sejak dua minggu lalu, kita selalu terbaca atau tertengok dalam tv kes pembuangan bayi. nampaknya makin ramai bayi-bayi comel yang dibuang tanpa rasa belas ihsan.
yang paling sadis, bila aku terbaca tentang bayi yang dicampak keluar dari pangsapuri. subhanallah katanya bayi tu pecah kepalanya selepas dicampak. kalau baca apa yang ditulis dalam paper, tempat bayi tu jatuh tak jauh dari tempat pembuangan sampah.
agaknya mak bapak budak ni nak campak masuk dalam timbunan sampah, sayang tak sampai target. jatuh atas jalan raya. ya Allah.
dorang ni kenapa ek? bleh main campak-campak je budak. aleesya yang jatuh katil aku risau sampai berhari-hari, dorang bleh rilek jer.
dan kalau korang kira betul-betul, dengan kelahiran bayi luar nikah sekarang memang cukup tempoh masa musim mengawan dulu. ambang merdeka 2010. orang sambut merdeka, korang sambut zina. ya Allah.
bila laa anak-anak muda ni nak sedar. dah tahu benda tu salah, haram....tapi totap nak buat jugak.dah laa tu cukup sembilan bulan, buat dosa lagi.
Macamana dorang boleh tak jatuh cinta masa berlakon?
15 hours ago
0 love purple:
Post a Comment