alhamdulillah selamat jugak aku sampai kampung. lepas balik kerja hari jumaat tu, terus amik incik fidi kat hentian kajang. balik umah kejap, mandi2, solat terus zuppp ke kampung halaman.
dalam kete rasa macam lamanyaaaa tak balik kampung. padahal baru balik hari raya cina lepas.
budak kecik tu plak, bila balik malam selamat lah sebab dia akan tido jer. try balik siang hari, tak larat nak kejar dia dalam kete.
elok je masa plan nak balik kampung ni, kebetulan Hari Ibu. jadi boleh lah aku jumpa mak aku dan mak mertua. konon2 sambut Hari Ibu lah hehehe.
hoh, bual gapo dio tu? sungguh nah sampai kembe lube idung....
Aleesya kat kampung banyak meragam. skit2 nangis. aku rasa sbb panas sangat kot. masa balik kampung hari tu lah habis leher dia kena ruam. adui aku tengok pun ngeri.
tapi memang sekarang tengah panas kan. tengok berita semalam kata el nino? ntah lah. yang pasti dalam hati sekarang tengah membuak2 nak beli aircond. hahaha. tak tahan lor, bangun 2 3 pagi basahkan badan dan pasang kipas laju-laju. aleesya plak aku langsung tak pakaikan baju. nanti makin kuat plak ruam dia tu.
yihaaa dah sampai pun kat pantai. aku pilih pantai Cahaya Bulan sbb aku teringin nak makan segala mak nenek seafood celup tepung. nyummy2.
tapi nape aku rasa macam mahal ek?
sori mak terlebih pose, hahahahah. mak! dilarang menonggek di dalam blog. hahahha. abah totap pose macho.
ok giliran aku plak pose geli-geli.
yea masa utk makan. masa ni order macam dah 5 hari tak makan. subhanallah hehehehe. tak pe yang pelik semua makanan habis eh.
nyum nyum...tengok gambar ni pun aku dah telan air liur.
mertua dan menantu...(hantu???) hahahahah
ok tengah-tengah makan tetiba aleesya muntah. waaaa sadis tol. beginilah kalau dah ada anak. nak makan pun tak senang. terpaksa separuh bogelkan aleesya hehehe.
elok jugak sbb masa tu cuaca adalah super duper panas. jadi bila bukak baju tu ok lah skit. tapi ku sangka panas sampai ke petang , rupa-rupanya panas berhari hari hehehehe. bila bukak je baju tu, aleesya mengamuk je sepanjang masa.
pacik gemuk!
terus incik fidi bawak aleesya g main kat pantai. ok budak ni takut ombak. menangis-nangis dia tak nak duk kat pantai.
aleesya main panas, nasib baik tak demam jer.
tengok kemain dia tak nak pijak pasir pantai eheheheh.
ok saya sudahi dengan gambar de mok mok family. hahahah oke lah kan???
4 love purple:
adohhh zte pun teliur tu seafood celup tepung tu :)
try g pantai cahaya bulan. kat sana memang banyak sangat! sedap plak tu
aleesya da mcm mek saleh men pantai pakai spender....kang tetibe abg nara kepochi pic aleesya yg cekci tu..hehehe ;P
rindunya nk mkn seafood celup tepung tu yum yum bestnya.bla la leh g stu lg blk slalu je lorak.2 ari mne sempat nk jenjalan....
Post a Comment