eh dah raya ke7 baru nak terhegeh-hegeh update citer pasal raya? sori ye puan-puan sumer. ampun maaf di pinta sebabnya mak datin ni baru je balik ke home sweet home kt bangi ni. kalau nak harap update blog kt kampung memang ke laut laa jawabnya.
apa-apa pun Selamat Hari Raya untk semua. jika ada terkasar bahasa atau terguris perasaan, harap dimaafkan ye.
ni nak start kt mana dl ye...ok kita start masa balik hari tu ye. dgn harapan balik hari jumaat adalah mengelakkan jem yang menggila di jalan raya. aku pun tak paham dari mana datang ore-ore kelate ni. asal cuti je penuh kereta di jalan, asal raya je mesti jem...eh hehehe
sebenarnya kat mana2 pun aku rasa mesti jem kalau dah hari raya gini kan. jadi aku pun memang terkena sekali laa...tapi mujur skit jer. perjalanan pulang ke kampung adalah 9 jam.
yang balik ke bangi lain plak ceritanya. igtkan balik hari isnin dah kosong jalan raya tu, rupa-rupanya penuh jugak. sempat gak laa nak merasa kebas bontot dalam kete hampir 10 jam.
ok ok meh kita citer pasal raya plak. sbb apa bila dah masuk part gambar, aku dah malas nak taip panjang-panjang hehehe.
tahun ni adalah turn raya kt umah incik fidi. sebenarnya tak der masalah pun raya kat mana-mana, sbb umah kitaorang dekat-dekat je. dalam setengah jam dah sampai. itu untung kawen ngn orang dekat-dekat umah ni. hajat dihati nak kawen orang sekampung, tapi tak mencabar plak kan...huhuhu. jadi pilih laa orang yang jauh skit.
untuk menjadi menantu yang diberkati dan disayangi, kita buh gambar mak mertua dl ye. huhuhuh ini penting ye puan-puan. datin wannabe di atas adalah emak mertua yang terlalu disayangi...
ini plak adik-adik ipar aku. seronok ada dorang ni sbb dorang rajin layan aleesya eh hehehe bukan lah...sbb dorang ni teramatlah sporting. memang susah dah nak dapat adik adik ipar cenggini.
kenapa kakak ipar korang nampak melebar eh? sbb korang kurus melidi. tup tup kena bergambar ngn orang yang kurus banyak cenggini la jadinya....
bertambah ahli dengan adik-adik ipar lelaki plak...
penyanyi solo kena ada ditengah-tengah hihih
eleh baju aku tu pun bukannya hijau sangat. berangan nak sedondon dipagi raya. tapi siyes memang tak janji, tau-tau sumer dah kaler hijau. ok le kan..
sebelum orang lain merasa biskut raya tunjuk-tunjuk, apa kata tuan rumah dulu yang merasa. hihihih
korang perasan tak aleesya tu, asyik dengan telepon je. ibu dia ni pun dia dah tak heran. bagus anak bagus...
satu-satunya anak sedara belah incik fidi yang aku ada. eh jap nanti bulan 11 ni keluar lagi sorang. harap-harap kakak sayang adik macam sayang baby tau.
kakak balqis panggil aleesya baby....so sweet..
oh gambar ni memang penting. penting nak menunjukkan bahawa dua-dua telah mengembang hihihi.
aleesya tengah tido masa ni. ingat nak amik gambar family kecik tapi tak kesampaian lagi...tak pe tak pe tunggu rumah gemang plak.
sayangnya tahun ni tak der plak
yang tak der dalam gambar ni adalah aleesya dan jugak abang long. ops aleesya tak tolong abang long amikkan gambar pun, cuma dia tengah syok ketiduran di dalam bilik yang ada aircond 6 bijik.katakau! tapi memang sejuk. tak caya try tido, memang sure terlepas subuh hahahah
eh tetiba aleesya dah ada tapi tengok laa camne gayanya. tak cung langsung.
tahun lepas gambar raya dia tengah melalak, tahun ni plak baik punya tido...tahun depan tak tahu macam mana.
gambar ni plak, adik ipar Noor plak yang tak der. tak pe tak pe nnt kita crop cantik-cantik pastu kita print eh...baru cun nak gantung kt dinding lagi.
kakak dah tak bleh manja-manja dah tau....nnt baby dalam perut mama dah nak keluar, sape nak layan baby plak...
korang tau betapa azabnya masa bergambar nih. rasa nak putus siku oke... beratnya budak ni subhanallah...ini pun dah kurus melidi...kalau mok mok aku tak tau laa jadi macam mana lengan ngn siku aku tu.
oh nnt aku citer nape aleesya leh jadi kurus kering masa hari raya hari tu...
ok dah balik kg gemang.....eh aleesya wat ape tu?
lor mengira duit raya ...ibu tak kira elok-elok lagi sumber pendapatan aleesya tahun ni. harap-harap balik modal orang kata.
hahahah giler keji statement ni..
disebabkan balik kg gemang aka kampung aku dah masuk senja dah pun, maka tiada siapa di rumah. yang ada hanya bonda dan ayahanda eceh....
jadi apa lagi bergambar bersama-sama insan tersayang ini je lah...tak pe adik beradikku sekalian, nnt raya haji kita bergambar sampai pecah cermin lense ok...
mak kalau tak hover memang tak sah.
abah memang maintan malu-malu.
yang ada ini jer, layan jerrrrr...
apesal laa muka aku tu? itulah lupa nak pakai SKII wakakakaka SK II laa sangat. cukup tonyoh dngan bedak baby Johnson je.
tak sah kalau tak der gambar menggedik. tapi yang nampak menggedik mak ngn anak pompuan dia je. yang lain selamba kodok jer.
dah namanya genetik sama, gitulah jadinya hahaha
aleesya kerja dia nak menyepahkan rumah je. aku laa yang tolong back up. giler tak, korang sanggup dengar bebelan murni di hari raya, mak tak sanggup..
mak rela tahan apa yang patut...hahahhaah
mak ngn menantu
gambar bertiga yang tak berapa menjadi... NEXT!
ok laa yang ni walaupun aleesya tetiba garu pipi plak. yang pasti dah jadi pic profile fesbuk wakakakakka....
perghhh penat nya taip entry ni panjang berjela-jela plak rasa...dah nnt kita sambung yang lain punya entry plak...jejari tak berapa nak runcing ni dah rasa kebas-kebas...
2 love purple:
comel la mak fiza! :)
oh gambar bertiga tu cute je. hehehe.
intan: mak awet muda. snts berangan-angan nak jadi awet muda macam mak! hahahahah
Post a Comment