Friday, September 30, 2011
kereta nyet nyet tetap menjadi pujaan hati
ok korang layan laa video ni. seperti biasa abaikan suara2 yang berkumandang.
kalau korang perasan dalam video ni, bila aku panggil aleesya terus dia palingkan muka dan buat bunyi 'uhhh'. uii dah pandai tau anak dara ni protes bila mamarazi nak amik gambar. tsk
Posted by purple_lav at 4:15 PM 9 love purple
kisah mimpi : episod 3
hari tu memang aku sendiri pun tak tahu aku couple ngn sape ( yg ada incik fidi tny tu)
tapi semalam aku mimpi lagi. apesal ntah mimpi-mimpi yang bukan2 nih. kali ni couple ngn abang pendek (bak kata kakak seperjuangan aku ni) afif AF9.
weh, agak2 laa nak masuk mimpi aku pun huhuhuhu
dah laaa...klu mimpi dapat kamera baru ke, mimpi dapat duit selonggok ke tak pe lah jugak
Posted by purple_lav at 2:31 PM 0 love purple
Thursday, September 29, 2011
harap-harap impian menjadi kenyataan
rutin aku setiap kali balik dari kerja, aku akan amik aleesya, lepas tu masak air, lepas tu basuh kain, lepas tu masa yang ditunggu-tunggu...on laptop
yelah kat opis mana bleh bukak facebook, jadi dh gian laa seharian tak leh bukak facebook, haruslah kena menerjah sejeling dua.
bila on laptop tu,rupanya incik fidi yang guna last tak shut down betul2. jadi aku bleh tengok apa yang dia skodeng sblm ni..
bila tengok tu terus hati berbunga riang, burung-burung pun berkicauan, bunyi cengkerik pun bersahut-sahutan hehehe
nak tahu dia survey apa?????
cik abang, bila tu agak-agaknya nak beli? hihiihih
Posted by purple_lav at 1:06 PM 3 love purple
kisah mimpi : episod 2
tika isteri sudah ready untuk pergi keje, terjadi satu perbualan.
oh, si suami masih tido. dengan mata terpejam tapi sudah jaga2 ayam.
isteri: bang, semalam syg mimpi lorh
suami: mimpi gapo? (mata sebelah je terbuka)
isteri: mimpi bercinta (sengih-sengih)
dan tetiba si isteri sudah berlalu pergi menuju ke pintu, tandanya dia sudah bersedia untuk pergi bekerja. saja tinggalkan suami dengan teka teki hihih.
suami: dengan sapo?
si isteri saje tinggalkan suami dengan ketawa yang berdekah-dekah sbb dia sendiri tak sanggup nak cerita dengan sapa dia bercinta dalam mimpi itu...
si isteri pun ngeri nak cerita sbb dalam mimpi itu bukan muka si suami. muka orang lain! jeng jeng jeng
Posted by purple_lav at 11:37 AM 2 love purple
Tuesday, September 27, 2011
periuk ku periuk mu jua
Siapa dia??tukang masak? lawyer? majistret?
apa!!!! ahli muzik???
pantang nenek moyang aku nak berkahwin dengan ahli muzik.....
ok sekian dulu dari cerita ibu mertuaku hihihih...saje nak buat drama tengah-tengah hari ni.
sebenarnya nak kait dengan gambar kat bawah ni je. macam biasalah aleesya kalau sehari dia tak memunggah barang bagi selonggok kat ruang tamu memang tak sah.
kadang-kadang nampak comel je tetiba dia bawak lari bawang, tin susu, tin sardin, bekas plastik, cawan, pinggan plastik, tudung periuk, periuk dan jugak sudu garfu yang senang dicapainya ke ruang tamu.
yang tak comel bila dia tinggal macam tu je. nenek bongkok tiga ni laa yang kutip satu-satu simpan balik ke tempat asal. hish....
semalam aku memang tak layan dia sangat sebab bagi tumpuan penuh kt America Next Top Model cycle 16....nak tengok betapa propa nye si Alexenderia tu. rasa nak humban kepala dia dalam mangkuk tandas je. ok ok dh ter emo ni....
tup tup....aleesya bawak keluar periuk tiga beradik aku tu.
Posted by purple_lav at 12:25 PM 0 love purple
Sunday, September 25, 2011
makan angin kt Sunway Piramid
mencik! gambar adalah lintang pukang. harap dimaafkan.
macam biasalah hari minggu adalah hari untuk bawak si anak dara tu keluar bersiar-siar. tak kira lah kat mana, asalkan kuar dari rumah tu.
bukan apa kesian pada dia. kesian jugak pada mak dia eh.
lepas je balik dari open house kt damansara damai, igt nak pegi ikea. tapi incik fidi mamai-mamai terus terlepas simpang ke Ikea. punah harapan.
lepas tu cakap ngn dia nak singgah plak kt Viva forever yang dekat cheras tu. nampak macam Pavilion sangat dari luar. jadi cakap ngn dia nak merasa masuk sana. sekali jalan jem terus tersimpang jauh ngn jalan nak ke Cheras. punah lagi harapan ku.
tak putus asa lagi ni, dah alang-alang lalu LDP, mak minta lagi nak singgah IOI Mall Puchong. ingat bleh bawak aleesya main-main kat tempat main dalam jusco tu. ntah macam mana, incik fidi sesat barat (incik fidi lagi kena sbb dia yg bawak kete kan hihihi)waaa....melepas lagi.
nasib baik dapat suami yang amat memahami binik dia ni eceh. dia kata jalan tu lalu depan Sunway Piramid ( oh baru perasan dah tersalah tulis tempat, ok ni dah betulkan balik hahahah). wuhuuu. mak suka mak suka.
apa lagi, nampak kepala singa tu terus singgah laaa.
konpius sudah ibu....aleesya ni suka ke takut sebenarnya?
pastu nak cuit mata laa. nak cuit hidung laaa...
ok gambar patah balik mula dari umah hehehe...
kunun2 nak posing sama macam aleesya, sekali tetiba plak dia garu-garu telinga. terus spoil gambar.
incik fidi ni kalau tengok gambar dia macam ni kena jaja dalam blog mesti dia marah. hahahahaha ampunkan bini mu ini.
nak buat mcam mana, bini dia suka tengok muka dia yang comel begini hahahah
sekarang incik fidi dah banyak cekadak. kalau tengok gambar dalam blog aku ni yg tak ikut piawaian dia mesti aku kena delete. menyampahs. tapi bini mesti kena ikut cakap suami kan..
muka aleesya macam terpaksa. tapi serius nak cakap, masa ni dia tengah senyum oke. sebab dengar dia gelak masa aku cakap 'senyum' masa amik gambar ni.
mngkin senyum dia tak semanis buah kurma. ini sebab dia baru bangun tido.mungkin gegirl tengah tepanjat lagi.
kan susah betul nak amik gambar semua orang. kalau amik muka aku ngn aleesya, incik fidi plak tak de. kalau aleesya ngn ayah dia, aku plak tak de.
kalau gambar cenggini aci tak?
yang ni lagi laaaa.....
blur pun blur laa nak masuk dalam blog punya pasal.
ni gambar dalam lif, tu pasal kuasa gegar dia mengalahkan kuasa kuda.
oh kami bertiga adalah berwarna putih. hihih..perlu ke nak citer kt orang?
bu...bu....#$%@*^%&...
sori ibu tak paham aleesya cakap ape...
ibu tak paham sebab ibu dah tengok harga mainan itu. lalalalalala
lalu si anak pun seakan memahami, dia picit2 mainan tu dan berlalu pergi huhuhuhu
nasib baik tak der adegan bersihkan lantai kt area permainan ni ngn baju dan skirt. kalau tak......bleh laa tengok mak dia menyinga dan berpeluh sakan.
ok itu sahaja laporan saya pada kali ini.sekian.
Posted by purple_lav at 9:37 PM 0 love purple
Saturday, September 24, 2011
rupanya best jugak asgmnt semalam
ptg semalam aku duk mengomen-ngomen tak nak pegi asgmnt. tapi bila pegi not bad jugak laa asgmnt tu. yang lama tu pasal perjalanan je. asgmnt tu kejap2 je pun....
yang paling best adalah aku bleh pegi tempat Masterchef Malaysia ni huhuhuh..biasa tengok dalam tv Masterchef Australia ngn Masterchef US, tapi yang kt Malaysia aku bleh jejak kaki kat dalam studio tu...
walaupun tak pandai sangat nak masak, tapi aku suka tengok orang masak.
itu lah pengalamn paling best aku rasa. terus aku rasa macam Whitney, winner Masterchef US pertama tu.hahahaha
oh, sebelum tu pegi bersiar-siar dalam kilang Panasonic..huhuh bleh tengok camne cara kerja dalam tu..
seni laa konon puiiii....
tapo siyes comel sudu garfu ni
tadaaa inilah antara pemandangan yang ada di dalam studio masterchef. tak leh laa tunjuk sumernya kang tak eksklusif.
masa aku tengok ni terus terbayang-bayang peserta duk berlari-larian cari bahan, capai blender dan perah otak nak create resipi..huuh kalau aku berada dalam ni, mesti mulut aku sentiasa kena blur, sebab duk kutuk diri sendiri tak pandai masak hahahahaha
tadaaa inilah dia chef tu. Chef Emmanuel Stroobant. kalau sesapa penah tgk Chef In Black dalam AFC tu mesti cakap muka dia familiar. yes...dia popular laa uols.
masa tengok dalam tv, dia macam cool je. bila tengok live mcm ni, alamak nape ni chef, kelam kabut semacam je. gabra ek? hahahaha
yelah sape2 yg kena berhadapan dgn crowd mesti rasa debor-debor kan. walaupun dia biasa tapi sekali sekala tu mesti jugak tak leh hilang perasaan nervous tu.
apatah lagi aku, yang tak penah-penah berhadapan dgn orang ramai.seperti biasa aku akan pening dan pitam!
cara dia masak, memang simple giler. campak skit, potong-potng skit. tadaa siap. bila rasa....walaweh bestnye....
gambar ni cilok dari google. stylo giler chef ni. dan nak tahu, dia kawen ngn orang nogori ok....
Posted by purple_lav at 2:17 PM 0 love purple
Friday, September 23, 2011
rungutan hati
jap lagi ada asgmnt kt subang dan aku rasa macam malas nak pegi. bukan apa....klu asgmnt yang jenis tour-tour ni malas betullah sbb LAMA!
ya Allah tabahkan lah hatiku sepanjang asgmnt tu nanti.
....sekian entry terpendek sebab nak luah perasaan.tsk
Posted by purple_lav at 11:52 AM 0 love purple
Thursday, September 22, 2011
nah...gambar raya kat rumah terbuka opis
eceh eceh.....feeling feeling cantik. cantik efek tu jer kot.
cak tetiba ada baby kan. terkejut tengok kak tora datang opis. bawak baby baru dia. laaa dah besar budak omel ni. geram giler rasa kat budak kecik ni.
kak tora, nape kurus ni? mana aci. ibu lepas bersalin kena lebih gemuk hahahahah ayat jeles sebenarnya ni.
oh, teringat plak masa aku mula-mula lepas masuk opis lepas bersalin dulu. ramai cakap aku kurus. hahahaha tak mahu kalah ni. nak citer jugak citer zaman tok kaduk sbb kurus punya pasal.
dan kat bawah ni....mohon banyak2 kan ishtifar dl....kang tepanjat boboy, mak tak tahu....
tadaaaa...makhluk bermuka lonjong. takut tak takut tak....
eh tak takut. nak amik lagi ni.
Posted by purple_lav at 5:07 PM 2 love purple
Majlis RumahTerbuka Opis
Selamat Hari Raya kepada semua yang datang...
tapi aku rileks je duk depan pc. malas nak berhimpit2 dengan orang ramai kat bawah nun (majlis buat tingkat bawah kat opis). ramai sangat kot. aku ni kan pesen yang tak bleh berhimpit2 dalam orang ramai, mulalah datang puting beliung dalam kepala ni.
lagipun rakan seperjuangan tak de. MC plak. cuba korang bayang makan sorang-sorang, jalan sorang-sorang, duduk sorang2....bukan ke semua itu tak best langsung??? hehehe
elok lah aku duk depan pc ni. ngadap asam lagik best.
tapi aku dah buat kerja dan menyumbangkan tenaga dah tadi. dah layan client2. kira oke laa kot aku nak melepak kat atas ni pulak.
rasanya tak der gambar kot utk open house kali ini. sebab aku rasa macam tak meriah sgt. ke aku sorang yang rasa tak meriah? hahahahahha ok tak lawak.
nanti kalau aku nampak ada muka aku dalam gambar nnt, aku masuk laa untuk entry akan datang.
ok lah nak tido laa rasa. line pun clear ni. ok uolsss. selamat malam!
Posted by purple_lav at 3:18 PM 0 love purple
Monday, September 19, 2011
berjumpa empat mata ngn Zamimi Zafika
semua ni berkat dia selalu tunjuk gambar2 masakan dia dalam blog. klu orang mengandung tengok mesti anak dia berair2 mulut. tu blum rasa lagi....
jadi aku ni sambil menyelam sambil minum air la. aku minta khidmat dia untuk sediakan masakan Johor ( cik puan memang berasal dari Johor) jadi selamat satu asgmnt aku hihihihi
cik puan mimi ni menyediakan 4 jenis masakan Johor. kalau nak tahu apa dia masak, cekidaut Majalah Saji keluaran Oktober 2011. yang penting rasa meletop oke. mimi aku tak sempat nak puji hari tu, sedap weh...tengah tulis ni tetiba mulut aku berair2...ni tak bleh jadi, kena pegi umah ko sekali lagi hahahahah
gambar curik hehehehe....dah nama blogger harus bergambar di mana-mana sahaja. tapi aku ngn mimi ni je aku amik gambar masa asgmnt, sbb nak jaja dalam blog. asgmnt ngn org lain aku tak keluarkan kamera cabuk aku tu....
lagi pun abang cameraman cakap gambar dalam kamera aku tak cantik huhuhuhuh.. gurau aje...
yang penting rumah cik puan mimi kita ni cantik laaa. aku pun rasa segan nak ajak ko datang umah aku wei...sbb umah ko super duper kebabom
tadaaaa dua orang mak budak yang anaknya sebaya....tapi mak budak pakai baju pink sangat belengas dan gemuk. rasa kerdil (kerdil ke) sangat berdiri sebelah ko mimi hahahahha.
mimi, kalau ada ape2 pertolongan lagi dari aku janganlah segan-segan ye hehehe.nanti kita jumpa lagi....lagipun umah kita dekat saje kan.....
tq mimi......ikhlas dari aku, pija..
Posted by purple_lav at 10:28 AM 2 love purple
Thursday, September 15, 2011
Wednesday, September 14, 2011
benci!
semalam ada termimpi mimpi tak best...
tak suka mimpi tu
benci mimpi tu
tak sanggup tgk orang buat macam tu kat anak aku
last sekali aku tersedar dari tido, aku nangis, boleh?
Posted by purple_lav at 4:36 PM 0 love purple
aktiviti kt kampung
seingat aku dulu-dulu jalan kt kelantan tak penah jem bila hari raya. dua tiga menjak ni je pandai-pandai dah nak jem. nasib baik jalan balik dari umah aku ke umah incik fidi tak jem. kalau tidak bikin hati membara lah
tapi balik hari raya hari tu, incik fidi dh tak biasa duk terbongkang kt umah je. masa tu puasa lagi. tup tup ajak pegi Rantau Panjang.aku on je sbb aku bleh minum air utk hilangkan haus hari tu hehehe...
aleesya adalah tak sihat sepanjang ada kt kg. kesian tengok dia. makin melidi. oh ni masa pegi beraya ke rumah saudara mara hari tu.
oh kesian kat mak, tersepit dek kerana anak yang terlalu besar hahahaha. adik aku ni nampak je besar macam kapal terbang, tapi penakut pahit (bak kata mak aku). nak pegi dapur yg jauh tak sampai 3 jengkal tu pun takut.. eleh mentang2 laa anak bongsu kan.
oh harus menantu kena bersembang ngn pak mertua di depan. ops, ni kereta pinjam hehehe. abang incik fidi ni tetiba nak tukar kete ngn dia. jadi kami merasa lah naik citra.
aleesya masa ni dh sihat sikit. mulut pot pet pot pet. pantang kitaorang bercakap, dia pun sambung jugak. oh ini kena train balik, tak elok menyampuk cakap orang-orang tua.
dan masa ni jugak laa aleesya 1st time sebut 'tido' hehehehe
ok masa untuk tido..
bergerak ke rantau panjang! masa ni tetiba aleesya demam dan lembek. tapi mak hepi noks sbb bleh jalan2 . muahahah. lagipun masa ni aku tak posa punggg hahahaha
adik aku yg besar ni lagi sekali. dia nih memang. pantang abang ipar kesayangan dia start enjin kereta, mesti dia orang pertama yang masuk dalam kete. suka sangat ikut kitaorang. mgkn sbb aku laki bini ni klau pegi mana-mana cepat je nak balik, mgkn sbb tu lah dia nak sangat ikut. jenis yang tak peramah macam ni lah .
ketekunan incik fidi masa drive. malas nak kacau...
Rantau Panjang adalah super dupar panas. dah laa aleesya demam kan masa ni, aku belasah jugak bawak dia pegi jalan-jalan. memang mak tak berhati perut langsung haahahah ampunkan saya anak oiii...
tapi aleesya nampak oke je....yang tak oke aku lah. dalam hati nak beli macam-macam. tengok baju, alahai cantiknya. tengok bantal, alahai comelnya. tengok periuk pun bleh alahai bestnya....tapi last-last tak beli langsung. keciwa. balik tu terus gigit kerusi kete, tanda keciwa yang amat sangat.
Posted by purple_lav at 10:23 AM 2 love purple
Sunday, September 11, 2011
eeee....apa tu!
janganlah...umo baru 19 thn, tahun depan baru nak masuk 20 thn dah jadi macam ni (statement macam nak kena lempang sedas)
baru je nak berangan-angan depan cermin tadi, tup tup keluar kedutan murni macam ni. macam dah nenek-nenek sangat. agaknya selama ni bila aku sengih dan senyum mesti dalam hati masing-masing duk ngutuk aku waaaa....
jadi nak pakai ape suh anjalkan balik kulit muka ni? takkan nak sapu simen kot, bagi rata balik
sedih aku pedih.
p/s : dlm keadaan macam ni baru igt vitamin C, Botok dan tempe
Posted by purple_lav at 1:48 AM 0 love purple
Friday, September 9, 2011
perkataan demi perkataan
sejak aleesya dah masuk setahun sembilan bulan ni rasanya dah banyak kot words dia bleh sebut..
tapi aku kagum giler bila ada anak orang yang dah boleh membaca masa umo setahun lapan bulan. nak tau apa rahsia dia, mak dia dedahkan flash card semenjak umo sebulan lagi. kelas ko.tapi memang berbaloi...anak jadi cepat pandai.
tapi aku perasan ada beberapa words aleesya yang salah dia sebut. tapi rasanya adat kut budak-budak ni.
contohnya :
kakak = tatak
kentut = tetuk ( hahahah ni kantoi sbb sll kentut depan anak)
ayah = yayah
tapi banyak jugak perkataan dia sebut betul. tak pe tak pe yang tak betul tu aku akan betulkan balik bila dia sebut. tak sabar nak sok sek sok sek ngn aleesya sebelum tido hahahahaha.. dan tak sabar jugak nak sembang-sembang masa tengah shopping holoholololo
Posted by purple_lav at 1:44 PM 1 love purple
hilang sebelah
tengah sibuk mengerjakan hal-hal rumah tangga di dapur, aku tgk aleesya tak der sebelah. panggil laa dua tiga kali dan dia tak menyahut...
ini kalau tak bunyi apa2 ni mesti ada projek baik punya. bila aku intai-intai dalam bilik, laaa subhanallah rupanya duk syok selongkar bekas contact lense.
bila pegi dekat lagi subhanallah sbb dia dah berjaya amik satu contact lense. cari2 kat bawah meja, tak der, memang sah masuk perut ni..
harap-harap contact lense tu selamat cari jalan keluar dari dalam perut budak ni...
ala....aku baru je pakai awal bulan hari tu, dah nak kena buka stok baru. rugi rugi rugi
Posted by purple_lav at 10:44 AM 2 love purple
Thursday, September 8, 2011
apesal ni...
dari semalam tekak duk loya-loya....
aku syak macam nak kena gastrik kot sbb smlm makan bubur nasi je. eh mcm mana sbnrnya tanda2 nak gastrik? huhuhhu mak takut oke.
eh jangan nak kata dapat adik sbb aku baru lepas piyed hiihihihi. (tapi dalam hati ada jugak terdetik pasal ni muahahaha)
Posted by purple_lav at 10:01 PM 0 love purple
Tuesday, September 6, 2011
Selamat Hari Raya Uolss
untuk menjadi menantu yang diberkati dan disayangi, kita buh gambar mak mertua dl ye. huhuhuh ini penting ye puan-puan. datin wannabe di atas adalah emak mertua yang terlalu disayangi...
ini plak adik-adik ipar aku. seronok ada dorang ni sbb dorang rajin layan aleesya eh hehehe bukan lah...sbb dorang ni teramatlah sporting. memang susah dah nak dapat adik adik ipar cenggini.
kenapa kakak ipar korang nampak melebar eh? sbb korang kurus melidi. tup tup kena bergambar ngn orang yang kurus banyak cenggini la jadinya....
bertambah ahli dengan adik-adik ipar lelaki plak...
penyanyi solo kena ada ditengah-tengah hihih
eleh baju aku tu pun bukannya hijau sangat. berangan nak sedondon dipagi raya. tapi siyes memang tak janji, tau-tau sumer dah kaler hijau. ok le kan..
sebelum orang lain merasa biskut raya tunjuk-tunjuk, apa kata tuan rumah dulu yang merasa. hihihih
korang perasan tak aleesya tu, asyik dengan telepon je. ibu dia ni pun dia dah tak heran. bagus anak bagus...
satu-satunya anak sedara belah incik fidi yang aku ada. eh jap nanti bulan 11 ni keluar lagi sorang. harap-harap kakak sayang adik macam sayang baby tau.
kakak balqis panggil aleesya baby....so sweet..
oh gambar ni memang penting. penting nak menunjukkan bahawa dua-dua telah mengembang hihihi.
aleesya tengah tido masa ni. ingat nak amik gambar family kecik tapi tak kesampaian lagi...tak pe tak pe tunggu rumah gemang plak.
sayangnya tahun ni tak der plak
yang tak der dalam gambar ni adalah aleesya dan jugak abang long. ops aleesya tak tolong abang long amikkan gambar pun, cuma dia tengah syok ketiduran di dalam bilik yang ada aircond 6 bijik.katakau! tapi memang sejuk. tak caya try tido, memang sure terlepas subuh hahahah
eh tetiba aleesya dah ada tapi tengok laa camne gayanya. tak cung langsung.
tahun lepas gambar raya dia tengah melalak, tahun ni plak baik punya tido...tahun depan tak tahu macam mana.
gambar ni plak, adik ipar Noor plak yang tak der. tak pe tak pe nnt kita crop cantik-cantik pastu kita print eh...baru cun nak gantung kt dinding lagi.
kakak dah tak bleh manja-manja dah tau....nnt baby dalam perut mama dah nak keluar, sape nak layan baby plak...
korang tau betapa azabnya masa bergambar nih. rasa nak putus siku oke... beratnya budak ni subhanallah...ini pun dah kurus melidi...kalau mok mok aku tak tau laa jadi macam mana lengan ngn siku aku tu.
oh nnt aku citer nape aleesya leh jadi kurus kering masa hari raya hari tu...
ok dah balik kg gemang.....eh aleesya wat ape tu?
lor mengira duit raya ...ibu tak kira elok-elok lagi sumber pendapatan aleesya tahun ni. harap-harap balik modal orang kata.
hahahah giler keji statement ni..
disebabkan balik kg gemang aka kampung aku dah masuk senja dah pun, maka tiada siapa di rumah. yang ada hanya bonda dan ayahanda eceh....
jadi apa lagi bergambar bersama-sama insan tersayang ini je lah...tak pe adik beradikku sekalian, nnt raya haji kita bergambar sampai pecah cermin lense ok...
mak kalau tak hover memang tak sah.
abah memang maintan malu-malu.
yang ada ini jer, layan jerrrrr...
apesal laa muka aku tu? itulah lupa nak pakai SKII wakakakaka SK II laa sangat. cukup tonyoh dngan bedak baby Johnson je.
tak sah kalau tak der gambar menggedik. tapi yang nampak menggedik mak ngn anak pompuan dia je. yang lain selamba kodok jer.
dah namanya genetik sama, gitulah jadinya hahaha
aleesya kerja dia nak menyepahkan rumah je. aku laa yang tolong back up. giler tak, korang sanggup dengar bebelan murni di hari raya, mak tak sanggup..
mak rela tahan apa yang patut...hahahhaah
mak ngn menantu
gambar bertiga yang tak berapa menjadi... NEXT!
ok laa yang ni walaupun aleesya tetiba garu pipi plak. yang pasti dah jadi pic profile fesbuk wakakakakka....
perghhh penat nya taip entry ni panjang berjela-jela plak rasa...dah nnt kita sambung yang lain punya entry plak...jejari tak berapa nak runcing ni dah rasa kebas-kebas...
Posted by purple_lav at 2:20 AM 2 love purple