sabtu lepas bukak TV9, tertengok persembahan budak-budak Idola Kecil.laaa dorang nyanyi lagu zaman saya. terus rasa nak balik duk kt kampung dan nikmati saat-saat itu.korang dapat rasakan macam mana rasa rindu kat sesuatu? macam sakit-sakit kat dada kan?
hamek ko dh keluar ayat budak baru lepas SPM yang tengah menggatal hahahaha
gitu lah aku alami masa tgk Idola Kecil tu.rasa rindu pada waktu itu memang kuat sbb waktu itu adalah terbaik. kawan-kawan, sekolah, suasana, kakak....ye masa sekolah saya ada seorang kakak kandung yang sangat menjeles ngn adik dia. tak bagi kawan ngn dia sbb alasan saya masih budak2. tak aci kan? tapi skrg sy dan kakak dh jadi kawan baik plak huhuhu
ok balik ke intro....budak2 Idola Kecil hari tu nyanyi lagu zaman 90-an.yooo kami anak 90-an (sambil buat gaya-gaya rap) masa tu kan tengah IN lagu2 rap. semua nak nyanyi lajulaju tak paham aku.group femes tika itu macam 4U2C, KRU, NICO, apa lagi eh..tak igt sudah
yang pasti masa ni semua pakai baju besar2 gabak. yg lengan sepatutnya ke paras siku je, dh jadi paras pergelangan. yang bawah patut paras2 bontot, dh jadi paras2 lutut.tapi aku rasa masa tu sangat cool. yang paling cool bila gaya rambut belah tengah. fullamak! memang menjadi pujaan ramai laa masa tu klu ada rambut belah tengah.
kat mana eh menghilang pakwe aku yang berambut belah tengah tu???lama dh tak jumpa lepas hbs form 5. adakah masih berambut belah tengah?????
incik fidi jangan risau, itu semua cinta monyet je. kita kan cinta gorila.kekal sampai bila2 aminnnn
eh ko gantung bekas ubat nyamuk ke bang???huhuhu ....tapi masa ni tak de sape bleh buat. gantung CD kt leher. hanya kumpulan 4U2C je...agaknya masa tu CD masih baru kot.
yelah dulu pakai kaset je. dh hbs dengar side ni. ko kena keluarkan dan terbalikkan klu nak dgr side sblh lagi. aku sll menjahanamkan kaset kakak aku. tarik panjang-panjang, buat main lompat2. hepi noks!
lagu Fiona tu tahun 92 lagi ok. bila kira2 aku baru darjah 4. laaaa mudanya aku time tu.tapi dh pandai layan lagu2 cinta. eh budak skrg lagi hebat. darjah 4 dah layan YouTube oke.
oh gambar malas nak susun. jadi citer berdasarkan gambar ye.
ni plak group Backstreet Boys. lagu2 dorang memang catchy giler. aku suka. tapi berbelit2 nak sebut hahahah maklumlah tak fasih berbahasa Inggeris dgn lancar.
boyzone...layan jugak lagu2 dorang. tapi masa ni dah masuk sekolah menengah. baru pandai2 nak cintan cintun. mula laa gigih cari lirik lagu dan salin dalam buku.
dulu bukan senang nak cari lirik lagu. kena tnggu paper ke majalah keluarkan lirik baru bleh tiru. bukan macam sekarang. google je. lepas tu copy n paste. print...dh settle.
feminin....angin bayu membawa diriku, sepintas lalu ku terkenangkan mu...lalallala
aku rasa dorang ni kejap je kot, lepas tu masing-masing bawak haluan masing2. tapi kira fenomena jugak lah. dh laa masa ni dorang cute. gaya rambut pendek macam ni jadi ikutan jugak laa zaman tu.
elite kumpulan wanita yang banyak kontroversi aku rasa. ahli dia kejap2 je hilang satu persatu. memang laa dorang replace yang mana dh hilang tu, tapi macam tak best. nak kena dorang berlima ni jugak.
masa ni pun aku kagum jugak. kagum dengan kecantikan dorang sumer. comel2 anak dara elite masa ni. banyak jugak lagu dorang hot. masa ni aku dh sekolah menengah. lirik lagu salin belakang buku teks. senang nak igt hahahah.
AWAS kerana kamu oooooo...KRU memang top giler. dia muncul je terus menjadi kegilaan ramai terutama sekali anak-anak dara yang tengah mengeletis.dengan kehenseman muka yusry aku rasa semua orang angau. termasuk aku sekali. penah beberapa kali berangan nak jadi binik yusry. tak hagak-hagak hahaha...sekali dpt kat Erra Pazira dan mungkin Lisa Surihani.
sebenarnya tak berapa nak layan lagu Ukays. tapi dek kerana pengaruh kuat kakak kandung yang menjadi idola tika itu, aku pun rasa nak minat2 jugak kat Ukays.
lagu memang tak leh blah laaa, semua tahap jiwang karet punya. best ok. kakak aku tu sanggup simpan duit semata2 nak beli kaset Ukays. pastu pasang kuat2 kt dapur sambil layan angin kt tingkap dapur. memang terbaik masa tu.
aku yang masuk sekali sekala kat dapur tu pun bleh rasa nak lepak lama2 kat dapur.
bryan!!!! bryan!!! i lap u...hahaha itu ayat budak pompuan masa tu umo15 tahun. memang peminat kipas mati aku ngn bryan ni. hensem sebab rambut belah tengah. again??
hati separuh berkecai bila dpt tau dia kawen ngn budak Atomic Kitten ni. hey, cik tet bsr lah hahahahah
nasib baik ko comel budak pompuan. ni gambar masa dorang kawen. siap dh keluar anak sorang pun masa kawen tu. no no no jangan ditiru perkara macam ni ye
dan sememangnya Westlife tetap dihati.Flying Without Wings, All Or Nothing, Fool Again, I Have A Dream, If I Let You Go, If Tomorrow Never Comes, Miss You Night, More Than Word antara lagu-lagu yang banyak beri kenangan kat aku.
waaaaa rindunya!
Macamana dorang boleh tak jatuh cinta masa berlakon?
15 hours ago
0 love purple:
Post a Comment