Monday, January 9, 2012
sambungan kisah semalam
Posted by purple_lav at 10:40 AM 3 love purple
Sunday, January 8, 2012
jalan-jalan habiskan masa
dah tak de keje kan....aku laaa.keje incik fidi berlambak-lambak.hehehehe ala...lagipun membosan je kt umah, kenalah hirup udara alamanda skit hahha..
jalan punya jalan, terjumpa xopismate, nurul zaiza...laaaa lamanya tak jumpa dia. berseri-seri plak dia, yelah pengantin baru kan. muah muah skit teruskan perjalanan....
lepas tu incik fidi nak menyinggah plak kt kedia seluar. dan-dan tu jugak aleesya duk mintak mamam-mamam..ok ok laaa ibu amik ni...dalam kecoh2 nak amik botol susu tu ternampak plak muka yang agak familiar.....tapi tak penah jumpa real.
sekali pandang aku dh tertoleh kt lain.org tu pun pandang jugak.aku pandang lagi kali kedua...dia pun pandang jugak. apa lagi lemparlah senyuman paling manis ni weiii hahahahah...tak sangka jumpa blogger lain plak hari ni....dia adalah Siti Zuar (saje nak gabung2 kan nama uols)
terus salam2.kitaorang tak sembang lama, mgkn masing2 malu kot hehehe sempat laa menengok anak teruna dia..ensem laa siti..nk cop dari sekarang bleh tak?hahahhah. siti dan2 keluarkan henpon, amik gambar.aku malu plak nak kuarkan henpon aku, lagi pun duk bawah nun dalam stroller....tak pe ye siti, nnt U dah upload kt blog, akak pegi copy eh hahahaha
badan sihat dengan Scott Emulsion! amacam ada ruper fisherman kt botol Scott Emulsion tak? hahahhaha
tengok...tengok...incik fidi ni kan saje jeee kan..tengok laa kat tangan aleesya.sekali amik dua ekor terus...kali ni mahal oke sbb bila tekan kat badan dia, bunyi real punya macam dlm game tu....
bu bu....nk angry bird....tunggu kejap ibu nak posing dl.
pose gedik geli sekali sekala...
mak aiiii....tu bumper bas ke bumper org? takut aku tengok....wahai badan, cepatlah kurus...dh azab aku tengok ni.....
jom aleesya kita pegi bayar....ops silap kita beratur je ayah yang tolong bayar.
laaa terlalu kawasan ni.....terus rindu nak beranak kembali.mgkn lepas beranak badan kembali kurus mcm dulu2 dengan berat hanya 50kg? ataupun kali ni lepas beranak berat naik jadi 70kg? waaaaaaa...kutssssss
Posted by purple_lav at 11:20 PM 3 love purple
plan yang tak menjadi
kitaorang memang bab plan beria bagai nak rak, bab nak laksana tu yang hancus skit. konon2 nya tadi nak bawak aleesya pegi taman sambil2 tolak dia naik basikal.sekali plan berubah bila masing2 malas bawak turun basikal cinonet tu.
dari nak keluar pkl 5 terus drag ke pkl 6 ptg...incik fidi plak nak potong rambut bagai laaa....ok baiklah tuan. kita pegi potong rambut dulu lepas tu ke taman yek.
oh...ni je satu-satunya salun yang berjaya potong rambut incik fidi mengikut citarasa aku. eh. citarasa incik fidi dan aku. sebabnya aku akan serabut tengok kepala dia yang rambut ntah hape hape.dia sendiri pun serabut jugak nak tunggu sampai bila rambut dia nak panjang balik supaya bleh alter.jadi jalan terbaik potong rambut hanya dibenarkan di sini shaja.
dari baju sampai ke kasut adalah angry bird. bak kata incik fidi, kalau ada pampers angry bird memang aleesya belasah jugak kot.
eh comel jugak kan klu pampers bertema angry bird. plak tu ikut warna sekor2 angry bird tu? wahhhhhhh....ok kepada pengusaha pampers, apa kata korang buat pampers angry bird. sure memang laku giler gaban.
dlm syok2 main tu tetiba mintak mamam, baru beberapa kali sedut dah diam budak cinonet ni...laaa dh tidur ke sayang? best eh duk dalam aircond. ok baiklah nnt kita ada umah sendiri nnt, kita suh ayah pasang aircond eh.sekali ngn jamban pun ada aircond muahahahhahah....
tu dia incik fidi. aku perasan pakcik ni bleh tertido masa cinok ni potong rambut dia. bila ckap ngn dia, bleh plak tny aku, dengar tak dia berdengkur?
ayooo....mana dgr, jauh tu. klu dengar pun cinok tu je hahahaha
wahhhh teringin sekali nak ada rak yang penuh macam ni...tapi buek apa syampoo maa....kita kasik tukar laaa. biar jadi baju bajan ke pil kurus ke.....senang hati aku!
nah gambar tuan tanah kedaung! oh sungguh sopan ye anda duduk dalam kereta. ada aku kesah kan?
on da way ke drive thru McD, mau beli McFlurry Oreo dua! hahahahah
dan plan nak ke taman adalah hancurrr sbb budak kecik tu dh selamat beradu. balik umah laa....
Posted by purple_lav at 1:11 AM 0 love purple
Friday, January 6, 2012
'telur ringgit'
Kisah ini terjadi pada suatu pagi di hari jumaat nan indah....
perut lapar mintak diisi, jadi moh lee kita ke gerai membeli belah skit
sretttttt.....efek tayar yang dibrek......(hahahaha giler hebat)
"kak, nak mihun ye"
"nak lauk ape ni?"
"ooo...buh kerang ye kak"
"sambal nak tak?"
"nak..nak...buh kacang sekali ye"
dah memang tabiat, asal makan mihun goreng nak kacang, makan mee goreng nak kacang, makan nasi lemak nak kacang lebih..tak sedar dek diri bila muka skrg dh naik jerawat merata-rata. eh pedulikkan jerawat, yang penting mak suka kacang!
"berapa kak?"
"telur ringgit"
hah, nak kena bayar ngn telur ke ape ni? mana ada bawak telur. pinjam telur rebus akak bleh tak?terpingga-pinga jap aku...tak paham kak tak paham....
"oh maaf...tercakap bahasa sendiri plak. tiga ringgit ye dik"
memang seblum tu kakak ni asiknye bercerita ngn member2 yang ada kt gerai tu. sepatah haram aku tak paham. yang dengar krung krang krung krang. amenda laa akak ni. tapi aku syak orang jawa kot.
balik opis gigih cari kamus tatabahasa jawa. hohohoh memang betul lah. meh kita kira sama-sama ye...
1 Siji
2 Loro
3 Telu
4 Papat
5 Limo
6 Enem
7 Pitu
8 Wolu
9 Songo
10 Sepuluh
hahahah pija pija bukan telur ye...telu...telu...ntah telinga aku dgr kakak tu cakap telur. nak buat macam mana hahaah
skrg tengah merengse sbb kt opis tak de air. jadi macam mana skrg ye pak? bos, hari ni cuti peristiwa laa sempena tak de air...eh aku rasa satu bangi kot tak de air. sbb umah aku pun sama tak de air..malam je bukak paip keluar angin. pagi dh ada air tapi keluar skit je....
eeee.....klu tak de air weekend ni kena mandi sungai laa....incik fidi jom mandi kat sungai tekala, dh lama tak piknik sama2 huhuhu
Posted by purple_lav at 9:53 AM 0 love purple
Tuesday, January 3, 2012
angry birds sana angry birds sinun
aleesya paling takut berjalan kt atas gerigi ni. trus teringat kisah mak dia suatu ketika dahulu.
umah nenek aku kt kampung biasalah rumah papan. dah hampir keseluruhan rumah tu atuk aku yang buat. biasalah org tua, sekali anak berkahwin, dia tambah 1 bilik, utk keselesaan bini dan anak2 tukar baju semuanyalah (tapi aku tengok mak aku paling gamble.....anak beranak dia rilek jeeee tido kat ruang tamu...best woooo..nyamuk banyak giler.)
sampai satu tahap, umah atuk ni dah jadi macam shopping komplek.korang boleh bayangkan tak......dah berliku2 ngn banyak bilik ngn bertingkat bagai. tapi best jugak. aku selalu main nyorok2, memang susah nak jumpa.
sekali ada satu papan kt bilik belakang tu reput agaknya. bila aku lalu je terus kaki terjerlus ke bawah. panik mak panik. sakit tok sah cakap laaa. sejak dari tu, aku cukup fobia jalan kat lantai yang banyak lubang2.
muka mak yang tereksaited lebih. mana tak nye dari hari sabtu,lepas tu ahad duk dalam umah tak keluar2. pening kepala okeh.
hari isnin mintak kerjasama dari tok laki suh bawak jugak bersiar2. eh cop tipu, malam new year dh keluar tapi tak aci sbb kejap je. nasib baik dapat tok laki yang sungguh memahami bawak laa binik dia ni keluar makan2 angin.
budak kecik ni plak kalau dah makan angin mesti tido punye. nak patah oke siku mak.
oh masa ni incik fidi jumpa member dia kejap. aku malas nak keluar sbb aleesya masih tido kan. lebih baik bersenang lenang di dalam kereta bersama ekon yang nyaman. apa lagi meh kita posing sorang2.
tak kira tudung patah riuk pun aku tetap nak pakai jugak...
amacam???? muntak ijau tak tengok puan pija berlakon?
hamekkkkkkkk!!!!!!
dah selesai berjumpa member dia tu, terus ke Jusco Cheras Selatan. saje nak cuci mata. bawak budak ni bersiar2. eh budak ke mak budak yang nak jalan sbnrnya?
sekali ternampak sederet patung angry bird kt kedai CD. mula2 disogokkan dengan CD Upin Ipin dan Boboiboy. tak layan laaaaa sbb dh nampak menatang ni....
dapat pegang je tu terus tak lepas2 ......lps tu jeling2 kt incik fidi. sendiri mau paham leeee hahahahha
melepaskan lelah dgn menjami chocolate banana ni. fuhhhh rasa lega sgt. lelah pun hilang ..hahahah dah macam ayat iklan sgt.
kek ni memang wajib order kalau sampai Secret Recipi. incik fidi order kambing irish ke amenda tu. katanya sedap dan lembut. aku tgk erkkkkk....kembang tekak. tapi kalau tak cakap itu kambing memang aku join sekali.
keterujaan budak angry bird. seronok tak terkata tengok aleesya masa ni. macam dapat duit 1juta/
tadaaaaaa.....penampilan khas pertama berskirt bagai. hahahaha memang tak yakin nak pakai skirt ni takut nampak lagi kembang setaman. tapi memang nampak kembang setaman pun. cuma bila tanya incik fidi, lulus ke tak, dia kata lulus. jadi beranilah diiri nak pakai skirt ni.klu tak memang ko duk kt almari je lah.
oh kete incik fidi dh bertukar kaler. olollolo, saje nak samakan kaler ngn kete bini kan?????????
Posted by purple_lav at 10:23 AM 0 love purple
Sunday, January 1, 2012
kononnya nak tengok bunga api.....
tengah2 syok tengok tv, tetiba sang bini keluarkan ayat yang bleh urat perut sang suami terhiris macam kena mata pisau yang tajam.
"alangkah bestnyooo bleh tengok bunga api male ni deh"
sambil2 jeling pada tok laki huhuhuh..
tanpa disangka-sangka lalu tok laki mengajak keluar tengok bunga api pada tahun baru. yesss yess yess tak sangka menjadi jugak ayat2 indah aku. jangan sangka mamat Lombok je mampu keluarkan ayat2 manis yang mampu memikat hati gadis Malaysia, ni haa....wanita jelita dari Jeli pun mampu ye noks.
maka bersiap2 laaa si isteri walaupun nak merajuk skit bila tunggu si suami bersiap,. bleh plak nak layan tgk Carekarama dulu...hish
masa dalam kete ni bleh plak keluarkan citer-citer kenangan. maklumlah dah lama tak keluar merendek malam2 buta ni sejak ada handbeg besar dan berat ni.
jadi terus terbayang2 1st time keluar sambut tahun baru masa tengah couple2 dulu. opsss mak tak singgah mana2 hotel cap hayam ye lepas tu. mak orang baik-baik. lepas je tengok bunga api kat KLCC, terus desak incik fidi hantar balik rumah masa tu hahahah ajak keluar makan pun x mo hahahah sian incik fidi eh. ala untuk kebaikan bersama jugek..
budak ni kalau naik kete incik fidi pandai plak suh bukak penghadang cahaya (ala yang kt atas kepala tu yang ada cermin kecik)....macam tau2 je ada tv kt situ
kalau naik kete aku pandai plak dia duk diam2, layan pokok kat luar je.
blum pun keluar dari daerah bangi dh jem. masa tu mulut masing-masing dh pot pet pot pet. nyesal keluar. nyesal keluar.
rupanya kejap je sbb ada polis buat roadblock. eh perlu ke buat roadblock masa ni? perlu kot.....
dh masuk KL masa tu dh dekat sgt pkl 12. pusing2 cari port sesuai, tengok semua dh penuh. tak de ruang pun nak menyelit.
rupa-rpanya baru tahu, jalan yang lalu depan KLCC tu tutup eh bila malam tahun baru? spoil btl. nape dulu elok je bukak....
last sekali on da way nak balik tu laa sempat laa tengok sipi2 bunga api. baru nak amik gambar, dh tinggal asap je. ala sedihnya...baru nak ajar anak..." itu yang warna warni tu bunga api ye sayang" nampaknya pembelajaran terbantut. kena tunggu masa yang sesuai plak.
terus membawa diri utk mengisi perut . huih bahaya tol keluar malam2 ni, bleh plak perut mintak diisi masa ni. tak leh diamalkan selalu, nnt gemuks ok
oh gambar kt atas tu kelihatan emak sedang mengagumi anaknya yang baca menu hehe
dan sebentar kemudian, emaknya ralit tengok budak sebelah. kelas ko dik, kecik2 lagi dh pegang duit RM50. aku rasa aku dl pegang duit paling besar pun RM10. itu pun sekeping tu je.
haiyohhh abang.....nape muka banyak masam???
haiyohhh budak nape semalam banyak buas eh??
hahaha macam tokey besar dh. baca menu macam nak order utk 20 orang. sekali baca terbalik. cover skit aleesya, nnt orang nampak cica baca terbalik tu..
semalam tetiba rasa nak minum air bandung, walaupun ia bukan air kegemaran. rasa macam best.....
cip cip cip....bapak burung sedang menyuapkan makanan utk anak burung huhuhuhu
last sekali dia buat sendiri2. skrg sumer benda dia nak buat sendiri tensi mak oke. sbb lepas tu bleh tengok laa baju + seluar comot ngn air neslo....grrr..
mee goreng yang.......bleh laaa....sedap laa jgak.
nasik goreng petai milik incik fidi. sori mak tak makan. say no to rice hahahahah
dan yang ni buat aku krem kaki hahaha buat termimpi2 oke. roti bakar ada cheese kt dalam. sedap nak mamps.....klu pegi restoran tu, nak order roti ni lagi.....huhuhuh odap dimakan masa tengah panas.
Posted by purple_lav at 4:07 PM 0 love purple
apa motif kau sebenarnya.......
pagi tadi aku keluar beli belah apa yang patut. walaupun rasa malas masak hari ni tapi kena gigihkan jua.
jadi aku pegilah kt kedai bawah ni...bila dah scan sumer barang, keluarlah total semua RM9.90.
jadi aku keluarkan duit RM10 dan bagi kat kakak kedai tu. mula2 rasa nak merampus jugak bila tgk macam terkial2 scan, masukkan dalam plastik sumer. nasib baik aku ni tak der lah nak cepat..tak jadilah aku nak merampus.
masa aku tunggu kakak tu nak teruskan lagi tanggungjawab dia, tetiba bleh dia cakap,
"baki 10 sen deh"
pastu buat muka senyum sinis macam kambing ke tikus ke...eh hello kak, 10 sen pun duit jugak eh. jangan nak pandang rendah nilai yang skit tu. macam nak perli aku menunggu bagai nak rak semata-mata nak balance 10sen.
sudahlah kak, hilang sudah respect ku pada mu...sila main jauh-jauh
Posted by purple_lav at 3:15 PM 0 love purple