? ??????????????Last Beat? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??3401 Grabs Today. 6923 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Colorful Twist? ????? ?? ???Rating: 4.5 (66 Ratings)??2360 Grabs Today. 28501 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, May 31, 2012

check up 4 bln +++

salam dan selamat petang uolsss! eh tetiba rajin plak update blog. walaupun keje tengah menimbun tapi ai tak kisah. nak update jugak hhohooh!!!

semalam aku pegi check up utk 4 bln ++. alhamdulliah semuanya selamat dan menyihatkan heheh. eh kan bulan lepas aku kena amik darah, ok semalam dh tau resultnye..

haemoglobin sedang-sedang sahaja, tak banyak dan tak kurang. ok. benda-benda lain yang ada dalam darah dan aku tak reti sebut pun ok semua. yang pasti semua ok ok saje.

bila buat rutin check up, timbang je berat,tau-tau berat dh naik sekilo hehe dah agak dah sbb skrg dh kurang skit mual2 waktu malam tu. jadi sekarang bleh makan macam biasa.

eh ada 1 story mory nih. kan biasa klu pegi check up mesti nk kena test urin kan. aku plak masa sampai kt Az-Zahra tu aku terus buang air kecik sbb sejuk. hujan plak hari tu.jadi bila nama dh kena panggil tu, rasanya pundi kencing tak sempat penuh lagi.

keluarkan laaa apa yang ada saki baki dalam tu. sekali baru nk letak kt sinki, terjelepuk terjatuh. waaaaaaaaaa pundi kencing mek dh kosong laa!!!!

dh teran2 kasi keluar, memang tak dapek laaa...last sekali aku bagi je yg mana tertinggal dlm bekas tu. mesti misi kt situ gelak sampai sakit perut2 tgk urin secoit tu je....eh dorang gelak ke marahkan puan norhafiza (nama seperti tertera dibotol berpenutup kuning)?

tadaaa ni laaa baby dalam perut. nampak gaya mcm dh besar. kaki tangan duk tempat statik je tp kepala tak duk diam. mgkn tgh berzikir kot. aminnnnnnnn

doc kegemaran, Dr Fazlina Hanum dh try skodeng sama ada ternampak pistol kecik atau pun beger, sekali baby p tutup ngn kaki.punah harapan ibu nk tgk. tak pe kita tunggu bln depan plak ye. next month adik kasik bukak luas2 ye kangkang tu. ibu nak ready beli baju hakhakhak


 hah, mak buyong! sori baju selekeh skit. tak perasan uolsss......

Wednesday, May 30, 2012

mandi air terjun lagiiiii!

biasalah hari minggu mesti kena ada aktiviti. kesian kat anak katanya heheheh. hari ahad lepas kitaorang kembali lagi ke air terjun yg terletak kt semenyih. mcm mana bleh lupa nama air terjun tu.ampunkan saya penunggu gua...

kitaorang pegi dh petang pun. sbb rasa dh boring duk lepak dalam umah je. dlm pkl 4 lebih jugak laa baru gerak dari umah.

sampai2 port kitaorang dulu yang best tu dh diambil orang. terpaksa cari port yang lain. seperti biasa mek tak mo cari jauh2. mengah nak jalan. cari yg dekat2 je. ada laa jumpa satu tempat ni. bawah jambatan. nsb baik dh kawen n beranak pinak, klu tak mau bawak sekali 7 jenis bunga mandi bawah jambatan tu....hihi

 disebabkan baru je mandi sungai hari tu, keberanian aleesya kali ni begitu menyerlah hahahaha. nak berkepit je ngn ayah dia sbb dia tahu ayah dia mesti bawak dia main selam-selam. aku seperti biasa duk tepi-tepi je.

masuk je air dah nampak muka hepi dia. seronok ye nak?

 dia paling suka bila incik fidi buat macam ni. rasa macam arus tu yang angkat dia. tak tahan dengan kaki turut kelepek kelepek dalam air, buat mcm kaki itik tu.....hehehe

 yang ni aku seriau skit. eh bila masa plak aku tak penah seriau bila berkait ngn anak kan? hehehe. aku tengok je incik fidi main selam-selam anak dia. tunggu masa dia dh over, aku jerit laaa

" dah dah, air masuk idung dh tu"

tapi biasalah. dua-dua sama. yang sorang tu tukang selam. yang sorang tu tukang sengih walaupun aku yakin bape banyak dh air dia telan. heheheh

erk nak kata sungai ni bersih tak jugak. sbb ada insiden menjijik kat berlaku kat kami kali tu. tengah incik fidi korek-korek pasir nak cari batu kecik2 utk aleesya main baling-baling, tetiba dia tertarik pad ada kesan darah.

woiiiiii ape kebenda tak de kesedaran sivik ni. vungoks punya orang. main buang je. itu benda kotor ok. sekali jembalang dlm hutan tu jilat2, eeeeee nauzubillah. terus aku geli geleman....

baru je nak naik sbb dh tak lalu duk dalam sungai tu.....nampak berekor-ekor kera yang banyak area situ, melarikan makanan kami. waaaaaaa, tak sempat makan lagi kopok tu. benci kamu kera!

Tuesday, May 29, 2012

kesukaran untuk tidur

cakkkk aucakkk hehehe lama kan tak muncul di arena blog ini. kesian kamu wahai kawanku, syima. nah, hari ini kakakmu tunaikan permintaan awok hehehe...

aku rasa macam bz sgt bulan ni. sakit badan,, sakit kepala dan jari-jariku sakit semua (eh ternyanyi plak). alangkah bestnya klu dpat bercuti dua minggu. wah nk dua minggu tu, memang tak dapek laaa puan pija oiiii....

ok ok meh nak citer pasal keadaan ibu buyong skrg. sikit-sikit aku dh mula rasa perubahan pada badan aku. dan sikit-sikit jugak aku dapat rasa susah giler nak tido..

mengiring tak kena, terlentang tak kena, nk meniarap tak bleh plak. jap-jap lenguh pingang, jap-jap rasa mcm tak leh nk bernafas. nk bagi btl2 selesa tu aku rasa adalah amik dalam setengah jam jugak. ya allah mencabar btl nk tido.

bila dh dpt posisi terbaik, tetiba si kecik ni meronta-ronta plak. mcm tersepit plak dia kat dalam....oh kesian kami anak beranak.

Monday, May 21, 2012

kenangan di Pulau Redang

 ops ni bukan gambar bulan madu fasha sandha yo! walaupun tempat yang sama kan hehehe

hari ni aku clear kan folder-folder lama dlm komputer opis. berat semacam je nk bukak satu-satu benda kan....

tetiba terkeluar gambar ni

teka di mana aku?

wah ketika ini masih ada potongan gitu hahahahahahha walaupun peha tetap peha ayam daging tp masih dlm kategori kurus (hah kurus ke?)

menangis kejap tgk gambar ni....badan anak sorang dh masuk double line, masuk anak dua aku rasa terus panjat divider dh kot. haru!

Sunday, May 20, 2012

gambar seksi meksi

 sabtu ahad aku melepak kat umah je. hari sabtu incik fidi ada keje. hari ahad tak de mood nak keluar. bukan ape sejak dua menjak ni aku cepat nau penatnya klu keluar berjalan-jalan.

kalau dulu, pantang incik fidi ada kat umah time weekend, memang laju je aku ajak dia keluar. mati kutu rasa duk dalam umah je kan. sekarang namau namau....baik duk umah je.

duk umah ngn aleesya memang aku layan dia kaw kaw laaa.tapi yg mana terdaya je lah. ginilah klu hidup seorang wanita bekerja. hari bekerja, berapa jam sangat laaaa dapat bersama anak. hari tak keje lah aku duk 24 jam ngn dia. golek golek ngn dia, gomol gomol ngn dia, makan sama sama, main amik gambar samas-sama....hihi

 skrg kan panas membahang je. w'pun dh pasang kipas pada kelajuan maksimum pun, tetap berpoloh-poloh. aleesya lagi laaa sampai hbs naik ruam celah-celah lipatan leher. jadi, aku memang tak pakaikan dia baju langsung kt umah.

jadi korang tengok laaa gambar dia tak berbaju dari gambar pertama sampai akhir heheh...

 skrg dah pandai dah sebut banyak perkataan. yelah dia ni jenis yang lambat skit bab bercakap. tapi skrg dh bnyk perkataan dia sambung jadi ayat. cuma bab nak paham tu mencabar skit hehe

 no camera plisssss.......
 ha, ni perangai mana ntah, bergambar sambil jelir-jelir lidah. tak paham aku...

sekian saje entry kosong kosong kosong (lagu najwa latip hehe) hari ini...

Sunday, May 13, 2012

gambar peyut

eh tetiba nak tayang perut plak...ala utk kenangan kan, tak pe lah kot..

perut di atas adalah berusia 4 bln...saje amik gambar kt gelap2 nk bagi efek tak berapa nampak hehehe...sekarang dh rasa baby main keras-keras, kejungkan perut ibu...klu baring tu kejap je tetiba dh terbonjol...

klu aku tunjuk perut masa aku duduk pengsan kot menengoknya. selambak!

tadi incik fidi bagi ayat yg buat berbunga-bunga hati aku....masa tengah jenjalan nk g amik barang, dia kata aku masa ngandung nampak kurus. olololo abang, jgn laa gitu. yg kita ni dh risau sbb berat dh turun. takut pegi check ujung bulan ni, berat turun lagi.

Monday, May 7, 2012

anak saya seorang yang berhemah

sebab apa kata berhemah? aleesya ni semua benda yang dia rasa salah melakukan dia akan say 'sorry'. heheh

kadang2 tu, suh pegi amik pampers dalam bilik, lps tu tetiba pampers tu jatuh, dia dah laju-laju ckp 'Orry'...hehehe

walaupun aleesya ni kategori yang lambat mulut skit, tapi yang mana ada ni pun selalu buat aku tergelak.

Perkahwinan Nonie & Eric Di Sentul



hari sabtu lepas pegi kenduri kahwin member opis. tahniah nonie. semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat bersama suami tercinta yek. tak sabar nk tunggu kehadiran mak buyung plak kat opis ni hahahaha over kan.

sebelum sampai ke tempat kejadian tu, aleesya tido ngn nyenyaknya dalam kete lepas merajuk ngn ayah dia. incik fidi tu selalu sangat menyakat anak dia. kesian pun ada aku tengok aleesya hari2 kena sakat. tapi nak buat macam mana dah. terpaksalah tabahkan hati ye aleesya.

bila dah cukup tido, tenaga pun dah charge, budak kecik tu gumbira laa sepanjang kat sana. daripada jenis yang takut-takut ngan orang, dia bleh mesra alam plak hari tu. semua orang dia ok aje. cuba klau mood dia tak oke, mesti melekat je kat kaki aku. nak berjalan pun susah.

sampai2 je aku terus masuk dalam umah pengantin, nak bagi hadiah ngn bergambar sekali. harus bergambar sebab nak jaja kat dalam fesbuk dan blog hahahaha.

nasib baik photographer tu budak opis jugak. lagi senang mek nak berposing bagai. eh ni wedding sape sebenarnya yang nak beria-ia posing jugak?

akak photo aka syada yang memang terbaik. hasil photo dia memang meletop. klu nak guna dia, roger aku eh.ok syada, ni bukan free promotion ye. ganti ngn preggy moment photo hahahahahah.

aleesya masa ni masih malu-malu miow. tapi lepas tu siap pusing-pusing gaun lagi.hebat nak.

 baju biru adalah kakak pengantin perempuan. sebelah kakak pengantin aku tak kenal sbb aku main amik je gambar ni. sebelah tu plak adalah pengantin perempuan. orangnya manja dan cung. sebelahnya tu plak of coz suami tercinta dia.

 incik fidi tak de masa aku bergambar ni sbb tau-tau je dia dah senduk nasi masuk lam pinggan. tak kan aku nak halang dia makan dl plak kan. jadi aku ngn anak tersayang je pegi bergambar dgn pengantin.

baiknya pengantin bila dia bagi aleesya pegang bunga. aleesya memang dh sporting hari tu memang dia pose je lah.

oh ni kak mai, kakak kat opis aku jugak, orangnya terlalu baik. wah pujian melambung ni. tapi memang betul lah. senang je kalau nak suh dia sediakan GL ke, urusan cuti-cutian ke. semua ditanggung beres.

 ha, ni kak tora. rasanya dah banyak kali dia interprem dalam blog aku hehehehe sbb dia antara kakak terbest kat opis tu. tu yang bambam tak igt adalah anak kesayangan dia. anak dia tu dh kira obesiti jugak kot sbb berat badan dah cecah 11 kg ke lebih. padahal umur baru 8 bulan. kussss semangat.

mak nye dah makin cekeding aku tengok.

dan aku kagum giler ngn kak tora. dia bleh datang kenduri ni ngn anak dia je dari semenyih ke sentul. perghhhh kental giler aku rasa. klu aku laaaa mesti aku dh u turn mana2 jalan. tak sanggup nak hadap.

 eh tetiba beranak dua. hehehe. dah laa baju aleesya sedondon ngn kak tora terus nampak serasi bersama gitu. dan tetiba jugak aku tengok muka aleesya ngn fakrul nak sama! hahahaha

 incik fidi tengah makan baik punya. aku baru je nak amik makanan.

 memandangkan masa tu dah nak pkl 4 ptg, loya-loya dan mabuk aku dah datang. akibatnya makan dua suap terus rasa nak uweekk....alamak perut lapar ni!

 aleesya gelenya!



 kesian tengok budak yang jarang jumpa daun. sepanjang tu duk main daun tu je. jap jap tiup laaa jap jap tergelak laaa.....aduyai...sian kamu anak.
 ok dah nak berangkat pulang dah. kena bergegas sbb incik fidi ada keje plak lepas tu.

eh aleesya nape muka mcm tu. sodehnya...

Friday, May 4, 2012

perjumpaan budak2 sekolah...

wah dah macam budak tengah belajar lagi bila baca heading. sebenarnya budak sekolah zaman 1999. lagi tepat geng budak sekolah dari tahun 1994 hingga 1999. walaupun aku berkawan agak rapat dengan mereka hanya pada tahun 1998 dan 1999 sahaja, tapi kami tetap kawan! oh sweet nye ayat ini. hahahahah.

kejadian ni berlaku masa hari ahad lepas. kesian kan mak buyung ni, sekarang baru nak cerita. citer dh basi. tapi tetap nak citer jugak.

tengah elok tengok citer kartun Tinker Bell tetiba mek kak aka kasmawati aka mak dunje hantar mesej. "jom laa datang rumah, ada buat makan-makan." wah seronok!

terus hantar mesej kat tok laki mintak kebenaran. dgn harapan yang tinggi agar dia melepaskan dan memberi keizinan bini dia utk berjimba-jimba. alasan kukuh kali ini adalah Bangi dan Puchong adalah tak de lah jauh sangat, kalau nak bandingkan Bangi dan Gombak. hehehe.

tok laki mesej balik " Ok pegilah. selamat" . hamboih.....main ayat selamat-selamat gitu okeh.

apa lagi selepas tengok Melodi n solat Zohor terus bawak anak dara bersama-sama menuju ke Puchong. dalam kereta saje main karoake ngn aleesya. tak nak bagi bosan. bila keluar lagu Stacy, Kasanova. kami main geleng-geleng kepala tanda menari. nak menari btl2 tak bleh sbb mak tengah drive.Don't Dance And Drive.

hamboih puan jay....dah tak sabar-sabar nampak. tengok laa betapa banyaknye lauk pauk yang mek kak masak. sampai tak muat meja dan terpaksa ubah plan makan kat lantai je. lauk pauk adalah kebabbom.

ada masak lemak siput sedut, ikan talapia ke ikan ape aku tak kenal masak tiga rasa, ikan kembung (juga tak kenal ikan ape) cicah air asam, ayam goreng, ulam2 n  budu. memang terbaik. tapi sayang aku bleh jamah skit je nasi sbb anak memberona. tensi tensi!

 utk anak-anak plak, terima kasih pada tuan rumah sbb alert. suami mek kak pegi beli jajan utk anak-anak kecil kumpul ramai-ramai dan makan sambil suap-suap. sweet lorh!

 tengok kan betol. bagus betul anak dara puan jay ni. tolong suap kakak sarah.

 ank tuan rumah tak leh join lagi sbb masih kecik. tunggu ye dunje nnt dh besar bleh join sekali. eh anak aku pun tak join jugak. aleesya tu ngade-ngade skit.

 oh mem besar dan tuan besar. rancak berborak. lama tak jumpa rasa dgn dorang ni. tapi aku hari tu mcm letih ngn perangai anak sendiri, jadi mcm mood menurun skit. tak leh nak berjimba-jimba sangat.

hambek! muka aleesya sebesar bas hehehe. itu dia laa yang nak amik gambar sendiri.

yang penting hari tu kami happy, dapat jumpa member2 lama. sempat gak bergosipan. sempat tengok kain2 cantik dari mama jaa..dan yang penting sempat merasa air tangan mek kak yang sungguh sedap tu. kak terima kasih ye atas layanan yang diberikan. memang terbaik.

eh nape penat ni....nnt aku sambung balik laa tulis.

Thursday, May 3, 2012

demi sesuap nasi beriani

dari hari sabtu lagi duk terbayang kesedapan nasi beriani berlaukkan daging.

ish sejak mengandung ni ada je makanan yang terasa nak makan, mengidam itu lah, mengidam ini lah...nsb baik tengah mengandung, jadi makan banyak pun tak ketara sgt tang perut tu hehehe.

jadi semalam dalam hujan-hujan lebat gigih pegi Restoran Anje kat Seksyen 15. dramatik giler. bukan setakat hujan lebat je, tapi dgn guruh berdentum dentam.

aku pegi ngn Mastura. on da way tu, ada plak kawasan yang air bertakung dalam giler. bleh kata macam banjir jugak nih. gigil2 tekan minyak kete takut kete masuk air. nasib baik selamat.

bila dah sampai tu, dugaan lagi. cari parking tak dapat-dapat. mungkin sebab ujan lebat sgt kot. dua kali pusing jugak baru dapat dicelahan kereta-kereta lain huhuhu...nasib baik kete aku ada dua payung. tak de lah basah kuyup sangat aku ngn mastura.

masuk je apa lagi. jom laaa mengorder nasi beriani daging. odapppp giler rasa bila dapat makan. puas hati. tapi sayang tak dapat habiskan jugak sebab perut dah kepenuhan.

tengok anak, betapa ibu sayangkan anak. walau dalam hujan lebat, ibu sanggup redahi jugak untuk keinginan anak. eh keinginan anak ke keinginan mak dia ni hahahahahhaha

Tuesday, May 1, 2012

makan petang berdua je

oh citer lama....tapi nak citer jugak...

citer ni masa weekend lepas, masa incik fidi kena kerja. mencik! lps tu tak tau nak buat apa kt rumah, cuma tgk tv, tv dan tv...masak pun malas order pizza je..

dalam duk selak2 rancangan tv, tetiba tertengok channel AFC. orang tengah buat kek. omaigod! sedapnye kek. ada kek span, red velvet, cupcakes...mencik. nak buat kek memang tak pandai, beli je pandai.

lps tu tengok aleesya, kalau keluar berdua je ni lepas tak agak-agak?


sedar tak sedar, eh dah sampai secret recipi rupernya hahahahahah....

memang dalam keadaan mengandung macam ni, aku cepat penat, cepat letih, cepat mengah. jalan setapak dua pun dah rasa tak cukup napas. lagi2 duk umah tinggi atas kayangan ni. kalau ada lif ok lah. ni pakai tangga. nak mendukung budak kecik ni naik turun tangga memang azab.kalau ada incik fidi mmang tanggungjawab dia lah kan mendukung budak ni.dalam teragak2 nak keluar tu, sampai jugak kat secret recipi.

ini semua salah tv lah, nape tunjuk orang buat kek!

kata minum petang, jadi makan yang lite-lite je. order ice lemon tea, marble cheese cake dan ice cream ada smarties dalam tu. ice cream tu aleesya belasah sampai separuh bekas tu. separuh lagi aku laa yg hbskan. beku rasa lidah ni...

kek marble memang terbaik. nak lagi satu!


 tak mo orang suap, nak suap sendiri. lepas tu habis tumpah satu meja. tak pe kena berdikari jugak. nanti dah ada adik, tolong suap ngn adik ye. ibu suap2 ayah. eh puiiii...