anak-anak ni kalau diajar sejak kecil lagi, pasti ia menjadi amalan sampai ke hari tua. kalau ada orang beranggapan, budak-budak ni sukar memahami kerana faktor usia, ia adalah sesuatu yang tidak benar.
ha, hambik ko. pagi2 buta dah buat ayat ceramah hahaha.
sebenarnya nak citer pasal aleesya. aku setiap malam sebelum tido mesti aku berdoa dl. jadi aku ajar anak aku. dah lama walaupun dia masih kecik lagi waktu tu.
kadang2 dalam gelap je aku berdoa, asalkan dia mendengar...
lps tu semalam, macam biasa. aku tadah tangan dan mulakan berdoa. sekali dia ikut jugak. aku nak tergelak tapi tahan dan berdoa sampai habis. dia pun ikut sekali laa time tu. tapi yang bunyi abuuaa buuuu aaaa maaaa....
part paling best bila aku nak mengaminkan doa tu dan sapukan ke muka. dia pun laju-laju nih sebut AMINNNNNN dengan kuat dan yakin sambil tersenggih2.sebelah tangan pegang botol susu, sebelah tangan lagi mengaminkan doa.
comel sangat masa tu..tak sangka dia dh boleh ikut.
jadi kepada ibu bapa, ajarlah anak-anak perkara yang baik. bawakan mereka ke jalan yang lurus. bentukkan mereka dengan tiang agama. insyaAllah, semoga mereka menjadi anak yang berguna.
Tuesday, August 2, 2011
kalau melentur buluh lebih baik dari rebungnya
Posted by purple_lav at 9:40 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 love purple:
setuju sangat! itu yg saya praktikkan & alhamdulillah amat memberansangkan..saya sebenarnya kurang suka dengar bila parent suka guna ayat ni "alaa...tak per la, kecik lagi..".
kannn...
biarlah dorang kecik lagi, tapi diaorang dalam fasa belajar...klu dah sll kita praktikkan dorang pun pandai dgn sendirinya
Post a Comment