? ??????????????Last Beat? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??3401 Grabs Today. 6923 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Colorful Twist? ????? ?? ???Rating: 4.5 (66 Ratings)??2360 Grabs Today. 28501 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, March 7, 2011

wuhuuuu akhirnya....

dua tiga hari lepas aku ada sembang ngn member opis tentang kesedapan durian hehehehe. lepas tu mulalah tak lena tidur memikirkan kesedapan durian.

jadi masa untuk menjalankan misi. terus berzikir di tepi telinga incik fidi cakap nak makan durian. fuh nasib baik mak dapat laki yang giler durian jugak. cer bayangkan dapat laki yang tak minat durian. makan sorang2?? memang tak feel laaa.

ni makan berebut-rebut sbb takut yang sedap hbs dimakan hehehe.

jadi akhirnya hari jumaat tu, incik fidi telah berjaya bawa balik 3 bungkus plastik durian. ada laa kot dalam 10 biji. yang kecik2 tu, bukan spesis durian tembaga ke hape.

masa utk mengerjakan durian haruslah incik fidi. aku tunggu tadah tangan jer. tapi yang masuk mulut dulu haruslah incik fidi. lepas dia cakap durian tu sedap, laju-laju aku ambil.

ada satu durian tu, sebiji hanya ada 3 ulas. tapi bapak sedap weh rasa dia (tengah tulis ni bleh plak telan air liur). incik fidi dah makan 1, lepas tu aku makan 1. jadi tinggal lagi 1. teka teki hari ni, siapakah dapat makan yang seulas itu?? jeng jeng jeng.....incik fidi makan separuh, aku makan separuh. sharing is caring hahahahah.

aduyai sedap laa durian ini. rasa nak suh beli lagi jer...

budak kecik ni kan, biasa klu kita tengah makan, sibuk jer nak tumpang sekaki. tapi masa makan durian ni, bila kita sua je kt mulut dia, bertempiaran lari hahahahahaha

agaknya dia kata amenda lah bau  busuk ni....sian....anak kami tak mewarisi makanan feberet kami hahahahah.

tp dia duk sibuk2 nak main kulit durian. nahh...amik! lepas tau sakit baru dia lepas, pegi tengok tv sorang2.

Friday, March 4, 2011

nak review pasal kedai makan bleh tak?

yelah skrg ni kan mana bleh main-main tau. silap2 hari bulan kena saman berjuta-juta. duit juta-juta sah sah laa aku tak der, yg ada juta-juta adalah helaian rambut. itu pun kalau laku nak bayar saman.

macam biasalah klu dah hari jumaat, sure beratur panjang nak masuk alamanda. tujuan nak g alamanda ada 3 jer. satu nak pegi makan. dua nak cari / beli barang. tiga saje suka-suka mak noks.

yang kitaorg ni.....guna dua reason, yang pertama dan yang kedua tu. yang ketiga tu tak pakai lagi sbb duit dalam beg duit masih menebal. jadi haruslah kekwat.

bila tanya masing-masing, sumer tak tahu nak makan mana. klu ikutkan aku nak je ke foodcourt membelasah yee mee yang panas tu. odap jugak.

tapi ramai yang kata nak makan kat teeeeettttt, aku ok jer. sbbnye aku pun tak penah masuk lagi kt teeettttt ni. bila bukak menu, hambik.....melilau mata aku tengok menu. dah laaa banyak, pastu tak tau yang mana satu sedap.

ada laaa dalam 15 minit jugak nk decide makan ape. itu blum lagi nk minum ape...hihihihi. bila dah siap pilih, order laa apa lagi

sampai jer makanan aku, terus aku macam...eh...naper dalam gambar lain, rupa kat luar ni lain plak. dah laa tu makin tak menarik. masa tu dh spoil mood aku nih. dah laa lapar.

sekali makan, memang tak leh blah. tak sodappp.......aku dah laa bukan penggemar carbonara. makanan aku tu plak ada iras2 carbonara. memang telan jer sbb perut dh lapar. nasib baik air sodap. next time bleh order lagi air macam tu.

aku ni pesen, klu makanan tak sedap mulalah pening. hahah TIPU. tapi siyes kepala terus rasa pusing-pusing saat itu jugak. tensen tol. dah laa lidah mula rasa tak sedap. oke itu memang terakhir lah aku order yang tu. terus kena banned. nnt nak order tomyam laa sbb nampak mcm sedap.

insurans utk aleesya

orang lain, anak dah lahir terus ada insuran. tapi aku baru terhegeh-hegeh nak buat. hehehehe.sbbnye konpius yang pilih agen insurans yang mana satu. yelah masing-masing ada kelebihan kan. tu yg makin pening macik ni ha.

jadi akhirnya aku pilih Great Eastern. kebetulan dh ramai geng opis pakai insurans jenis ni dan katanya perkhidmatan amat memuaskan, so amik yang ni lah.

 budak yang masih tak paham apa makna sebenar medical card. yang dia tahu hanya masuk dalam mulut.

 yeah! ini lah medical card. tapi sedih sbb az zahrah bukan hospital panel. paling dekat hospital panel insuran ni adalah di KPJ Kajang. hurm...jauh skit lah dari umah. silap2 kena tempuh jem dl sblm sampai KPJ.

gambar selingan : hehehe aleesya ni suka sangat tau selongkat beg aku. aku biarkan je, klu marah merajuk. hish sikit2 merajuk, skit2 merajuk, menyampah mak.

tu dia syok giler sepahkan umah. plastik dah merata2. suka hatilah aleesya. asalkan ibu dpt tgk Top Chef dgn aman sudah. hehehe. aku dah ketagih oke tgk top chef ni. start dari musim ketiga hari tu sampai laa musim ke lima nih.

eh ada jugak chef yang menggatai kan? hehehe lantak ko lah nak lukis love love kat kaki hahahhahah

mari belajar bersama aleesya

 semalam lepas servis kete, aku terpanjang langkah sikit. eceh 'ter' oke. hehehehe tapi ramai geng opis aku pelik bila aku suka jalan sorang2. bagi aku dah biasa kot. klu orang rasa janggal bila jalan sorang2, bagi aku plak rasa bebas. gitu...

oklah..lps tu teringat nak beli bahan bacaan skit utk aleesya. yelah sekeping (eh guna kata apa utk buku) buku tak dak kat umah tu. buku2 aku ada laaa...

jadi men'zasss' kejap kat carrefour sbbnye MPH kat alamanda under construction ke ape menda tah. dia ada laa buka kiosk kt depan kedai Adidas tu. tapi bahannye terhad skit lah.

penat pusing2 tak jumpa pun buku yg bersesuaian ngn umo aleesya. aku igt nak ajar dia warna ngn abc. buku itu pun tak der. oke lah memandangkan dia minat haiwan jadi aku beli menda alah ni.


 bila tunjuk kat dia, dia punya hepi macam kita belikan dia kete sebijik hehehe. terus tepuk2 tangan dan laju-laju duduk atas kertas itu. nak oii...macam mana nak tgk klu awk dah duduk kt situ? tak paham aku.

 lps tu baru aku perasan dia duk sebut " A B" , "A B" ...ooo ni mesti pengasuh dia duk ajar. tapi takat A B tu jer lah. C tak pandai lagi sebut hehehehe.. oke la tu kan

menatang ni yg dia mula-mula tunjuk. aleesya ni memang obses skit ngn kucing. tapi aku plak yang tak tahan. aku ni penggeli skit dgn haiwan berekor tu...tak pe aleesya..main jer ngn gambar kucing, kucing betul ibu tak sanggup.

Thursday, March 3, 2011

akibat nama sama

terkejut mak oke pepagi nih. tetiba jer dapat call dari sorang budak kata nak jumpa aku. terus aku mcm blur...apesal plak nak jumpa aku. jadi cer korang baca perbualan aku ngn budak ni tadi. hihih


budak : ello, ni kak fiza ke?
aku : ye
budak: kak, bleh tak saya nak jumpa akak. saya ni dari klang.
aku: erk....bleh tahu naper nak jumpa akak? (mak dah nebes ni, takut penculik!)
budak : err akak (mula cakap gagap2 dh ni)akak ada amik tak orang yang nak jadi artis, sbb saya nak jadi artis.

ha hambik ko! masa ni aku rasa nak tergelak sangat2.

aku: oke. sbnrnya adik salah orang ni. mgkn adik nak cakap ngn kak fiza sorang lagi. tapi panggil dia kak shana tau.
budak : ok kak tq.

ha itulah pasal. sbbnye kat opis aku ni ada dua orang nama norhafiza. tapi norhafiza sorang lagi tu ada nama samaran dia. memudahkan kami geng2 opis ni bezakan kami berdua. eh bukanlah. akak tu dah lama guna nama samaran dia. mgkn masa study lagi kot. sbbnye masa aku mula2 keje kt sini dl, dia dh ada nama samaran tu hehehe.

jadi perhatian kepada sesiapa sahaja yang mahu menjadi artis (hahahaha) jangan jumpa ngn aku sbb aku tak der magik nak jadikan korang artis hahahahahaha.....tetiba aku pun rasa nak jadi artis jugak

Wednesday, March 2, 2011

ceramah maulidur rasul dari ustaz zulkarnain

petang tadi ada ceramah sempena maulidur rasul kat opis aku. (itulah pasal hari ni pakai baju kurung). ustaz zulkarnain dijemput untuk menyampaikan ceramah.

korang kenal tak ustaz zulkarnain ni? ala yang pengacara / ustaz iman muda kat tv. cer tengok gambar ni..sure kroang kenal

ha, amacam cam tak? klu tak cam jugak, tak tahulah aku hihihih

kalau korang nak tahu, ustaz ni amatlah best masa bagi ceramah. padat ngn info n tak sunyi dengan lawak-lawak dia. bab contoh tu memang bleh buat pecah perut oke. aku ni tergelak sampai terangkat2 laa montot. punyalah dasat aku gelak kan...

meh nak citer skit apa yang ustaz ni bagitau. kalau korang nak tahu, jika seseorang wanita tu menumpang kete seorang lelaki (hanya mereka berdua sahaja yang naik kereta) hukumnya adalah haram. ye betul...walaupun sekadar hendak ke tempat kerja. jadi klu sesiapa tak der transport nak ke tempat kerja, elakkan naik kereta bersama teman opis lelaki.

klu tak der pilihan sangat, naik laa tetapi mgkn ada teman lain kot, menjadikan semuanya bertiga.

lepas tu kan,macam korang sedia maklum. memang haram kita sebagai perempuan dimekapkan oleh jurumekap lelaki. ala macam utk perkahwinan kan, aku rasa semua setuju kot....jurumekap lelaki /separa lelaki memang meletop dari jurumekap pompuan. tapi ia salah dan perlu diubah ye.len kali mintak jurumekap pompuan jugak k.

teringat plak contoh ustaz ni bagi tadi. dia kan pengacara Iman Muda. jadi bila tiba waktu rehat dia cukup risau. bila dia kena ucap, " oke kita berhenti seketika dan kembali selepas ini,' terus ada yang cakap "ustaz kita touch up ye" dgn slang yang lembut2 tu hahahahaha

oh lagi satu kan....memang trend skrg bila kawen kita lukis-lukis tangan kita dgn pelbagai corak menggunakan inai. itu pun tak bleh tau. sbb memang ada hadis yang mengatakan kita tidak boleh melukis ke atas badan kita. jadi masa kawen itu cukuplah sekadar meletakkan inai di kuku dan juga telapak tangan.

ada banyak lagi isi-isi penting. tapi otak dh jem sbb makan banyak sangat ni hehehehe...nnt kita citer len kali plak

muka cina

pagi tadi aku pergi bayar maintenance umah. (paling benci oke pegi bayar menda alah ni) kat luar tu ada la 2 3 orang mamat indon. eh baik ko punya usha aku. lantak ko lah. tau lah aku ayu hari ni sbb pakai baju kurung hahahahahah

pastu masuk dalam ofis dia ada laa sorang kakak n sorang abang.

aku sembang laa ngn kakak tu pasal pembayaran ni sumer. tetiba si abang ni dtg menyampuk. "eh cina ke?"

sbbnye dia tgk nama dalam buku tertera nama Wong Fong Ngor. haiyoohh...itu nama owner aku lah. tak giler ke aku yg pakai tudung ni tetiba nama Wong Fong Ngor.

cepat2 abang tu cover malu. "oh mana la tau mualaf ke sbb tgk muka pun macam muka cina"

EH....

abang ni tetiba buat lawak oke. muka aku langsung tak der muka cina oke. klu muka abah aku mungkin YA. sbb aku igt dl2, masa nak pergi buat spek kt kedai cina ni...tetiba jer tokey kedai tu speaking cina ngn abah. tak leh blah bila abah angguk2 kepala macam paham!!! hahahahahha

sajer tempek gambar mak abah. kan ada tu iras2 cina skit hihih


tetiba rindu ngn mak abah. sob sob sob. oh ye, mak aku pun terjangkit sekali suka kaler purple. habis langsir kat umah ngn cat beli kaler purple.hehehe