? ??????????????Last Beat? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??3401 Grabs Today. 6923 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Colorful Twist? ????? ?? ???Rating: 4.5 (66 Ratings)??2360 Grabs Today. 28501 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, February 7, 2011

cerita ceriti di kampung halaman

walaupun kena tempuh jem yang menggila tp bila sampai kampung rasa besttttt sangat.plak tu yang dinanti adalah aleesya. semua pakat tunggu dia lah. aleesya plak dgn banyak akalnye, dengan banyak peel nye laggiii laaa atuk, nenek, tok ayah, tok mek smer sumer gelak tgk gelagat dia jer.

ooo gambar tu dia tengah mendera kucing kesayangan abah hahahaha.kesian kucing tu. dah laa ibu mengandung, sekali kena dera ngn aleesya.

mula-mula tu aku igtkan aleesya ni takutkan kucing sbb bila pergi kedai makan ke bila nampak kucing, dia takut. sekali ko depan mata gitu, terus diterkam kucing tu.langsung tak der perasaan takut.hahaha
bleh plak dia bersila kat lantai kotor tu. dah nak main kucing kan. aku angkat, dia duk balik. sekali dua bleh laa...ala tak pe lagipun masa ni blum mandi lagi hehe
yang dia lagi seronok bila main ngn sepupu dia ni lah. dorang ni suka melayan aleesya. apa lagi, naik toncang laah!
oke aleesya, itu pokok....ooo pokok kaler ijau ek. .......>ini adalah iklan susu cap lembu, otak-otak mula berkembang.
pastu sibuk laks duk selongkar n sepahkan kasut2 dalam almari ni. hish aleesya oiii. ibu bleh tgk jer. larang? memang tak dengar langsung.
ha, ni lah sangkar kucing-kucing kesayangan abah aku tu. ada 4 ekor kucing. semua obesiti. mana tak obes klu dah duk dalam sangkar ni jer 24 jam.

bila lapar, ngiau...abah bagi makan.skit skit ngiau.skit skit ngiau. memang gedempol laa.

yang aleesya plak, incik fidi bawak pegi sekali jer. lps tu nak tgk lagi, pastu nak lagi. sampai dah penat laaa duk berdiri situ.
sori aku tak ingat nama-nama kucing ni hehehhe.maklum laa jarang2 sekali berjumpa kan noks.


eheh, sedap ko punya landing kt kawan ko ek..kucing tu tgh tido sebenarnya. aleesya tgk empat2 kucing ni sampai mengeletis oke. nak pegang!

last incik fidi keluarkan sekor.punyalah suka budak kecik tu dapat pegang kucing mok mok ni. tapi yang harunye tetiba jer kucing tu terlepas.
kan dah tak pasal-pasal incik fidi nak mengejarnye. aku dh cakap. jangan keluarkan takut terlepas. maklum laa kucing kesayangan abah. takut tak pandai balik umah jer kucing tu.

memang masin mulut aku. masing-masing dah takut nak bagitau abah. hahahahahahha
aku???memang tukang boo kt incik fidi laaa hahahahaha. sekian sahaja cerita ceriti kat kampung. eh jap ada lagi. tunggu entry setersnya.....

tak penah-penah jem macam ni

aku balik kampung masa cuti raya cina baru-baru ni.aku rasa semua orang dah tahu kot. JEM MAHA DAHSYAT. betul kan??

aku balik ke kampung hari rabu pagi sbbnye incik fidi kena kerja malam tu. klu tak malam tu lagi aku dah cabut. dalam KL lenggang. kereta tak banyak. aku igtkan org dah ramai yg balik. memang happy la.

sekali masuk rawang, waaaaa dah start jem. sampai laaa bukit beruntung. lps tu sambung balik kt tanjung malim lps tu jem jem jem jem. tensi mak. dah laa mak yg kena drive.

tak penah-penah oke jalan ni jem. sepanjang aku guna jalan ni, bleh bawak kete dalam kelajuan 110km/j gitu. sekali hari tu 20-30km/j jer. hampes.
aleesya mula-mula tu oke jer duk belakang sbb dia tido kan. lps dia bangun aku umpan dia ngn video favo dia dalam tepon aku.

incik fidi memang tak tido sekuman pun semalam tu. jadi pagi tu memang dia ngantuk sangat2 laa.
sekali budak kecik ni dah boring. terpaksa lah angkat dia ke depan. ops seksi plak anak aku dalam gambar ni hehehe.

masa ni jangan harap laa nak berenti kat RnR.orang ramai memang hazab. eh pendek kata masa tu memang semua hazab laa.

jalan raya hazab
RnR hazab
nak makan hazab
nak masuk jamban pun hazab
last sekali memang perut kitaorang memang dh tak tahan sangat lapar sbb masa tu dah pukul 4 ptg. masa tu lah kitaorg baru nak terhegeh2 nak makan tengah hari oke.

aleesya memang dah cranky giler sbb dia pun lapar jugak. ada laa bekal chipsmore dalam kete. tapi mana tahan perut melayu kitaorg ni. last sekali nekad berenti jugak kt RnR sungai perak. orang ramai tok sah cerita laa. nak cari parking memang satu hal.

sampai jer memang tak cakap banyak. terus order makanan dan ngap. baru lah budak kecik ni happy sikit.tu dia tgh hapi laa sbb dapat jalan...

itu baru cerita nak balik kg. tak cerita lagi yang nak balik ke KL. memang sangat hazab oke. 12 jam dalam kete. tak penah-penah!

Wednesday, February 2, 2011

keadaan dunia makin meruncing

bila baca paper aku rasa sedih dan insaf sangat. bagi aku dua perkara ini buat aku takut. Banjir kat Johor ngn pergolakan kat Mesir.

banjir kt johor bagi aku terburuk laa. dan aku rasa beruntung sangat bila umah kampung aku tu tak pernah tenggelam dek banjir sbb ada kat kawasan tinggi. macam mana laa berada kat pusat pemindahan tu. of kos serba kekurangan. bab tandas dan makan mesti sukar buat orang yang ada kat pusat tu.

pastu bila aku baca blog mama qiestina rasa simpati sangat kt dia. dia salah sorang yang terpaksa menginap kt pusat pemindahan ni. bila dia cerita pasal umah dia yang ditenggelami air sampai bumbung umah, aku dah terbayangkan barang2 dalam umah tu. rosak dan semestinya ia tidak mcam dulu lagi. buat mama qies, hanya ucapan sabar jer mampu saya ucapkan.

pastu dalam paper tu jugak ada gmbr kereta yang telah hanyut. ya allah aku rasa kesian sngt kt tuan empunya. segala harta benda sumer musnah. nak mulakan hidup baru tu semestinya guna duit yang banyak. mujur ada PM kita, katanya akan diberi sumbangan untuk baik pulih kediaman yang telah rosak.

satu hal kt Mesir plak. nasib pelajar Malaysia amat terancam. bila baca kisah mereka, ada yang terpaksa berlapar sehingga mendapat gastrik sbb bekalan makanan memang tidak mencukupi. bukan itu sahaja, bekalan letrik, air dan internet memang terputus terus.

bagi yang tiada duit tunai, nasib mereka amat tipis. salah satu pelajar Malaysia yang asal dari Kelantan telah berjaya pulang ke tanah air dengan bantuan ibu rakannya. mujurlah emak kawannya itu ada kad kredit jadi mereka bolehlah beli tiket. bagi yang tiada kesian sangat sbb sistem perbankan kt sana dah dibekukan. sebarang urusan pengeluaran duit memang tak boleh dilakukan lagi.

ada juga yang tidak tido smpi tiga hari. sbb nye mereka terpaksa bergilir2 jaga keselamatan mereka. oh ya, kat sana pelajar dinasihatkan berada dalam berkumpulan.mereka akan bergilir2 menjaga rumah, yelah sape yang tak takut bila tiba-tiba jer tengah malam ada yang mengetuk pintu rumah..ngeri...bila intai ke luar tingkap, boleh lihat askar Mesir dgn senapangnya dan kereta kebalnya. tu tak termasuk lagi dengan penjenayah yang selamba badak usung senapang ngn parang.

lagi-lagi bila banduan terlepas dari penjara. bayangkan orang yang sejahat itu berlegar-legar dikawasan umah korang. klu aku, orang gila pun aku dah berlari ketakutan, ni kan pula banduan.

diharap keadaan ni sumer kembali pulih.dan aku juga berharap bantuan yang akan diberikan tidak akan putus. kesian sangat mereka. dan aku sangat bersyukur berada di bumi Malaysia

Tuesday, February 1, 2011

lagi kisah aleesya dan solat...

kan hari tu aku cerita pasal dia ajuk ayah dia dgn pakai tupperware kan. oke kali ni nak cerita plak pasal mulut dia time kita solat.

hish, betul2 menduga iman klu solat dgn aleesya ni. sll kan bila kita bacaan-bacaan ayat al-quran, mesti kuar bunyi. paling perlahan macam bunyi berbisik tu.

jadi bila aleesya dah selalu dgr, dia pun ikut sekali. sambil duk tepi dan kadang-kadang duk lalu lalang jugak, mulut dia tak berenti bunyi sok sek sok sek tu. haishhhh, saper laa ajar budak kecik ni.bab meniru orang memang no satu laa aleesya oiii...

lagi part dia meniru /ajuk ayah dia. incik fidi memang dilanda batuk tahap nak tercabut anak tekak bila dgr. satu malam ni, dia dgr incik fidi batuk-batuk. masa tu jugak, dia tengok incik fidi dan tiru balik batuk tu. uhuk uhuk uhuk...ngn muka berkerut-kerut tu tak tahannya. hahahaha

tak sabar nk tunggu dia bleh bercakap nnt. haish...penatlah nak melayan soklan-soklan budak kecik tu

Monday, January 31, 2011

bergambar ala gadis remaja

 ala, kan sekarang ni klu kita tgk budak-budak pompuan yang baru nak naik klu bergambar mesti kamera kat atas, pastu bulatkan mata dan nipiskan bibir mulut. kendian masukkan dalam fesbuk ataupun hantar ke chatbox kt channel 15 hahaha..tgk ada tak memuji kecomelannya.

jadi aku sebagai mak budak ni yang dh ketinggalan zaman2 ni masa muda-muda dulu, teringin laa jugak kan. jom aleesya kita bergambar sakan. oke, kamera kat atas, pastu kita sengih BESAR-BESAR. say cheese!!! bila tgk balik gambar subhanallah! dah dah la buang tebiat pija oiii hahaha

lepas jer bergambar dengan sakan tu, tetiba jer aleesya ek ek ek nak pegang kamera tu. oke lah malas nak dgr dia menangis, aku bagi jer lah. TIBA-TIBA....wah kasik saspendo skit.....

yeah, wanita jelita yg nampak perut. awww seksi skit yer. kemain angkat kamera tinggi-tinggi ni supaya nampak impak kecomelan tu.

oke ibu, gambar tadi tak jadi, aleesya nak amik gambar lain plak. nnt nak MMS kat ayah...

oke, dh bulatkan mata dan kecikkan mulut. agak2 comel tak????

*budak-budak kecik ni suka meniru apa yang kita buat

Friday, January 28, 2011

Allahuakbar...

dulu masa aleesya masih kecik, aku akan letak dia di sebelah dan aku solat dgn aman. tp semenjak dia dh bleh merangkak dan berjalan ni, korang akan paham perasaan aku masa nak solat.

klu dia tak tarik telekung, dia akan panjat badan aku hehehe. tp nak buat macam mana kan. takkan nak kunci pintu plak dan biarkan dia kat luar sorang2 klu masa incik fidi tak der. mau menangis budak tu.

skrg bila dia tgk aku pakai telekung, dia cepat-cepat ckp 'awohbar' (Allahuakbar) dan tangan diletakkan ke dua-dua belah telinga.

pix google: comel jer budak pompuan ni pakai telekung gini kan. rasanya nak beli la satu utk aleesya.

tapi aku rasa aleesya dah keliru. mungkin sbb dia tgk ayah dia kot. sbb masa main-main dgn dia tetiba jer dia buat macam ni.....

pakai tupperware dan sebut 'awohbar'. heheheheheh

Thursday, January 27, 2011

vida by phynne ballerz...lagu dulu-dulu



VIDA
PHYNNE BALLERZ

Setiap detik saat buat kuhiba ku melarat
Dan semakin berat terasa terjerat
Mungkin ku tidak sekuat kusangka

Setiap rintik hujan buat keadaanku tenat
Dan segala kudrat kuperah keringat
Daku dah penat melawan perasaan

Dan memang benar sebenar-benarnya
( daku terseksa )
Amat terasa sejak kau tiada

Vida
Kembalikanlah semangatku
Kembalikan ketenanganku
Kurebah tanpamu
Carino mio
Tak terdaya lagi bernafas
Jiwa daku semakin lemas
Dahagakan cintamu
Kaulah nyawaku

Katakanlah apa saja yang dikau damba
Sedaya-upaya kutunaikannya
Asal kau pulang ke dakapanku

Daku bersungguh sesungguh-sungguhnya
( tangis berdoa )
Mahu cintamu dan masa indah lalu oh...

Vida
Kembalikanlah semangatku
Kembalikan ketenanganku
Kurebah tanpamu
Carino mio
Tak terdaya lagi bernafas
Jiwa daku semakin lemas
Dahagakan cintamu
Kaulah nyawaku...
Kaulah nyawaku oh...

Vida
Kembalikanlah semangatku
Kembalikan ketenanganku
Kurebah tanpamu
Carino mio
Tak terdaya lagi bernafas
Jiwa daku semakin lemas
Dahagakan cintamu
Kaulah nyawaku

Vida
Kembalikanlah semangatku
Kembalikan ketenanganku
Kurebah tanpamu

Berikanlah daku peluang hanya sekali lagi
Senyumanmulah menjadi penawar hati
Melutut merayu... kau nyawaku

hak hak hak giler nostalgia lagi ni weh. aku baru jer dengar dalam radio sinar jap tadi. bila dengar tu kan mulalah terbayangkan suasana dulu-dulu masa lagu ni tgh top.

seingat aku, lagu ni popular era 2001-2002 kot (betulkan aku klu silap). masa tu aku kat UUM. dulu mana ada tepon canggih-canggih bagai ni. paling canggih waktu tu Nokia 3310. hahahah. masa tu pun mana ada nada dering yg canggih macam skerg. dulu pakai yg polifonik tu jer.

klu orang tu anak orang kaya, maka kedengaran lah lagu-lagu fofular. klu tak mampu dgr jer laa ringtone yg memang dah ada dalam tepon tu.

eh nak citer pasal lagu VIDa ni. bila dh ramai orang guna ringtone lagu ni mulalah ada orang yg maha kreatip transfer jadi video. bukan yg mcm video clip tu. tapi macam......bila ko cari gambar-gambar cun, pastu edit sedikit sebanyak pastu masukkan lagu.harap korang paham laa. hehehe

huuhu terus terimbau kenangan tgk video ni (masa tu dorang guna gambar kucing-kucing yg cute). sebelum makan tu (dalam bilik), on cepat2 komputer terus bukak video ni. tak pun aku layan laa video zahid masa kt AF sampai rabun hahaha