? ??????????????Last Beat? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??3401 Grabs Today. 6923 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Colorful Twist? ????? ?? ???Rating: 4.5 (66 Ratings)??2360 Grabs Today. 28501 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, May 31, 2011

aleesya buat show terhangat era ini

 aleesya ini sebenarnya senang sangat nak jaga dia. dia suka main sendiri-sendiri. ko biarkan je dia kat situ, memang dah dia buat keje sendiri. lagi seronok kalau korang lambakkan CD depan dia. aku pun tak paham nape suka sangat dengan CD?

tapi kalau ko tido, dia start dengki. kemain dia datang tepuk muka kita. selagi tak pedih tu selagi itulah dia tepuk. korang sanggup? hahahaha

seperti korang nampak, umah aku hanya ada meja makan stlye jipung je. dulu masa mula-mula kawen, berlagak. nak meja kecik je dengan alasan umah kecik. sekarang dah anak kecik baru tau susahnya ada meja makan jipung je.

bleh dia buat stage.....aleesya nak jadi penyanyi ke? tak payah laaa....banyak lagi benda boleh buat nak. ibu tak benarkan nyanyi-nyanyi ni.

kalau nak tau, itu lah port dia kalau main sorang-sorang. habis di sepahkan barang-barang yang ada. bekas ladybird tu pun dah bersepah barang dalam tu. dulu rajin jugak aku susun benda dalam tu. tapi dah naik muak aku nak kemas balik sbb tak sampai 5 minit dia dtg sepahkan balik. anak ooo anak....


korang nak tau dia nyanyi lagu apa? Baby..baby laaaa....lagu apa lagi kan....tengok muncung-muncung mulut tu pun korang dah tahu kan.....

tak tahu lah ikut perangai sape ni. nak kata ibu, ibu fobia dengan pentas sejak zaman sekolah lagi. ayah kot.....ayah penyanyi ke dulu ek?

tangan aleesya terkena seterika panas

adui kesian sungguh aku tengok tangan aleesya. semalam lepas kena pun aku asyik tengok tangan dia. jap jap aku tengok, jap jap aku tengok lagi..

nak marah pun tak guna sbb dia budak lagi. tapi kalau dah lasak macam ni tak tahu lah aku...

kisahnya aku kat dapur, duk basuh botol-botol susu. dia plak diam jer dalam bilik. aku dah tahu kalau dia diam jer, mesti tengah buat keje...

tapi biasa kalau aku panggil nama dia, cepat-cepat dia menyahut dan datang terkedek-kedek kat aku.

tapi semalam dua tiga kali panggil, diam je. baru jer aku letak botol susu sbb nak jenguk dia, dah dengar dia meraung. berlari aku masuk bilik.

tengok2 dia dah sapu tangan dia. laaa...sejak bila plak ni pandai pasang suis sendiri? board seterika aku guna yang kecik, senang nak bersila kan. jadi memang aku tak bukak laa plug seterika tu. memang kt situ jer.

tau-tau dia dah bukak suis dan dukung iron tu gamaknya. dah berbirat tangan aleesya.

tengah hari tadi aku dah pegi Manjaku, beli Bio Oil. harap2 bleh hilang parut tu. kesian aku tengok.

Thursday, May 26, 2011

outstation lagi...

esok pepagi lagi sesudah subuh, aku dah bergerak menuju ke negeri keropok lekor. eh motip sebut makanan? tak lain laa nak mencekik sampai gemuk lagi hahahahah

ok serius. esok nak pergi terengganu.....na na na ganu kitooo. seperti biasa aku ke sana untuk program Pencarian Chef. lokasinya kali ini adalah di Tamadun Islam. macam biasalah aku tetap promote dalam blog yang sendu ini, jom laaa datang beramai-ramai ke lokasi yang disebutkan untuk memeriahkan suasana.

silap-silap hari bulan boleh mintak otograf aku. HELLO!!! bajet artis ke ape pija oiiii.....

aleesya seperti selalu akan ditinggalkan dengan babysitter dia. mujur aku dapat babysitter yang baik. kalau dapat yang meroyan macam mana? hahahaha...tu pasal aku nak ucap terima kasih yang tidak terhingga kat kak amy ni. sbb aku tau tak ramai yang sanggup jaga budak masa weekend kan.

kak amy, jasamu akan ku kenang sampai bila-bila. wink!!

saat Aleeysa paling serabai

tadaaaaa...dah rupa anak tarzan pun ya. hahahahaha jahat kan ibu dia. suka nyakat anak.

masa ni dia sibuk nak tanggalkan baju. mentang2 lah baju main gantung jer, bleh je dia tanggal sendiri.

aleesya... itu rambut ke lalang? hahahahaha sori laa. aku dh sikat cantik-cantik sblm tu walaupun rambut hanya sejemput kan. tapi bila main hairband tu, tu pasal dh jadi kusut masai.

sekarang aleesya dah 18 bulan. masa ni memang best main ngn dia dan memang menguji kesabaran. dia dh makin pandai. apa sahaja bila kita suruh dia, laju je pegi buat. tapi kadang kala ada jugak ikut perangai incik fidi, degil...eh incik fidi ke aku yang degil?? lu pikirlah sendiri.

antara word yang aleesya dah boleh sebut adalah :
 - Acihhh..( terima kasih)
 - ya Allah ( Ya Allah)
- Baby ( baby)
 - Bebeh ( lagu justin bieber)
 - apa ntah lagi...aku biasalah kalau time jem memang jem kepala otak hahahaha

tapi biasalah Aleesya....dia banyak ikut balik apa yang aku cakap. dia tolong sambung je kt belakang tu. tapi itu pun dah dikira oke kan....

Wednesday, May 25, 2011

layannnn.....

saper lagi peminat setia justin bieber kalau bukan ALEESYA!!!

aku memang nak tergelak kalau tengok dia tengah layan v/clip justin bieber. memang lawak oke. tak percaya??

nah tgk gambar bawah ni

dah bergulung tu. hehehehe

eh apesal aleesya nampak mok mok dari sisi belakang?hahahaha ni mesti amik zat ibu dia dah ni

yang tak leh layan lagi tu, nak nyanyi sekali. macam pandai kan? kecek kelate pun tak lepas lagi, ni kan plak nak cakap omputih...aleesya oooo aleesya!

Pelancaran Buku

sori citer ni memang dah basi. berlaku pada minggu lepas lagi.nak buek macam mana. tak menyompat....

hari tu ada pelancaran buku-buku khas terbitan opis aku laaa. dan termasuk sekali buku dari majalah SAJI. hari kejadian ni dibuat kt Saloma Bistro. aku punya lah lama tak masuk saloma bistro ni berabad. menggagau jugak la nak cari jalan.

maklumlah ai kan buta jalan. ko bagi lalu laa sapolohkali pun jalan tu, aku tetap tak igt. tu pasal skrg incik fidi nak hadiahkan benda penting sempena kebutaan jalan aku ni hahahahahah

sblm makan.....sumer tu member opis.


masa pendaftaran. aku tu muncung2 mulut tgu aku punya client. nak kena layan dorang. kang ada plak nama masuk meeting hahahah.

ok ni team SAJI. sungguh GEMUK aku tika ini. macam mana laaa nak kurus ni. kena ngandung laa baru kurus. so kena operasi mengandung laaa (buat kawan aku ana, aku tak mengandung lagi deh,hahahaha)

sori aku dah malas nak menulis...tata. sekian sahaja...

*macam tak best jer entry ni..hentam sajalah

Monday, May 23, 2011

kagum tengok rumah dato' yusuf haslam

 giler tak kagum. tengok rumah tiga tingkat atas bukit. memang embun pun takkan mampu melainkan dato' yusuf. hihihih

lepas aku tgk Astana kat tv yang anita sarawak mengacara tu, terus dapat idea nak shoot resipi dan interview datin patimah...lepas berhempas pulas cari no tepon, berhempas pulas plak set appointment.mujur senang nak booking datin patimah ni.

masuk-masuk je dalam umah, mulut aku dah nganga skit tapi cover2 laa. memang WAUUUU laa umah dia. cantik sangat. siap ngn pool segala laaa. macam tgk dalam tv tu laaa.

terus simpan angan-angan, bilaa laa nak dapat umah macam ni. tak salah kan berangan-angan mat jenin...hehehe


 ooo resipi istimewa datin patimah sekeluarga memang ODAPPP. rasa bertaraf dunia okeh. korang ada....
kalau rasa nak buat, silalah beli majalah SAJI keluaran Julai heheheheh..

ooo gambar di atas macam kandid ke? memang tak.... oke. kena paksa ngn photographer suh berlakon. eh aku tak kisah bab2 berlakon ni, macik memang suka wakakakakak

ok last bergambar ngn datin patimah. orangnya memang baik dan friendly. nasib baik aku dah kawen. eh apesal tulis macam ni plak hahahahahah. ada hati kunun.

Tuesday, May 17, 2011

macam nak menjahamkan laptop je

kadang-kadang pening jugak dengan perangai aleesya ni.pada peringakt umur dia ni, semua benda dia nak buat sendiri. nak pegang gelas sendiri, nak naik tangga sendiri, nak pegang laptop sendiri.

aku ok jer takut jahanam jer semua benda tu hahahaha. ala korang pun tahu camne budak2 kalau pegang benda, mesti careless skit. kalau tak jatuh, pecah la plak.

ni video kat bawah ni, dia nak pegang sendiri laptop. mgkin baru ada feel layan lagu Justin Bieber. oh aleesya memang suka lagu Baby tu. korang tengok laa sendiri gelagat dia macam mana kan.sampai mulut pun muncung2..layannnnnnnn

video

Monday, May 16, 2011

Selesai di Sungai Petani, Kedah

fuh, badan rasa penat giler. sbbnye dah lama tak buat kerja2 angkat berat ni. bila dah buat memang sakit satu badan. aku rasa lepas jer tau mengandung aku dah tak pegi outstation dan buat kerja2 operasi ni.

tapi biarpun penat tapi seronok.

dah dah dah...tak tahu nak bebel apa. korang tengok jer lah gambar sambil aku cerita sikit sikit ek.

suasana kejadian. cuaca mendung pada awalnya. masa dorang tengah syok masak, ujan turun. nasib baik skit jer kalau lebat tak tahu laa nak lari kat mana.

wakil dari Jamu Mak Dara.

pencarian Chef Saji @ Sungai Petani, Kedah.

antara ahli gerak kerja yang berkuasa kuda hahahaha. tapi memang dorang ni kerja kuat. aku pun heran mana dorang ni dapat tenaga.

ibu Halimah dari Jamu Mak Dara yang mantop. korang ada ukuran pinggang 26 dalam usia macam dia? hahahah. kalau nak tanya ukuran pinggang aku ni, buat malu jer ngn ibu Halimah.

laila ngn Chef Florence.katanya nak bergambar untuk kenang-kenangan. erm laila dah nak berenti tak lama lagi. selamat maju jaya di tempat baru ye laila.

turn aku plak.

kak zana nak urut kaki. yelah kalau dah penat, bila dapat manjakan diri macam ni memang best sangat. lagi2 sbb kitaorang banyak berdiri dan berjalan. kaki memang kerja kuat laaa. bila dapat urut memang syok giler.

amoi ni urut kaki aku tak best. dia main gosok-gosok jer. len kali tekan guna ibu jari tu baru terasa. tapi sedap laa jugak daripada tak der kan.

Sunday, May 15, 2011

macam tak percaya je itu aku

cer korang cari mana aku dalam gambar ni? hahahahah

aduii nak pecah perut tengok gambar ni dalam fesbuk tadi. ada member sekolah rendah tag kat aku. aku sendiri pun tak igt bila masa gambar ni amik.

ye, aku tau beza banyak giler kan aku dl ngn sekarang hahaha. dl saiz xxs sekarang hamik...xxl. hahaahha...

dulu masa kat sekolah rendah, aku antara orang paling pendek hahaha. geng2 pompuan sumer tinggi2. aku jer terbantut. mujur naik sekolah menengah dah tinggi dan normal macam orang lain. mujur bila dah kawen dapat laki tinggi. eh ada kena mengena ke? hahahaha

tengok balik gambar kat atas tu, muka masing2 memang suci dalam debu sungguh.budak2 kan...itu gambar tahun 1994. cuba tengok gambar yang 2011, macam2 rupa dah.

oh rindu sungguh kenangan zaman sekolah. klu bleh aku nak balik zaman sekolah. nak kembali zaman duk asrama. oh indahnya...

Thursday, May 12, 2011

Outstation - Sungai Petani, Kedah

esok aku berangkat ke Sungai Petani, Kedah. ada Program Pencarian Chef di sana.jadi, sape2 yang duk area sana bleh laa turun ke Village Mall Shopping Complex pada hari Sabtu. kita jumpa di sana!

kesian aleesya kena tinggal. sori sayang!

sepupu baru

masa balik kampung hari tu, aku pegi tengok atuk aku eksiden. kesian tau bila orang tua macam dia ditimpa kecelakaan.

alhamdulillah tak der apa2 yang cedera bila tengok dari luaran gini. tapi ikut apa yang dia kata, dia sakit kat tulang rusuk. mungkin sbb kesan hentakan sbb masa tu dia pakai tali pinggang keledar. jadinya dia susah skit nak bernapas. kesian sgt aku tgk.

tapi bila tengok sepupu baru aku ni, terus rasa geram...nak gigit-gigit.

 nama dia Nur  Damia Qistina. omel sesangat. dah laa baik. letak je, pandai-pandailah dia bawak diri hehehe. pastu suka no nak berbual. olololo.

pastu aku try angkat dan dukung laa Qistina ni...yess macam tak percaya, aku tak rasa kekok lagi walaupun anak sendiri dah besar hahaha motip cakap mcam ni?.

yelah mula2 rasa takut sbb kekok ke ape, tapi tidak ye kawan-kawan. mak berjaya hahahaha. aleesya plak menjeles bila aku dukung ni, nampak gayanya tak bleh nak buat adik lagi laa opss....

agaknya macam ni lah kot kalau aleesya dah ada adik. dia main jauh-jauh je. yang aku risau, silap hari bulan dia lempar botol susu tu kat adik dia waaaaa meraung la aku...

salah cucuk botox

 mata aku bengkak sebelah. ini sumer angkara aku tak sempat nak cucuk botox utk satu lagi mata

hahahaha....gurau sajerk. ntah kenapa mata aku pagi ni tetiba bengkak. sebelah plak tu. buek malu jo. dah laa tak selesa bila nak pandang bawah. ades...

Wednesday, May 11, 2011

HAPPY MOTHER'S DAY

  sori muka tak semenggah hehehe...

erk, aku jer ke yg terlambat buat pasal entry Hari Ibu ni. nak buat macam mana, aku kan balik kampung, tak sempat nak buat entry special ni.

first sekali aku nak ucapkan alhamdulillah sebab aku juga seorang ibu. masih dikurniakan seorang anak yang sudah banyak keletahnya sekarang. walaupun pada awal-awal perkahwinan, aku diduga untuk mendapatkan zuriat. alhamdulillah dengan berkat sokongan suami, ibu bapa aku dan juga usaha yang aku sendiri lakukan tanpa mengira kesannya, aku dikurniakan cahaya mata yang sungguh comel (ahaks, puji anak skit)

dan tak sangka juga, perkahwinan kami telah pun menjangkau usia 4 tahun. rasa macam baru jer akad nikah. wah, adakah kami sentiasa dalam mood pengantin baru? hehehe

dan aku juga bersyukur kerana masih lagi mempunyai lagi kedua-dua ibu yang disayangi. mak dan mertua aku yang sangat sporting. hihih. aku gembira kerana menjadi anak kepada Sakinah Mat Seman, dan aku juga terharu dapat mengenali seorang ibu yang tabah bernama Che Siti Rosbi Che Min.

sempena Hari IBu juga, tiba-tiba masa nak ambil aleesya, pengasuhnya bagi sesuatu.

 wah cantik lah....tak penah plak aku dpat hadiah macam ni. tetiba rasa macam anak aku dah masuk sekolah rendah hhihihi. kreatif btl pengasuh aleesya ni.

oh, pengasuh aleesya panggil 'shasha' kat aleesya. :)

 dan tak lupa jugak kad yang cantik ni. dan aku perasan word 'shasha love ibu' tu bengkok dan 'tak comel', itu mesti aleesya yang tolong tulis sekali hahahah.

thanks ye kak amy....utk hadiah yang sungguh berharga ini. dan aku berasa sungguh bangga dapat menjadi seorang ibu.

sayang Aleesya...muahhhhh!!!

Hari Ibu bersama mak

 alhamdulillah selamat jugak aku sampai kampung. lepas balik kerja hari jumaat tu, terus amik incik fidi kat hentian kajang. balik umah kejap, mandi2, solat terus zuppp ke kampung halaman.

dalam kete rasa macam lamanyaaaa tak balik kampung. padahal baru balik hari raya cina lepas.

budak kecik tu plak, bila balik malam selamat lah sebab dia akan tido jer. try balik siang hari, tak larat nak kejar dia dalam kete.

elok je masa plan nak balik kampung ni, kebetulan Hari Ibu. jadi boleh lah aku jumpa mak aku dan mak mertua. konon2 sambut Hari Ibu lah hehehe.

 dalam kete nak pegi jenjalan ni. mula2 amik adik aku kt sekolah dia dl, bawak dia jenjalan. kalau tak kesian plak kan...kalau balik kelate memang tak tahu nk pegi mana. balik balik pantai, itu lah je kot. dah la Jeli ke KB bapak jauh wei....aku ni asyik tny abah, lambat lagi ke nak sampai. hehehe macam budak kecik.

 hoh, bual gapo dio tu? sungguh nah sampai kembe lube idung....

 Aleesya kat kampung banyak meragam. skit2 nangis. aku rasa sbb panas sangat kot. masa balik kampung hari tu lah habis leher dia kena ruam. adui aku tengok pun ngeri.

tapi memang sekarang tengah panas kan. tengok berita semalam kata el nino? ntah lah. yang pasti dalam hati sekarang tengah membuak2 nak beli aircond. hahaha. tak tahan lor, bangun 2 3 pagi basahkan badan dan pasang kipas laju-laju. aleesya plak aku langsung tak pakaikan baju. nanti makin kuat plak ruam dia tu.

 yihaaa dah sampai pun kat pantai. aku pilih pantai Cahaya Bulan sbb aku teringin nak makan segala mak nenek seafood celup tepung. nyummy2.

tapi nape aku rasa macam mahal ek?

 sori mak terlebih pose, hahahahah. mak! dilarang menonggek di dalam blog. hahahha. abah totap pose macho.

 ok giliran aku plak pose geli-geli.

 yea masa utk makan. masa ni order macam dah 5 hari tak makan. subhanallah hehehehe. tak pe yang pelik semua makanan habis eh.

 nyum nyum...tengok gambar ni pun aku dah telan air liur.

 mertua dan menantu...(hantu???) hahahahah

 ok tengah-tengah makan tetiba aleesya muntah. waaaa sadis tol. beginilah kalau dah ada anak. nak makan pun tak senang. terpaksa separuh bogelkan aleesya hehehe.

elok jugak sbb masa tu cuaca adalah super duper panas. jadi bila bukak baju tu ok lah skit. tapi ku sangka panas sampai ke petang , rupa-rupanya panas berhari hari hehehehe. bila bukak je baju tu, aleesya mengamuk je sepanjang masa.

 pacik gemuk!

 terus incik fidi bawak aleesya g main kat pantai. ok budak ni takut ombak. menangis-nangis dia tak nak duk kat pantai.

 aleesya main panas, nasib baik tak demam jer.

tengok kemain dia tak nak pijak pasir pantai eheheheh.

ok saya sudahi dengan gambar de mok mok family. hahahah oke lah kan???

Friday, May 6, 2011

tidak sabar...

tak sabar btl nk tunggu petang ni. muahahaha. hari ni incik fidi balik dari penang. naik bas katanya. sian dia dah rupa macam orang bujang. bujang ke bang??

dia malas nak balik bangi naik kete sbb nanti penat. kang tak larat plak nak bawak kete untuk perjalanan yang jauh plak selepas itu hehehe.. suka betul aku....tu yang sampai sekarang tersengih-sengih ni.

diharap incik fidi selamat sampai kat bangi petang ni, lepas tu kami akan terus vrooommm ke destinasi yang telah dibincangkan. eceh, saspen tak? cer teka ke mana kitaorang akan pergi?

muahahaha macam laa ada orang nak bagi jawapan. tak pe pija, berangan lah sorang-sorang.nnt bila dah sampai esok, aku roger balik eh. kalau nasib baik sekali ngn gambar....cekidaut!

Thursday, May 5, 2011

GRRRRR!!!!

hati tengah sakit
menyampah...
i hate u
getlus

Wednesday, May 4, 2011

gambar berani mati

ha, korang ada???? hahahahaha

dengan background macam kena serang garuda, dgn tak pakai seluar, dgn kaki kena conteng, dengan gantung plastik toiletries....memang dh bukan rupa aleesya. hahahaha

itulah dia, kalau tak menyepah bukan namanya aleesya. hbs sumer dipunggahnya.

bila tengok gambar ni, sakit otak rasa. ni umah aku ke?????

dah makin cerdik..

hamboi hamboi hamboi aleesya....best nampak tengok tv. tapi elok-elok skit baring tu, awak tu anak dara. kang ada macik-macik tengok, terus tak laku hehehehe..

sbnrnya aleesya ni kuat tengok tv. aku rasa macam tak elok budak2 sll sangat tengok tv. takut pengaruh tv beri kesan kat budak-budak. seingat aku dulu pun, abah aku pantau. bila masa bleh tengok, bila masa tak leh tengok tv.

tapi aleesya ni...bila amik jer dia dari umah pengasuh, benda pertama dia cari adalah remote astro. bila dah jumpa bagi kat aku suh tekan. nak tekan sendiri tak pandai plak kan. bila dah on sumer, dia bleh plak tepuk tangan aduyai...

lagi satu...aku ni kan pesen kalau tengok tv, kalau time iklan tu...aku akan tekan channel lain mana tau ada cerita best-best. dulu masa aleesya kecik, ko nak tekan sampai tv berasap pun tak pe. skrg berani nak kena hempuk ngn remote, try lah. hahaha

bila kita tekan channel lain kan, dia punya mengamuk tu ya Allah...tak der can kita nak cuci mata tengok drama lain. kalau dah dia minat tengok citer tu, jangan lah alihkan ke channel lain. lps tu gedik gedik suka sambil tepuk tangan... ish ish ish...