sape nak jadi mangsa april fool kan. tapi dalam tak nak tak nak tu terkena jugak nak buat macam mana. kes ni terjadi betul2 kena atas batang hidung sendiri pada 1 April 2012. nasib laa pija oiiii. gini ceritanya...
Hari Ahad lepas bersamaan dengan 1 April, kitaorang pegi manda manda. ala kat entry sebelum ni dah sarat dengan gambar semua ye. hari tu aku memang tak bawak beg. yelah beg baju ngn beg makanan pun dah sarat aku bawak takkan nak tambah beg lagi kan. tapi incik fidi bawak beg, jadi aku sumbat segala mak nenek tepon, kunci rumah dalam beg dia.
dh hbs mandi manda sumer tu, aku nampak incik fidi keluarkan kunci rumah sekali ngn kunci kereta. dalam hati terpikir gak nape dia keluarkan kunci rumah tu. tapi aku diamkan je lah, tak der laa plak nak tegur dia ke ape.
bila dh sampai umah dengan badan letih mau tido dgn kadar yang segera ni, kunci rumah tak jumpa! incik fidi dah gelabah giler, hbs dikeluarkan balik baju2 basah n semua beg utk cari kunci. pegi cari dlm kete ada dalam dua kali. dua kali jugak laa dia naik turun dari tingkat 3 umah kitaorang. aku? aku elok je duk sedut air milo kt tangga heheheh mak tak larat oke!
ada laaa dalam 2 jam gitu tersadai depan umah sendiri. pengasuh aleesya pun dah macam2 dia nak tolong, dari nak jadi McGyver hinggalah ke ahli pecah rumah, semua tak menjadi heheheh....
sampai laaa incik fidi datang dgn segenggam kunci, dia pegi kat kedai kunci. katanya klu nasib baik dalam segenggam ni ada yg kena ngn pintu rumah, kita dapat masuk. klu tak rasanya kena panggil bomba kot hhaahhaha
last2 dapat jugak kitaorg masuk. terima kasih incik fidi sbb jadi hero (walaupun dia yg hilangkan kunci tu) hahahahaha. semalam aku dh suruh incik fidi buatkan kunci spare. sekali buat 4 terus. hambek ko. satu simpan kt .......(rahsia), satu lagi simpan kat ......(rahsia) .lagi dua incik fidi pegang.....semua simpan kt .......(rahsia) ahahahahahah
harapnye lps ni tak de lagi Mei Fool, Jun Fool, Julai Fool, mahupun Disember Fool. penat ok!
Tuesday, April 3, 2012
apabila kami sekeluarga terkena April Fool!
Posted by purple_lav at 11:40 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 love purple:
he...he..he... Mesti tiap kali april akan teringat
memang tiap2 hari akan teringat heheheh
ingat april fool sbb terkan dek sesorg rupenye diri sendiri yg salah ... hoho
seb baik leh masuk rumah klu tak jenuh la
diri sendiri yang terkena hehehehe...itu lah klu tak tido dalam kete laa gamaknye...
Post a Comment