Selamat Hari raya Aidiladha diucapkan kepada semua. sepatutnya ucap semalam sbb semalam kan raya. tapi aku tak de mood sbb raya kt bangi je. dan keadaan semalam adalah tak macam raya langsung. dah laa incik fidi kena keje. terperaplaaa kat umah aku dua beranak + baby.
nasib baik umah pengasuh aleesya ngn umah aku dekat sajork. dia laa yg tolong hantar makanan-makanan berkonsepkan raya kt umah hhahahha. dapat jugak laa merasa makan nasi impit. tengah hari aku dh order mekdi. malas nak masak.
ok aku masih belum beranak. rasa sedikit tension pun ada sebab tengok member2 yg dekat2 due aku semua dah selamat. aku jugak yg masih memboyong. malah ada yg dh separuh pun pantang dorang. aduyaipun...
kalau ikut due aku lagi 3 hari cukup laaa 40 minggu. masa check up last genap 39 minggu, doktor kata baby besar. tak leh lama dalam perut bimbang lagi bertambah besar. lagi seronok mak dia makan huhuhu. doktor bagi anggaran berat baby masa tu dh 3.6kg. jadi korang bayangkanlah tambah lagi seminggu berapa berat dia sekarang.
berat aku tak naik. dari 73kg minggu lepas, minggu ni pun masih 73kg. tak mungkin ia berubah menjadi 37kg hahahahha ...hohohoh alangkah bestnya klu dapat berat seringan itu. oh mungkin selepas pantang nnt. pitam!
tapi aku dah start cuti. kira lepas raya ni aku sambung cuti terus lah. dh malas aku nak turun naik tangga opis.
Saturday, October 27, 2012
Selamat Hari Raya Aidiladha dan 3 hari lagi nak beranak
Posted by purple_lav at 12:40 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 love purple:
oh, blm bersalin lagi. sabar2. kita dah masuk stengah perjalanan berpantang. hehehe, 36w baby dah keluar.
itu lah pasal. awk dh separuh jalan, ai ni blum lagi menetas. kadang2 rasa jeles ngn org dh beranak hehehe
memang baby kak fiza nk kuar 40w jugak, sama macam kakak dia. bertabahlah wahai hati.
Post a Comment