rasanya dah lama kot incik fidi tak outstation.
dan semalan dia kena outstation kt Temerloh. huh, kena tinggal lagi. tak pe tak pe untuk kebaikan bersama hahahaha ayat penyedap hati kena sokmo tulis kalau tak menangis tiap2 malam.
baru sehari pegi, dah rindu berlambak-lambak ni. ni laa susah kalau dah lama tak berjauhan.
wahai cik abang, cepatlah balik!
Thursday, October 27, 2011
kena tinggal....padan muka
Posted by purple_lav at 10:09 AM 0 love purple
Monday, October 24, 2011
pegi tempat bakar lemak terhebat
yang ni aleesya berjaya sebut 'pish'. pish pun pish laa aleesya. tapi dalam tu terselit jugak perkataan 'akut' hahahahahaha.
agaknya dia gerum tengok ikan yang sama panjang ngn dia. memang besar ok ikan kt situ.
aku cakap ikan tu agaknya dh tua kot, mungkin dh beratus-ratus umo dia. tapi incik fidi cakap, memang ada jenis ikan yang besar macam tu laaa. hahahaha nampak sangat otak aku otak kartun hehehe...
eh nape ibu je yang nampak beria-ia? hahahahahha
dah laa besar, buruk plak tu hehehehe...
takut oke tengok ikan-ikan ni. macam2 rupa. yelah biasa duk tengok ikan kembung, selar kuning, ikan merah je...sekali tengok macam ikan ni terus tak lalu makan.. erk...
jakun bila jalan atas papan macam ni. siap jalan hentak-hentak kaki lagi...
teirngat dulu-dulu, rumah papan..kalau nak marah ke nak memberontak ke, terus jalan hentak-hentak kaki. lepas tu siap sedia laa abah ngn hanger baju. abah pantang anak dia buat macam tu.
dah tu, takkan aku nak kejar aleesya ngn hanger baju kt tengah-tengah zoo ni???
nak oii, apesal hidung terlebih kembang ni? bagi kempis skit. nnt nak ngorat abang ensem jual eskrem kt depan tu.
alamak, nape laa incik fidi amik gambar angel mcam ni..kan dah nampak kelebihan aku tu..
incik fidi sedang memperdajalkan penguin.kesian aku tengok kepala penguin tu, sape suh ikut muncung payung tu.
budak belengas....
rasa macam dh kurus skit lepas balik dari zoo ni...tapi rasa je lah, bila timbang, pengsan jua!
lakonan mantap dari puan pija.
padahal tak der ape pun dalam air tu...
hamekko...angry bird dah sama besar ngn kepala sendiri.
beli dalam zoo paham2 je lah harganya berapa. aku memang tak nak beli sbb hari sabtu tu aku dah belikan sekor. pastu incik fidi plak duk tanya, aleesya nak tak...aleesya nak tak...
budak tu apa lagi, tepuk2 tangan laaa....
sepanjang jalan dalam zoo tu, dia langsung tak mo lepaskan bird ni.aku dah naik rimas sbb besar sangat, nak minum susu susah, nak tengok menatang lagiii susah..
iskh iskh isk...
cubaan membuat peace tidak berjaya. tak pe usaha lagi sehingga boleh buat dengan cemerlang hahahaha
pacik gumuks.....eh bini dia pun gumuks jugak
burung flamingo ni jinak oke. ada yang siap jalan2 atas rumput tu...
oke laa dah penat taip....lagipun dh hbs gambar nak cerita. yang penting hujung minggu lepas, aleesya hepi sbb bleh jalan2...
masuk je kete terus ketiduran. penat sangat laa tu...
incik fidi minggu depan nak g mana plak? eh
Posted by purple_lav at 9:45 PM 0 love purple
Sunday, October 23, 2011
outing outing outing
rasa macam dah lama nak mengukur lantai shopping complex. eh ye ke?
sbb minggu sebelum-sebelum ni aku rasa macam jadual aku padat je. outstation memanjang, pastu incik fidi plak bz memanjang.
oh, itu blum lagi emergency kena balik kg. dua tiga hari lepas aku balik kg sbb nenek incik fidi telah kembali ke rahmatullah. innalillah, semoga rohnya dicucuri rahmat.
macam badan dah penat sangat.
jadi seperti biasalah, moh kita terapi minda skit incik fidi. jom kita ke IOI Mall Puchong.
masa ni tengah menunggu incik fidi potong rambut. lama plak pacik tu kat dalam. aku ni dah resah gelisah ngn budak kecik ni.
tu dia muka dah kebosanan. dah bungkus tu kertas. ibu dah nak start pengsan ni.
semalam apa kena ngn aleesya aku pun tak tahu. asyik nak meragam je. pening tau.
kedai rambut Snips menjadi pilihan incik fidi. kalau laa aleesya dh besar ni ,mau aku tumpang cuci rambut jugak. ni tak bleh lagi sbb aleesya kecik lagi, sapa mau jaga.
tiba-tiba ada orang bagi belon kt aleesya. seronok laa dia. main punya main tetiba belon tu pecah. mana tak nye kalau dah pijak-pijak mcm tu.
lepas tu, dtg sales girl yg kije kt tempat promotion tu, dtg bagi aleesya belon lain. mungkin kesian kot tgk budak kecik ni main belon yang dah pecah.
main punya main lagi,, tetiba bleh plak belon tu terbang dan jatuh ke bawah. memang selamat laaa...
jeling-jeling jugak kt budak sales girl tu, mana tau dia dtg bagi belon lain plak.banyakcantikmukakau!
dah penat pusing-pusing, masa utk makan.cari foodcourt tak jumpa, belasah masuk J.Co Donut.
mat saleh sangat rasa tengah hari makan donut je.
ni anak yang feeling mat saleh jugak hahahahahahahha
Posted by purple_lav at 8:59 AM 1 love purple
Tuesday, October 18, 2011
budak bertuah
sekarang kt umah tu semua benda nak kena letak kt tempat tinggi-tinggi. tinggi sampai cucur atap orang kata.
sbb kalau letak kt bawah dan senang dicapai terutamanya budak kecik kt umah tu, mesti ada projek besar yang dia buat.
Posted by purple_lav at 10:15 AM 6 love purple
Monday, October 17, 2011
tolong aku!!!
matik memang matik....
rasanya korang sebenarnya tak leh tolong aku pun. sumer ni terjadi sbb salah aku sendiri
nak tahu sebab apa aku rasa serabut sangat ni
cincin tunang hilang!!!!
memang matik klu incik fidi tahu. sbb masih terbayang-bayang lagi masa kitaorang pegi beli tu. gigih pegi ke gombak, cari kedai melayu (ada sebab kitaorang nak emas kedai melayu jugak) dan beli cincin. itu blum lagi pening pasal design hahaha
ok tak yah nak gelak sangat..
macam mana ni...yang aku igt, semalam masa tengah golek-golek depan tv, aleesya pegang jari dan mintak nak cincin.biasa aku memang tak bagi. ntah semalam, kena pukau ke ape...
elok je bagi aleesya, siap sarung kat jari dia lagi. selepas tu aku langsung tak igt pasal cincin.
sehinggalah masa nak mandi pagi tadi, tetiba perasan eh mana cincin? sayang semuanya sudah terlambat *eh tetiba nak nyanyi lagu shidee
sebelum pegi keje pagi tadi dh penat geledah umah. balik keje carik lagi. tertonggeng-tonggeng setiap sudut rumah. siap pakai torchlite lagi senang nampak kerlipan emas heheh...tapi yillek...iskh...tak suka laa macam ni
Posted by purple_lav at 9:52 PM 2 love purple
Friday, October 14, 2011
rasa macam nak maki hamun
ntah ape kena opis ni....apesal nak block sumer?
aku rasa blog dua tiga menjak ni ada something wrong sbb server kot.
sekarang terus rasa macam tak der mood nak blogwalking, apatah lagi nak update blog dgn gambar-gambar yang da vass.
MENCIK!!!!
Posted by purple_lav at 11:01 AM 0 love purple
Wednesday, October 12, 2011
selonggok kau kt situ
ginilah rupernya kepada mereka yang masih pakai peti ais zaman dinasor. huhuhuh
eh nasib baik ada peti ais zaman dinasor ni, kalau tak meranalah aku tak leh minum air sejuk lalala. sebenarnya peti ais tu harta pusaka incik fidi. dia beli masa zaman bujang2 dl.bagus incik fidi, zaman bujang dh reti nak beli keperluan rumah tangga macam ni.
klu zaman aku bujang, apa yang ada? hanya baju yang penuh rak dan sekarang hanya jadi perhiasan. waaaa banyak yang dh tak muat. tunggu masa nak humban dalam tong sampah je.
oh ye, dalam sinki tu adalah ais2 dan salju2 rindu hehehe.tiap2 bulan inilah keje aku. defrost dan korek buang. beku oke jejari tak berapa nak runcing ni.
bilalah agaknya dapat bertukar kepada peti ais zaman terkini. oh kalau dapat yg pesen tekan je dah keluar ais dan masuk dlm gelas terus tu kan best...huh, angan-angan
Posted by purple_lav at 7:40 PM 2 love purple
incik fidi jadi mr. mama
tapi baju cantik laa. ini gambar duk melepak seharian ngn aku kt umah semalam.
oh rindu budak kecik ni, walaupunnnnnn......kejap lagi dah nak balik umah. hihihih
Posted by purple_lav at 4:32 PM 0 love purple
Monday, October 3, 2011
impian menjadi kenyataan
dah survey kt lowyat, yang ada kaler hitam jugak..hitam pun hitam laaa. janji dapat kan..
eh dh bleh agak dh kan ape dia???
yang penting cover kaler purple. hahahahah . ini yang buat terlebih sayang kt incik fidi ni. sampai laki sendiri dh terikut gilerkan kaler purple hihihi.
tadaaaa....pujaan hati setakat ini.
LEBIH NIPIS, LEBIH RINGAN, LEBIH CEPAT!
Posted by purple_lav at 11:24 AM 4 love purple