Monday, March 18, 2013
yea! adik Aqeel dah bleh meniarap
nnt adik bleh merangkak laaa ibu catit. ke ibu hanya bagi janji kosong je ni? huhuhuhu
tahniah adik. semoga terus tergolek sampai masuk bawah kerusi. satu je harapan ibu, jgn tergolek jatuh katil sudah.
Posted by purple_lav at 8:10 PM 1 love purple
Thursday, March 7, 2013
adik Fahem Aqeel 4 bulan sudah...
hohoho lagi sekali entry basi... ampunkan saya. ntah nape semenjak dua menjak ni malas btl nak update blog. adakah zaman dan era blog semakin berakhir???? tidak!! masih ada ramai lagi blogger yg aktif kan..kan ..kan...
ok 2/3/13 hari tu genap adik 4 bulan sudah. kan dh 4 bulan. lagi dua bulan, dh bleh makan. lagi 4 bulan lps tu dh bleh jalan. oh cepat sggh masa berlalu kan...
ok perkembangan adik Aqeel masa umo 4 bulan tak bnyk beza pun. dia masih tak bleh meniarap. mgkn sbb aku sll sgt tiarapkan dia jadi dia agak malas di situ hehehe.
lps tu adik Aqeel dh pandai gelak berdekah-dekah. maksudnya ketawa bunyi kah kah..seronok plak dgr. tp nk dengar dia ketawa kah kah kah itu adalah payah ok. kemain agah pun bunyi 3 patah je kot kah kah kah dia tu. sabar je.
lps tu ape eh...oh berat dia tak tau sbb tak de check up kan masa 4 bulan. jadi kita tunggu je masa dia dh masuk 5 bln nnt. tapi aku agak naik skit je kot sbb mcm dh rasa dia semakin mengecil.
lagi satu, adik Aqeel ada ekzema. ini yg buat aku risau. mcm mana plak tetiba ada anak aku ada ekzema ni. tak penah plak dalam salahsilah keluarga ada penyakit ni. akibatnya aku kena pantang lagi bab2 makanan. kurus laa aku nnt uhu..
rupa di kala ketawa kah kah kah. ni pun kemain kena agah pffffttt..
Posted by purple_lav at 9:39 PM 0 love purple
Sunday, February 17, 2013
aktiviti berhujung minggu
tengok tv citer Puss In Boot pun bleh layan jugak. tengok kucing gatal.
aleesya sedang syok minum susu. ntah bila nk hentikan dia ngn susu ngn pampers bagai nih. sebab aku rasa dia masih kecil .walhal member2 sudah jeling lain macam bila aku ckp anak aku msh kecil hahahahah.
ntah laa kengkawan, masih tidak dapat menerima anak sulung dh mencecah umo 4 thn .jadi aku rasa biarkan lah dulu...
nanti dh ready semuanya baru aku start ye.
Posted by purple_lav at 5:34 PM 0 love purple
Friday, February 15, 2013
entry gedik
Posted by purple_lav at 2:00 PM 0 love purple
ragam anak-anak
Posted by purple_lav at 11:36 AM 0 love purple
Thursday, February 14, 2013
Fahem Aqeel 3 Bulan
semalam dengan jayanya adik Aqeel kena cucuk ngn doktor. oh maapkan ibu sekali lagi. sepatutnya appoinment 2hb march tp ibu baru terhegeh-hegeh nk pegi pada 13hb march. kemain lama kan delay tu. nk buat macam mana, setiap minggu amat hectic buat ibu.
untuk adik Aqeel, aku masih meneruskan tradisi check up kt Az zahrah. tapi kali ni guna khidmat doktor Nazim. bagus jugak doktor ini. dia support sepenuhnya penyusuan ibu. sampai ajar aku mcm mana nak dapatkan cuti lama. hamboihhh doktor. hehehe
masa kena inject tu, adik Aqeel langsung tak nanges. mungkin tak terasa kot sbb isi paha terlampau banyak. setakat jarum kecik cinonet doktor tu ibarat kena gigit semut kot adik Aqeel ckp. hahahahahaha...
utk 3 bulan ni, berat adik Aqeel 7.7kg. naik 700 gram je daripada bulan lepas. ok kot. tak der obes sgt tu. sbb aku tengok graf dia dh turun skit dari tahap obes. nnt kita diet lagi eh adik.
ok itu jer kot. tetiba dh malas nak menaip. sayonara.
Posted by purple_lav at 11:38 AM 0 love purple
final part holiday@melaka
tadaaa...kami empat beranak. tak sangka anak dah dua. eh main-main tak sangka plak aku nih.
oh lagi sekali gambar dari pandangan belakang. sorang gendong anak kecik, sorang lagi gendong anak besar.
kalau keluar anak sorang lagi, mana mau letak??? mungkin aleesya dh bleh jalan sendiri.
kesian bibik nih, anak jagaan nanges ye bik? serabai sungguh aku. dah laa duduk tak tentu arah. nasib laa incik fidi tengok bini dia mcm nih.
budak botak ni nanges sbb nak tido laa ni
yang kakak plak.....euwwwwww....hingus dah penuh tu. ye lah masa nak dtg tu pun dia dh start2 bersin kan.
ok amik mood nk tido letttew
aleesya dh siap mandikan balik, boleh plak duk main almari nih. keluar masuk tak henti2. pening kepala mak awak ni nak oiii...
dh landing sama2 kt atas katil pun tak tido lagi
ok hari last dah....masa utk breakfast. perut lapar berkeriok2.
auw incik fidi mithali sangat. saje nak jaga anak-anak. lps tu bagi bini makan sedap2 tanpa gangguan. nak suh bini gemuk le tu.
tengok2. mulut tengah suap bubur, mata sempat jeling pinggan sebelah lagi. memang dasar makan banyak, ginilah.
anak kesayangan.........yg makin buat ibu pening kepala.
aleesya makan honey star banyakkkkkk.
incik fidi masih memangku anak jate dia sambil makan. bagus bagus bagus
ok jom laa kita pulang ke bilik, check out dan balik bangi. tak sabar sudeh.
bagi mak posing jap eh.
eh sempat lagi mandi seround sebelum balik bangi. tugas aku seperti biasa laaa dukung Aqeel. nk tercabut tangan rasa.
aleesya memang seronok habis dia masa nih. tetiba plak ayah dia pegi beli menan nih. lagi laaa seronok + lama duk berendam dalam pool nih.
ololololo......
amboihhh muncung mulut tengok ipad. ini semua poyoooooooo!!!!
ok dada ....kami dh nak balik. yang penting aku dapat hepikan semua orang kecuali incik fidi sbb kena keluarkan bajet. eh dh memang tugas dia kan...ok cik abam, len kali kita holiday-holiday lagi eh.
Posted by purple_lav at 10:42 AM 2 love purple



