semalam ada termimpi mimpi tak best...
tak suka mimpi tu
benci mimpi tu
tak sanggup tgk orang buat macam tu kat anak aku
last sekali aku tersedar dari tido, aku nangis, boleh?
Wednesday, September 14, 2011
benci!
Posted by purple_lav at 4:36 PM 0 love purple
aktiviti kt kampung
seingat aku dulu-dulu jalan kt kelantan tak penah jem bila hari raya. dua tiga menjak ni je pandai-pandai dah nak jem. nasib baik jalan balik dari umah aku ke umah incik fidi tak jem. kalau tidak bikin hati membara lah
tapi balik hari raya hari tu, incik fidi dh tak biasa duk terbongkang kt umah je. masa tu puasa lagi. tup tup ajak pegi Rantau Panjang.aku on je sbb aku bleh minum air utk hilangkan haus hari tu hehehe...
aleesya adalah tak sihat sepanjang ada kt kg. kesian tengok dia. makin melidi. oh ni masa pegi beraya ke rumah saudara mara hari tu.
oh kesian kat mak, tersepit dek kerana anak yang terlalu besar hahahaha. adik aku ni nampak je besar macam kapal terbang, tapi penakut pahit (bak kata mak aku). nak pegi dapur yg jauh tak sampai 3 jengkal tu pun takut.. eleh mentang2 laa anak bongsu kan.
oh harus menantu kena bersembang ngn pak mertua di depan. ops, ni kereta pinjam hehehe. abang incik fidi ni tetiba nak tukar kete ngn dia. jadi kami merasa lah naik citra.
aleesya masa ni dh sihat sikit. mulut pot pet pot pet. pantang kitaorang bercakap, dia pun sambung jugak. oh ini kena train balik, tak elok menyampuk cakap orang-orang tua.
dan masa ni jugak laa aleesya 1st time sebut 'tido' hehehehe
ok masa untuk tido..
bergerak ke rantau panjang! masa ni tetiba aleesya demam dan lembek. tapi mak hepi noks sbb bleh jalan2 . muahahah. lagipun masa ni aku tak posa punggg hahahaha
adik aku yg besar ni lagi sekali. dia nih memang. pantang abang ipar kesayangan dia start enjin kereta, mesti dia orang pertama yang masuk dalam kete. suka sangat ikut kitaorang. mgkn sbb aku laki bini ni klau pegi mana-mana cepat je nak balik, mgkn sbb tu lah dia nak sangat ikut. jenis yang tak peramah macam ni lah .
ketekunan incik fidi masa drive. malas nak kacau...
Rantau Panjang adalah super dupar panas. dah laa aleesya demam kan masa ni, aku belasah jugak bawak dia pegi jalan-jalan. memang mak tak berhati perut langsung haahahah ampunkan saya anak oiii...
tapi aleesya nampak oke je....yang tak oke aku lah. dalam hati nak beli macam-macam. tengok baju, alahai cantiknya. tengok bantal, alahai comelnya. tengok periuk pun bleh alahai bestnya....tapi last-last tak beli langsung. keciwa. balik tu terus gigit kerusi kete, tanda keciwa yang amat sangat.
Posted by purple_lav at 10:23 AM 2 love purple
Sunday, September 11, 2011
eeee....apa tu!
janganlah...umo baru 19 thn, tahun depan baru nak masuk 20 thn dah jadi macam ni (statement macam nak kena lempang sedas)
baru je nak berangan-angan depan cermin tadi, tup tup keluar kedutan murni macam ni. macam dah nenek-nenek sangat. agaknya selama ni bila aku sengih dan senyum mesti dalam hati masing-masing duk ngutuk aku waaaa....
jadi nak pakai ape suh anjalkan balik kulit muka ni? takkan nak sapu simen kot, bagi rata balik
sedih aku pedih.
p/s : dlm keadaan macam ni baru igt vitamin C, Botok dan tempe
Posted by purple_lav at 1:48 AM 0 love purple
Friday, September 9, 2011
perkataan demi perkataan
sejak aleesya dah masuk setahun sembilan bulan ni rasanya dah banyak kot words dia bleh sebut..
tapi aku kagum giler bila ada anak orang yang dah boleh membaca masa umo setahun lapan bulan. nak tau apa rahsia dia, mak dia dedahkan flash card semenjak umo sebulan lagi. kelas ko.tapi memang berbaloi...anak jadi cepat pandai.
tapi aku perasan ada beberapa words aleesya yang salah dia sebut. tapi rasanya adat kut budak-budak ni.
contohnya :
kakak = tatak
kentut = tetuk ( hahahah ni kantoi sbb sll kentut depan anak)
ayah = yayah
tapi banyak jugak perkataan dia sebut betul. tak pe tak pe yang tak betul tu aku akan betulkan balik bila dia sebut. tak sabar nak sok sek sok sek ngn aleesya sebelum tido hahahahaha.. dan tak sabar jugak nak sembang-sembang masa tengah shopping holoholololo
Posted by purple_lav at 1:44 PM 1 love purple
hilang sebelah
tengah sibuk mengerjakan hal-hal rumah tangga di dapur, aku tgk aleesya tak der sebelah. panggil laa dua tiga kali dan dia tak menyahut...
ini kalau tak bunyi apa2 ni mesti ada projek baik punya. bila aku intai-intai dalam bilik, laaa subhanallah rupanya duk syok selongkar bekas contact lense.
bila pegi dekat lagi subhanallah sbb dia dah berjaya amik satu contact lense. cari2 kat bawah meja, tak der, memang sah masuk perut ni..
harap-harap contact lense tu selamat cari jalan keluar dari dalam perut budak ni...
ala....aku baru je pakai awal bulan hari tu, dah nak kena buka stok baru. rugi rugi rugi
Posted by purple_lav at 10:44 AM 2 love purple
Thursday, September 8, 2011
apesal ni...
dari semalam tekak duk loya-loya....
aku syak macam nak kena gastrik kot sbb smlm makan bubur nasi je. eh mcm mana sbnrnya tanda2 nak gastrik? huhuhhu mak takut oke.
eh jangan nak kata dapat adik sbb aku baru lepas piyed hiihihihi. (tapi dalam hati ada jugak terdetik pasal ni muahahaha)
Posted by purple_lav at 10:01 PM 0 love purple
Tuesday, September 6, 2011
Selamat Hari Raya Uolss
untuk menjadi menantu yang diberkati dan disayangi, kita buh gambar mak mertua dl ye. huhuhuh ini penting ye puan-puan. datin wannabe di atas adalah emak mertua yang terlalu disayangi...
ini plak adik-adik ipar aku. seronok ada dorang ni sbb dorang rajin layan aleesya eh hehehe bukan lah...sbb dorang ni teramatlah sporting. memang susah dah nak dapat adik adik ipar cenggini.
kenapa kakak ipar korang nampak melebar eh? sbb korang kurus melidi. tup tup kena bergambar ngn orang yang kurus banyak cenggini la jadinya....
bertambah ahli dengan adik-adik ipar lelaki plak...
penyanyi solo kena ada ditengah-tengah hihih
eleh baju aku tu pun bukannya hijau sangat. berangan nak sedondon dipagi raya. tapi siyes memang tak janji, tau-tau sumer dah kaler hijau. ok le kan..
sebelum orang lain merasa biskut raya tunjuk-tunjuk, apa kata tuan rumah dulu yang merasa. hihihih
korang perasan tak aleesya tu, asyik dengan telepon je. ibu dia ni pun dia dah tak heran. bagus anak bagus...
satu-satunya anak sedara belah incik fidi yang aku ada. eh jap nanti bulan 11 ni keluar lagi sorang. harap-harap kakak sayang adik macam sayang baby tau.
kakak balqis panggil aleesya baby....so sweet..
oh gambar ni memang penting. penting nak menunjukkan bahawa dua-dua telah mengembang hihihi.
aleesya tengah tido masa ni. ingat nak amik gambar family kecik tapi tak kesampaian lagi...tak pe tak pe tunggu rumah gemang plak.
sayangnya tahun ni tak der plak
yang tak der dalam gambar ni adalah aleesya dan jugak abang long. ops aleesya tak tolong abang long amikkan gambar pun, cuma dia tengah syok ketiduran di dalam bilik yang ada aircond 6 bijik.katakau! tapi memang sejuk. tak caya try tido, memang sure terlepas subuh hahahah
eh tetiba aleesya dah ada tapi tengok laa camne gayanya. tak cung langsung.
tahun lepas gambar raya dia tengah melalak, tahun ni plak baik punya tido...tahun depan tak tahu macam mana.
gambar ni plak, adik ipar Noor plak yang tak der. tak pe tak pe nnt kita crop cantik-cantik pastu kita print eh...baru cun nak gantung kt dinding lagi.
kakak dah tak bleh manja-manja dah tau....nnt baby dalam perut mama dah nak keluar, sape nak layan baby plak...
korang tau betapa azabnya masa bergambar nih. rasa nak putus siku oke... beratnya budak ni subhanallah...ini pun dah kurus melidi...kalau mok mok aku tak tau laa jadi macam mana lengan ngn siku aku tu.
oh nnt aku citer nape aleesya leh jadi kurus kering masa hari raya hari tu...
ok dah balik kg gemang.....eh aleesya wat ape tu?
lor mengira duit raya ...ibu tak kira elok-elok lagi sumber pendapatan aleesya tahun ni. harap-harap balik modal orang kata.
hahahah giler keji statement ni..
disebabkan balik kg gemang aka kampung aku dah masuk senja dah pun, maka tiada siapa di rumah. yang ada hanya bonda dan ayahanda eceh....
jadi apa lagi bergambar bersama-sama insan tersayang ini je lah...tak pe adik beradikku sekalian, nnt raya haji kita bergambar sampai pecah cermin lense ok...
mak kalau tak hover memang tak sah.
abah memang maintan malu-malu.
yang ada ini jer, layan jerrrrr...
apesal laa muka aku tu? itulah lupa nak pakai SKII wakakakaka SK II laa sangat. cukup tonyoh dngan bedak baby Johnson je.
tak sah kalau tak der gambar menggedik. tapi yang nampak menggedik mak ngn anak pompuan dia je. yang lain selamba kodok jer.
dah namanya genetik sama, gitulah jadinya hahaha
aleesya kerja dia nak menyepahkan rumah je. aku laa yang tolong back up. giler tak, korang sanggup dengar bebelan murni di hari raya, mak tak sanggup..
mak rela tahan apa yang patut...hahahhaah
mak ngn menantu
gambar bertiga yang tak berapa menjadi... NEXT!
ok laa yang ni walaupun aleesya tetiba garu pipi plak. yang pasti dah jadi pic profile fesbuk wakakakakka....
perghhh penat nya taip entry ni panjang berjela-jela plak rasa...dah nnt kita sambung yang lain punya entry plak...jejari tak berapa nak runcing ni dah rasa kebas-kebas...
Posted by purple_lav at 2:20 AM 2 love purple