? ??????????????Last Beat? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??3401 Grabs Today. 6923 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Colorful Twist? ????? ?? ???Rating: 4.5 (66 Ratings)??2360 Grabs Today. 28501 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, July 26, 2011

YESS...CONFIRM!

ya, akhirnya confirm jua!

jeng jeng jeng.. apa yang confirm tu? hahahaha. saje nak kasik saspen.

warna tema untuk hari raya ni lah...akhirnya lepas penat kepala otak duk memikir, akhirnya warna ***** menjadi pilihan hati. saje jugak kasi rahsia baru seprise kan....

bukan apa sebelum ni susah sangat nak cari baju puan kecik kita tu. ada kain yang tak serap peluh, kesian plak kan kat dia. ada plak corak tak cantik. tapi tadi jenjalan kt PKNS ternampak baju kurung tu, comel....terus beli. SMS kat incik fidi terus cakap konfem warna tu...

pacik tu tak pe dia tak kisah. mcm tahun lepas jugak. aku ngn aleesya dah ada baju raya, baru cari baju dia. hehehehe. baju dia senang nak cari. baju pompuan ni leceh laa skit.

kalau orang, nak sedondon senang je, beli kain sekayu memang konfirm sedondon di pagi raya. tapi aku bukan spesies tu. aku ni spesies malas nak gaduh ngn tukang jahit, tanya bila baju nak siap. takkan nak tunggu baju siap semata-mata baru boleh kampung. no no no....

bagi aku beli je yang readymade. agak2 kaler nak sama dh kira oke. tak payah nak sedondon sangat lah ( ayat jeles hahahahahah)

Thursday, July 21, 2011

outstation lagik!

 
weekend ni aku akan bekerja seperti dalam gambar di atas. lokasi seterusnya adalah Penang. oh kepada puan Amy tu, kalau nak berjejak kasih boleh lah pegi kt Jusco Seberang Jaya. bleh muah-muah budak mok mok tu hehehe.

aleesya seperti biasa akan ditinggalkan sekejapan. hehehe tak pe anak ibu dah besar. ibu pegi work oke.

Monday, July 18, 2011

gambar tambun lagik...

sori le yek gambar-gambar tambun masih blm habis dikorek. jadi dalam masa berapa hari lagi mungkin ada lagi kot gambar dari tambun hahahaha.

suka hati mak laa kan...

ni aku baru lepas korek dari fesbuk adik ipar. sori ye na, kakja jaja dalam blog plk.

 jika korang terperasan benda-benda pelik dalam gambar ni sila abaikan ye.hehehehe..

ololo kesian anakku...dh masa utk minum susu tapi ibu mau jalan lagi. so abaikan waktu susu, jom kita jenjalan muahahahaha...

nasib baik laa anakku itu tak kisah lentok kt peha ibu yang gebus. dah try buh dlm pelampung yg hanya digunakan 15 minit tu, tapi tak mo. peha gebus tetap menjadi pilihan hati.

ok itu je...saje je menyibuk di malam hari.

Friday, July 15, 2011

teka berapa umo kami???

jeng jeng jeng....amacam nampak macam geng 1 kelas ke? muahahahahahahahah

bila tengok gambar ni rasa diri ini amat muda. padahal beza macam langit dan bumi. kalau pandai teka laa umo tiga dara pingitan ni? dara kah????hahahahahah

*gambar adalah dicilok dari rakan baik, na. hahahahah

air mata macam air paip

kredit gambar : abe yae kito

hari tu kan aku cerita tanpa ada gambar kan. macam tak syok je kan. baek lah.....ini adalah gambar masa aku menangis macam ratu air mata hari tu. kalau bleh tak nak nangis sbb nnt malu kat kengkawan. tapi air mata degil jugak. tetap nak keluar jugak.

ok kalau nak keluar, keluar banyak-banyak oke.

gigih melayan kanak-kanak istimewa ini. masa ni dah banyak kali tersasul panggil diri sendiri IBU. hidung masa ni macam pakai hidung pelesu badut. merah menyala.

air mata air hingus air mulut masing-masing tengah laju keluar. haiza plak tengah nyanyi lagu sedih masa ni. lagi laa tak leh handle air mata tu.

aku tak bleh tengok laa...itu baru dorang makan, blum lagi part-part kehidupan lain.cuba korang makan sambil pejam mata. rasa sedap ke tak makanan tu? tapi ini bukan soal sedap tak sedap, tapi soal mampu ke menghadapi situasi yang sukar macam ni...

baru aku tahu hati aku serapuh biskut tawar.......

Thursday, July 14, 2011

Jalan -jalan episod 3 (final) : Cameron Highlands

 dari Tambun ke Cameron. terbaik sungguh! macam tak percaya pun ada. berjalan sakan oke.

ok ok kita teruskan ke cerita kt Cameron. sampai2 je Cameron dah jammed giler. tak tau sebab apa. mungkin sebab orang terlalu ramai. bosan giler menunggu kete bergerak. klu dapat gerak 20km/j tu pun dh kira sangat bernasib baik. ini tak memang berenti terus.

tambah plak perut masing2 dah lapar. yelah dah berendam sakan, harus lah perut rasa kosong. pkl 8 malam baru dapat makan merangkap makan tengah hari dan malam terus.

nak cari hotel pun satu hal. semua penuh. asal call je semua penuh. tensi tensi tensi. last2 kakak ipar aku kata dia ada member yang buat bisnes umah sewa. kitaorang iye kan je sbb memang dah terdesak ni. dah tak der hotel kosong pun malam tu.

dapat umah flat yang dalamnya amatlah selesa. terima kasih sangat kepada tuan umah. cukuplah untuk kami berehat malam tu.

sok pagi-pagi dah siap. dorang laaa. kami anak beranak terbongkang lagi dalam bilik. tau2 bila keluar bilik je semua dah siap2, cantik2 dah...sori sori terlambat sudah..


 lepas breakfast kt umah tuan rmah, teruskan perjalanan untuk shopping secara menggila.tapi sempat singgah kejap kt rumah kaktus ni.

teringat dulu-dulu, penah beli pokok kaktus ni. dah bawak balik umah, aku jaga main-main hehehe kadang2 siram, kadang biarkan je. yelah kata pokok padang pasir, tak yah air pun tak pe kan. tau2 dah kering kontang dalam pasu hahahha

tu yang pegi kali ni, langsung tak der dalam hati nak beli pokok kaktus...

 sedap tak sedap tak? singgah jap kt pasar malam kt tanah rata tu (walaupun masa tu baru pkl 11 pagi tapi tetap nak panggil pasar malam jugak). sempat laa memborong strawberi...sedap olsss...segar dari ladang.

beli banyak2 untuk bagi2 kat orang2 penting je hehehe..

 rasa masam manis tu tetiba terasa dalam mulut bila tengok gambar ni...odap giler....

 model cilik strawberi. tak sangka aleesya makan plak strawberi...tapi strawber celup cokelat mesti lagi best kan...

 bergambaran masa mak ngn ayah mertua pegi shopping. malas nak keluar sbb sebelum tu aleesya tgh syok tido.

 posing ala patah tengkuk....

 hohohoh tergugat keimanan sungguh tengok aleesya makan jagung ni. memang dia nak pegang sendiri tu. yang pasti jagung mutiara ni memang terlalu sedap. tak yah rebus sangat pun, makan mentah pun boleh jugak...ish...sedap sedap sedap

 larikkkkkk gambar sensored!

 apesal termuncung plak mulut tu.

 anak beranak fidi's

 orang-orang tersayang...

 1 st time tengok pokok kaktus kaler merah ni rasa macam nak makan. (makan je ko tau pija) dah rupa macam aiskrim.

 angel yang selalu dilihat apabila bergambar bersama pokok kaktus...nak buat macam mana, mak kan klise..

 inilah dragon ball yang dicari-cari.....

 euwww pokok apekah ini?????? tak sesuai untuk dilihat

pelakon hebat...dia memang tengah berlakon je tu. lepas amik gambar tu terus sengih2 dan blah.tapi tak pe sbb laki sendiri....

ok la dah habis dah cerita ceriti berjalan sakan bersama keluarga incik fidi. badan penat tapi enjoy! nanti kita pegi jenjalan lagi. apa kata ke pulau-pulau plak???

jalan- jalan episod 2: lost world of tambun

pertama sekali nak cakap gambar adalah tunggang langgang. ntah...bila upload suma kelam kabut jadinya. so cerita akan berdasarkan pada gambar. harap korang paham-paham je lah.

lepas check out dari Tower Regency Ipoh, terus zass cari kedai makan. lapau lor. hotel ada laa bagi kupon b/fast tapi untuk 4 orang je. sangat tidak adil untuk melantak 4 orang sahaja. keputusannya jom makan kat luar.

jumpa laa kedai macik ni. sodap dan murah ...kot hehehe tak tau sbb incik fidi yang pegi bayar. lepas perut kenyang terus menuju ke destinasi...Lost World Of Tambun.

dari Ipoh ke Lost World of Tambun dekat je, tak sampai kot setengah jam..

keadaan adalah bersesak macam sardin. ramai laa plak orang. tapi belasah je nak oiii...


yea! gambar bertiga paling cung hahahaha. tiada lagi angel senget benget. sumer masuk. tak der yang sekerat2.

wajib amik gambar depan ni sbb kat situlah logo terbaik yang ada. kalau tak orang tak tau plak kat mana ni kan. sumer tu adik beradik incik fidi.
aleesya berlenggeng je tak pakai kasut. tertinggal dalam kete. semenjak beranak satu ni cepat sangat terlupa. itu termasuk sekali terlupa nak bawak baju kering untuk incik fidi. terpaksalah incik fidi cover tetek ngn perut guna towel hahahahahah.. ampunkan macik!

bila dapat lepas dia cenggini rasa lega sangat. mana tak nye klu berdukung, aku rasa nak putus tangan. itu yang pejam mata je walaupun tak der kasut, tak larat nak tahan sakit tangan.

kakak ipar yang tengah membuyong. tahniah kepada kaktie sbb sedang mengandungkan anak kedua. sekarang dah masuk 5 bulan kot ( hehehe tak pasti dah bape bulan tapi rasa2 dah 5 bln) huhuhu indahnya saat mengandung.
ades kesian plak tengok adik ipar aku ni. gigih tu tiup pelampung anak sedara. ohh disebabkan pelampung ni terlampau comel, ia menjadi rebutan aleesya. huhuhuh dah dah ibu dah beli pelampung lain. jangan berebut.

emak dan bapak mertua ku yang setia melayan karenah anak-anak, menantu dan cucu. huhuhuh

kalau keluar dengan keluarga incik fidi, tak yah risau sangat dengan aleesya sbb ramai yang tolong jagakan dia. hehehehe. terima kasih bebanyak kepada adik-adik ipar ku. jasa kalian amatlah kakja suka hehehehe

see...see...femes anak aku....


nak masuk Lost World Of tambun kena ada kod pakaian. kalau boleh nak pakai baju yang dua dari kiri paling atas tu. tapi ada yang bertempiaran lagi plak hehehe..jadi pakai je lah yang mampu.

eh nape dia lukis seluar panjang tak dibenarkan pakai? habis tu takkan nak pakai seluar pendek dengan tudung plak kan?
rege yang ........ ko pikirlah sendiri. hehehe.

tu ....tu.....ibu tu.....

memang aleesya suka sangat dapat berendam macam ni. dia kan suka ngn air. yang tak bleh tahan tu tak nak orang pegang. ayoooo...mana bleh sekali terselam, lemas laa ooo...

masa ni pening nak layan aleesya. mula2 berebut pelampung ngn sepupu dia, dah pegi beli tak nak plak. lepas tu tak nak duk dalam pelampung. nak berenang sendiri.kalau pandai berenang bleh la jugak...dan dan tu jugak rasa nak hantar aleesya masuk kelas berenang...
hahahaha memang berangan laa pija oiii..sebelum anak pandai berenang, kasi ajar dl ibu dia ni....

nasib baik incik fidi ni rajin nak melayan kan. jadi aku bleh laa amik gambar banyak2 skit. tapi memang aku perasan sejak ada anak ni, dah kurang ckit aktiviti bergambar secara tak sedar. mana tak nye, mana nak dukung anak lagi, mana nak korek beg cari kamera lagi. jadi, baik lupakan saja.

susah nak bergambar sbb sibuk nak main air.

lepas dah penat main air, bagi susu sebotol terus tido. huhuhu penat sangat laaa tu. terima kasih mek sbb tolong jagakan aleesya. sbbnye aku lepas tu sambung lagi. pegi main pelampung besar punya ngn incik fidi.

sempat jugak laa merasa air kolam setitik dua. giler...lemas wei...

olololo comeynya.....adik sapo laaa ni?

untuk orang-orang berusia (hahahahahaha) silalah berendam dalam kolam air panas ni. untuk bagi rileks urat-urat yang dah tegang tu...

nor n na...jeles tengok dengan dorang sbb masing-masing badan kerempeng je.. bila kakja nak badan kecik macam korang ek?....umpama mimpi dalam mimpi je lah

hohohoho terernyos dia....

saphira's lair adalah kolam air panas...untuk pemberitahuan....
ok lepas ni kita sambung cerita pegi cameron highlands plok ye