sape yang tak hepi kan, bila anak yang dikandung mula membesar dan bagi macam-macam perangai sedikit demi sedikit depan mata. dari reti menangis je, pastu gelak2, pastu berjalan2, pastu dh jadi kawan....
oh begitu cepat masa bergerak...
skrg aleesya aku rasa dh jadi kawan dh. skrg anytime bleh keluar jenjalan ngn dia sahaja. tapi berani dekat2 umah je lagi. jauh2 aku masih rasa seram sejuk heheh. setakat nak pegi beli Prosperity Burger kt McD tu, ala... sap sap soi je dh sampai sambil borak-borak. how sweet...
malam-malam adalah masa yg ditunggu2 oleh aleesya kot. yelah, bagi ibu -ibu yang bekerja macam aku nih, malam je dapat meluangkan masa dgn anak-anak. penah kakak opis aku ni citer, kat taska kakak dia yang handle, selalu ibu bapa sengaja lewat-lewatkan masa nak pegi anak dorang. ada tu...siap berbaju tido dh masa nak pegi anak dorang.
eh dorang tak rindu ke kt anak-anak. pelik sungguh.
aku ni kadang-kandang lelah naik tangga rumah yang tinggi macam langit ke tujuh tu tak habis lagi, aku dh terpacak kat depan umah pengasuh dh. kadang2 tak sempat bukak tudung pun....tapi aku rasa ibu bapa yang macam kes kt taska tu mungkin ada sebabnya yang tersendiri.
skrg asal balik keje je, ibaratnya masa untuk bermain bagi aleesya. hbs laa diajaknya aku bermain. nsb baik aleesya ni dapat ibu yang giler-giler jugak. kadang2 tu bleh kami main pusing-pusing satu tempat sampai pening. bila dh penat gitu, pasang radio dan menari laa kami anak beranak. hohoohooh
semalam aku bleh gelak terguling-guling. eh penah ke aku gelak secara sopan? ada......depan mak mertua hikhikhik...
sedang syok tengok tv, tetiba aleesya dtg depan muka aku. dia ni memang klu nak bagitau apa2 memang terus ke depan muka. nak bagi nampak dia kot.
"bu...atut"
amenda tu....aleesya jatuh ke?
"bu...atuttt..." (dh panjang skit atut dia tu)
ape syg..ibu tak paham...aleesya takut ke?
"bu..atut.."
lor amenda ni, kalau ada kamus kanak-kanak aku dh beli. aleesya ni selagi aku tak paham ape dia cakap, selagi tu lah dia cakap apebenda dia nak cakap tu (ayat macam dh berbelit-belit)
"bu...atut"
aleesya kentut ke?
terus dia sengih2 sambung pegi main.
hahahahhahahahahhahaha
peace yooo...gaya dari aleesya.....
0 love purple:
Post a Comment