? ??????????????Last Beat? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??3401 Grabs Today. 6923 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Colorful Twist? ????? ?? ???Rating: 4.5 (66 Ratings)??2360 Grabs Today. 28501 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, June 20, 2011

Membawa Diri Ke Miri

hoyeh, meh nak cerita sikit pasal Miri. aku rasa macam lari dari rumah pun ada sbb pegi gamble macam tu je kan. bila cite kat incik fidi dia kata oh sungguh bahaya. hahahaha nak buat macam mana, bini dia memang sll macam ni. suka buat orang terkejut2 dgn keputusan ai oke .

ok, pkl 4.30 gitu aku dah bangun. tak penah bangun seawal ni kecuali bulan puasa sbb nak sahur. pagi2 buta hntr aleesya kt pengasuh dia. lps tu terus pecut ke LCCT.

apakebengong aku pagi2 buta, mgkn x berapa nampak lagi kot, aku dh termasuk jalan nk ke KLIA. mencik! dah terpaksa pusing balik pegi LCCT. nsb baik dekat je nak uturn tu. sampai kt LCCT dh pkl 6.30 pagi. flight pkl 7.10 pagi.

waaa tak cukup napas aku rasa berlari kt terminal tu. dgn parking tak de terpaksa parking sejauh2 alam. waaa nak nangis. klu terlepas flight ni, mana nak cekau duit beli tiket baru. dlm hati berdoa, mintak2 flight delay.

masuk je dalam bangunan, biasalah mak mana penah urus sumer sendiri noks. biasa klu pegi naik flight sumer org urus sbb pegi grouping kan. kali ni hambik. mana nak check in? mana nak amik tiket? (bangang) nak masuk pintu mana? kelam kabut sgt rasa.

tapi biasalah mak menten cool hahaha. simpan dlm hati je.

dah settle sumer, aku pun masuk laa kt tempat menunggu tu. sib baik dorang tak masuk dlm flight lagi. klau tak terpaksa berlakon cool lagik.
ye, saya masuk ikut pintu P11. dh ada dalam ni baru bleh bernafas cara yang betul. tadi aku rasa macam bernapas pakai paru-paru ngn insang sekali.tak cukup oksigen dh rasa.

sepanjang dalam flght, sumer berjalan dgn lancar. tapi spoil kejap je bila ada sorang macik ni. nk tny soklan macam nak ajak bertumbuk. kang aku tumbuk betul-betul kang baru tau. dah...dah...aku mahu menjadi insan yang terbilang. gua tak layan benda2 kecik macam tu.
tadaa akhirnya smpi ke airport Miri. kecik je airport dia tapi selesa. aku tgk  jam baru pukul 10. asgmnt aku kt Hotel ParkCity pkl 1 petang. mana mau pegi ni?


kek lapis yang mahal mengalahkan kete kebal. tapi mahal2 pun aku terpaksa beli jugak sbb dh tak tau nak beli kt mana. nnt aku potong nipis-nipis laa sbb nak jimat. mana tau, bleh makan sampai 2 bulan. kata mahal kan, harus berjimat cermat.
tak de benda nak snap bila duk sensorang. takkan nak posing mulut muncung, mata kecik kt tengah2 orang ramai ni. lain laa kalau ada member sekali, bleh laa gedik2 bersama. ni sorang2 tak hingin aku.
dan masih membazir kt airport. klu bleh nak beli macam2 kt kedai ni tapi korang paham2 laa rate airport berapa kan. memandangkan peluang hanya sekali untuk berada di bumi Miri, macik beli juga satu souvenier kt sini.

fridge magnet pun jadi laaaa.....
ini je termampu bila duk sorang2. eee dah macam kuih apam aku tgk. besar semacam je. muka aku laaaa....


eee...kasut baru ngeh ngeh...


ok ni pemandangan hotel. cantik hotel ni.

oh sebelum tu aku sempat pusing-pusing cuci mata kat Bintang Parade. bleh tahan laaa. tapi aku rasa macam kat Warta bangi ni jerk. ok lah dari terconggok kt airport tu sorang-sorang diri kan.

sempat jugak laa merembat satu seluar. tapi memang barang kat sana mahal. tetiba rasa macam rugi beli seluar kat sana. baik beli kt Sogo. hehehe..tak pe nnt kita pegi sogo, kita beli yang lain ye...

apa!! jin panjang? hehehehe

yang pasti aku ke Miri ada kenangan aku yang tersendiri. aku sendiri tak terpikir aku bleh sampai sorang diri. tapi alhamdulilla sumernya berjalan dengan lancar.

oh, masa balik tu, aku sempat laa pusing2 KL melalui jalan udara. ha korang ada? siap bleh tgk KLCC dari pandangan atas. cantik sangat. sumer ni gara-gara KLIA sesak sampai flight tak leh turun. dekat setengah jam jugak laa pusing2 kat atas tu.

dah laa dari LCCT ke bangi sesat barat dalam hutan. benci. terus rasa macam ada sesuatu duk bertenggek kt atas bumbung kereta. huihuhu