baru larat nak update blog. susah jugak sebenarnya beranak ikut tingkap nih..ok ok jom kita baca pengalaman bersalin aku kali kedua nih
1 Nov 2012
Hari nih aku memang nebes jerk sepanjang hari. yelah sebab dh bleh agak malam karang kena masuk ward sbb aku kan kena induce. jadi siang hari tu aku kemas2 umah, simpan beg-beg baju anak beranak utk balik ke kampung nnt dan makan sepuas-puasnya.jadi siang-siang lagi dah rekues ngn incik fidi, sebelum masuk ward nak makan KFC. mujur jugak pakcik tu masih lalu nk layan kehendak bini yang ntah ape ape nih. jadi sebelum sampai ke hospital, perkena Snack Plate sepukul dl. nyum nyum nyum.
Kami sampai kt Pusat Rawatan Islam Az-zahrah dalam pkl 10 mlm lebih2 gitu. lps naik ke tingkat 3, aku terus disuruh masuk bilik Sumayyah. ok selesa bilik dia.tak lama lepas tu, misi datang bawak baju uniform n inform bidan akan datang kejap lagi.
tak lama lepas tu, bidan datang n check laluan. hohoh perkara paling benci kalau nak beranak. tapi nasib baik bidan ni amatlah lemah lembut. tu yang aku suka beranak kt situ. dia kata jalan terbuka 1cm n rahim masih tebal. lepas tu bidan ckp dia akan masukkan ubat pada pukul 3 pagi. hoh, 3 pagi? lama lagi laa nak menunggu.
sepanjang2 masa tu aku tak leh tido. tetiba terasa contraction dtg sekali sekala.tepat pkl 3 pagi, bidan datang masukkan ubat n check jalan sekali gus. gulp! sakit ..dlm pkl 3.20 pagi aku rasa contraction. masih boleh bertahan. then dtg lagi dlm 10 minit, lps tu 5 minit lps tu makin kerap. terus aku tekan bell nk mintak ubat penahan sakit...misi dtg dan tgk graf kt mesin ctg dia kata contraction aku terlalu kerap. terus dia panggilkan bidan.
bidan datang check bukaan lagi dia kata dh jadi 2 cm dan dia tgk graf. dia kata kesiankan aku sbb dah menanggung kesakitan contraction yang terlalu kerap. lps dia call doktor Fazlina, aku mesti disorongkan ke labour room. masa tu dh pkl 4 pagi. masa tu jugak aku rekues epidural sbb aku tau keberkesanan epidural masa bersalinkan aleesya dl.
masuk je labour room, incik fidi mcm dh tau2 berdasarkan pengalaman lepas. selamba kodok je dia angkut selimut Angry Bird sbb dlm bilik tu memang sejuk tahap cipan.hohoho. aktiviti check bukaan dibuat dari semasa ke semasa. mak redha je masa ni. dah laaa tetiba plak ada budak satu sekolah menengah dl yang bertugas masa tu. aiyok, malu mek bila dia skodeng part tuh. lbh baik org tak kenal yg tgkkkan dr org yang kenal kita dari zaman sekolah lagi. tapi nak buat mcm mana dh kan..plak tu dia yang tolong shave kan bebulu kt bahagian sulit. harap2 tak jumpa laa dia kat kampung nnt hahaha
tak lama lepas tu, doktor pakar bius sampai utk uruskan epidural. masa tu aku dh amik ubat tahan sakit, jadi duk lalok-lalok je lah...nasib baik. tapi terkejut jugak laaa masa jarum masuk kat tulang belakang tu. progress bukaan aku cepat.dari 1 cm ke 1 cm sterusnya hanya mengambil masa tak sampai sejam pun. tapi kepala baby tetap berada jauh di atas.
sampai lah dh sampai 6 cm, doktor Fazlina sampai dan dia bagi pilihan pada aku sama ada nak tunggu lagi utk bersalin normal atau czer. dia ada ckp, kepala baby sedikit besar tu yg menyebabkan dia tak dapat masuk ke laluan dan dia bimbang jika tunggu makin lama, aku makin tak larat dan kemungkinan rahim akan pecah. gulp, takut!
aku curi masa 2 minit utk call mak aku yg dh sampai. sambil nanges-nanges ckp aku mungkin akan dibedah. dgr mak pun nanges, aku lagi laa nanges sampai tak leh ckp.last sekali aku amik keputusan utk czer jer.lps jer sign borang tu, aku menangis tak berenti-renti. bagusnya misi kt situ selalu dtg bagi semangat kt aku, tak pe czer pun. kita buat yang terbaik. sampaikan Doktor Fazlina ngn doktor bius pun bagi kata2 semangat bila tengok aku asik menangis. part doktor bius dtg usapkan kepala aku lagi laju air mata aku nih.
lebih kurang pkl 11 pagi, aku disorongkan ke OT. masa ni, air mata mcm tak kering-kering. nangis je. lagi laju bila kena bersalam ngn incik fidi yg terpaksa menunggu di luar. air mata makin laju dia pegang kepala aku. hohoh (dlm menaip ni pun bleh nangis)
masuk je bilik OT, misi ngn doktor masih memujuk aku. tapi makin orang pujuk, makin laju plak air mata aku. lepas tu doktor bius tunjukkan aku jarum dia ckp dia akan cucuk bahagian kaki aku. sambil dia cucuk tu dia tanya aku sakit ke tak. memang tak rasa ape lah, kebas.lps tu mulalah operasi belah membelah perut. masa saat tu aku terasa jugak goyang2 badan, tapi rasa lalok lagi banyak dlm kepala aku sampai nak tertido pun ada.
tepat pkl 11.54pagi keluarlah adik. kuat sungguh tangisan dia. dalam lalok2 tu aku sempat tgk adik bila misi2 dtg tunjukkan pada aku. tak nampak pun muka, yang nampak bebird dia. tapi suara dia mak aiii kemain kuat. proses jahit menjahit pun berlangsung laaa. tak lama lepas tu aku dgr misi bagitau berat adik. 3.7kg hohoho adik besarnya kamu! patutlah perut ibu besar lain macam.
lps dh siap, aku disorongkan ke bilik. walaupun beranak, aurat aku dijaga. itu yang bagusnya beranak kt situ, dorang tutup rambut aku dgn kain.masuk je dalam bilik, aku nampak mak. apa lagi, drama air mata la plak. misi tanya nape nangis. lagi kuat aku nangis, cengeng betullah.
maka bermulalah aku tak bangun dari katil dari pkl 12 sampai laa esok pagi. tiub kencing ada tergantung. lps tu perut aku masuk angin sbb dh x makan hampir 2 hari. dgn kesan epidural mmg muntah laa keje aku. seksa ok. nasib baik ada mak.
tetiba plak dapat batuk siap ngn kahak plak. ntah datang dari mana pun tak tau. dan batuk selepas czer adalah perkara paling mengerikan.nasib baik epidural dorang masih sambungkan kt aku. dalam 2 botol jugak laa epidural duk masuk dalam badan lepas czer tu. bestnye aku tak rasa sakit sangat lepas czer. lenguh satu badan sbb duk terbaring je.
tetiba rindu ngn anak sendiri. yelah mana jumpa lagi adik FA. terus suh misi bawakkan adik FA ke biik. apa lagi proses mengambil gambar pun bermula hahaha.
2 Nov 2012
Masa ni aku dh rasa sihat sikt. mujur ada member2 yg dtg melawat.dan berbekalkan ipad, aku mintak nasihat ngn info pasal czer ngn member2. pagi2 tu misi dtg lap2 satu badan atas katil. malu ok bila dorang duk kelebek2 satu badan termasuk part sulit.tak lama lepas tu dorang bukakan tiub kencing. masa ni lah aku kumpul segala kudrat aku utk bangun berjalan.tak leh nak manja sgt ok.
mula2 bangun aku rasa pening yg amat.tak pe cuba lagi. lepas tu aku berjaya sampai ke bilik air dan kecing. syabas puan pija.
tak lama lepas tu, mak bawak aleesya. ya allah rindu sungguh ngn anak sulung tu. mula2 dia tengok aku, masa tu aku tgh bf kan adik, meraung tak hinggat laaa. sbb dia rasa orang lain dh amik ibu dia. hahaha lps kena pujuk ngn incik fidi baru dia ok.
baiklah nnt kita sambung plak citer perjalanan balik ke kelate yg mencabar itu. dh panjang sangat ni...
Monday, November 12, 2012
Moh kita baca pengalaman bersalinkan adik FA
Posted by purple_lav at 5:28 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 love purple:
mase baring tu awk baring berbantal ke?kalo berbantal biasenye akan buat kita jd muntah...memang seksa kalo dapat batuk2 lepas czer...huhuuu
akk pon nangis baca...xde pglmn czer utk ak..tp dapat bygkan perasaan sedih awak tu..tahniah for ur 2nd baby..:)
congrats pija on ur baby boy...mst best giler dh dpt sepasang...:)
pija..aku kuar air mata masa baca citer nih..sadis pun ade..hee
Amy: mmg baring ngn bantal laa. Tp sumer tu tinggal kenangan sudeh hahahah. Tetiba rasa serik beranok.
Kemma: sy dh rasa dua2 pnglaman beranak, jadi rasanya beranak normal adlh yang best huhu.
Zura hasan: makasih. Erm dh sepasang. Alhmdlh.
Ida: aku meme manjo skit. Sokmo nk teriok. Jumpa doktor pun bleh nk teriok huhu.
aduhaiii, pengorbanan seorang ibu. but, bb aqeel sgt la smgt. beza sungguh dgn Adli apatah lagi Arrizqi. huhuuu...
jap lap air mata.
Leh tau x brape bil awk kne bersalin kt ctu?
sis nak tanye .. czer kt az zahrah kosnya brapa ya?
Post a Comment