? ??????????????Last Beat? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??3401 Grabs Today. 6923 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Colorful Twist? ????? ?? ???Rating: 4.5 (66 Ratings)??2360 Grabs Today. 28501 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, March 26, 2012

ayat tamak aleesya

huh, indah sungguh momen tika anak pandai berkata-kata. pening nak melayan ye jugak hehehe. tapi aku seronok bila dgr anak sendiri pandai sebut satu lepas satu perkataan. ye lah dl dia pandai 'aaa' 'aaa' je tapi skrg dah banyak jugak perkataan dia bleh sebut.

yang tak leh blah adalah perkataan tamak dari dia. hehehe mesti korang pelik kan. apedia laa perkataan tamak tu...perkataan itu adalah 'lagi..lagi..lagi..."

hahahahah bila dgr real macam tamak giler oke. berderet-deret je bunyi dia. tak berenti-renti ok. macam bunyi popcorn dh masak pun iye....

sebab apa ia tamak, sbb bila dia suh aku lukis angry bird, blum hbs lukis lagi dia dah lagi lagi lagi lagi...bila dh hbs makan biskut, dia dh sebut lagi lagi lagi. bila dh hbs video angry bird pun dia sebut lagi lagi lagi....tensi okeh sebenarnya.

comel pun ada, geram pun ada hihihihi

Sunday, March 25, 2012

jerawat kesan dari hormon mengandung

sebelum tahu diri ini mengandung, aku dah perasan ada SEBIJIK  jerawat tumbuh baik punya bawah mata. bayangkan kalu kita tengok bawah, yg nak ditengok tak nampak, yang nampak jerawat dl mencik.

yg keluar tu plak bukan kecik-kecik tau, memang besar punyeeee.....

lepas dah tau mengandung, keluar lagi dua tiga biji kt pipi. saiz masih lagi besar. tekanan je tengok muka sendiri...

macam lain sgt masa ngandungkan aleesya dl, dulu kulit muka bersih je. jerawat tak keluar sebijik pun bagus bagus. adakah kali ni boboiboy???hehehehhe

eh bukan aku je yg terkena hormon mengandung ni, incik fidi pun terkena jugak wakakakakka.. baru adil kan...

semalam dia ngadu, dua tiga biji jerawat keluar kt dagu. yg menanti nak keluar pun dia dah rasa. aku tak perasan jugak ni sbb hormom mengandung, yelah muka dia mana aku nak perasan sgt kan. tapi bila ckp, sejak aku ngandung jerawat naik banyak, aku gelak besar.

yuhuuu mak suka. klu bleh dia amik sekali kes-kes meloya aku ni. baru romentik kan, sama2 meloya hahahahha

Friday, March 23, 2012

orang ada macam-macam jenis

ye btl...ada lonjong, ada leper ada bulat.....ah tapi manusia bukan bleh dikira hanya melalui saiz je, tapi boleh juga dinilai dari hati mereka.

petang tadi masa balik keje, aku dgr radio yang paling panas di Malaysia ni la. ada sorang pemanggil yang menceritakan tntg mak mertua dia.

kata pemanggil itu pada awalnya dia amat beruntung dapat memiliki seorang mak mertua yang amat sporting, maklumlah muda lagi baru berumur 45 tahun. kira masih bleh buat geng-geng laaa. lagi best bila suami dia pula merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. automatik dia menjadi menantu kesayangan mak mertua.

disbbkan mereka menjadi yang tersayang, jadi ke mana shaja mereka pergi mesti mak mertua ikut jugak walaupun sekadar ke kedai mamak. jadi pemanggil ni macam x best laa kan. dah laa duduk sekali, lps tu ke mana2 mak mertua ikut jugak.

sampailah anniversary dorang, mereka keluar senyap2 tanpa bagitau mak mertua. tapi bukan berdua jugak, pegi dgn kengkawan. dorang bercanda di sebuah pulau tak salahnya. bila mak mertua ni dapat tau, tetiba dia naik hangin. eh.

start dari situ, mak mertua dia ni aim serong je kt menantu dia ni. ada je yg tak kena sehingga lah sanggup meruntuhkan masjid yang dibina. subhanallah.

aku yg terdengar ni bleh bergenang-genang air mata. sedih bila ada orang macam tu. org tu tak lain, mak mertua dia yang mana bleh dianggap macam mak sendiri.

serta merta aku teringatkan mak mertua aku di kampung. syukur alhamdulillah aku dikurniakan mak mertua yang cukup mulia, cukup baik hati. walaupun menantu dia ni tak pandai masak dan ada beberapa kekurangan lain ( x mo citer lah hahahahah) aku tgk mak mertua aku masih cool....

kepada mek, ja mintak maaf sekiranya ada yg tersalah ke ape sepanjang menjadi menantu kesayangan. insyaAllah dari semasa ke semasa, ja akan berubah utk jadi yg lebih baik. sesungguhnya mek macam mak kandung ja...muah muah kt dua-dua pipi....( eh nape aku nangis ni)

Thursday, March 22, 2012

bertuah

can you spot me?

hehehe dapat tau kan mana? sah-sah aku yang paling menonggek tu ciskek sungguh.

sebenarnya aku blur-blurrina masa ni. baru je sampai tetiba group yang aku duduk tu diumumkan sebagai pemenang. terencat kejap aku hahahahah...

masa ni pegi asgmnt kt Solaris Dutamas. ha ni lagi satu. area2 situ ada dua solaris. satu Solaris Dutamas dan satu lagi Solaris Mont Kiara. aku set GPS dia bawak aku ke Solaris Mont Kiara. berpusing2 aku cari tempat yang betul. mcm2 terjadi. kena uturn laaa, terlepas simpang uturn dekat kena uturn jauh2....tensi okeh.

nasib baik selamat sampai. dapat plak hadiah. tak ke aku seorang yang beruntung? hehehehehe

Wednesday, March 21, 2012

bila bulan mengambang.........

ada sepasang mata yang makin kuyu dan layu. semakin lama makin lemah dan longlai.....hieeeeeee (gelak kuntilanak skit)

eh penat laaa nk buat seram2 ni. tak yah nak seram sangat laaa. sbnrnya nak citer pasal diri aku skrg ni. sebelum ini aku adalah lalalala bila rasa tiada morning sickness. makan macam tak de hari esok. sungguh heaven.

sangat berbeza masa aku ngandungkan aleesya dl. dulu sebelum tahu peknen, tekak dh mula buat hal, tak leh makan nasik, tak leh makan mihun dan terbaik sekali, apa jua makanan masuk akan keluar balik tak sampai masa 3 minit.

jadi sekarang aku rasa wow! best giler kot. hehehehe

rupernya langit tak selalu cerah, air tempayan jangan dicurahkan.....hehehe (mampus cikgu bahasa melayu baca peribahasa gini)....aku baru perasan dua tiga hari ni dia dah berubah ckit.

pagi memang makan giler-giler punya. tengah hari pun sama. nak kena nasik jugak. petang dah terbayang-bayang benda yang sedap2 dan nekad nak makan lepas balik kerja. tapi bila sampai umah je, tekak dh rasa lain macam.

tengok balik makanan yang siap dibeli dengan nafsu gajah tadi semua jadi tak lalu. loya. masuk dua tiga suap je dalam mulut, dah tak leh tahan nak muntah. tiba-tiba jugak badan sejuk menggigil-gigil. kena pakai selimut dua tiga lapis. stoking pun kena pakai jugak. sapu minyak yu yi kt belakang tengkuk, leher ngn ulu hati sbb rasa tak selesa sgt. badan rasa tak kena langsung.

adakah ini dinamakan night sickness???

semua mknn tadi selamat dihabiskan oleh incik fidi tersayang. hehehehe. jadi tak der lah membazir sgt. bangun pagi2 perut rasa kebulur giler. nasib baik dia tak dtg morning sickness tu. bleh aku melantak dengan happynye. heheheheh

p/s: nape skrg aku makan asik terjumpa lalat dlm makanan? menyampah giler. pagi tadi tengah sedap menikmati roti canai dengan perut yang amat lapar, tiba kuis-kuis kuah nampak lalat. b**** laaaaa. mencik.

Monday, March 19, 2012

plan asal nak tengok Hot Ballon....

 orang pegi tengok belon, aku nak pegi jugak. orang lain bleh tgk, aku tengok langit je. pegi salah timing hehehe.

aku agak masa tu angin kuat, jadi belon tak dapat naik. tapi aku best bleh rasa angin sepoi-sepoi bahasa kt putrajaya tu.

aleesya memang happy laa hari tu. seronok lari-lari katanya. dia punya gelenya tu lain macam skit hehehe....

tapi mujur alhamdulillah aleesya ni jenis mudah control. bila cakap tak bleh tu dia dengar kata.

 incik fidi ni dah mengomel-ngomel sbb susah sngat nak dapat parking. sabar je lah abang oiiii...klu kita naik helikopter bleh je parking sebelah ngn helikopter pameran dorang tu.

tapi kami memang bertuah bila masing2 dh give up. skit jer lagi nak pulas stering balik umah tiba-tiba ada parking kosong depan mata. strategik laaa jugak. tak jauh dan tak der lah dekat sngt.

 hahahaha kelakar ok gambar ni. ni kalau tuan badan tengok mesti dia suh buang. sori ye, ini blog ai, suka hati nak buh gambar yg mana satu hahahaha

manusia ramai ya hamat. semua bernasib malang macam kitaorang, tak dapat tgk belon hehehe

 budak kecik ni kan mengada-ngada. tu nak suh bukak seat belt dia laaa tu. aku dah cakap, x yah pasang laaa. dekat je pun. nak jugak dia suh kitaorang pasangkan. pastu bila nak turun, sibuk2 suh ukak ukak....

bukan sendiri bleh tak? hehehe

 masa pegi ni aku rasa kami couple yang paling tua. hahahahaha

sebab apa, skrg bila jalan aku ni cepat nau mengah nye. mgkn sbb berbadan dua kot. jalan pun kena pelan-pelan. kalau tak rasa macam tak cukup udara nak sedut. akibatnya aku tertinggal jauh kat belakang. laki ngn anak dah depan sgt. waaaaa!

laki mak pulek.....jalan skit dia plak ckp dh lenguh kaki laaa, sakit pinggang laaa....sakit badan macam umo 50 thn hahaha kesian kan....tapi tetap jugak tinggal aku kt belakang.

 nampak tak belon dua ketul tu, itu jer lah yg naik masa kitaorang pegi tu. aku nk tunjuk kt aleesya pun malu. nak cakap belon, nampak mcm kapal terbang. kang cakap kapal terbang naper kecik sangat plak kan...

kitaorang tengok laa menda alah ni dalam 15 minit gitu, lepas tu masing-masing pandang ko, pandang aku....disebabkan keserasian memang kuat antara kami, dah tau itu tanda ape walaupun tak de sepatah pun  perkataan keluar dari mulut hahahahah

jom kita pulang, bosan!

 sebelum naik kete tu, saje bagi lepas aleesya lari lari kt sekeliling tu. baru lepas gian dia nak jalan-jalan.


ibu mengandung yang serabai.

 saje nak tunjuk lesung pipit...hahahahah haktui

 wahai hidung, jangan ko mengembang sangat tika tuan ko berbadan dua ni. kang nnt nampak hidung dl dari part2 yang lain..

 oh aleesya, posing bagai nampak. tetiba plak ada pengantin lalu. terus dia buat2 jadi prop tak berbayar. hahaha

 seronok sgt dia lari2 ......mak dia pun seronok tengok mcm tu..

ok dah tiba masa utk pulang. sbb aku rasa badan macam lembek semacam dh. tak daya sangat.

balik je umah, tak yah mandi ke ape...tiga-tiga terbongkang tido. aleesya dalam kereta lagi dia dh selamat. maghrib baru semua nak bangun. huhuhuh sedapnya tido petang!

Friday, March 16, 2012

nama-nama mek kelate

aku kekaguman sekarang ni bila dapat tahu macam-macam dah nama orang kelantan espcly mek mek kito...hebak hebak

ni aku baru terbaca pasal mentor Ella, hebat ko dik nama mengalahkan duduk obersea.. Puteri Caroline Mohd Kamel. member2 dia panggil ape eh? puteri? caro? caroline? atau line?

tapi macam tak terbayang plak satu perbualan ore2 kelate nih. kita bagi contoh nama lain laaa eh...
"eh Susan, mu nok g make cendol dop?....pergh nama dah hebat gah dah, sekali ajak make cendol hehehehehe....

eh ada lagi nama2 mek kelate sekarang yang aku rasa sungguh kagum macam Neelofa, Leuniey, Jessica Simpson eh hehehehe

tapi walau macam mana pun aku tetap berbangga dengan nama yang mak abah aku berikan pada aku. hebak jugak kan....puan pija!

Monday, March 12, 2012

perut besar = kandungan kembar?????

hahahahah mesti saspen kan tetiba aku ngandung kembar. rasanya tak de kot genetik kembar.

incik fidi laaa ni. dia agak konpius bila tengok perut aku sekarang. baru nk masuk 7 minggu, blum pun lagi 2 bulan tapi saiz perut mcm dh ngandung 4 bulan. tetiba je keluarkan soalan, kembar ke?

plak tu dia pegang perut aku dan kata keras semacam hehehehe.....yelah yelah mgkn sebab ini kandungan kedua jadi ia cepat membesar( ye ke?) dan mungkin juga sbb lelemak manja kat perut memang dh menebal menambahkan lagi kebesarannya.jelas ye incik fidi.

sekarang pun aku dh mengalami masalah dalam menyarungkan pakaian. takkan cepat sangat kot nak pakai maternity dress/blouse kan.....tapi bila pakai baju yg sedia ada ni mmg perut akan nampak dl. ades. bila pakai seluar pun gitu, tak leh butang ngeeeee

mana tak nye selera makan tgh mengganas skrg ni. tekak ni plak asyik mintak western food je. hamboi hamboi anak....kita asal dari kg je nak....tak yah nk western sgt laaa deh hahahahhaha.

kali ni lambat laa plak aku check up gara-gara doc favourite aku kt az-zahra tgh bercuti. minggu depan baru naik keje. erm, dh laa tak makan sebjik pun lagi folic asid ni. nak kena cari kt farmasi dl kot.

Saturday, March 10, 2012

kakak sulung

hehehe mcm janggal lagi nak panggil kakak kt aleesya. biarkan lah dulu. rasanya masih lagi selesa dgn panggilan yang sedia ada ni. heheheheh

dia skrg mmg mulut2 pot pet pot pet. tapi banyak disebabkan mengajuk balik percakapan kitaorg je. jadi kitaorang kenalah sangat berhati-hati dlm menuturkan kata, takut anak terikut jugak.

budak ni memang banyak sgt akal dia. ada je yg dibuatnya. kadang2 tu memang tergelak dgn apa yg dia buat.


malah dia adalah peminat kipas yang ssh mati dgn angry bird. jangan adik dia nanti sama geng ngn dia jugak sudah lah. pening ibu ayah nnt.

Friday, March 9, 2012

jam dan jump

untung ar dia, ada jam baru. sape lagi klu bukan aleesya. biarpun tak pandai lagi tengok angka kt jam tu tp belasah je laaa

jam angry bird punya pasal kan. walaupun cap pasar malam hahahaha

walaupun harga sepuluh hinggit je tapi disebabkan ia angry bird dan siap keluar lampu lip lap lip lap, mak dia pun kagum ok. hahahahah

semalam ada plak peristiwa lucu disebabkan jam ini.

ibu : aleesya mana jam cantik?
aleesya: terus lompat toing toing toing

haiyohh anakku sudah konpius antara word jam dan jump. baru aku perasan macam nak sama kan sebutannya? ke macam mana?

ok demi anakku nnt ibu ajar sebut watch laaa hahahahah


Wednesday, March 7, 2012

anak kedua

 pertama sekali aku nak ucapkan syukur alhamdulillah sgt kepada Allah swt kerana memberi peluang kepada aku sekali lagi untuk melahirkan umatNya.

ye aku peknen untuk kali kedua....

mesti korang pelik kan....nape hari tu aku beria2 ckp tak peknen tapi hari ni ckp peknen plak kan. i'm sorry uols. hari tu pregnancy test main cak cak ngan aku. kejap dia tak keluar kejap keluar hehehehe.

kalau korang yg perasan yang atas tu tak berapa nak clear kan..itu lah yg kontroversi tu hahahaha...bleh plak masa mula2 tak muncul, dh malam baru nak muncul. aku ni konfiden je pregnancy test tu salah.

pastu esok ke lusa tu beli plak 2 pregnancy test. aku kan tamak. test kali pertama -ve. ok ok baiklah..test pagi esok plak, sekali keluar terus dua2 line.

 tangan kecik yang menyibuk. cik kiah sgt. skrg kandungan berusia 6minggu. masih baru lagi. selera makan membuak2. macam membela pun ada. kejap2 lapar. kejap2 lapar. hbs laaa klu dh ckp 40minggu nnt. jangan tak muat pintu kereta sudah.

semalam bleh, dah nak tido ni. sekali terbayang nasi ayam penyet. air liur terus keluar mencurah-curah. rasa tak bleh jadi, terus on laptop pegi google gambar nasi ayam penyet. dapat tengok gambar pun jadi lah. jadi pagi ni rasa nak mkn ayam penyet begitu membuak2.

 budak kecik yg masih tidak sedar bahawa dia akan menjadi seorang kakak nnt. bila aku pegang baby sekarang ni terus dia ckp 'ibu nanak! ibu nanak" banyak2 kali tau. siap air mata dgn drama sebabak lagi terjadi.

hish macam manalah nnt klu dah ada adik depan mata.

di harap aleesya menjadi kakak yang terbaik ye. jangan dera adik tau. kawan2 ngn adik ye...

ok skrg perut kembali lapar.padahal baru je makan mihun goreng tadi....

Monday, March 5, 2012

......baharu

'sesuatu' yang baru bakal diumumkan kelak....

nantikan pengumuman terpenting itu! huhuhuhuh