? ??????????????Last Beat? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??3401 Grabs Today. 6923 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Colorful Twist? ????? ?? ???Rating: 4.5 (66 Ratings)??2360 Grabs Today. 28501 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, June 13, 2011

weekend di IOI Mall Puchong

rasa macam dah lama sangat tak jalan-jalan kan? (tipu) jadi cepat-cepat siapkan aleesya dan diri sendiri untuk keluar berjalan-jalan.

klu ikutkan tempat dekat, senang dan selesa adalah di Alamanda. tapi takkan Alamanda lagi kot. cuti pun pegi sana, masa keje pun pegi sana. ubah selera laa skit.

lepas bincang-bincang tahap kejauhan lokasi dan keluasan shopping complex, akhirnya IOI Mall menjadi pilihan hati.

apesal muka aleesya lagi besar dari muka ibu dia?

nak tido lah tu. kalau masuk kereta konpom tido. ni salah satu genetik Mak Long dia la ni.
sori incik fidi, kepala terkerat sikit. hehehe.

susah nak ambil angle bertiga macam ni. memandangkan ibu dia kreatip lagi sensitip, tu yg dapat jugak gambar bertiga.
singgah beli air kelapa satu. pergh memang menusuk jiwa sbb sejuk dan sedap sangat. beli sebungkus ikat tepi satu je, kongsi 3 beranak. sbb memang banyak pun. kalu beli sorang satu, memang tamak haloba sangat.
kitaorang pegi sana tak der lah shopping sangat pun. setakat beli purse sebijik je pun. lepas tu melepak kat kerusi.

orang lalu kitaorg mengumpat hahaha. eh orang tu gemuk lah (tak sedar diri sendiri pun gemuk jugak). eh budak tu comel lah...

sekarang ni memang cepat penat. bukan aku je kot, incik fidi pun sama. dah jalan sikit, mesti gelabah nak cari tempat duduk. sebabnya...korang paham2 laa sendiri ek.


aleesya plak sambung tido dari kete sampai ke stroller. dia memang tak bangun laa. pegi laa kat tempat bunyik muzik dum dam dum dam pun, dia rilek jer. itu stok yang mengantuk sangat la. tapi kalau takat tido-tido ayam, bunyi tapak kaki pun dia terus bangun.
ha hambik, dapat ayah pendengki beginilah. terima je lah anai oii. ada ke duk kelebet mulut anak. katanya nak tengok gigi. kesian tol pakcik ni.

tapi aleesya happy laa pegi IOI Mall ni sbb dia dapat basikal baru. ok citer pasal basikal baru next entry ek...

bubur nasi? moi sup? nasi air?

sejak kebelakangan ni, tekak aku sokmo teringin nak makan benda-benda bersup. makan masa tengah panas-panas memang terangkat sangat.

ha, korang panggil apa sebenarnya ek? bubur nasi kah? nasi air kah? moi sup kah?

aku mengenali moi sup masa study kt UUM. kat sana kan orang panggil moi sup. mula-mula tu tercengang jugak laa bila baca kat menu. apa benda ni? tapi bila tengok, oooo nasi air.

ha, kat kelate memang panggil nasi air. eh ke bukan? tak tahu lah tapi kalau kat jeli memang nasi air lah hehehe

sedapnya lah bubur nasi ni. aku dah dua tiga minggu belasah bubur ayam McD. ntah nape tekak ni suka sangat makan menda alah ni. satu hari tu, member opis ajak pegi makan sup kat Sup Ani Utara. aku memang tak penah jejak oke tempat ni. hahahaha jakun kan...
pergh dapat minum plak air fresh orange. memang terbaik!!

terus rasa sejuk di hari yang panas membahang...
ok, ini model kita kali ini. cik anne. tengah menikmati bubur nasi ayam. ai, banyak kali tambah sambal kicap nampak?

alamak tersebut sambal kicap plak. eee...terus air liur meleleh2 ni. nampak gayanya kena pegi Sup Ani Utara plak laa hari ni...

ini gelagat anak saya! hihi

 memang laa sekarang ni aleesya tak leh letak apa-apa sahaja benda atas kepala dia. mesti tak sampai 2 saat dah ditariknya.

kelmarin aku main paksa-paksa dia pakai tudung hehehe. dah tak der koje kan mak dia, harus laa amik kesempatan ni membuli anak. hehehe

mula-mula pakaikan dengan towel SAJI ahahaha kantoi disitu. tapi ada mak kesah kan?? saje kuarkan jambul, bagi feeling-feeling jadi mak datin. mana laa tahu sok sok rezeki dia jadi datin kan. aku pun bleh laa tumpang sekaki.

bila tanya sape puan pija tu? alaaa mak datin aleesya tu lah. ha GITU  ye kawan-kawan hahaha.

 ok mari kita tengok muka suci murni dengan tudung ibu dia.

kan tadi macam tak berapa cung bila pakai towel je kan, meh kita sarung tudung sebenar. ibu dia masih menjunjung tudung bawal yang makin tenggelam sekarang. hehe. ntah laa susah laa nak hilangkan pakai tudung bawal ni. aku masih selesa ngn tudung ni. tak kisah lah orang nak cakap out of date ke hape ke...

 TWO! ha kalau korang perasan macam-macam jenis mulut aleesya dalam gambar ni kan.

sebenarnya dia tengah mengira sekali. ala macam biasalah bila kita nak bergambar, mesti kita akan kira 1,2,3 kan.

jadi aleesya ni mesti ikut sekali apa yang aku cakap. bila aku cakap " cepat aleesya. one, two, threeeee (three tu kasik panjang skit ye puan-puan). SENYUM".

tetiba dia dah enyumm...hehehe

sekarang memang aku perasan, dia selalu ajuk balik apa yang aku cakap. tak sabar nak bergosip dengan anak dara ni. baru syiook...

 hah, ni sebut three ke ape menda ntah. sebab aleesya ni memang banyak mulut skit. pot pet pot pet je keje dia. tapi bahasa dia lah. sepatah haram tak paham.

ok, walaupun tudung terkelepet sana sini, bila aku tengok, tetap COMEL  hahahahah
opsss terpuji anak sendiri plak

Friday, June 10, 2011

saya mengantuk!

ntah kenapa di pagi hari lagi dah start mengantuk ni? pagi-pagi lagi, baru sampai kt meja, terus menguap. haiyohhh naper ni puan pija oiii.....

nak kata tido lambat, tak der lah lambat sangat. bangun awal lagiii laa tak...hihihih. tapi saat ni rasa nak baring atas katil sambil pasang kipas kuat2. lepas tu tarik kain selimut yg kepam hahahahahaha syiokkkk tu..

nak buek camno....realitinya ada kat opis ni. tempat paling best utk tido pun kat surau saje. memang tak de katil dan kain selimut. jadi buat keje skrg!!!

sekian entry macam budak tadika.

Tuesday, June 7, 2011

berani jugak Aleesya ni

semalam tekak ni terasa nak makan satey kajang. eh bukan semalam padahal dah berminggu-minggu aku nak makan satey kajang. tapi tak best kalau pegi sorang-sorang tanpa ditemani oleh suami tercinta.

hahaha gedik tak ayat tu?

jadi semalam terus zass ke Satey Kajang Haji Samuri. nsb baik dekat je ngn umah. mula-mula tu plan nak makan kat situ, sambil feeling-feeling. tetapi plan berubah disaat akhir bila aleesya duk sibuk nak main kat playground depan tu.

pergilah kami anak beranak ni pegi main kat situ. ish ish dah laa maghrib dah waktu tu.dan tak sangka plak bila sorang member dari UUM dl ada jugak kat sana. tapi sayang kami tak jumpa pun. aku memang tak perasan n nampak dia, tapi dia yang nampak aku. tau2 bila balik umah, bukak FB terus dia tny ada pegi satey kajang ke tadi?

lor nape tak jerit panggil aku je. klu tak bleh berjejak kasih kat situ hihihhihi.

ok untuk test power, kita bagi aleesya naik menda alah ni. jongkat jongkit versi berenyut terkedek-kedek. ye dia bukan jongkang jongkit yang ko rasa bleh melambung di angkasa gitu. takat nyet nyet kat situ jer...

tapi muka dia memang happy sungguh masa ni. ye lah dah lama tak bawak dia pegi main kat taman. sori sayang, ibu ngn ayah bz sejak dua menjak ni.
eh tetiba gambar ni tersesat kt sini plak. ni masa kat Hentian Kajang, pegi teman incik fidi beli tiket pergi Penang.

incik fidi sekarang lebih rela naik bas sbb dia dah malas nak bawak kete. ikut suka hati incik abang laaa. I tak kisah, asal balik jenguk kami anak beranak...sudah....
oke lepas tu kita try naik menda alah ni plak. ni pun pesen nyet nyet jugak. hohho tak berani pegang sendiri je. tak yah ayah pegang pun.

aku ni sebenarnya ada masalah jugak. aku ni jenis mak mak yang tak berani bagi anak independant skit. kalau pegi taman, dia nak naik mainan-mainan kat situ, aku biasa tak bagi. hahaha kejam kan..

bukan apa, kang aku duk pikir, " tak jatuh ke? " " kang kena langgar ngn budak lain kan." " aleesya kecik lagi laa"...

jadi sampai bila budak tu nak berdikari kan. ntah laaa perasaan aku ni sentiasa takut dan tak yakin dengan kemampuan anak sendiri. biasa kalau dia nak main mesti ada aku atau incik fidi. memang laa dia kecik lagi, kena perhatian penuh. tapi ada kawan-kawan aku yang main lepas je anak mereka.

sampai bila nak hilang perasaan macam ni aku pun tak tahu. kang esok-esok anak masuk sekolah, aku pun ikut sekali sekolah. huhuhuh
tapi dapat main kejap je. tu yang dia menangis kejap sbb tak puas lagi. nak buat macam mana. nanti kita datang lagi ye....

oh ye aleesya pun dapat main gelongsor jugak hihihhihi. nanti aku upload video dia main gelongsor. itu pun kalau aku rajin hihihhi

ini baju baru saya


tadaaa...
cantik tak baju baru saya?
mestilah cantik sbb ibu yang hadiahkan

ibu beli baju baru saya ni masa ibu pergi outstation kt T'ganu
ibu kata rambang mata nak pilih yang mana satu untuk bagi kat saya
last-last ibu cakap dia pilih baju kaftan ni
sbb apa?
cuba teka....
ye mestilah sebab kaler purple..

tapi bila saya pakai baju kaftan ni
ada spoil skit la
sorry ye ibu
baju ni labuh sangat
aleesya nak jalan pun susah
tapi ibu cakap tak pe sbb nanti saya tinggi
jadi baju kaftan ni jadi sedang-sedang elok je

apa2 pun
baju kaftan ni saya tak sempat pakai sampai ke pagi
sbbnye malam tu saya tumpahkan air oren
habis basah baju ngn lantai

ngeee
dan saya terpaksa dengar ibu berleter
panjang macam keretapi!
hihihihih


sekian dari saya...
faten aleesya mohd afidi

Sunday, June 5, 2011

Genting Highland ~~5 Jun 2011

 memandangkan incik fidi pulang ke gagang Bangi, jadi haruslah ada 'Cuti- cuti Malaysia'.

kan sekarang cuaca tengah panas, jadi eloklah kita pergi ke tempat yang sejuk. nak pegi Beijing lagi sekali, x cukup ongkos. jadi cukuplah sekadar Genting Highlands.kitaorg gerak menuju ke sana dah tengah hari pun.

lebih mencabar sbb aku yg kena drive. incik fidi nak tido katanya. alaa....macik mana le reti nak bawak jalan mcm ulau kena palu tu. setakat highway MRR2, macik memang terer.

tapi demi ingin menunjukkan kehebatan di depan laki sendiri, macik gagahkan jua. hhuhuh nebes ok bila aku dah tekan habis minyak, kete gerak 20km/jam je.huhuh memang giler tinggi bukit. naik plak ngn myvi memang gitulah...

lagi nebes bila ada kornar lipat punya siku lipat. mak aiii, mengucap je aku sambil pegang stereng.

sampai sana plak, ramai betul manusia. yg ramai cino je. dh rasa macam duk Hong Kong pun ada. incik fidi siap tanya, kita kat negara mana ni?

 aleesya masa ni ok lagi. lepas tu haru biru. aku rasa tak cukup napas nak dukung dia. stroller memang tak bawak sbb pikir bnyk tangga yang perlu kami naik turun. jadi gamble nak dukung je budak umo 18 bulan ni.

sekali rasa menyesallllll sangat. hazab oke.

 memang laa incik fidi yang banyak dukung aleesya. tapi kesian plak kat suami tercinta. bergilir2 lah..tapi nak buat mcam mana, aku dah tua. ada je sakit2 tu hihih (macam tua sangat, I baru 19 thn oke).

 ingat blog ni iklan ubat gigi ke???

 budak kecik ni dah start garuk-garuk kepala. itu tandanya DISASTER!

dia punya peel, subhanallah. bagi berjalan, dia bergolek kt lantai. lepas tu asik tercabut je kasut. aku rasa nak balik umah, tukar kasut dia je.

pastu tgk budak pegang belon, meronta-ronta nak belon jugak. beli pergi kt kiosk jual souvenier, dicampak plak. hish....
 lps tu bagi tengok menda alah ni. kitaorg duk dalam ni jer. tak pergi pun yg indoor ngn outdoor theme park. satu sbb jauh. satu lagi sbb anak. hihihi. tak sanggup nak membayangkan.

 hambik...dua2 melopong...

 ok inilah antara peel dia hehehe. tp aleesya tetap comel. hehehe saje back up balik puji anak. rosak gambar ibu nak posing cantik2.

 fuyooo...kita kat Paris laaa....

 ni plak kat Snow World. igt nak masuk feeling2 sejuk beku macam dalam peti ais, tapi bila tengok gambar dorang tu, macam tak der saiz je baju sejuk utk aleesya.

huhuhuh tak sanggup plak nak mendera anak kan?

maka tidak jadilah kami masuk. demi mengubati hati yang lara, bergambaran kat luar sajork.

 dah start dah...tak bagi langsung incik fidi nak feeling dalam hati ada taman bergambar tepi bunga ros.


 hahaha korang tengok laa sendiri..

 satu-satunya gambar bertiga..

korang tengok macam mana muka aku? itu tandanya aku tak cukup napas. itu baru anak sorang. nnt anak dah dua, tiga, empat, lima, sepoloh...wah ramai betul...ni malas nak bayang2 ni..kan dah hover.

singgah kat marrybrown, mkan nasi lomak.tapi naper rasa kat sana tak sesedap yang macam kat LCCT punya?.waaa nak makan nasi lemak Marrybrown yang kt LCCT punya, nak jugak!

ok lah sekian sahaja cerita hari ni di Genting Highlands. balik je aku rasa krem urat vuntut huhuh