? ??????????????Last Beat? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??3401 Grabs Today. 6923 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Colorful Twist? ????? ?? ???Rating: 4.5 (66 Ratings)??2360 Grabs Today. 28501 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, April 29, 2011

1st time beli baju pasar malam

eh, bukan aku yg 1st time tu. aku memang semua baju dari pasar malam hahaha ngn tudung2 sekali aku rembat. mana bleh tahan kalau dah rege cuma RM10 sajork.

ni baju aleesya. sblm ni aku banyak beli baju aleesya kat manjaku, bangi jer. dari kecik sampai laa sekarang ni. cuma bila dia dah makin panjang ni, pilihan baju untuk dia kat Manjaku tu agak terhad. kat sana lebih kepada baju baby2.

jadi semalam bila pegi kat pasar malam, ternampak lah baju tido. comel dan bleh tahan lah. dah belek-belek tu, aku amik dua pasang baju tido. masa nak membayar tu terkejut beruk...

sekali abang tu cakap RM10 jer. eh abg ni salah kira ke sbb aku amik dua pasang ni. dia cakap sepasang 5 hengget jer. laa...murahnye.. suka suka.macam tak percaya pun ada. sbb kat Manjaku paling murah pun belas-belas ringgit jugak.

kalau nak yang mahal, berlambak-lambak jer. tapi aku pembeli yang bijak. hehehehehe

nampaknya bleh laa survey baju aleesya kat pasar malam lagi ye. bagus-bagus nnt bleh ikut ibu shopping kt pasar malam jer.

ariani padat!!!

tengah hari tadi aku ngn kawan aku pergi ariani kat bandar baru bangi ni. sekali masuk...mak aiiiii...ramainya manusia!!!

berjalan kalau tak berlaga bontot memang tak sah. dah rupa macam nak raya esok jer dalam ariani ni. sbb ape aku kata gini...sbb dl kan aku penah terkena pegi beli tudung last minit kt ariani. nak memilih pun dh tak senang. orang lagi ramai dari tudung.

tadi sbb ada diskaun untuk pemegang kad ariani. jadi itulah kot yang ramai. setiap orang yang keluar dari ariani memang tak sah tak bawak keluar sekali beg kertas ariani tu hehehe. aku jer yg tak. sbb aku tunggu kat luar. tak tahan dgn orang ramai.

aku memang ada satu penyakit. kalau ada tengah-tengah orang ramai / tengok orang ramai aku bleh jatuh pengsan. btl...dulu masa kecik-kecik, kalau nak pegi beli baju raya kat pasar tanah merah (sape yg duk tanah merah tau mcm mana keadaan pasar tu, dgn sempitnya, dgn gelapnya) mak aku sll pimpin tangan aku dan cari jalan yg tak der org ramai sgt. sbb kalau tengah sesak-sesak tu, mulalah aku rasa pening, pucat, nak muntah, segala2nya lah.

lagi satu masa kt UUM dl. kalau orang baru baru keluar kelas, jangan lah aku nak memandai-mandai tengok orang yang serbu pintu secoit tu. dah rupa macam semut baru terlepas dari sarang. mau aku rebah kat situ jugak.

ntah apa ntah penyakit aku ni pun tak tahu. nsb baik dapat laki pun tak suka tmpt orang ramai2. harap aleesya pun sama ngn aku jugak. aman hidup hahahahaha

budak selalu demam

saper lagi kalau bukan aleesya. aku pun pelik. rasanya dari awal bulan hari tu lagi dia demam. on off. kang kejap baik, lps tu demam balik.

nak kata tumbuh gigi, aku dah skodeng. tak der pun tanda-tanda gusi bengkak ke ape. agaknya musim kot.

gambar kat atas tu, pukul 3 pagi. dan incik fidi tak der di bumi bangi. susahnya hati aku tak der sape yg tahu masa ni. bila tido tu terpegang kepala aleesya, masyaAllah panasnya...

bangun dan lap kepala dia. lepas tu masuk ubat bontot baru macam oke ckit. tapi dia tak menangis, tgk laa gambar kt atas tu.demam tapi posing tetap posing hehehe...

semalam badan dia tak panas, alhamdulillah. bleh mak dia tido ngn tenang. sbbnye kepala aku ni dah dua tiga hari duk pusing-pusing. mak pening!

cerita basi - berjimba di MidValley

lama dah woo tak pegi midvalley. rasa rindu sungguh mencongkam pada MV hahahaha. oh ye....kalau nak tahu ni cerita dah lama, tapi aku tetap nak jaja jugak. ada aku kesah kan? hahaha masa ni weekend lepas. incik fidi baru jer balik. jadi harus meluangkan masa bersama keluarga kekdahnya.

jadi jom kita ke midvalley. pilihan untuk ke sana sbb  masa tu dh ujung bulan, jadi dgn harapan orang tak ramai laa. korang igt MV tu tak penah tak der orang ke? memang tak lah...bersusun jugak orang...ntah datang dari mana pun aku tak tahu.

 aku igt kan bawak anak yang berusia setahun lima bulan ke tempat permainan masih tiada respon. rupanya tidak! sumernya dia nak. agaknya kalau bleh bercakap...ibu nak yang ni...ibu nak yang tu...

korang tengok laa sendiri macam mana keadaan dia.kiri kanan penuh dengan mainan. teddy bear pink tu dia dah tak mo lepas.

apa ni aleesya...tak rock laa pink pink ni. jom kita cari kaler purple....

 ayah....nak kete ni....oh, banyak betul yang aleesya nak ye...sabar ye nak. ibu bagi apa yang ada kat tangan tu jer oke.

 ni nak menjahanamkan teddy bear ke ape ni? memang tak dinafikan aleesya ni kalau dia main memang terganas skit. 'ter' oke hahahaha.

 bila bawak dia kat kawasan ni kan, dia punya suka memang tak leh nak blah. rasa macam nak bawak balik semua mainan kat situ. kejap kejap kat situ. kejap kejap kat sana. kejap kejap kt sinun.

balik jer dari MV ni terus malam tu badan aleesya dah panas-panas. ingatkan dah oke demam dia. sekali datang lagi....

nanti aku cerita kisah sedih demam aleesya ngn aku. sob sob sob...

Wednesday, April 27, 2011

lama betul tak bukak blog

keadaan yang buzy dengan asgmnt yg berlambak dan laptop rosak punca segala-galanya aku tak sempat nak bukak blog hahahah kelas tak ayat dipagi hari ini...

memang betul lah....asgmnt 2 3 hari ni memang tak henggat. tapi aku masih oke. jangan risau yek.

lagi sebab lain sbb laptop aku ni masuk virus apekejadahplak aku tak tahu. tetiba jer nak bukak blog, terus dia reject. nak bukak fesbuk, dia reject. habis ape guna aku beli broadband kalau tak bleh bukak dua benda penting ni kan...

sekali terus aku zass kan laptop aku masuk wad. oh, tak der laptop dikala hari minggu memang sodeh ya..aku rasa macam tak tahu nak buat apa. tapi tak pe, incik fidi dah balik, wohoooo!

tapi kejap je lah...sekarang dia dah kat penang lagik. tinggal laa aku ngn aleesya berdua plak. nak buat macam mana kan. kerja....kalau bukan kerja mau aku dah marah oke.

ok lah itu lah intro bebelan. nnt jap lagi aku sambung lagi entry terhangat. hahaha jangan percaya sangat. kang sampai ke malam tak der citer

Wednesday, April 20, 2011

hari tu calar, kali ni kemek plak

kan hari tu aku ada citer pasal tetiba kete aku calar diguris masa parking kt tempat kerja kan....malas laa plak nak korek entry lama-lama.

kali ni kete aku kemek plak dan tak tahu siapa punya angkara. kesian myvi putih tu.


korang boleh nampak tak kesan kemek tu? kalau tak nampak sila amik kanta pembesar. kalau tengok kat luar ni, memang sakit mata aku.

tadi aku dah pegi bengkel, tanya apa yang patut dibuat dengan kete ni. sekali apek tu cakap susah woo nak buat. bila aku tanya lama ke nak siap? dia bleh cakap 2 3 jam. ayooo lamanye. klu tengok kerosakan macam simple jer kan. apek ni nak kencing aku ke ape?

bila MMS dan bagitau kisah kt bengkel tu kat incik fidi, terus dia kata..biar dia yang urus semua. tunggu dia balik nanti. sbb dia kata macam apek tu nak tipu jer.

ok lah..aku ok jer. nak suh aku buat pun tak pe, cuma bab tipu menipu tu aku tak tau lah. maklum lah aku ni pemandu wanita yang hanya tau bawak kete, isi minyak dan parking kete. selebih dari itu aku tak tau. nak isi angin tayar pun terkial-kial.

Gosip : Kris Dayanti dah hamil 4 bulan?

pix google. tq

baru jer kawen sebulan yang lalu, tup tup hari ni keluar paper "Saya dah hamil 4 bulan" . Ajaib bukan?

kes ni terpulang pada pendapat masing-masing. tapi tak salah aku lah, Anang bercerai dengan Kris pun sbb kantoi hubungan mesra ngn Ramos (Raul Lemos, suka hati aku nak short2 nama orang hehehe)ni kan? Jadi memang dah sah-sah benda termengandung ni terjadi hehehe

tapi pelik laa, naper masa Kris pakai baju pengantin ni tak nampak pun perut dia. ke dia pakai korset? alamak kesian laa baby dalam perut tu....