? ??????????????Last Beat? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??3401 Grabs Today. 6923 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Colorful Twist? ????? ?? ???Rating: 4.5 (66 Ratings)??2360 Grabs Today. 28501 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, June 13, 2011

weekend di IOI Mall Puchong

rasa macam dah lama sangat tak jalan-jalan kan? (tipu) jadi cepat-cepat siapkan aleesya dan diri sendiri untuk keluar berjalan-jalan.

klu ikutkan tempat dekat, senang dan selesa adalah di Alamanda. tapi takkan Alamanda lagi kot. cuti pun pegi sana, masa keje pun pegi sana. ubah selera laa skit.

lepas bincang-bincang tahap kejauhan lokasi dan keluasan shopping complex, akhirnya IOI Mall menjadi pilihan hati.

apesal muka aleesya lagi besar dari muka ibu dia?

nak tido lah tu. kalau masuk kereta konpom tido. ni salah satu genetik Mak Long dia la ni.
sori incik fidi, kepala terkerat sikit. hehehe.

susah nak ambil angle bertiga macam ni. memandangkan ibu dia kreatip lagi sensitip, tu yg dapat jugak gambar bertiga.
singgah beli air kelapa satu. pergh memang menusuk jiwa sbb sejuk dan sedap sangat. beli sebungkus ikat tepi satu je, kongsi 3 beranak. sbb memang banyak pun. kalu beli sorang satu, memang tamak haloba sangat.
kitaorang pegi sana tak der lah shopping sangat pun. setakat beli purse sebijik je pun. lepas tu melepak kat kerusi.

orang lalu kitaorg mengumpat hahaha. eh orang tu gemuk lah (tak sedar diri sendiri pun gemuk jugak). eh budak tu comel lah...

sekarang ni memang cepat penat. bukan aku je kot, incik fidi pun sama. dah jalan sikit, mesti gelabah nak cari tempat duduk. sebabnya...korang paham2 laa sendiri ek.


aleesya plak sambung tido dari kete sampai ke stroller. dia memang tak bangun laa. pegi laa kat tempat bunyik muzik dum dam dum dam pun, dia rilek jer. itu stok yang mengantuk sangat la. tapi kalau takat tido-tido ayam, bunyi tapak kaki pun dia terus bangun.
ha hambik, dapat ayah pendengki beginilah. terima je lah anai oii. ada ke duk kelebet mulut anak. katanya nak tengok gigi. kesian tol pakcik ni.

tapi aleesya happy laa pegi IOI Mall ni sbb dia dapat basikal baru. ok citer pasal basikal baru next entry ek...

0 love purple: