgk budak Idola Kecil menyanyi lagi hebat daripada pelajar AF (segelintir sahaja) maaf sekali lagi. itu adalah pengakuan ikhlas dari hati hihihih
jadi kepada incik fidi, kalau malam tu syg tak dapat tgk AF, tengok la bakul CD tu. mesti berlambak2 punya CD cetak rompak konsert mingguan AF hahahahaha. jadi kalau tak nak membazir duit, sila bagi bini kesayangan ni tgk AF. sekian....
* aku ni beria-ia jer tgk, nak suh undi memang kim salammmm!! tak koser nak perabihkan duit ikut situ, banyak lagi benda aku nak buat dgn duit gaji yang tidak seberapa itu hahahahahha
oh ye tak sabar jugak nak tgk Maharaja LAWAK.. vote for JOZAN. lagi sekali....aku tak kan undi pun hahahahaha
Posted by purple_lav at 3:08 PM 1 love purple
ulang lagu Awan Nano sampai lebam
skrg aku tgh kemaruk dgr lagu Awan Nano by Hafiz AF7. memang tangkap cintan sama ini lagu. jadi kepada rakan seperjuangan kt opis terutamanya yang berdekatan dgn meja aku janganlah rasa pedih telinga bila asik dengar lagu ni jer sepanjang hari wakakakaka
semalam pun incik fidi ada usha lagu ni. sekali keluar video clip dia. masa tu aku tengah lalok akibat ubat batuk. dia sajer pasang tv kuat2 supaya aku bangun tgk. sori le abang....walaupun lagu kegemaran tapi kuasa ubat mengatasi segalanya.
sori aku tak reti nak attach lagu dalam ni. jadi korang pandai2 laa search lagu Awan Nano yang tengah panas dipasaran skrg....
Posted by purple_lav at 1:42 PM 3 love purple
no more poco-poco
hari ni boleh baca paper dgn mata yang cerah. ooo baru tahu, mufti perak dah haramkan poco-poco. naper eh? sbb katanya tarian poco-poco ini dikatakan menyerupai amalan Kristian.
maknanya tamat lah hayat exercise kt opis ni...biasa klau pkl 6 petang lepas jer hbs waktu bekerja ramailah wanita-wanita cantik sibuk tukar baju dari baju kurung ke seluar track dan tshirt. tak lain tak bukan sbb nak bersenamrobik dan menari poco-poco yang dikatakan baik utk kesihatan.
tapi kalau dah diharamkan, tiada lagi laa poco-poco kt opis ini mahupun di mana-mana sahaja.
kalau ditanya pada aku, jawapannya senang sahaja...no komen sbbnye aku tak pernah join poco-poco. nak suh aku menari memang ke longkang laa jawabnye. kaki bangku katakan. oke lah sekian dari orang yang kuat batuk hari ini...
Posted by purple_lav at 11:13 AM 0 love purple
terima kasih incik fidi
baru boleh bersiaran secara langsung sbb aku baru baik dari demam. dah lama aku tak demam, sekali demam memang teruk jugak lah.
semalam adalah hari yang paling teruk. padahal aku demam dari hari sabtu lagi, tapi semalam merupakan kemuncak virus-virus duk berpoya2 dalam badan aku ni. langsung tak leh bangun, selera makan memang terus kecundang. dah tak der nak tgk cara aku makan macam membela. harap2 kurus lepas ni hehehe
penjagaan aleesya dan rumah terpaksa diserahkan seratus peratus kepada incik fidi. eh, boleh pun dia buat. boleh laa aku demam sekali sebulan hahahaha....
macam pagi tadi bangun tgk botol susu sumer dah basuh, baju pun dah basuh...dengan bilik2 air sekali dia pergi basuh. olololo sweet laa plak
skrg aku punya tekak rasa nak tertanggal. bunyi batuk macam duk dalam gua. bergema2. aku sendiri pun takut dengar batuk aku. sampai satu tahap takut nak bercakap sbb pedih sangat-sangat. tak pe ini sumer dugaan kecil utk aku...
kepala pun masih pening2....cepat2 laaa sembuh demam ni sbb minggu depan sudah mau outstation. nnt tak cun laa pegi outstation dgn hingus meleleh dan batuk koh koh ini...
Posted by purple_lav at 10:08 AM 0 love purple
Sunday, March 27, 2011
walaupun demam, makan tetap makan!
sejak dua menjak dapat kuman demam dari aleesya ni aku sendiri naik pelik tengok selera aku.
masa demam nafsu makan macam membela hahaha.
semalam paksa2 incik fidi pegi alamanda pergi beli BIG APPLE. sedap woooo. tapi mampu makan satu donat jer. tekak tak berselera sungguh.
lepas balik alamanda tu dengan keadaan yang sungguh lembik, dah rasa macam nak masuk wad...itu pun ada hati lagi nak keluar jenjalan, paksa incik fidi pegi beli sup tulang plak.tetiba jer tekak rasa nak makan sup tulang yang masih panas. sedapnya
tapi dua tiga kali hirup jer....
ye aku tau gambar ni blur. jap aku letak gambar cerah skit...
ok bila tgk gambar ni korang kena rabun kan skit mata tu hehehehe...baru tak nampak skit double chin hahaha
nyummy sedap wooo nasi beriani daging ni...kalau laa tak demam, mau mintak tambah
yea sudah nampakkah sinar dimuka ku itu? hhaaaa nak tau sbb ape??
incik fidi beli durian!yea yea tapi mahal nak mampos. 4 biji RM90. igt kitaorang ni dapat duit tersepak ribu riban ke???klu kat kampung sebakul tu baru RM5.
Posted by purple_lav at 8:35 PM 2 love purple
Thursday, March 24, 2011
kisah budak demam
hari ni aku tinggalkan aleesya ngn pengasuh dia, sbbnye aku ada asgmnt hari ni. sori ye sayang. nnt petang ibu balik awal skit. itupun kalau tak jem. huhuhuh
semalam badan dia memang panas laa. aku langsung tak pakaikan dia baju. cuma pakaikan pampers jer. senang skit aku nak curah air hahaha. ye aku cuba sll basahkan badan dia. nampak kering skit, cepat-cepat aku amik towel lap satu badan. aleesya paling hepi bila aku perahkan towel atas kepala dia hehehe
sesi makan ubat adalah sesi yang amat mencabar. mana taknye menggelupur jer keje dia. siap tutup mulut pakai gigi lagi. haaa korang ada? memang susah giler nak masukkan ubat. last, amik peluang masa dia tengah menangis, tengah yang nganga luas2 tu lah aku picit masuk hahaha
sambil-sambil basahkan badan, layan video klip lagu stacy. siap menari-nari lagi. eh ini demam ke tidak?
last sekali dah tertido. mgkn kesan ubat kot. kain batik aku tu kan, dia tarik sendiri. mgkn sejuk kot. alahai sian anak ibu.
Posted by purple_lav at 11:52 AM 1 love purple
Wednesday, March 23, 2011
bersiaran dari rumah
hari ni terpaksa ambil cuti sbb tiba2 masa nak amik aleesya smlm, badan aleesya rasa dedar. dalam hati demam ke ni?
memang sah, pkl 8 mlm tu badan aleesya dah start panas. ayooo dah laa stok ubat dah habis. basahkan badan dia dan tuam ngn towel. masa tu asal minum susu jer keluar balik, minum jer keluar balik.
lps tu malam tu memang mencanak2 laa naik lagi suhu badan dia. tapi aku still tuam dia. aleesya plak memang tak leh nak tido langsung.
yang baiknye aleesya tak nangis, cuma dia kejap pusing kanan, jap pusing kiri. lepas tu balik-balik duk kiss aku hehehehe...ye sayang, ibu pun sayang jugak. macam kita yang tua bangka ni, klu demam mesti rasa tak selesa badan kan. gitulah budak kecik pun.
dia pun hari ni terbaring jer lah mngkn sbb pening kot. hehehe .tadi pegi klinik pun risau jugak sbb pergi berdua jer. incik fidi ada rehearsal kawad dia tu...nak tak nak macik kena berdikari hehehe. eleh kata wanita besi kan, small matter jer ni .(berlagaknakmampus)
ni aleesya dah tido lepas suap nasi dalam 4 suap je. oke le tu aleesya, dari perut kosong jer kan
Posted by purple_lav at 3:55 PM 2 love purple
Tuesday, March 22, 2011
conteng oh conteng
aku rasa akulah ibu yang paling lambat dedahkan pensel ngn kertas kepada anaknya. kira aleesya dah umur 16 bulan baru aku bagi dia main kertas ngn pensel / pen. sbbnye masa aleesya kecik-kecik dl aku tak bagi sbb dia pantang dapat benda. sumer nak masuk dalam mulut.
jadi, amatlah dikhuatiri jika pen / pensel masuk dalam mulut anak aku tu, kang terodok sape susah? mak jugak. jadi bila tengok dia dah jarang masukkan benda dalam mulut, baru aku berani skit-skit. itupun incik fidi dah bising-bising. dia cakap, anak baru umur setahun, dah nak ajar menulis.
rilek laa bang...kata melentur buluh, bermula dari rebung. ni sedang elok laa masa tengah rebung-rebung gini. kang esok dah jadi buluh, keras kejung plak tangan nak pegang pen.
ibu kan dah pagi paper tu. dah pegi conteng kat paper.
oke macam ni lah good girl. oke meh ibu ajar tulis nama aleesya eik. F.A.T.E.N A.L.E.E.S.Y.A M.O.H.D. A.F.I.D.I
eh, panjang sangat ke? itu nasib baik ibu tak letak nama Puteri Seri Intan Payung Mucuk-mucuk Faten Aleesya Mohd Afidi. bersyukurlah dengan apa yang ni ye nak....
ok lepas dia dah puas conteng-conteng kat kertas, terus dia terpa kat aku plak. ingat nak suh dia tolong tulis buat ABC, sekali dia conteng kat baju kelawar aku.
aleesya no! baju kesayangan ibu laa ni. ibu beli masa kt UUM lagi tau. hahahahahah
eh eh eh bukan takat itu jer. nak conteng kt tengkuk aku plak. aduyai aleesya. jangan dera ibu macam ni ye nak. dah laa mata pen tu halusssss je. sakit kulit halus mulus aku.
hahahahaha....dah tak leh lukis kat ibu, dia pegi conteng kt kaki dia. hahahaha nah.....melingkar-lingkar mata pen kt betis mok mok.
tadaaa, hasil kerastangan aleesya. ok nnt ibu belikan pencil colour plak ye. tapi dengan syarat jangan conteng dinding, umah ni ibu sewa jer oke. kang tak pasal2 kena bebel ngn owner.
Posted by purple_lav at 12:00 PM 0 love purple
Monday, March 21, 2011
pengubat rindu ibu
sangat kuat sepahkan rumah. tapi tak pe...ibu dia kan rajin. katakau!
aleesya, semoga menjadi anak yang solehah ye. dengar cakap ibu dan ayah. jadi anak yang rajin dan insyaAllah pandai...
oke ibu dia dah tak der idea nak bebel2 ni. biasalah kalau hari isnin memang macam ni..dua hari duk berkepit jer tetiba hari isnin dah kena pergi keje, mestilah angau hehehe
Posted by purple_lav at 3:36 PM 4 love purple
sedih tengok...
masa incik fidi duk sibuk-sibuk kiwi kasut dia, aleesya ni tumpang menyibuk jugak laa.
dah...ni over ni aleesya. dah baring-baring dalam kotak ni plak. dah laa kotak kasut nak oiii. sib baik kasut tak pakai lagi.....
ha, yang ni lagi SODEH....duk menari tap dalam rumah. apekejadahsemua ini...hahahahah mentang2 laa kasut tak pakai lagi bleh laa berjalan keliling rumah.
baru aku tau kasut kawad dia ada besi macam kaki kuda tu. patutlah bunyi berdentum dentam jer masa dorang kawad.
Posted by purple_lav at 10:42 AM 0 love purple
Saturday, March 19, 2011
yea, rambut budak kecik tu dah boleh sepit!
yea yea...bila tgk rambut anak dah bleh sepit rasa macam menang 1 juta. jalan skit pandang rambut aleesya. amik barang tengok rambut aleesya. hish hish mak dia dah angau. itu baru rambut anak bleh sepit. klau esok2 anak dah bleh bawak basikal, mcm mana?
hari ni bawak aleesya ke tmpt tak lain tak bukan, alamanda. sbnrnya nak pegi tgk belon panas, tapi cuaca tak mengizinkan. ujan la plak. jadi kita cari tempat yang ada bumbung ya.
yea yea..jom lompat sesama. hahahaha walaupun seciput jer tapi bagi aku tersangat lah oke ni. aku dah beria-ia pegi beli sepit ni tau.
bagi dia lepas macam ni memang seronok laa. hbs sumer tempat dia pergi. nyaris-nyaris kena langgar ngn orang pun ada. yelah alamanda hari ini macam crowded cikit. ramai btl orang.
geram...geram...geram...
walaupun melasak, aleesya tetap reti cari stroller dia hahaha baru tahu. penat laa tu. masa aku dukung dia tu, terus rasa tangkap kat pinggang. itu pasal kalau keluar aku sll bagi incik fidi dukung, mak tak larat oke
eleh, mesti korang cakap anak sorang bleh laa. nnt anak dah berderet esk mana bleh curi tulang begini. ye ye...sementara masih sorang inilah aku amik kesempatan. tak gitu eh?
sehari kalau tak kena buli ngn ayah dia memang tak sah. aku dah risau ni habuk-habuk. tp tetap jugak nak ambil gambar dl hahahahaha...
kerete menan kt tangan dia tu kan, x mo lepas. nak tak nak kena bayar jugak. ish menan tak mencirikan gegirl langsung!
last sekali masa nak bayar tu sempat lagi rembat satu menan. bagus anak...nnt lagi best kan sepahkan rumah.
wakakakaka muka incik fidi itam legam. kesian oke. dah macam rupa masa dia rekrut dia dl hhehehe..sabar ye cik abang nnt ilang laa keitaman itu. jadi sekarang bleh laa cakap, itam-itam si tampuk manggis, makin dilihat makin manis. tak gitu eh?
puan blog....
singgah makan kek choc strawberi yang nyummy2 kt secret recipe...odapnyeeee.....
oke ini pula makanan untuk kanak-kanak di bawah umur. tapi kadang-kadang kanak-kanak terlebih umur pun makan jugak hihihih
sekian wassalam dari aleesya. dia sudah mau nenen skrg..ok jap ibu pegi buat laa ni....
Posted by purple_lav at 8:42 PM 2 love purple
Friday, March 18, 2011
esok tak der aktiviti
ye inilah orang yang berwawasan. aktiviti esok dah siap ada perancangan. tapi sedih sbb perancangan esok melepak kat umah sajork.mesti berat bertambah lagi esok.aku ni pantang ada kat umah, mesti nak makan jer. (ALASAN) huhuhuhu
ini sumer pasal incik fidi lah. dia ada training kawad sempena hari spesel dot dot dot. dah laa dua minggu dia kena kawad. minggu depan pun gitu jugak. elok jugak sebenarnya bleh jimat duit kan ( ayat penyedap hati).
tapi takut tengok muka incik fidi sbb dia dah sunburn giler-giler. aku tengok muka dia dah macam rupa perompak hahahahhaha. aleesya lagi laaa...tak mo senyum dah ngn ayah dia sbb takut tengok muka dah itam legam. bila lah nak putih balik tu? putih ke?
jadi esok jom aleesya, teman ibu pegi giant. beli barang2 skit. eh kata nak duk umah jer....hehehehe
Posted by purple_lav at 5:04 PM 1 love purple
LEGA
kepala dah tak sesak lagi
otak pun dah makin stabil
fikiran pun tak kusut musut
fuh....last sekali aku dah buat keputusan. memang tak leh ubah lagi. harap ada kebaikan disebalik keputusan ini. aku dah serabut okeh.
skrg nak bawak kete pun tenang. kalau tak duk mikior sampai senak otak. nak bawak kete terpikir, nak makan terpikir, nak tido terpikir, nak ber pun terpikir jugak. kasihanilah fikiran aku dua tiga hari ini. bawak2 laa berehat. jom incik fidi, holiday kat melaka. eh??
Posted by purple_lav at 10:35 AM 2 love purple
Wednesday, March 16, 2011
serabut!!!
aku sedang mengalami masalah psikologi ni kot hhahaha betul ke term macam ni?
krisis kat tempat kerja..nak terima ke nak tolak? benda ni buat aku sakit otak dari hari jumaat lagi. tapi rasa hari ni aku dh nak bagi keputusan. ok muktamat.tak mo dah sakit2 kepala n serabut otak ni.
Posted by purple_lav at 2:54 PM 1 love purple
mana tak gemuk......
semalam pkl 11 tetiba incik fidi ajak makan nasi lemak kat sri permaisuri. (aku tau mula2 tu dia ajak2 ayam jer....tapi dia tak tau bini dia ni pantang diajak, tak kira ajak ayam ke itik ke hihi)
apa lagi terus zass siap2 ala kadar jer hehehe. bawak kete terus pergi sri permaisuri. kitaorang makan kat Q-Bistro. sedap oke nasi lemak kat sini. last aku makan masa blum peknen kan aleesya. jadi sepanjang tu asik laa aku suh incik fidi bawak lagi ke sini.
jadi korang bleh imegin macam mana laa badan aku klu dah makan nasi lemak pkl 11 mlm. balik jer terus tido ish ish ish
pstt...pstt....berat aku dah turun 3kg laaa. wah...lagi 12kg lemak perlu dikurangkan. berkat minum ***. hehehehe
Posted by purple_lav at 10:57 AM 4 love purple
Monday, March 14, 2011
tahniah buat laila sofra....
ini merupakan kali kedua bawak aleesya ke tempat kenduri kat KL ni. 1st time dl bawak dia kecik lagi, meraung-raung sbb kepanasan. kali kedua ni baikkkkk sangat. tak ek tak ok pun. mgkn sbb dah besar skit kot.
tak pun sbb aku dah umpan dia ngn papadom heheheheh. jadi ibu ayah dia dapat makan ngn tenang.
bergambaran bersama pengantin. aleesya hairan tu kot. naper lah dia ni tinggi sangat heheheh. sbb incik fidi pun cakap tetiba dia rasa pendek hahahahahha
aku sah-sah nampak macam ibu mengandung. memang nampak lebar sangat tu. hish.
pakaian pengantin adalah cantik. pelamin pun cantik jugak. makanan pun sodap. bak kata kenduri dia tip top laah. suka hake. tambah2 plak peel anak pun baikkk je. hepi sesangat. eh mcm kenduri kawen aku plak kan.
lps balik kenduri tu, sian plak dak kecik tu klu tak pegi tmpt favo dia hehehe alamanda time!!!! aleesya ni mcm kenal oke alamanda. masa dalam perjalanan tu dia diam jer. tapi bila masuk kat parking terus bising-bising. macam tau orang nak bawak dia jenjalan.
sekali sekala buat muka 'cantek'...
incik fidi skrg ni suka sangat buat muka jambu macam ni adoiii. dah dah laa tu. ops maafkan anak dara aku tu. sungguh tidak sopan heheheh...
tapi bagus dia duk ngn ayah dia dalam kete. sbb nye diam skit. try duk ngn aku, kejap nak turun laa, kejap nak beriba kejap nak ke belakang. terpulas tulang belakang aku.
aleesya seronok sangat bila dapat lepas dia kat kawasan lapang macam ni. macam tak cukup lantai nak lari. hehehehe...balik tu terus tertido. penat sangat laa tu.
aleesya skrg kurang makan nasi. risau laaa....
Posted by purple_lav at 12:36 PM 0 love purple
Saturday, March 12, 2011
bercanda ria di taman
Posted by purple_lav at 10:31 PM 3 love purple
Friday, March 11, 2011
sayonara ila!
peace! tgk perut abg boy. kalah ibu mengandung wakakaka
Posted by purple_lav at 4:08 PM 0 love purple