? ??????????????Last Beat? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??3401 Grabs Today. 6923 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Colorful Twist? ????? ?? ???Rating: 4.5 (66 Ratings)??2360 Grabs Today. 28501 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, July 30, 2012

Kasihnya Seorang Suami

ece ece ece...tetiba nak citer kasih sayang suami plak dalam blog kan. tak pe laa, bagi can skit kt kami yek. lagi pun tak salah kan hahahahah

semalam aku mengidam nak makan beger. nak beger yang tepi jalan tu je yang mana sos dia adalah melimpah ruah. tak mo beger mekdi ke kfc. jadi masa pegi pasar ramadan tu aku dh cakap ngn incik fidi nak makan beger. tak tahu laa dia dengar ke ape. bukan nya amik tahu sangat kot dia tu hehehe.

tapi memang keciwa laaa sbb mana ada orang nak jual beger kt pasar ramadan kan. yg banyak jual karipap, popia, lauk2. aku tak mo semua tu. nak beger jugak. ngade-ngade sungguh kan sejak jadi mak buyung ni. jadi harapan tinggal harapan je lah.

masa nak sahur tu incik fidi kejutkan aku. mesti ada yang kepelikan sbb laki yg kejut bini kan muahahahah. tak de lah sbbnye incik fidi keje shif malam semalam, jadi masa dia balik tu sedang2 elok je ngn sahur. so aku buat ape nak susah2 kunci jam bagai muahahahahahah.

oh ye, masa dia kejutkan tu dia cakap dia dah belikan beger. vaa vaa vaa ini sudah bagus. terbaik ah laki mek. rasa berselera sungguh makan sahur pagi tadi. makasih ye incik fidi. jasamu ku akan kenang sampai bila-bila. hehehe.ilapu.

*aku perasan sejak aku berbadan dua ni, dia sungguh ringan tulang, sporting, dan baik hati. dabel lap u lah.

Wednesday, July 25, 2012

detail scan at 26 weeks

alhamdulillah pagi tadi aku pegi check up detail scan kt Hospital Az-Zahra. kali ni incik fidi ada teman. eloklah...jadi dia bleh tengok dengan mata dia sendiri sama ada yang dalam perut ni boboi ke gegirl. mujur pegi awal pagi, jadi tak der la menunggu lama sangat.

satu rahsia yang aku aku tahu bila nak dtg check up dan dapat pulang awal adalah jeng jeng jeng. eh mana bleh bagi tau semuaorang, nnt semua orang buat mcm aku hahahahhahahaahah

tadi tak sempat nak tanya nama doktor ape. utk pengetahuan doktor detail scan adalah lain sama sekali ngn doktor check up bulanan. doktor check up bulanan aku tetap Doktor Fazlina Hanum yang terbaik itu. dan insyaAllah dia sekali lagi akan menyambut anak aku kali nih. I Love U Doktor. sebab doktor ini adalah tersangat baik, lembut, cantik dan kaya dengan senyuman.mmg aku suggestkan sape2 nak bersalin kt Hospital Az-Zahra lantik dia sebagai doktor anda. ewahhhh...

ok keputusan masa detail scan tadi adalah SUPERB, GREAT & AMAZING. hehehehe alhamdulillah semua berada di dalam keadaan yang baik. semua organ-organ dalaman ADIK (nak start panggil adik laaah) berada di dalam keadaan yang sempurna. syukur Alhamdulillah! 

dan sekali lagi doktor sahkan aku mengandung anak lelaki! memang jelas dan ketara nampak pistolnya. suka lah tu incik fidi.


ni gambar adik yang sempat ditangkap oleh doktor hehehe. doktor snap muka adik. masa tengah check tu, adik memang tak duk diam. ngn doktor main tekan-tekan perut tambah adik duk buat mexico wave lagi perghhhhh memang geli geliman + sakit perut aku.

memang tak nampak sangat bentuk wajah adik. tapi aku kompom muka ikut kakak aleesya ni hehehehe. genetik belah incik fidi mesti lagi kuat nih hehehehe


nah last gambar bertiga. tak lama lagi kitaorang akan bergambar berempat plak. abaikan muncung itik incik fidi tu. ntah nape tetiba dia nak pose macam tu .dan abaikan jugak dagu berlapis ngn hidung kembang setaman pompuan gemuk dalam gambar ni. mencik!

Tuesday, July 24, 2012

penyakit susah tidur

bukan terkena kt aku tapi aleesya. aku perasan sejak dua menjak ni dia ssh nak tido bila malam. paling awal dia tido adalah pkl 3 pagi. pkl 3 pagi oke. semalam lagi haruk, aku sedar pkl 4 pagi dia elok lagi tengok kartun. subhanallah.

mgkn salah aku jugak kot, lebih-lebihkan anak. bila ajak dia masuk dalam tido dalam bilik, cepat je cakap nanak. bila tutup tv melalak macam kena pukul ngn hanger. jadi aku pasang je lah tv, aku plak masuk tido dlm bilik.

tau-tau dah pkl 4 pg pun elok lagi dia duk gelak sorang2 depan tv.

haish, malam ni kena pakai kuasa kuku besi skit. biarlah dia nak menangis ke ape, aku nk tutup tv dan pintu bilik sekali. kalau tak, asik bangun pkl 1 petang je lah anak dara tu...

Monday, July 23, 2012

hari pertama, kedua dan ketiga berpuasa

alhamdulillah dah tiga hari kita dapat mengerjakan ibadat mulia ini kan. dan tiga hari jugaklah aku berjaya mengharungi puasa sebagai ibu mengandung. syukur baby pun ok je dalam tu. aku pun ok. cuma kadang-kadang kepala ada pening skit. mgkin kurang tenaga kot.

smlm aku ada pegi bazar ramadan. subhanallah ramai btl orang. aku rasa orang lagi ramai dari makanan kot. nk membeli pun susah. dah laa macam kureng best skit. klu orang bangi mesti tau, dkt PKNS tu antara bazar ramadan yang besar laaa. tp tahun ni dorang berpindah tempat. dh tak best sbb kecik skit.tu pasal orang sepadat2nya. pening kepala haku.

hari ni pun aku nak pegi lagi bazar ramadan tp yg dekat umah je kot. tak larat dah nak jalan jejauh. penat lain macam. lagi pun sasaran kali ini nak beli kuih je kot. lauk pauk dh siap masak.

ok laaa laki mek dh sampai. nk pegi intai2 bazar plak.

Sunday, July 22, 2012

alhamdulillah lagi 100 hari je lagi. sabar ye pija...



hari ni baru perasan ticker kt sebelah blog indah kaler purple ni menunjukkan angka 100. itu bermakna lagi 100 hari lagi si kecik dalam perut ni nak keluar tengok dunia. insyaAllah.

diam tak diam dah 6 bln anak kedua aku nih. alhamdulillah setakat ini dia baik2 je. tp aku perasan dia lagi kuat gerak berbanding kakak aleesya dl.kemain dia main bola sepak dalam perut ibu ni. tak pe tak pe ibu redha nak hehe.

menjengah usia 6 bln ni jugak dh banyak pergerakan aku terbatas. nak bangun susah, nak duduk terutamanya kt lantai pun susah. plak tu kesian plak aku kt baby dalam ni jugak. asal buka pintu peti ais, terlaga baby dulu. bukak pintu terlaga baby dl,..pegi kt sink pn terhantuk kepala baby dalam perut ibu dl. sorry ye nak, ibu tak sengaja. sbb sblm ni dh lama jugak kan perut ibu kempis. huh kempis laaa sangat!

skrg klu nk dikira lagi 3 bln lebih je lagi aku nak bersalin. harap segala dipermudahkan. dan aku berharap kakak aleesya ni baik laaa perangai dia. seriau jugak aku takut2 dia culture shock skit bila tengok perhatian aku dah kena bahagi 3 kan. satu utk dia, satu utk adik baru dan satu utk ayah dia ahaks.

Monday, July 16, 2012

aktiviti weekend yang begitu menguntungkan

hari sabtu aku kena keje. mmg selalu kalau kena kije weekend rasa tak best je kan. tp kali best laa plak. sebab ape...sbb asgmnt tu mcm ngam je ngn aku. aku kena pegi Karnival Penyusuan Ibu kt Perpustakaan Negara. best okeh sbb bnyk info yang aku bleh praktikkan dan boleh ceritakan pada pembaca majalah nnt. wah gitu....

dh laa pengisian ok-ok, keadaan asgmnt lagiiii ok. ada jual-jual barangan yang berkaitan mengandung dan bersalin nih. sempat jugak laaa aku membeli bendung baby yang ada corak tu dengan bengkung baby. ok baby dalam perut, merasa juga kamu pakai bengkung baru. ibu baru je cadang nk ulang tayang yang kakak aleesya punya.

klu ikutkan hati memang nak beli macam2 lagi tapi tengok duit dlm purse tak berapa nk mengizinkan, so lupakan saje. oh ya, aku baru perasan. mcm slow je aku buat persiapan utk baby ni. baju2 memang tak beli lagi. mgkn hati berbelah bagi lagi sama ada baby boy ke baby girl yg ada dlm perut nih. tunggu laaa 25hb ni sbb masa tu baru nk buat detail scan. klu dh tau, baru seronok nak membeli secara pukal.

bukankah itu asgmnt di hari cuti yang menguntungkan?

ok, next. kejadian hari minggu jugak. kali ni bergandingan ngn laki tersayang plak. kitaorg kemas kini balik bilik kedua yang ada dlm rumah sekangkang kera tuh. eh bukan kitaorg sgt lah, sebenarnya incik fidi yang lebih banyak guna tenaga, mak cuma bagi arahan, yang tu buang, yang itu plak simpan.hehehe.

ruper2nya bilik tu lagi banyak sampah dari barang muahahahahah. hbs kemas tengok-tengok 3 plastik sampah penuh ngn barang terbuang. last2 tengok bilik clear. ok almari lama memang dh tarap bleh campak. skrg tgh tunggu incik fidi beli almari baru. nnt aku tayang kt blog eh.

biar pun tak keluar jalan2 tapi aku rasa masa dan wang dapat dijimatkan dgn aktiviti nih. yg penting skrg aku suka tengok bilik tu hehehe. terima kasih laa kt incik abang kesayangan. pandai jugak dia mengemas eh. i lap u lah. eh tetiba.

Monday, July 9, 2012

saya akan cuba beranak setenang dia

aku ni kira kategori peminat setia rancangan The Kardashian jugak la.dan yang jadi idola aku  tak lain tak bukan adalah Kourtney sbb dia lemah lembut hehehe...

oh dia skrg kan tengah peknen anak kedua lepas dia ada anak yang hensem nama Mason. tadi buka Daily Mail terbaca dia dah beranak. oh selamat ye semuanya.

masa dia beranakkan mason dl, dia siap buat live lagi dalam siri The Kardashian tu. masa tu aku kagum giler kot. macam dia kata dia bukan yang giler menjerit dalam labour room. memang pun, rilek je kot masa dia beranak. paling tak leh blah dia selamba je tarik anak dia sendiri. hebat ok.tak sakit ke?

aku yg dulu ibaratnye nyawa di hujung tanduk jugak lah. bertarung bagai nak rak masa push kan budak aleesya dl. alhamdulillah semuanya selamat.


kalau korang nak tau, lepas tengok dia bersalinkan Mason tu lah, aku terus simpan azam nnt nak beranakkan (aleesya time tu) nak jadi macam dia. tak mo terpekik2 terjerit2 sampai satu labour room kecoh. sbb aku tengok jugak yang channel org2 beranak tu, rasanya 714 tu. kalau tgk orang negro yang bersalin, subhannallah.......

skrg si Kourtney ni pun masih kekalkan situasi yang sama jugak masa bersalinkan puterinya yang diberi nama Penelope Scotland Disick.tenang dan tak de ribut-ribut.

semoga aku bersalinkan baby nnt pun aku setenang dia jugak dan dipermudahkan segalanya. tetiba rasa takut plak nak beranak huhuhuhuhuhu


Thursday, July 5, 2012

tekanan mek!!!

incik fidi tu memang terkenal dgn sikap buli. masa tak de aleesya dl aku yg selalu kena buli. skrg hambek aku pula buli dia muahahahahahaha (gelak jahat). skrg bila dah ada aleesya, anak dia plak yang jadi mangsa. klu keluar yang kecik dalam perut ni plak, harap2 dah2 laa buli anak ye ayah hehehehe


budak ni klu tak de orng usik memang jarang sangat nk nangis. memang dia buat keje dia je.
haish tetiba rindu plak kt dia. apa laaa tengah dibuatnye kat rumah tu?

sedap ye kek pisang tu aleesya?

skrg aku suka dengar dia sebut nama dia sendiri. comel ok heheheh. contohnya bila air tumpah yang memang dia tumpahkan laa, aku tny sape yang buat, cepat2 dia cakap "Alica" ololololo anak nape kamu comel sgt eh.

tapi klau ayah dia yang buatkan, tak de nye dia nak back up ayah dia ke ape. dia akan cakap "ayah buat" hahahahaha.
hambek, lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hati ku muhahahahhah.

masa ni tengah baik2 lagi lah.
tetiba ayah dia sakat. pegi tampar bahu si kecik ni. aku rasa mcm sakit je hahahahaha. kejam tak....tengok muka tu. dh rupa nk nangis dh kan?
apa lagi.....trs uwaaaaaaaaaaa. yang kena pujuk mek jugak. memang tekanan lor.

Tuesday, July 3, 2012

alhamdulillah, saya mengandung anak.....

alhamdulillah.....rasa macam nak tersengih-sengih lagi ni biarpun dah tahu dh dekat 2 minggu. aku dh pegi scan dan buat upacara intai mengintai dah budak dalam perut ni.

seperti yang diagak melalui hasil pemerhatian alahan dan juga kondisi diri (puiii ayat skema) aku mengandung anak lelaki kali ini. insyaAllah.

teringat plak masa hari aku pegi klinik tu. keluar je dari bilik doktor aku dh tersengih-sengih sorang diri. rasa macam nak melompat bila tahu anak yang dikandung anak lelaki heheheh. igtkan bleh tahan tp sampai nak bawak kete pun aku duk tersengih-sengih. suka sangat dapat boboiboy kot hahahah

 secara tidak langsung, nama lelaki yang KIV masa aleesya dl akan proceed utk yg kali ni. dh kena start panggil dalam perut jugak eh? nama baby tetap bermula F...... A..... bin Mohd Afidi.

jeng jeng jeng puan amy, sila bersabar ye klu nak tahu nama anak ai huhuhuhuh

eh gambar kt atas tu feeling2 photoshoot. sorang diri pun jalan jugak. ok anibedi nak sponser photoshoot ai tak?

nah, gmbr mak buyung yang dh gemuk. tapi berat still naik 1kg dari bulan lepas. cuma jumlahnya memang besar mcm gergasi. hahahahahahah. buktinya tengoklah dagu. pitam!!!