? ??????????????Last Beat? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??3401 Grabs Today. 6923 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Colorful Twist? ????? ?? ???Rating: 4.5 (66 Ratings)??2360 Grabs Today. 28501 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, April 12, 2012

ini kisah mimpi incik fidi pulak

incik fidi mimpi hari isnin tapi hari selasa, rabu dia masih duk cerita pasal mimpi dia tu. best sangatkah mimpi incik fidi? jom cekidaut!

katanya dia bercinta balik dengan aku masa kt sekolah dl. hohohoho sweet laaa abam ni. yelah zaman sekolah dl kita mana penah bercinta kan. sodeh. kita bercinta bila masing-masing keluar dari sekolah n kerja. itu lah namanya jodoh.

dalam mimpi incik fidi tu dia kata aku masih kerempeng. haih tak baik! tau lah skrg dh besar. tapi memang dl aku kerempeng pun. tak caya tanya member sekolah aku dl. kan amy kan. incik fidi siap cakap dia suka tengok aku dalam mimpi tu. dah tu yang depan mata ni tak suka ke....

paling tak leh blah bila incik fidi mengklasifikasikan mimpi dia tu bak cerita Korea. hamboih hamboih.....hahahaha masa aku dengar dia citer tu aku dh gelak guling2. masa tulis ni pun aku rasa nak gelak guling2 jugak tapi tak berbaloi buat macam tu sbb aku kt opis. betapa bestnye kisah cinta dia dalam mimpi tu.

sejak terkeluar citer mimpi tu, aku tanya dia apa perasaan dia dl masa tengok aku kt sekolah suatu ketika dulu. dan dia cakap ape.......dia penah citer kt kawan dia akulah budak pompuan paling cung tika itu hahahahahahhahahahahahahhahahah

nah gambar dolu2 sekeping. aku tak mo duk belakang incik fidi sbb aku benci dia masa ni. bleh? tapi skrg sudah sayang bangat....sbb dia tak kurus macam ni dah. aku tak suka dia kurus2. aku suka dia chubby mcm skrg. (sebenarnya baru balance ngn aku hahahahahah)

Monday, April 9, 2012

Kg Gemang ku Nan Indah

 aku duk kg gemang sejak aku darjah 3. mula2 dtg kg ni macam kejutan budaya skit hehehe sbb masa tu aku tak pandai cakap kelantam lagi (hahahaktui sungguh, nk buat mcm mana dh sblm tu dudk kt tempat lain kan)

bila dh lama2 baru aku bleh in. tapi aku ni jarang jalan2 keliling kg.disebabkan itu aku memang tak kenal nama2 orang kampung. hahahaha. ada sorang member aku sokmo kutuk aku sbb tak kenal orang2 kg. ala, rileks laaa. asal dorang kenal aku sudah

penah satu hari tu masa tu aku dlm form 6 ke dh masuk U, tetiba ada mamat sorang ni call tepon umah.kbtln aku yg angkat kan. dia ckp dia budak gemang jugek n nak berkenalan ngn aku. ok sila gelak ramai2. yang aku ni blur2 ayam bila dia bagi KLU sape dia. sori laaa ye sy tak kenal org masalahnya. last sekali dia ckp, sila tgu depan umah, nnt dia lalu ngn motor RXZ kaler biru.

hahahahhahaha masa tu memang tengah top motor tu. mmg bajet hensem giler gaban laaa org yg naik tu hahaha (ntah nape aku asik nak tergelak bila teringat citer ni) hinggalah mamat tu lalu. walaweh, memang ensem giler, dh laa ensem putih plak tu kahkahkah...

ok tu rumah aku. yg bumbung kaler pink. piring astro yg terpacak tu hanya lakonan semata2 sbb dh dua kali petir memetir di situ. abah aku hangin je sbb dh dua kali jugak dia kena tukar astro sbb terbakar. yg sebetulnya ada kt tepi umah.

hebat kan umah aku, berada di bawah lindungan anasir2 jahat. hehehehe hanya nampak bumbung umah. dan aku pasti mesti incik fidi akan tengok bumbung umah ni masa sekolah2 dl. hahahahah. eh aku tak penah citer lagi kan macam mana detik perkenalan aku ngn incik fidi. nanti aku citer eh
 
 ni plak masjid kg aku. memang dekat je ngn umah. kt sinilah akad antara hidup dan mati termeterai antara aku ngn incik fidi hehehe....

oh aku ada citer ngn masjid ni. masa aku tingkatan 3 ke ape, tiap kali masuk waktu aku perasan sorang abang ni selalu pegi masjid. umah dia dekat je ngn umah aku. jadi aku bleh tengok dia pegi masjid atau tak. sampai laa satu tahap aku angaukan abang ni, bleh aku tunggu je abang ni lalu dekat umah aku masa nak pegi masjid. aku dalam umah dah standby ngn telekung semua dh. nampak je kelibat dia,  terus aku zassss turun umah pakai selipar dan jalan belakang dia.

dapat tengok dia dari belakang pun jadi laaa. hahahah gila psiko rasa.cuma nawaitu aku rasa dh terpesong sikit hehehe ya Allah ampunkanlah hamba Mu ini....masa tu aku langsung tak tinggal pegi masjid utk waktu Zohor, Asar, Maghrib dan ISyak. subuh je tak mampu...sejuk ketar2. sanggup kt umah je.

Wednesday, April 4, 2012

check up 10 minggu

wah, rasa macam mengimbau kenangan dulu bila menulis kembali ayat2 check up ni. rasa macam baru je lagi. yelah baru masuk dua tahun lebih tetiba termengandung lagi. rezeki tiba awal dan aku gembira.

ok ok sambung. check darah ok. check timbang aku rasa tak berapa ok kot. aku sorang je yg rasa tak oke sbb dalam masa 2 minggu naik 2 kg. dan sekarang dh berat 64.5kg. bayangkan nnt klu dh cukup bulan????ayark berapa laaa berat masa tu. rasa ngeri plak nak membayangkan.

tiba masa check baby part aku paling suka. saiz baby dh besar, dah ada kaki dan tangan. alhamdulillah. dan aku dapat lihat degupan jantung dia. syukur alhamdulillah sekali lagi..

masa scan tu, elok je duk diam. mgkn tengah tido kot. tak pon tengah makan roti canai. sbb sebelum pegi klinik aku baru mentankedarah roti canai. sedap.....sedap kan baby? nnt ibu pegi makan roti canai lagi ye..

tak sabar nak tahu jantina baby. nama dah ada ni utk baby boy hahahah over kan.mcm konfiden je dapat baby boy.

tapi mgkn betul jangkaan ni (eceh aku sendiri yang mengesahkan ni)sgt berbeza masa peknenkan aleesya dl. dgn jerawat yg maha bnyk, makan mcm dinasour, suka mekap2, suka nak cantik. memang confirm heheheheheh

ok nnt next check up kt update lagi ye

Tuesday, April 3, 2012

baiknya hati incik fidi....

habis tu sape lagi nak puji kalau bukan bini sendiri kan. tapi memang aku tabik giler kt incik fidi terutamanya masa aku tengah melalui fasa kemabukan ni.

aku kalau siang hari mungkin tak de masalah sangat. bila malam dtg laa mengada-ngada dia tu.kadang2 cargas lain macam, kadang2 lembek macam duk somalia. melepek je keje aku. ditambah lagi sifat malas makin membuak2.

kesannya of cos dalam rumah. bersepah tok sah citer lah. sesapa yang ada anak baya2 aleesya ni memang tahu macam mana kekerapan dia menyepahkan rumah. memang ada je keje baik punya dia tu. sib baik umah sekangkang kera je. jadi sepahnya dalam lingkungan yg kecik. klu rumah banglo, pergh pengsan. eh klu duk umah banglo mesti laaa ada bibik kan. so ape guna bibik yang perlu dibayar mahal2. kemas rumah cepat!

dan ceritanya di sini adalah hampir semua tugas mengemas adalah diambil alih oleh tuan besar. huhuhuuh sayang cik abam. dia banyak tolong aku laaa....tetiba tengok bilik air dia dah sental, tetiba tengok pinggan mangkuk periuk belanga dalam sink dia dah basuh tetiba tengok dia mandikan aleesya fuhhhh lega!

walaupun dia penat keje dan membanting tulang empat kerat (macam keje petani plak) tapi dia rela. wahhhhh

ok laaa utk cik abam, terima kasih tidak terhingga diucapkan. semoga pertolongan ni diteruskan sampai bila2 hahahhahaha. caucincau

besday Kak Baby

hepi besday kak baby...eh aku pun panggil kak baby jugak ke. walaupun dia baru berumur 13 tahun. bagi can laa kat orang tua ni ek...

baby ni anak pengasuh aleesya. rasanya dulu dh citer kot. dia lah idola aleesya hehehe...

(berenti jap, bleh plak aleesya ni muntah kt atas peha. grrrrr)

ok sambung balik. yg bestnye bila pengasuh aleesya buat makan2 ke ape2 kt umah dia, dia akan hidangkan makanan yang marvelos. kak amy bukak restoran laaa, sedap laa masak...eh jap klu bukak restoran sape plak nak jaga anak aku kan. ok cop. tak jadi tak yah bukak restoran hahahha

kek yg menjadi perhatian budak2 kt umah tu masa majlis. dia buat simple2 je pun majlis nye. tapi bagi aku dh cukup meriah....

antara tetamu yg hadir....hehehehe

beberapa budak riang ria ribena yg ada kt umah tu waktu kejadian

ok tiba masa utk hembus lilin....make a wish! ok blackberry dh ada...mintak benda lain plak hahahahha

kerlas oke. aunty fiza pun tak pakai blackberry. nak pinjam barang sehari dua bleh tak hahahhaha
aleesya tu dh aim angry bird kaler merah atas kek tu. dari awal lagi duk menggeletis. sabar ye, ada time baik punya kita cilok

klu kat umah bila nyanyi lagi besday elok je aleesya ni main-main tiup lilin. tapi masa tu aku tengok dia tak berebut pun ngn kak baby dia utk tiup lilin. oh mungkin sedang memberi laluan kepada besday girl.

walaupun bukan hari jadi dia, tapi dia tetap diberi mandat utk memotong kek tersebut. hebat kan penangan anak ai....

nah gambar serabai aleesya sekeping. buat sesapa yang menatapnye malam ni jangan sampai jadi mimpi ngeri ye hahahhahaha

apabila kami sekeluarga terkena April Fool!

sape nak jadi mangsa april fool kan. tapi dalam tak nak tak nak tu terkena jugak nak buat macam mana. kes ni terjadi betul2 kena atas batang hidung sendiri pada 1 April 2012. nasib laa pija oiiii. gini ceritanya...

Hari Ahad lepas bersamaan dengan 1 April, kitaorang pegi manda manda. ala kat entry sebelum ni dah sarat dengan gambar semua ye. hari tu aku memang tak bawak beg. yelah beg baju ngn beg makanan pun dah sarat aku bawak takkan nak tambah beg lagi kan. tapi incik fidi bawak beg, jadi aku sumbat segala mak nenek tepon, kunci rumah dalam beg dia.

dh hbs mandi manda sumer tu, aku nampak incik fidi keluarkan kunci rumah sekali ngn kunci kereta. dalam hati terpikir gak nape dia keluarkan kunci rumah tu. tapi aku diamkan je lah, tak der laa plak nak tegur dia ke ape.

bila dh sampai umah dengan badan letih mau tido dgn kadar yang segera ni, kunci rumah tak jumpa! incik fidi dah gelabah giler, hbs dikeluarkan balik baju2 basah n semua beg utk cari kunci. pegi cari dlm kete ada dalam dua kali. dua kali jugak laa dia naik turun dari tingkat 3 umah kitaorang. aku? aku elok je duk sedut air milo kt tangga heheheh mak tak larat oke!

ada laaa dalam 2 jam gitu tersadai depan umah sendiri. pengasuh aleesya pun dah macam2 dia nak tolong, dari nak jadi McGyver hinggalah ke ahli pecah rumah, semua tak menjadi heheheh....

sampai laaa incik fidi datang dgn segenggam kunci, dia pegi kat kedai kunci. katanya klu nasib baik dalam segenggam ni ada yg kena ngn pintu rumah, kita dapat masuk. klu tak rasanya kena panggil bomba kot hhaahhaha

last2 dapat jugak kitaorg masuk. terima kasih incik fidi sbb jadi hero (walaupun dia yg hilangkan kunci tu) hahahahaha. semalam aku dh suruh incik fidi buatkan kunci spare. sekali buat 4 terus. hambek ko. satu simpan kt .......(rahsia), satu lagi simpan kat ......(rahsia) .lagi dua incik fidi pegang.....semua simpan kt .......(rahsia) ahahahahahah

harapnye lps ni tak de lagi Mei Fool, Jun Fool, Julai Fool, mahupun Disember Fool. penat ok!

Monday, April 2, 2012

Mandi Manda Di Sg. Tekala

memandangkan incik fidi baru pulang dr outstation, aku terus juga nak paksa dia pegi jenjalan.muahahahaha. beku oke duk memerap dalam umah je. nak jalan ngn aleesya je, dekat2 boleh laaa. jauh2 tak berani laaa. tak leh agak lagi perangai dia nih.

jadi tetiba dia big bos bagi cadangan jom mandi air terjun. wohoooo! jom. walaupun masa tu jam menunjukkan dah 3 ptg, macik tak kisah pun. bersiap skit2, buh lebihan nasi goreng yg pagi tadi dalam bekas dan challow bette.....

kitaorang pegi mandi kt Sg. tekala nun di semenyih. not bad laaa sungai dia. bersih lagi laaa kot. aleesya mesti hepi, sbb ini kali pertama buat dia sepanjang umur jejak kt air terjun, sebelum ni aku tak berani bawak dia masuk hutan...skrg kira dia dah besar skit oke laa kan.

 kalau dulu masa tak de anak, gigih kami laki bini cari tempat / port paling jauh ngn orang. sanggup daki2 bukit lagi. sekarang no no no. mak semput ok. dgn termengah2 nak jalan kt lantai shopping complex, memang tak de harapan laaa nak panjat bukit segala bagai.

dah cakap ngn incik fidi dalam kereta lagi, tak mo pegi jauh2. penat. dari kena dukung anak je, kang tak pasal2 kena dukung bini plak.

 mood yang tak mari lagi hehehe. dalam kereta dia tido, bila dah sampai kena kejut jadi macam larii sikit laaa. tak pe  tak pe nsb baik masa dia celik mata tu ada monyet kat depan mata duk panjat pokok. terus dia 'onkey...onkey'

nak masuk ke dalam tu ada plak pakcik jual eksrem. nyum nyum sedap tuh. incik fidi lagi over tau. blum menyempat ape2 terus ckp nak eksrem roti. baiklah tuan. untuk anakanda plak, kongsi je ngn ibu. tekak ibu tak berapa nak elok ni, jadi eskrem bleh kongsi dua. klu tekak ibu dah elok, sori ye nak kongsi2 nih.

 anak beranaks....

 erm sedapnye eskrem.

masa makan eskrem ni aku baru perasan aku tak sentuh apa pun lagi lepas makan nasi goreng 3 sudu. haih.....nampaknye tekak dah buat hal.

 kusyuk tengok budak lain mandi manda. diri sendiri masih mood ke laut lagi.

 bagi dia pijak2 air dulu. ni pun menjerit sebab dia rasa batu tu berlumut. ni yang susah bawak budak penggeli semua benda ni. ngn pasir geli, ngn lumut geli, ngn daun hancur pun geli.

 sekali dapat ngn incik fidi habis laa semua geli-geli dia tu. incik fidi train anak dia sebijik macam komando. hahahahhah.

aku yang nengoknya ni pun kejap2 eh eh jangan....jap2 eh eh air masuk mata...jap2 eh eh anak lemas tu....hahahaha nasib laa incik fidi oiii dapat binik macam ni...

 tengok budak yang tak mo kaki kena air pun. hbs dikepitnya macam tu...

 tapi bagus jugak incik fidi train macam ni. dari anak duk geli2 tak kemudian tu di anak dah berani duk tmpt dalam sikit. hahahahah syabas cik abam....

Aleesya akhirnya tak mo berenggang ngn ayah dia. nak duk dalam air je. aku? memerhati dari jauh je lah.

 seksi laa anak ibu nih.

 hahahaha ini budak kan dah menggigil2 satu badan, bila ajak naik tak mo tu....

apa lagi kami gelak sakan laa tengok anak sampai dh bergegar2 hahahahaha

 akhirnya makan pujuk rayu jugak budak kecik ni. nak naik jugak. lps dh tukar semuanya, moh kita balik.

oh ye sblm masuk tadi sempat lagi kitaorang beli jagung. incik fidi dah makan satu, yg lagi satu tu aleesya makan sampai habis. lapar  sgt laaa tu. dah aleesya masih bernasib baik sbb tak berebut ngn ibu. tekak ibu masih buat hal.

 tu dia sambil jalan sambil makan. bagus anak dara ku heheheheh

 inilah namanya tempat tu. tapi nape hutan pelajaran eh?

 hahaha persembahkan perempuan gemuk. eh mana pinggang aku? hahahahahah memang straight je.

 incik fidi ckp aku selekeh giler. so what???? hahahahahah

 tengok-tengok betapa mithalinya ibu ni, bawak beg sampai berduyun2....anak plak asik melingkar kt kaki. nak jalan pun susah oke...

 baju angry bird memang tak lepas.....

 ni ape kes plak mengangga-ngagga masa nak masuk kete kan? hehehehe

last sekali incik fidi offer lagi, nak tengok tasik tak? nak laaaa....

sempat laa bergambar sekeping dua lepas tu badan dah tak larat giler. jom balik....