? ??????????????Last Beat? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??3401 Grabs Today. 6923 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Colorful Twist? ????? ?? ???Rating: 4.5 (66 Ratings)??2360 Grabs Today. 28501 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, September 30, 2012

musim demam agaknye kot

 klu tgk sekarang, ramai budak2 tengah demam kan. anak aku pun tak terkecuali. sian anak dara tu. tapi dia still ok, maknanye cargas je cuma nampak dia tak selesa tang hidung, hingus keluar meleleh-leleh...

semalam pun pegi Az-Zahra, bleh kata semua patient budak2 yang bertempek Cool Fever kt kepala. sian ohh...

 magik betul bila tak yah paksa aleesya makan ubat. hahahaha. biasa kalau tak guna sepenuh tenaga, kaki tangan aku memang tak masuk laa ubat tu dalam mulut. kalau masuk pun mesti dia muntahkan keluar balik. tapi semalam, masa dia tengah syok2 tengok kartun kt tv, aku datang pelan-pelan (mcm saspen plak kan hahaha)

aku sua kt dia cakap, "sedap ni, cokelat". terus dia isap2 sambil cakap "erm, sedap. manis" hahahahah nasib laa kamu anak, kena tipu ngn ibu. tapi semua ubat masuk dalam mulut dan perut dia. itu lah yang terbaik kan...

bleh plak dah habis tu, mintak nak lagi. no no no anak...
 
dia biasalah demam tapi macam tak demam. aktif macam biasa. sampai doktor semalam cakap, eh aktif je ni. memang laaa aktif doktor cuma aku rimas dia duk tenyeh-tenyeh hidung, lps tu ngn air hingus meleleh-leleh. lagi pun emak mana sanggup bila rasa badan anak dia, panas je memanjang. aku tak mau ok.

Monday, September 24, 2012

check up 35 weeks

pagi tadi selamat check up baby dan perut utk 35 weeks. on da way pegi Pusat Rawatan Islam Az-zahra tu aku dah susun banyak2 soalan dalam kepala utk tanya kat doktor. ye lah bnyk sgt plak keraguan bila dh hujung2 ni.

apa2 pun kita update dl pasal perkembangan ibu dan anak yo..

berat ibu : 70.6 kg (naik 1.6kg dari bulan lepas) rasanya masih dalam kategori selamat kot. saje je ni nak sedapkan hati

Berat Adik : 2.5 kg (masa aleesya dl, dia dah berat 2.6kg. ala adik, jangan risau kakak terlebih 0.1kg je pun)

Darah : 110 /70 (aku tak tau bacaan normal utk darah, jadi aku assume darah aku ok ok aje)

overall ok semua. cuma dalam minggu ni doktor suh aku buat ujian diabetes ataupun lebih dikenali sebagai minum air gula. alamak ni yg tak best ni sbb aku dh rasa ms ngandung aleesya dl. biol aku sepanjang hari sbb kena minum air gula pekat menyengat. pening kepala je. atau mungkinkah aku kena amik MC pada hari kejadian?

hari hujung2 gini malas betul nak pegi keje. bleh tak saya nak cuti sebulan sebelum beranak bos?

Sunday, September 23, 2012

Dalam tak larat, sampai jugak KLCC


 klu ikutkan hati memang dh tak nak jalan ke mana-mana dah. badan dah flet giler rasa ni. tp memandangkan ada voucher yg perlu dilunaskan sebelum hujung bulan ni, rugi plak klu tak tebus kan. jadi nye mak buyung ni gigih laa jugak.

pegi pun dh nak malam. keluar umah lps maghrib. dah lama kot tak sampai KLCC. igt dulu2 masa umah kt Taman MElati, lepas balik keje sempat menyinggah kt KLCC jap. saje nak cuci2 mata. skrg tak dapek laaa. lagi2 dgn keadaan skrg ni, kemain lama dh aku tak keluar bangi. duk terperap dalam bangi je. asgmnt luar2 ni bos aku dh tak bagi. jaga opis je lah kot

selesai je menguruskan voucher tu, terus ajak incik fidi makan kt food court dia. dalam kepala otak dah terbayang2 cendol kt situ. tapi perut duk mintak nasik. ok bahek lah kita cari nasik dl.

incik fidi x makan sbb dia kan tengah diet. jadi kami anak beranak je makan. aleesya kemain lalu plak tu.. rasa x cukup je nasik dalam pinggan hehehe..hbs makan nasik, teruskan agenda cari cendol. ok incik fidi kata ok.

 cendol kat KLCC x der lah sedap pun. memang tak sedap pun sebenarnya. baik lagi cendol bawah pokok kat Bangi nun.tapi adik duk cakap guna telepati ngn ibu dia ni, nak makan cendol malam2 kt KLCC, layankan aje. yg aleesya tak makan pun cendol ni. dk berebut kacang dalam mangkuk aku ngn ayah dia.

 kacang yang tinggal beberapa ketul je. yg itu lah jadi rebutan dua insan. aku tak suka kacang dalam cendol ke ABC. baik lagi jagung kot. tapi kt KLCC ni cendol dorang tak de jagung. spoil.

 eh memang aku back up anak laaa. ayah mana bleh amik kacang yang ibu punya.

 Aleesya keseronokan masa ni. skrg mood dia sgt baik bila keluar jenjalan. bagus anak ibu nih

 incik fidi tetiba je pegang kepala dan mengaduh masa makan cendol. tanjat jap. igtkan ape rupanya sebab sejuk sangat. otak beku ye abang?

 adess ngeri tengok perut masa duduk. memang dh sebulat2 nye dah ni. nak makan pun kena membongkok lebih sebab mulut rasa jauh sgt ngn pinggan.

 ntah ape ntah ada kat bawah aka center KLCC ni. sempat jugak menjenguk masa nak pegi ke parking. ada budak2 (tak tahu laaa istimewa ke biasa2 je) melukis dan pamerkan lukisan dia. ada yang lukis cicak pun letak harga sampai RM500. pastu dah ada orang beli tu. kagum kagum.

klu gitu aku nak lukis ala2 kadar je pastu letak kt sini, agak2 ada orang beli tak? untung jugak dapat RM500 tu.
 KLCC yang bertingkat2. bila bawak stroller susah giler nak berjalan kt sini. nak naik ekskalator ada menda alah besi penghadang. klu stroller kecik bleh je lepas, tapi stroller aleesya ni mengembang skit. memang menguji kesabaran incik fidi. nak naik lif tu kena ada kesabaran tinggi sbb orang ramai dan lif adalah super duper lambat.

 ok sebelum kembali ke pangkal jalan, moh laaa kita bergambar dl.
 nampak kan macam mana aleesya bleh menyelit kat bawah perut aku. situ memang port peberet dia. tetiba aku rasa macam troli Carrefour plak.

suka aku tengok gambar ni. panda incik fidi cari angel. hiihi
 ok dh nak balik. rasa lepas azab berjalan ni. dl part berjalan laa paling best. buat masa skrg rasa semput je. tak pe lagi sebulan je lagi nak semput2 nih. lps ni aku nk shopping seluar jeans baru, kasut baru, baju baru. incik fidi sila amik perhatian ye.

nampak mcm terpulas2 tangan aku nak masukkan duit. ye lah mak kan kidal.jadi semua benda yang awam mmg tak sesuai ngn org kidal. kena buat satu mesin autopay ni yang masukkan duit sebelah kiri. senang kije aku nnt.
apesal ntah mulut sampai termuncung2 mcm tu....incik fidi saje laa ni nak spedo aku..

Tuesday, September 18, 2012

marilah berjalan selagi terdaya


ikut kudrat memang rasa tak larat sgt. org-orang yang tengok aku pun semua cakap benda yang sama.tp nak buat mcm mana, kehidupan mesti diteruskan hahahah. demi membahagiakan hati anak yg selalu sgt ckp pasal jalan-jalan, ibu mu ni gighkan jua. tp dh pesan ngn incik fidi, klu nak pegi shopping complex pun cari parkin yg dekat ngn tempat nk tuju ngn dekat ngn ekskalator.

sementara tgu incik fidi balik keje. dia tu dh call dl sebelum sampai umah. katanya dalam 5 minit lagi sampai. tp bila aku dh turun tu dia tak sampai-sampai lagi. eh ke aku yg terawal nih?

berposing laa kejap ngn anak dara dalam kete.
budak ni selalu perasan diri dia princess. ala, kamu memang princess di hati kami pun hehehe


aleesya dan adik.....dlm perut lagi. tak sabar sudeh nak keluarkan si kecik ni....

Sunday, September 16, 2012

melayan keinginan tekak lagi

sorry laa uols, memang mengandung kali ni rasa nak makan je. incik fidi pun dh tau perangai bini dia kali ni. sampai satu tahap tu dia tak bagi tengok channel masak-masak mcm AFC ngn TLC kt astro tu sbb channel tu memang banyak sangat makanan sedap-sedap. lepas tengok chef2 tu masak, mulalah aku duk berzikir tepi telinga dia suh pegi beli makanan yang sama dalam tv. ala yg senang2 je pun aku nak, tak de lah nak kekapis segala bagai.

hari ni dtg lagi perangai mengidam aku nih.ni sebab kak Norma laaa duk cakap karipap sedap.hehehehe. dah laa citer dgn penuh perasaan masa tu, siap tengah makan karipap lagi huhuhuh. yu nk tahu ai cari karipap tau pagi tadi. tp hampa. tak der!!!

mcm mana plak tak der sorang pun yg jual karipap pagi tadi. dah laaa bersusah payah turun tangga, start enjin kete, tapi tak de hasil. tak pe ai cuba lagi laaa esok pagi.

malam ni tengok iklan baru kot kt tv. ada sorang pompuan yang tersekat dlm jem jalan raya tu. tetiba je lari keluar dari kete pegi kt lori eskrem Magnum. perghhhhh mmg nangis tengok dia gigit eksrem tu.

apa lagi terus order ngn incik fidi. tak daya dah eh nak turun bawah. terasa lambat plak incik fidi ni nak balik keje bersama segunung harapan.....ESKREM MAGNUM!

Saturday, September 15, 2012

Open House UTusan Karya Sdn Bhd

 Hari Khamis lepas opis aku buat open house. meriah dan happening. dan yang penting makanan adalah super banyak dan super sedap hahaha. masa ni laa nk makan sepuas hati. ada masa sebulan lebih je utk aku hadap nasi kosong ngn ikan kering selama 2 bulan...huhuhu jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini.

kali ini ada jugak laaa bergambar sekeping dua sebelum aku kepenatan. memang cepat penat skrg ni. rasa jalan 20 tapak pun dah rasa mcm lari keliling 20 kali padang bola sepak. penat lebih kurang sama je.


 seperti biasa kt opis aku ni akan sediakan satu port utk bergambar-gambaran. tiap2 tahun tema berbeza-beza. tahun ni tema menanti kepulangan di jendela rumah hehehe. ada satu rumah kecil siap ngn grey carpet utk bagi peluang kat artis-artis yang sampai bergambar2 dl. yg bukan artis mcm staf ni apa lagi curik laa peluang bergambar sekali.

gambar kt atas ni semua bini2 orang. baru lepas selesai mesyuarat tingkap. jadi moh kita bergambar dulu.

 tadaaa tok ti. sedang elok kami menggedik kt situ tetiba tok ti sampai. apa lagi .....Datuk K, pinjam Tok Ti kejap eh. kami nak bergambar jap. Datuk K tengok je dl ye hehehe...sian datuk k masa ni terpinggir sbb semua orang nak bergambar ngn TOk Ti. tapi kendian tu, heret sekali jugak ngn Datuk K pung hehhe

kt opis aku skrg ni mmg tengah musim mengawan kot. ramai yg mengandung. yg paling besar setakat ni sah sah aku laaa. yg sebelah Tok Ti tu ppun peknen jugak, baru 2 bulan.jadi wanita2 mengandung pakat nak bergambar sekali ngn TOk Ti. agak2 tok ti nanges tak malam tu? kesian laa plak kan.

sempat jugak laa sembang sikit2 ngn Tok Ti masa ni. sempat jugak laa dia menggosok perut aku. nsb baik cover ngn baju, klu tak baju pengsan TOk Ti tengok perut aku kot teeeetttt hahahahahah.

masa ni tengah melantak makanan. sedap sedap sedap. kan aku ada simptom semua makanan rasa sedap. jadi hari tu aku makan je lah heheheheh....

lps tu tengok persembahan retis-retis. ada popular ada yang langsung tak kenal. malah ada yang pakai kain belah sampai nak nampak anu. iskh iskh.....agak2 laa kot nak berseksi-seksian, inikan jamuan raya. kalau cantek tak pe laah kot, ni sodeh.

Friday, September 14, 2012

mari kita bergambar!

kan sedih masa hari raya tak de gambar bertiga. jadi kami mengambil inisiatif dgn bergambar bertiga sebelum pegi open house kengkawan. kira ada jugak laaa mood hari raya tu. cumanya tak de lah baju sedondon mondon. suka hati nak pakai baju ape. lagi pun baju kurung kelabu aku tu sah-sah dah tak muat dah waaa.....

ok tak? ok tak? pang diri sendiri kejap tanya soklan gini hehe. ok nnt lagi sebulan lebih kita bergambar dengan adik F.... A.... plak ye. sabar ye adik. nanti ibu kasi bubuh banyak2 dalam blog macam kakak aleesya. jangan risau. skrg adik pose dalam perut ibu je dulu.
sib baik kakak aleesya bagi kerjasama yang bagus masa photoshoot gedik-gedik ni. sebenarnya takut jugak dia lari pegi tengok tv sbb pakai timer je ni. biasa kan ada orang yang akan cakap 123 senyum......ni tetiba2 bunyi timer je tik tik tik....

ntah bila dia pegi amik nuget atas meja. hbs semua gambar ada gambar dia duk makan nuget hehe
angel dari bawah gini memang ngeri skit tengok perut aku tu. mcm bom jangka dah. disebabkan perut yang agak besar kali ini, aku kerap sakit-sakit kaki. cramp tok sah citer laaa, tiap-tiap malam! kesian kat kaki kena tampung berat badan berlebihan. lagi-lagi sekarang dah nak sampai hujung-hujung ni aku rasa tak larat giler dah nak jalan.
eh eh sempat lagi bergambar kt parking. layan je lah....

ades kelakar plak tengok muka aleesya masa ni...

ok ni masa nak test timer je...incik fidi tengah bersiap. kan dah cakap kalau incik fidi bersiap memang kalah pompuan. mencik!

Wednesday, September 12, 2012

tanda bersalin palsu atau braxton hick?

tanda bersalin palsu atau braxton hick? ye....situasi ini buat aku seriau. yang buat aku makin gelabah bila aku ngn aleesya je ada kt umah. incik fidi sedang menunaikan tanggungjawab pada negara. waaaaa

kejadian ni berlaku masa hari sabtu lepas (ampunkan saya hari ni baru berkesempatan nak citer huhu). dari pkl 11 malam, aku dah rasa lain macam perut aku ni. keras kejung je. biasa klu keras kejung, klu tak sebab adik mengeliat mesti pundi kencing tengah penuh.

jadi dgn rasa konfiden aku pegi laa kencing dgn harapan perut kembali surut seperti sedia kala. sbb bila mengeras, ko akan rasa sesak-sesak napas. eh ke aku sorang je rasa mcm ni?

tapi perut aku tetap rasa mcm tu. tapi aku tak nak laaa gelabah sgt kan. jadi aku buat macam biasa, tengok2 tv, main2 ngn aleesya, bukak2 fesbuk, makan2...eh makan tetap ON ok walaupun perut tengah sakit.

dlm pkl 12 mlm aku nk tido.cuba lelapkan mata tapi tak bleh. tukar posisi tido, mengiring kiri kanan tetap jugak tak bleh. aku rasa mcm sesak napas. perut kejung. keras. adik tak bergerak langsung. makkk!!!! mulalah teriak nak panggil mak je. amik henpon try call laki. sekali nombor cannot reachable. PUII sangat rasa. badan memang rasa tak leh blah langsung.

sakit tu on off. kejap dia ok tapi kejap sgt yg dia ok. memanjang dia asyik mengeras je. aku dh start nangis masa ni. sebab sakit dan geram tak leh call laki nak mintak pertolongan. yang si aleesya plak elok je tak mo tido lagi. mengekor je aku duk keluar masuk bilik.

aku tgk jam dh pkl 2.30 pagi. lagi setengah jam incik fidi nak hbs shif dia. masa ni aku rasa nak nekad start enjin kete dan pegi spital. tapi badan tak terdaya. nak berjalan pun susah. macam mana nak turun tangga tiga tingkat dgn pegang/dukung anak yang usia 3 tahun tu?waaaaa....

last sekali aku amik minyak angin, bagi mandi minyak sikit. sapu kat tapak kaki, betis, pinggang, belakang, tengkuk, leher. amikk...rasa setengah botol aku guna minyak tu. tak lama lepas tu baru rasa adik gerak-gerak dan perut surut sikit-sikit. alhamdulillah.

rasa ngeri plak bila teringat saat tu. mcm mana waktu tu mmg time nak bersalin dan laki tak dapat dihubungi? memang aku pijak laaa tepon dia. EH. hahahaha. tp incik fidi mintak maaf bnyk2 dh. dia pun tak leh nak buat ape sbb tak bawak charger. skrg dia mmg alert dgn bateri tepon dia. takut perkara sama terjadi lagi.

skrg lagi sebulan lebih perut ni btl2 masak ranum. tak sabar nak membuahkan hasil nih...

Monday, September 10, 2012

Happy Anniversary To Puan Fiza n Incik Fidi

motif sangat nak letak gambar zaman muda mudi. masa ni baru-baru kawen lagi kot. eh dah lima tahun rupernya usia gambar ni.

walaupun dah terlajak, terlambat beberapa hari aku tetap nak ucapkan Happy Anniversary untuk kami berdua di atas perkahwinan yang bahagia ini. sememangnya adat resam rumahtangga tidak pernah terlepas di dalam hidup aku, tapi bagi aku itu semua mematangkan lagi hubungan kami.

kepada Incik Fidi, jutaan terima kasih diucapkan di atas kasih sayang yang dicurahkan. malah bimbingan sepanjang hidup syg bersama abg. dengan apa yang berlaku sepanjang hidup kita berdua, ia membuatkan perkahwinan kita semakin kukuh.

*ok dh tak tau nk cakap ape hihihih

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE 5 ~~FIDI & FIZA

Tuesday, September 4, 2012

nasi himpit kuah kacang yang menjadi igauan mak buyung

setelah hampir seminggu aku duk terbayang-bayang nasi himpit kuah kacang, akhirnya masuk jugak ke tekak aku semalam. itu pun ihsan dari member opis yang sangat prihatin. jadi kepada Puan Mastura, Puan Normala dan Puan Nafsiah jutaan terima kasih diucapkan sebab sudi mencari, membeli dan membawa balik ke opis. besar sungguh pengorbanan tuh hehehe

tau-tau je Puan Mas kita dah berpesan suh tunggu dia balik ke opis dengan membawa bekalan yang memberi seribu makna ni. eceh.

sedap sungguh wei mas. memang rasa nak menitik air mata masa makan. tapi aku igt pesan mak aku, jangan menangis depan makanan, tak baik. jadi masa makan ni aku bergelak gumbira tanda hati sudah senang hehehehe.

akibat makan terlalu banyak sbb rasa rugi klu tak makan kan, perut aku ras sebu, sengkak yang amat. serba tak kena aku semalam. jadi kepada adik A, dah happy? nnt bila dah keluar kiss banyak2 kat aunty2 yang tolong adik ni ye.

ni aku tak sabar nak balik umah sbb pagi tadi incik fidi bawak balik sebakul (oh over sampai sebakul, ada laa 2 3 biji buah mangga) buah mangga yang sangat sodap. tq incik abam......

check up 8 months


mempersembahkan mak buyung bersaiz 2xxl.....

syukur alhamdulillah.....skrg kandungan aku dah cukup 8 bulan. tik tok tik tok tak lama lagi nak bersalin dah. tetiba rasa takut plak nak beranak. ye lah dah tau kan sakit dia macam mana.

pagi tadi aku pegi check up utk 8 bulan. berat ibu dh 69kg. fuh lagi sekilo nak capai target hahahaha. gila ah tak penah lagi seberat ni. tapi sebenarnya aku igt berat aku lebih dari ni sbb nafsu makan yg luar biasa kan. mujur naik 2kg je dari bulan lepas.

keputusan pemeriksaan yang lain ok ok je. darah ok, air kencing ok. air ketuban ok. kedudukan baby pun ok. kepala dh ke bawah.

hari tu kan....due aku terpelik skit. klu ikut kitaran haid, due jatuh pada 1/11. tapi kalau ikut saiz baby due jatuh pada 7/11. tapi check tadi saiz baby dh ikut umur dia. bermaksud due aku confirm 1/11. (tapi berharap dia keluar sebelum raya haji)

berat baby A (wah tetiba nak bocor rahsia nama anak pulek) 1.8kg. naik 0.8kg dari bulan lepas. klu aleesya dulu pada umur lapan bulan dalam perut, anak dara tu dah 2kg. kira kakak Aleesya pegang champion utk mokmok dari adik laa ye. tak pe kecik pun ok lagi sbb senang skit ibu nak push. idok gitu eh?

sekarang pegi mana2 orang dah jadi alat ultrasound pun ye. masing-masing duk scan perut aku. pastu masing-masing duk cakap ni baby boy. iye betul sekali tuan puan. insyaAllah keluar geng incik fidi nanti. dan ramai jugak yang tegur perut aku kemain besar. nak buat macam mana lapisan lemak perut emak dia tebal sangat hehehe


bila rasa meriba perut sendiri. sesak nafas!!!

skrg memang rasa berat sungguh badan ni. dengan selera makan membuak2 tu lah penyebab badan makin berat nih. sekarang memang aku ada simptom baru pun. simptom 'semua makanan rasa sedap'. ha, korang ada??

aku rasa ape yang aku makan sekarang, semua rasa sedap je. orang lain rasa mcm biasa2 je kan, tp aku menambah2 makan huhuhu jangan lah jadi gergasi sgt. mek nak kurus lepas bersalin nnt.

skrg pun bawak kereta mcm hazab. sbb skit je lagi perut nak sampai stereng. tu pun aku dh kebelakangkan skit seat. paling tak best bila aku rasa aku riba perut aku sendiri. maksudnya di sini, aku bleh rasa kulit perut berlaga dgn kulit peha waaaaaa...

tak percaya???

nah.....mcm mana ni? macam mana nak kurus balik ni. huhuhu