ah tak kira...orang sibuk nak ucap Selamat Hari Raya, aku sibuk nak menempel hari ulangtahun perkahwinan heheh..
walaupun lmbt lagi tetap jugak nak buh entry hari ni sbb apa nanti raya aku plak tak kuasa nak ngadap komputer tulis entry. jadi sempena raya ni, harap korang maafkan le aku ye hihih.
syukur alhamdulillah....tepat 31 Ogos 2011 genaplah usia perkahwinan kami yang keempat. eh dah keempat ke?macam tak percya pun ada (klise sungguh).
tapi aku percaya dalam mana2 perkahwinan yang menjangkau usia 4 tahun atau kurang mahupun lebih dari ini, tetap ada pasang surut dan asam garamnya.bak kata lagu P. Ramlee pun sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula rumahtangga yang dibina.
ok, tak biasalah cakap formal2 gini hehehe
setiap tahun aku berharap aku menjadi isteri yang terbaik. tapi susah jugak sbb aku ni jenis yang keras hati, kepala dan perut. bak kata ore kelate, payoh baso hihih
tapi incik fidi ni bleh je nak melayan perangai aku. ada laa kadang2 tu dia naik angin jugak tapi dia cepat cool. aku je lah yang meroyan sorang-sorang. hihihi
saje je nak letak gambar kurus. bagi makan hati skit hahahahah..
oh incik fidi pun banyak bagi dorongan suh bini dia kurus. macam2 mak nenek dia beli utk aku. krim itu lah, ubat ni lah...tapi lemaks bini dia tetap degil jugak (alasan terbaekk!) hahaha. tapi percayalah aku memang berusaha untuk kurus semula...sape mau badan kembong macam ni...
yang penting kami laki bini bekerjasama hahahaha...
dan taraaaaa inilah buah hati pengarang jantung kitaorg. yang ni lah digomol2, yang ni lah dicium2, yang ni jugak lah yang bikin kitaorang sakit kepala hehehe..
alhamdulillah....setelah setahun setengah kawin, baru aku disahkan mengandung. incik fidi banyak bagi dorongan kat aku. contohnya dalam sibuk berusaha tu tetiba aku period, dia tak penah tunjukkan dia down, aku laa yang beria2 menangis hehehe...thanks ye incik fidi. cuba bayangkan kalau kita dua2 menangis, eee buruk sungguh...
kepada incik fidi, syg berharap perkahwinan yang dibina ini kekal selamanya. mintak dijauhilah segala perkara2 negatif yang boleh melunturkan kasih sayang dan kebahagiaan kami. semoga perkahwinan kita ini sentiasa di rahmati Allah swt dan sentiasa diberkati oleh- Nya.
oh, untuk soalan yang penah ditanya oleh incik fidi sendiri, kita tunggu tahun 2013 la ye hehehehe
sekian!