? ??????????????Last Beat? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??3401 Grabs Today. 6923 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Colorful Twist? ????? ?? ???Rating: 4.5 (66 Ratings)??2360 Grabs Today. 28501 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, December 31, 2011

layan k pop skit

terasa diri macam nak menari jugak bila tengok video klip dorang ni...oh comel sungguh.....

Friday, December 30, 2011

kisah dongeng bijik mata pelesu

disebabkan anak kesayangan minat lagu Kisah Dongeng, Stacy maka dengan suka suki aku nak letak heading kisah dongeng....peace yooo!!!

seperti yang telah dicanangkan sebelum ni, aku telah membuat spek mata baru. yehooo!!!

jadi tak sah plak kalau tak menjaja gambar dalam ni kan. tapi sebelum tu nak citer sejarah tamadun spek dulu.

spek ni aku beli dengan harga RM180 je heheheh hebat tak. bukan spek tajaan dan bukan sama sekali spek bantuan kerajaan.

masa opis kt Shamelin dulu, ada sorang member aku ni beria-ria suh aku buat spek baru. katanya kalau aku buat, aku akan dapat separuh harga daripada harga sebenar. dan bukan aku shj sbb member aku tu pun akan dapat separuh harga jugak. dengan syarat kawan aku tu kena buat dua pasang spek.

masa dia dtg kt aku waktu tu, aku tak der lah nak buat spek sgt pun. sbb masa tu spek yang aku pakai pun elok lagi. tapi memandangkan aku ni jenis yang susah nak kecewakan hati kawan, aku iyekan jugak. lagi pun bukan kena bayar harga penuh pun.

dh siap pilih bingkai sumer dan test mata, tokey tu ckp bleh amik petang tu jugak. aku on je sbb masa tu baru gaji. bila petang dan nak pegi amik spek tu, member aku ni pegi laa nak membayar. sekali ada misscommunication. rupa-rupanya tokey tu ckp, beli dua pasang spek mata, yang kedua tu baru bleh diskaun 50%. yg pertama kena bayar penuh.

jadi sekarang, spek member aku tu kena bayar penuh dan aku yg dpt separuh harga. aikkk...kesian plak kt kawan aku tu.aku kawtim jugak ngn dia. kira total dua2 spek pastu bahagi dua je. sian jugak kat dia kan.

sekali dia cakap, salah dia. tak pelah dia bagi separuh harga juga. laaa...bagusnya dia.dapat laa aku ngn harga separuh tu. dan aku cukup suka pakai spek ni sbb dpt feeling2 budak sekolah hehehe


spek tak de bingkai. memang in tahun 2005, kalau tak salah. yang ni pun aku dapat free hakhakhak..

kisahnya aku penah keje kt kedai spek mata. pergh waktu ni aku rasa sengkek sgt. masa tu aku baru dtg KL. mula2 kije kt kedai pizza. tak tahan kena keje macam badan ni tak yah cas, aku berenti. menggagau aku cari keje lain sbb nak byr umah sewa bagai. sekali dpt keje kt kedai spek. gaji mcm siot. tapi ok lah dpt tanggung diri sendiri sudeh. rugi masa ni tak jumpa ngn incik fidi lagi.

masa keje kt kedai spek tu, owner tu dgn sukarelahati nk bagi hadiah spek kat aku sbb dia tgk memang aku pakai spek waktu tu. ok, macik suka!

pilih punya pilih, terpilih yang ni. masa cuba tu ok lagi. bila dh sehari pakai baru rasa, apesal tudung aku tak cantik ni. kembang semangkuk je. rupanya tangkai ke ape benda org panggil...mengangkang sgt. muka yang dh elok2 kecik masa tu terus jadi kembang setaman.

kalau pkai skrg mmg lagi kembang laa. skrg aku pakai spek ni dlm umah je. dh kena tarik ngn aleesya beratus juta kali. tak pe tak syg sgt hahahaha
tadaa...spek baru uols!! ke nak sama ngn spek pertama tu??hahahah lain laaa sbb yang ni kaler PURPLE...di ulangi lagi kaler PURPLE. hahahhaha

suka sgt ngn spek baru ni. dh laa cantik (hahahhaha) pastu makin cerah plak rasa bijik mata ni. yelah dh upgrade power, mestilah nampak lagi clear. dan macik tak yah risau lagi bila kena memandu tika waktu malam, sbb macik dh bleh nampak kereta, jalan, jalur putih, lampu hatta kucing melintas dengan jelas sekali. hebat kan macik??

dan inilah deretan spek yang ada kat umah aku sekarang.

dekat opis ada 1. yang tu dh tak pakai sbb dh retak seribu.

dekat umah kt kampung ada 1 lagi. yang tu dh tak pakai sbb bingkai dh tak IN.

dalam tong sampah ada 1 sbb yang tu dh patah riuk ngn tercabut cermin hahahah hebat lagi sekali tak macik??

kalau tak pakai spek, aku pakai contact lense. CL memang memudahkan keje aku. nak jalan senang, nk kejar anak pun senang. aku lebih suka jenama kat atas tu sbb dia punya CL jenis yang keras2 skit.

aku ni pelik skit, org sengaja pilih yg lembut2 CL tu sbb selesa kat mata. tapi bagi aku...aku tak selesa. sbb bila dh terlalu lembut, dia akan selalu tercabut dari mata. ke aku saja? aku lebih suka jenama Bausch & Lomb ni...
 ha ni yang spek retak seribu tu....masa ni kt UUM. 1st dapat duit PTPTN aku pegi beli spek hhahahaha..

orang lain dpt duit loan pegi beli handpong laaa pija oiii. sori macik tak gemor henpong2 ni hahah katakau! padahal masa tu aku kena pilih antara dua laah..tak pe tak de henpong sbb ada public phone. klu tak de spek mata, takkan nak pinjam kawan sebelah kot????
ha, cari aku????tu yg tak nampak mata tu aku le. spek paling femes masa tu hahahaha

kalau bleh sebulat2 nya bingkai. Amy spek ni laa yg kita pedajal, siap kaler2 kuning laa hijau laa, pastu buat muka riak2 skit berjalan dgn penuh gaya pegi ke kantin.hehehe

Thursday, December 29, 2011

macam biasa....keretapi aku lambat

orang dh riuh rendah citer pasal Ombak Rindu. sana sini duk ckp tak cukup tisu. sana sini duk dengar "Redha itu ikhlas, Pasrah itu menyerah".

tapi aku diam je.buat muka kerek skit. eleh itu pun nak kecoh. padahal dalam hati meronta-ronta nak tengok citer ni.

ape kan daya....mana plak nak letak tuan puteri kecik tu. dh laa skrg keje balik lambat je. x sanggup plak nak tinggal dia masa hujung minggu. keputusannya...gigit jari.

tak sangka plak keluar dalam astro first. yuhuuu. nasib baik terbaca status Miss Ellie kt fesbuk. klu tak kecewalah daku. balik umah je tengok Ombak rindu dh ada. masa tu dlm 10-15 minit dh ditayangkan. ah tak kisah, nk tgk jugak. sap sap soi terus order Ombak Rindu

layan laa kami 3 beranak tgk ombak rindu. mmg mencabar skit nk tgk. kejap2 tuan puteri kecik tu mintak susu, kejap2 perut lapar, kejap2 mesin basuh bunyi tot tet tot tet.....ok bunyi mesin basuh tu drama skit.masa tengah tgk dalam tidak kusyuk tu pelik laa jugak mana laaa part yang orang kata sedih tu, nape aku tak sedih2 ni. nak kata jiwa kental memang tak laa kan...

rup rup nya masa Aaris tu dpt tahu dia anak angkat, masa tu dh start sedih. ni kalau aku tengok sensorang ni air mata dh meleleh keluar. tapi incik fidi ada.....tak bleh laaa...dia tu saje nak menjeles ngn aku.

part si Aaris tolang Izah dan nak tinggalkan dia tapi tak mo cerai tu...aku, air mata skit jeee lagi nk tumpah.cover pija cover....lps tu Izah berlari-lari kejar kete Aaris aku dh gabra ni....iskh....cover gosok hidung laa. tetiba....

"Eleh nak teriok laa tu. gosok2 hidung plok"

eh, hello..ni tengok Ombak Rindu ke tengok bini ni?

arghhhh.....mencik! baru nak feeling2 terpaksa berpura-pura gelak dengan kuat dgn mengatakan "dop eh"

lagu Ombak Rindu nyanyian Hafiz ngn Adira ni memang membuai perasaan. layan je masa tengok tu walaupun menyampah tengok mak Aaris tu. perlu ke nak cakap goyang2 badan???ke nak tunjuk aset bergerak sama masa tgh goyang2 tu???

tetiba keluar plak scene umah si Mail ni...kesian ko mail kan....x pe dpat bakal tunang tu dh ok. cun ape! yang paling tak menahan bila tengok sawah padi terbentang luas...waaaaa....ni saje nak dera perasaan aku. aku kan dh banyak kali citer, rumah impian tepi sawah. angan2 tinggi jugak nak berlari-lari anak atas batas bendang tu sambil angin meniup2 hujung tudung. hambek!

"Bang, nnt balik kg kan...bawok syg g jenjalan kt sawoh deh"

memang kt kampung incik fidi ada sawah padi. betul2 tepi kaki bukit macam dlm citer Ombak RIndu ni jugak. biasa kalau balik kg incik fidi selalu laa jugak aku duduk kt tingkap bilik adik ipar aku semata-mata nak tengok sawah padi terbentang luas tu. masa tu toksah citer laaa....citer hindustan, citer tamil sumer keluar. yang penting mak berlari-lari sambil hujung tudung terbang..

"Huh, wat gapo. kena patuk ko ular baru tau!"

ciskek sungguh. dapat laki tak berjiwa sawah padi huhuhu.tak pe tak pe tunggu...biasalah klu dh usul mcm ni sll ada suprise walaupun kena tahan telinga kena kutuk. tak pe semata-mata sawah padi mak rela kena kutuk.

sampai sudah aku tahan air mata keluar. bagi aku so so je citer ni. tapi incik fidi cakap dia suka. siap bagi markah.99.9 / 100.aku rasa dia yang nak menangis sebenar tu.kemain jiwang laki aku, tapi sayang bukan berjiwa sawah padi plak.

citer tu hbs dlm pkl 9.30 mlm. tayangan seterusnya 9.40 mlm. masa ni incik fidi dah angkat punggung sbb nak kena keluar jumpa client (client ok hahahha).aku plak terus gomol2 budak kecik tu. tetiba je incik fidi bersuara...

"mesti syg nk tunggu tgk balik citer Ombak RIndu kan?"

haip tak baik tau membaca isi hati saya....

korang nak tau...incik fidi lagi over...dari nak jumpa client, dia plak yang sambung tengok citer ni sampai laa dia ckp dia dh ketagih. ooooo mesti masa tgk citer ni feeling2 jadi Aaron Aziz ek?

Wednesday, December 28, 2011

sehari bersama makteh


weekend lepas adik incik fidi dtg umah. katanya study week tapi dh jadi holiday week hehehe. tak pe sekali sekala kan...

eh kakak ipar nor dulu ni pun kemain hebat masa study week dl. klu tak merayau2 kt KL, pegi umah roomate kt perak lah, kt negeri sembilan lah. klu tak de ongkos duk dendiam dalam bilik tunggu boypren hantar nasik dan air oren hehehe...

niza, awk mesti igt jugak eh masa boypren sy buat delivery tu hehehe. sweet kan. dh sape suh tak bukak kafe kolej. takkan nak kebulur. dan apa guna ada boypren hahahah. nasib laa dia duk kt kolej yang area meriah2 skit, dapat laa menghulur kt gulpren yang tengah kebulur ni...ooo terima kasih laa kepda si dia....

 
aleesya memang berkepit je ngn makteh dia ni. sampaikan makteh dah masuk bilik nak tidur, dia bleh pegi intai celah pintu tanya mak teh dh tido kee???

mak teh, kakja pos aleesya pegi dungun bleh dop? hahahahaha


nor ni adik bawah incik fidi. muda dan cantik hehehe....oh lagi satu....bijak dan pandai uruskan rumah tanggah hehehe....beres kan nor?
ni plak mak sedara kedua aleesya hahahahahantuk kepala kt dinding laa..berani cakap mak sedara. ni kakak ok...

jangan nak perasan sgt lah pija. tahun depan dh 3series. eh serius ok...tak sanggup rasa nak menyelami jiwa wanita 3series ni?tak pe tak pe mak menten sweet 17....
suka lah gambar ni....

apa lagi nak dikata kan....
sisi indah puan pija hahahahahah


adui kesian aku tengok rambut anak sedara aku ni. ciput je....

walaupun ciput tetap jugak nak toncang dua. itu pun kemain susah nak cengkam rambut. dah laa halus lepas tu skit.lepas tu plak kepala tak mo duk diam maaa. jap pusing2, jap nak bangun....
erk, peha kim kardashian......bila laa mau kecik itu peha. menyampah dh aku tengok.
bye Ina.....budak ni duk umah bawah. dulu dia satu ibu asuhan ngn aleesya. tapi sejak lepas raya hari tu, mak dia berenti keje sbb nak concentrate jaga anak bongsu dia yang sakit hati. kesian aku tengok..


main-main angry bird ngn makteh....

singgahsana di langit ketujuh.antara tingkap2 tu sumer, adalah tingkap umah aku. tingkap inilah yang aleesya tunjuk kt situ selama dua malam dan cakap TAKUT....

ayooo aleesya....jangan buat ibu takut ok. ibu ni nampak je kental tapi jiwa tak kental.
mak teh lagi.....


'anak burung' kesayangan incik fidi dan puan pija....
haip korek hidung! dia ni selalu bila dh selesai melombong, dan ada bijih kt jari dia....bleh plak hulur kat aku, cakap taik hidung...

abis ibu nak buat ape? tampal kt dinding?
oh manisnya senyumanmu...... kah kah kah...feeling2 lagu Elite di petang hari...
'anak burung' bersama anak2 didiknya.


sampai malam ok tunggu incik fidi bersiap. bila dh malam, perut plak lapar. ape lagi dah lama tak perkena sate haji samuri. jom ke sana.

mak aiii ramai betul orang masa tu. cuti kan..eh malam krismas masa tu, lagi laaa ramai...3 org yang keluar, 10 org yang masuk balik. nasib baik masa aku sampai senang je nak cari meja kosong. klu tak memang melepak kt playground sebelah tu je lah.

nak bagi budak ni diam, bagi main Angry Bird.
kakak dan adik....adik bongsu ada kt depan tu. abah plak tolong amik gambar huhuhuhu


oh ni plak senyuman manis jugak. sama ngn pompuan peha besar kat atas. eh kami serasi kan???hahahaha sila lempang saya!

Monday, December 26, 2011

tak sabar nak tunggu

baru lepas upgrade bijik mata. hehehe. lepas sengsara dengan kerabunan melampau lagi2 bila malam, terus zass pegi buat spek baru tadi. tak leh pakai contact lense lagi bila malam, berbahaya!

seperti yang telah agak, power spek makin bertambah. mencik! lagik tebal laa spek.jangan laa tebal2 sangat, tak mo tak mo....takut nnt tertukar ngn professor.

tak sabar sudah nak try spek baru yang berkaler purple itu hahahahaha.....

Sunday, December 25, 2011

selamat hari lahir incik fidi...

sori ye kepada tuan badan...tak sempat nak buat entry khas sempena hari kelahiran. maklumlah kebizian skit. tuan badan pun tahu kan....

kepada incik fidi....selamat menyambut hari lahir yang ke 29 pada 24 Dis lepas. walaupun tak de hadiah spesel, tapi dengan kasih sayang yang dicurahkan oleh kedua2 permaisuri hati abang, rasanya dh mencukupi kot heheh....

semoga incik abang sentiasa dimurahkan rezeki (utk kebahagian keluarga kita jugak), dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik (harap dpt berhenti rokok, rokok membahayakan kesihatan!), dipermudahkan segala urusan dan berbahagia sentiasa dengan keluarga tersayang.


terima kasih jugak sebab menjadi ayah yang begitu baik kepada satu-satunya anak yang kita ada buat masa sekarang.....terima kasih sbb menjaga dengan penuh kasih sayang dan tak dilupakan juga dengan edisi membuli setiap hari...

suka tengok tuan badan memakai uniform ini.....

apa2 pun tak aci ok....bini dulu sambut besday dari cik abang...nampak sangat bini lagi tua. waaaaa....ala takat tua bulan je kot...tolak campur kurang beberapa hari je....

anyway, happy birthday to you...Mohd Afidi....

kalau dah minum susu lembu....

kesian anakku, start umo 6 bln dh minum susu moo moo. mak dia dh tak berupaya hasilkan tenusu. memang sedih giler masa tu sbb target nak bagi dia sampai 2 tahun. tapi langit tak selalu cerah, tenusu tak selalu ada. hahaha

amy, kita dh bincang skit2 pasal bab ni dan kesan kt kita eh....ngeri skrg ok hahahaha

jadi bermulalah episod berubahnya ibu susuan aleesya. setakat ni dh ubah 2 jenis susu kt dia. so far so good. dan dia membesar dengan jaya.

yang tak best bila isap susu moo moo ni, budget naik woo...budak kecik ni plak sll sangat isap susu. kejap kejap nak mamam, kejap kejap nak mamam...kiok!

  

bergambar bersama 'ibu susuan'. nak buat peace tapi tak jadi...huhuhuhu

Thursday, December 22, 2011

kenangan itu mengusik jiwa halus saya

 sabtu lepas bukak TV9, tertengok persembahan budak-budak Idola Kecil.laaa dorang nyanyi lagu zaman saya. terus rasa nak balik duk kt kampung dan nikmati saat-saat itu.korang dapat rasakan macam mana rasa rindu kat sesuatu? macam sakit-sakit kat dada kan?

hamek ko dh keluar ayat budak baru lepas SPM yang tengah menggatal hahahaha

gitu lah aku alami masa tgk Idola Kecil tu.rasa rindu pada waktu itu memang kuat sbb waktu itu adalah terbaik. kawan-kawan, sekolah, suasana, kakak....ye masa sekolah saya ada seorang kakak kandung yang sangat menjeles ngn adik dia. tak bagi kawan ngn dia sbb alasan saya masih budak2. tak aci kan? tapi skrg sy dan kakak dh jadi kawan baik plak huhuhu

ok balik ke intro....budak2 Idola Kecil hari tu nyanyi lagu zaman 90-an.yooo kami anak 90-an (sambil buat gaya-gaya rap) masa tu kan tengah IN lagu2 rap. semua nak nyanyi lajulaju tak paham aku.group femes tika itu macam 4U2C, KRU, NICO, apa lagi eh..tak igt sudah

yang pasti masa ni semua pakai baju besar2 gabak. yg lengan sepatutnya ke paras siku je, dh jadi paras pergelangan. yang bawah patut paras2 bontot, dh jadi paras2 lutut.tapi aku rasa masa tu sangat cool. yang paling cool bila gaya rambut belah tengah. fullamak! memang menjadi pujaan ramai laa masa tu klu ada rambut belah tengah.

kat mana eh menghilang pakwe aku yang berambut belah tengah tu???lama dh tak jumpa lepas hbs form 5. adakah masih berambut belah tengah?????

incik fidi jangan risau, itu semua cinta monyet je. kita kan cinta gorila.kekal sampai bila2 aminnnn

 eh ko gantung bekas ubat nyamuk ke bang???huhuhu ....tapi masa ni tak de sape bleh buat. gantung CD kt leher. hanya kumpulan 4U2C je...agaknya masa tu CD masih baru kot.

yelah dulu pakai kaset je. dh hbs dengar side ni. ko kena keluarkan dan terbalikkan klu nak dgr side sblh lagi. aku sll menjahanamkan kaset kakak aku. tarik panjang-panjang, buat main lompat2. hepi noks!

lagu Fiona tu tahun 92 lagi ok. bila kira2 aku baru darjah 4. laaaa mudanya aku time tu.tapi dh pandai layan lagu2 cinta. eh budak skrg lagi hebat. darjah 4 dah layan YouTube oke.

 oh gambar malas nak susun. jadi citer berdasarkan gambar ye.

ni plak group Backstreet Boys. lagu2 dorang memang catchy giler. aku suka. tapi berbelit2 nak sebut hahahah maklumlah tak fasih berbahasa Inggeris dgn lancar.

 boyzone...layan jugak lagu2 dorang. tapi masa ni dah masuk sekolah menengah. baru pandai2 nak cintan cintun. mula laa gigih cari lirik lagu dan salin dalam buku.

dulu bukan senang nak cari lirik lagu. kena tnggu paper ke majalah keluarkan lirik baru bleh tiru. bukan macam sekarang. google je. lepas tu copy n paste. print...dh settle.

 feminin....angin bayu membawa diriku, sepintas lalu ku terkenangkan mu...lalallala

aku rasa dorang ni kejap je kot, lepas tu masing-masing bawak haluan masing2. tapi kira fenomena jugak lah. dh laa masa ni dorang cute. gaya rambut pendek macam ni jadi ikutan jugak laa zaman tu.

 elite kumpulan wanita yang banyak kontroversi aku rasa. ahli dia kejap2 je hilang satu persatu. memang laa dorang replace yang mana dh hilang tu, tapi macam tak best. nak kena dorang berlima ni jugak.

masa ni pun aku kagum jugak. kagum dengan kecantikan dorang sumer. comel2 anak dara elite masa ni. banyak jugak lagu dorang hot. masa ni aku dh sekolah menengah. lirik lagu salin belakang buku teks. senang nak igt hahahah.

 AWAS kerana kamu oooooo...KRU memang top giler. dia muncul je terus menjadi kegilaan ramai terutama sekali anak-anak dara yang tengah mengeletis.dengan kehenseman muka yusry aku rasa semua orang angau. termasuk aku sekali. penah beberapa kali berangan nak jadi binik yusry. tak hagak-hagak hahaha...sekali dpt kat Erra Pazira dan mungkin Lisa Surihani.

 sebenarnya tak berapa nak layan lagu Ukays. tapi dek kerana pengaruh kuat kakak kandung yang menjadi idola tika itu, aku pun rasa nak minat2 jugak kat Ukays.

lagu memang tak leh blah laaa, semua tahap jiwang karet punya. best ok. kakak aku tu sanggup simpan duit semata2 nak beli kaset Ukays. pastu pasang kuat2 kt dapur sambil layan angin kt tingkap dapur. memang terbaik masa tu.

aku yang masuk sekali sekala kat dapur tu pun bleh rasa nak lepak lama2 kat dapur.

 bryan!!!! bryan!!! i lap u...hahaha itu ayat budak pompuan masa tu umo15 tahun. memang peminat kipas mati aku ngn bryan ni. hensem sebab rambut belah tengah. again??

 hati separuh berkecai bila dpt tau dia kawen ngn budak Atomic Kitten ni. hey, cik tet bsr lah hahahahah

nasib baik ko comel budak pompuan. ni gambar masa dorang kawen. siap dh keluar anak sorang pun masa kawen tu. no no no jangan ditiru perkara macam ni ye

dan sememangnya Westlife tetap dihati.Flying Without Wings, All Or Nothing, Fool Again, I Have A Dream, If I Let You Go, If Tomorrow Never Comes, Miss You Night, More Than Word antara lagu-lagu yang banyak beri kenangan kat aku.

waaaaa rindunya!

Wednesday, December 21, 2011

meroyan...meroyan....

bila tengok gambar kurus member opis dia post kat fb, terus rasa nak tarik-tarik rambut. waaaaa....

sampai opis, selak balik folder2 lama. yakni gambar sebelum kawen hahaha klu lepas kawen memang hancuss...lepas dah selak2 tu terus rasa nak meroyan. oh rindunya nak kurus macam dulu. ye kurus jugak laa walaupun bermasalah dibahagian peha dan montot. nak buat macam kembar kim kardashian kannn......



gambar masa outstation kt kuantan. masa ni tengah berdarah manis kot...auwww...selalu menanggung rindu ahaks.

rasa nak darah tinggi tengok lengan masa ni. kalau sarung skrg, mesti dah merekah-rekah baju tu.

ni plak gambar pegi Beijing. baru 4 bln beranakkan aleesya. tu yg masih kerempeng tu. dah laa masa ni menanggung kesakitan cik tet. tak sempat dan tak de sempat yg sesuai untuk keluarkan hasil perahan. azab ok masa cik tet tengah keras tu.nak angkat tangan pun azab masa ni.

yelah yang tukang memperabiskan isi cik tet tiada disisi.tu yang susah skit.

masa ni berat adalah yang paling ringan lepas kawen. sblm kawen tok sah citer. masa ni cuma 50kg je huhuhu bestnya.nak sarung ape jenis baju pun bleh je.seluar skinny jeans adalah kegemaran masa ni. skrg ko duduk diam2 dalam almari. kawan rapat2 ngn habuk. bila dh perlu, aku keluarkan nanti.

tapi rasanya skrg dh ada kot perubahan. 7kg dh hilang dlm masa 2 bln. ok lah kan. part lengan dh kecik skit. part peha kena keja keras. ke nak membiarkan macam Kim Kardashian? hahahahaha hantuk kepala kt dinding.

Tuesday, December 20, 2011

the walking dead season 3

mula-mula tengok iklan citer The Walking Dead ni, aku dh rasa macam best. walaupun sedar diri...aku adalah penakut lipas tapi tetap nak tengok jugak. xroomate masa kt UUM tau laaa macam mana aku punya penakut.

aku laaa beria-ia pinjam CD hantu, akulah tokey wayang yang mana pasang kt komputer aku dan aku lah yang duduk paling belakang time cite tengah tayang. time hantu dah hampir2 nak keluar korang dah tau kan macam mana effect dia, muzik tetiba kuat, suasana tetiba kelam....aku dh menyorok belakang bantal hahahah

tapi aku kuat bila aku rilek je bleh bangun sorang2 pegi tandas pada pukul 3 pagi. korang mampu bangun sorang2? dgn tandas kolej yang agak horror? tak kan??????sbb aku selalu kena teman xroomate aku. menyampahs. kadang2 aku buat2 tak dgr masa dia dtg kejut aku hahahahahhaha

masa tu aku tak beli lagi pakej yang ada HBO sumer tu. tetiba incik fidi ada kat umah hari tu, dia kata nak tengok cite2 mat saleh. masa tu hari ahad. korang tau kan apa yang ada dalam channel tv masa hari ahad? sumer hampeh. tekan2 sumer citer ntah hape-hape. tetiba je dia suh beli pakej HBO bagai tu.

terus deal dgn tokey besar, bil astro bulan depan dan sterusnya sila bayar ok/.SET!

 citer hantu ni tak de lah cinta hantu sangat pun. eceh. ala citer zombi. cuma part muka yang paling tak lalu nak tengok.

mula2 aku tengok 1 episod seasons 2. dalam kepala, ape ni....tak paham nak oiiiii....

aku biarkan dulu...tak lama lepas tu. dia ada tayang marathon season 1. wow, menarik, menarik. yang tak menarik dia start pkl 11 mlm hbs dlam 3 pagi gitu laaa. dah laaa mata aku ni stok pkl 12 terus terkatup. ok ok aku cuba bertahan. bukan aku shj, ngn budak2 kecik tu pun bertahan mata. tapi takat pkl 2 pagi dia dh selamat dibuai mimpi indah.

baru lah faham lepas hbs bermarathon dgn season 1. esoknya plak, ada plak marathon season 2. lagi laaa terkinja-kinja2 aku ni.
ni laa antara barisan pelakonnya. si Amy tu dh mati sbb kena tembak kt kepala oleh kakak sendiri. sape suh jadi zombi sgat huhuhu

aku paling suka watak Lori. dah laaa lemah lembut, kurus keremping plak...aku kan suka tengok pompuan kurus-kurus ni...tak sabar nak tengok citer ni yang bakal ditayangkan pada Mac 2012 ni.

ia bersempena dengan penukaran channel dari Star Movie ke FOX Movie. tak kisahlah nak tukar jadi ape asal ada citer kegemaran aku ni. haha

Monday, December 19, 2011

my cheeky little doter

sape yang tak hepi kan, bila anak yang dikandung mula membesar dan bagi macam-macam perangai sedikit demi sedikit depan mata. dari reti menangis je, pastu gelak2, pastu berjalan2, pastu dh jadi kawan....

oh begitu cepat masa bergerak...

skrg aleesya aku rasa dh jadi kawan dh. skrg anytime bleh keluar jenjalan ngn dia sahaja. tapi berani dekat2 umah je lagi. jauh2 aku masih rasa seram sejuk heheh. setakat nak pegi beli Prosperity Burger kt McD tu, ala... sap sap soi je dh sampai sambil borak-borak. how sweet...

malam-malam adalah masa yg ditunggu2 oleh aleesya kot. yelah, bagi ibu -ibu yang bekerja macam aku nih, malam je dapat meluangkan masa dgn anak-anak. penah kakak opis aku ni citer, kat taska kakak dia yang handle, selalu ibu bapa sengaja lewat-lewatkan masa nak pegi anak dorang. ada tu...siap berbaju tido dh masa nak pegi anak dorang.

eh dorang tak rindu ke kt anak-anak. pelik sungguh.

aku ni kadang-kandang lelah naik tangga rumah yang tinggi macam langit ke tujuh tu tak habis lagi, aku dh terpacak kat depan umah pengasuh dh. kadang2 tak sempat bukak tudung pun....tapi aku rasa ibu bapa yang macam kes kt taska tu mungkin ada sebabnya yang tersendiri.

skrg asal balik keje je, ibaratnya masa untuk bermain bagi aleesya. hbs laa diajaknya aku bermain. nsb baik aleesya ni dapat ibu yang giler-giler jugak. kadang2 tu bleh kami main pusing-pusing satu tempat sampai pening. bila dh penat gitu, pasang radio dan menari laa kami anak beranak. hohoohooh

oh ni muka terkejut aleesya. konon2 lah....pandai berlakon budak kecik ni.

semalam aku bleh gelak terguling-guling. eh penah ke aku gelak secara sopan? ada......depan mak mertua hikhikhik...

sedang syok tengok tv, tetiba aleesya dtg depan muka aku. dia ni memang klu nak bagitau apa2 memang terus ke depan muka. nak bagi nampak dia kot.

"bu...atut"
amenda tu....aleesya jatuh ke?
"bu...atuttt..." (dh panjang skit atut dia tu)
ape syg..ibu tak paham...aleesya takut ke?
"bu..atut.."
lor amenda ni, kalau ada kamus kanak-kanak aku dh beli. aleesya ni selagi aku tak paham ape dia cakap, selagi tu lah dia cakap apebenda dia nak cakap tu (ayat macam dh berbelit-belit)
"bu...atut"
aleesya kentut ke?
terus dia sengih2 sambung pegi main.
hahahahhahahahahhahaha

peace yooo...gaya dari aleesya.....

tutorial lipat kain baju bajan

nak buat tutorial pakai tudung shawl, aku sendiri pun tak penah nak pakai tudung shawl. kang tersalah lilit biru muka ahkak. lagi pun incik fidi tak galakkan aku pakai tudung lilit2 tu. nape ntah....ntah jugak merasa jadi Hana Tajima.

nak buat tutorial buat kolum2 bagai ni, aku pun tak reti. tengok blog aku lah....apa dah jadi hahahah...

jadi meh kita buat tutorial lipat kain baju bajan. igt senang ke?

ok, bukan aku yang buat tutorial ni, aleesya yang buat. tak percaya? sila tengok video dibawah ye....

video
mula-mula lipat baju lengan panjang. hahaahah kesian aku tengok dia. rasa macam geram sebab lipat sini, kat sana plak terburai. lipat sana, kt sini lah terjurai hahahahha

aku bagi baju dia lah sbb senang skit...kicik. kang bagi baju aku, sekali tebar hilang terus dia.

aleesya mmg suka menyibuk kalau aku lipat kain. tengok laaa apa yang dipakainya tu. asal nak melipat je baju angry bird dia tu, terus nyibuk2 nak pakai jugak. aduiiii. baju tu tak penah lipat ok. bila nak lipat, dia ternampak, memang suh tukar baju.

aku paling suka bila dh siap lipat, terus letak dan tepuk2 skit baju tu. oh sweetnya anak!

video
ok bagi baju lengan pendek plak. nampak macam lulus.

bila bagi incik fidi tengok video ni kan, dia bleh gelak. eh nape tak percaya anak dara kita dah jadi anak dara? dah pandai lipat kain baju...

eh jap...dia dah besar ke????oh tak lama lagi mesti dah hilang nikmat nak cium dia pagi2 buta bau masyam masyam. anak dara dh tak mo kan kita cium dia pagi2 buta.

 sweet giler aku rasa bila dah selongok dia berjaya lipat baju. last2 sekali tumpuannya terganggu bila dengar Pororo nyanyi, terus pegi tengok tv. tinggal lah aku sorang-sorang yang kena lipat baju. odehhh

aku rasa nak bagi gred A utk budak yang baya dia. seingat aku dl, baru start lipat kain masa darjah 6 kot hahahaha. giler pemalas kan. eh aku kan ada kakak. buat apa ada kakak kalau tak tolong mak dia hahahahahah
tadaaaa ni lah hasil lipatan baju bajan aleesya. dh ok sangat ni. rasa macam sayang nak bongkar balik bila nak susun dalam almari dia.

tapi nak tak nak kena bongkar jugak sbb susah nak susun nanti.

bab masak, dia blum jadi anak dara lagi. sbb bila aku duk sibuk kupas bawang, dia plak sibuk duk makan bawang mentah. erk....anak orang anak ape ni?

Saturday, December 17, 2011

Tak tahu nak gelak ke nak ape

Mmg tiap2 pagi nk g keje wajib dgr radio walaupun jarak umah ngn opis tak sampai 5 buah lagu pun hahaha.

Dulu2 aku suka dgr radio sinar fm sbb suka dgr pot pet pot pet krill,abg jem ngn kak engku.tapi mslhnya skrg, rasa diri ni tersgtlah muda.nk dgr lagu terkini ngn sensasi je.baiklah, kita beralih ke saluran radio lain.

Saluran radio ni memang aku suka sbb pilihan lagu dorang mmg kebabom. DJ radio tu pun best....tapi itu dulu lah. Dari 2 orang, ke 3 orang Dan kini 4.

Mslhnya aku skrg ni adalah aku tak tahu nak gelak ke nak kesian kan ke kt sorang DJ waktu pagi nih.kadang2 buat lawak, aku rasa tak berapa lawak pun...lagi lawak Amer raja lawak kot...

Bakat sorang DJ aku rasa tak terserlah dalam diri dia kot.sbb kadang2 dia selalu tersasul sebut perkataan.rasanya walau dah lepas waktu latihan, tapi dia perlu keje keras untuk sebut nama stesen radio Tu sendiri.rakan dia yg lain plak yg bnyk kena cover dia.

Sorry to say....aku tak suka dengar dia gelak. oPS!

Skrg aku rasa dia hanya sesuai menjadi seorang pelakon shj. Sbb klu dia berlakon, aku bleh gelak nak pecah perut. soolle...sollee..

Jangan marah ye....

Friday, December 16, 2011

Duta Alamanda Melawat Kawasan

apa lagi kalau dah hujung minggu, ke alamanda lah kami...

ops mahapkan saya sebab dh nak ujung minggu balik baru nak masuk citer ujung minggu lepas. haha

(skrg idea dh melayang-layang sbb baru terima berita gembira...ok fokus...teruskan taip entry ni)
budak yang kehepian. dia ni skrg ada aja perangai baru...dh pandai macam-macam.

macam hari tu, tengok logo Maharaja LAwak Mega, terus dia peace yo! hey...mana tau ni???

abaikan meja solek mak datin yang dh sarat tu.macam2 dh terkeluar dari tempat sepatutnya.

pakcik ni aku tak paham, perlu ke setiap kali ke alamanda beli kasut baru. oh ini tak boleh jadi...takkan nak tengok je kan.

terus buat muka baik-baik dan hembus2 skit kt telinga "nak kasut ngn baju baru.....". amiklah... wahhhhhhh
lps dh jalan2 dan settle masalah budak kecik mengamuk, tekak rasa haus sangat. budak kecik tu tetiba je mengamuk bila dia ternampak budak lain pegang belon Angry Bird. duk meronta-ronta dalam stroller sambil sebut grybirdd.....dgn juraian air mata, air hidung, air mulut. tensen mak hokeh.

penat gak pujuk dia, nnt ibu cari lah...ibu tak jumpa pun lagi kedai yang jual angry bird ni.tapi dia duk grybird....grybird.....hoh! pastu ternampak kedai jual buku kt foodcourt tu terus ckp ngn incik fidi. "abang cari belon yang kaler merah-merah. nampak macam angry bird skit.

selak punya selak terus terjumpa kartun Sesame Street yang kaler merah tu, bagi dia dan terus senyap. fuh, berpeluh ketiak ibu ayah ok.

utk hilangkan ibu ayah dan aleesya, jom kita minum Coconut Shake.
kan dh hilang ntah ke mana bijik mata ibu...


ayah kepada aleesya
hihihihi