? ??????????????Last Beat? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??3401 Grabs Today. 6923 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Colorful Twist? ????? ?? ???Rating: 4.5 (66 Ratings)??2360 Grabs Today. 28501 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, June 23, 2011

sesekali ekau merajuk....

sesekali kau merajuk, terus aku rasa gelabah.mana tak gelabah wey....nak pegi keje tetiba nak start kete, tak hidup. aku bab kete memang fail skit. aku reti bawak, isi minyak ngn isi angin tayar je. selain pada tu memang KOSONG oke. jangan lah kau tny pasal enjin2 segala bagai, memang aku bagi jelingan maut je.

skrg ni pun, aku tgh gelabah bila aku cuba pancut air viper, air tak kuar2. tensi mak. kena tunggu incik fidi balik, tolong isi sbb aku tak tau nak isi celah mana.

oh korang igt lagi tak entry aku pasal kete myvi kaler purple? kan dalam entry tu aku duk memuji kete tersebut. kesannya aku yang terkena.

korang mesti penah terdengar orang kata, kete ni sensitip. kalau tuan dia duk cakap2...kata nak jual laa, kete tak best la..mesti lepas tu kete ko akan meragam. tak bleh hidup dan sebagainya.

nak caya, mcm tak nak percaya. tapi bila dh kena pada diri sendiri, terus rasa..ooohhh betul laa wey.

hari khamis lepas, macam pagi2 biasa, aku start keje utk pergi keje. sekali ko bunyi ehek ehek saja yang kedengaran.

kenapa? kenapa?

kete aku merajuk kah?jgn laa begini wahai kereta. mcm mana nak pegi keje ni. nak suh laki hantar, laki jauh plak. aku cuba lagi. tetap bunyi ehek ehek ehek.menyampah giler..terus rasa nak sumpah seranah masa tu jugak.

bila cuba balik baru hidup...jadi aku bawak macam biasa lah pegi opis. masa nak balik bunyi lagik ehek ehek ehek tu.ini tak bleh jadi sbb esoknya aku ada asgmnt kt Jalan Duta. kalau mampus tengah jalan, ada ke org nak membantu aku?

jadi keputusan terakhir, pegi ke bengkel dan tukar bateri kete yang baru setahun dipakai. nape kejap je eh? dl aku pakai sampai 4 thn oke je.mencik!

lepas jugak rasa mengidam

maklumlah sejak2 mengandung ni.....(hihihi saje kasi ayat suspen) mengandungi air je noks, memang dah rasa nak makan macam-macam.kalah laa org yg mengandung.

kan hari tu aku ckp makan nasi lemak Marrybrown kt Genting tak sama rasa ngn yg dekat LCCT. jadi bila dh ada kat LCCT memang aku tak lepaskan peluang.

walaupn masa tu dh pkl 11 malam dah nak ke 12 tgh mlm, tetap jugak nak makan nasi lemak. jadi kepada badan, janganlah gemuk sgt oke walaupun makan nasik lemak dh lewat mlm mcm tu.kasi lite-lite je oke.

nah....memang rasa best sgt.

masa makan ni memang rasa nak terkeluar balik sbb perut dh penuh tapi tetap jugak nak sumbat. ye lah jumpa bkn sll, jadi tak baik membazir.len laa mengidam nasi lemak kedai mamak, senang je nak jumpa.ni bleh kira ngn jari pegi LCCT tu..

erm odapnya...bila tgk gambar ni terus tekak rasa membuak2 nak makan lagi....ala, jangan laa macam ni tekak oiii.....

Monday, June 20, 2011

Membawa Diri Ke Miri

hoyeh, meh nak cerita sikit pasal Miri. aku rasa macam lari dari rumah pun ada sbb pegi gamble macam tu je kan. bila cite kat incik fidi dia kata oh sungguh bahaya. hahahaha nak buat macam mana, bini dia memang sll macam ni. suka buat orang terkejut2 dgn keputusan ai oke .

ok, pkl 4.30 gitu aku dah bangun. tak penah bangun seawal ni kecuali bulan puasa sbb nak sahur. pagi2 buta hntr aleesya kt pengasuh dia. lps tu terus pecut ke LCCT.

apakebengong aku pagi2 buta, mgkn x berapa nampak lagi kot, aku dh termasuk jalan nk ke KLIA. mencik! dah terpaksa pusing balik pegi LCCT. nsb baik dekat je nak uturn tu. sampai kt LCCT dh pkl 6.30 pagi. flight pkl 7.10 pagi.

waaa tak cukup napas aku rasa berlari kt terminal tu. dgn parking tak de terpaksa parking sejauh2 alam. waaa nak nangis. klu terlepas flight ni, mana nak cekau duit beli tiket baru. dlm hati berdoa, mintak2 flight delay.

masuk je dalam bangunan, biasalah mak mana penah urus sumer sendiri noks. biasa klu pegi naik flight sumer org urus sbb pegi grouping kan. kali ni hambik. mana nak check in? mana nak amik tiket? (bangang) nak masuk pintu mana? kelam kabut sgt rasa.

tapi biasalah mak menten cool hahaha. simpan dlm hati je.

dah settle sumer, aku pun masuk laa kt tempat menunggu tu. sib baik dorang tak masuk dlm flight lagi. klau tak terpaksa berlakon cool lagik.
ye, saya masuk ikut pintu P11. dh ada dalam ni baru bleh bernafas cara yang betul. tadi aku rasa macam bernapas pakai paru-paru ngn insang sekali.tak cukup oksigen dh rasa.

sepanjang dalam flght, sumer berjalan dgn lancar. tapi spoil kejap je bila ada sorang macik ni. nk tny soklan macam nak ajak bertumbuk. kang aku tumbuk betul-betul kang baru tau. dah...dah...aku mahu menjadi insan yang terbilang. gua tak layan benda2 kecik macam tu.
tadaa akhirnya smpi ke airport Miri. kecik je airport dia tapi selesa. aku tgk  jam baru pukul 10. asgmnt aku kt Hotel ParkCity pkl 1 petang. mana mau pegi ni?


kek lapis yang mahal mengalahkan kete kebal. tapi mahal2 pun aku terpaksa beli jugak sbb dh tak tau nak beli kt mana. nnt aku potong nipis-nipis laa sbb nak jimat. mana tau, bleh makan sampai 2 bulan. kata mahal kan, harus berjimat cermat.
tak de benda nak snap bila duk sensorang. takkan nak posing mulut muncung, mata kecik kt tengah2 orang ramai ni. lain laa kalau ada member sekali, bleh laa gedik2 bersama. ni sorang2 tak hingin aku.
dan masih membazir kt airport. klu bleh nak beli macam2 kt kedai ni tapi korang paham2 laa rate airport berapa kan. memandangkan peluang hanya sekali untuk berada di bumi Miri, macik beli juga satu souvenier kt sini.

fridge magnet pun jadi laaaa.....
ini je termampu bila duk sorang2. eee dah macam kuih apam aku tgk. besar semacam je. muka aku laaaa....


eee...kasut baru ngeh ngeh...


ok ni pemandangan hotel. cantik hotel ni.

oh sebelum tu aku sempat pusing-pusing cuci mata kat Bintang Parade. bleh tahan laaa. tapi aku rasa macam kat Warta bangi ni jerk. ok lah dari terconggok kt airport tu sorang-sorang diri kan.

sempat jugak laa merembat satu seluar. tapi memang barang kat sana mahal. tetiba rasa macam rugi beli seluar kat sana. baik beli kt Sogo. hehehe..tak pe nnt kita pegi sogo, kita beli yang lain ye...

apa!! jin panjang? hehehehe

yang pasti aku ke Miri ada kenangan aku yang tersendiri. aku sendiri tak terpikir aku bleh sampai sorang diri. tapi alhamdulilla sumernya berjalan dengan lancar.

oh, masa balik tu, aku sempat laa pusing2 KL melalui jalan udara. ha korang ada? siap bleh tgk KLCC dari pandangan atas. cantik sangat. sumer ni gara-gara KLIA sesak sampai flight tak leh turun. dekat setengah jam jugak laa pusing2 kat atas tu.

dah laa dari LCCT ke bangi sesat barat dalam hutan. benci. terus rasa macam ada sesuatu duk bertenggek kt atas bumbung kereta. huihuhu

Sunday, June 19, 2011

Happy Father's Day untuk semua bapa!

 mula-mula kita bermukadimah dgn gambar tuan tanah. amacam nampak muda tak?hahaha

sesekali gedik tak salah kan, meja memang dh azali memang bersepah. kemas sekejap sepah balik. sori yek. ok kita terskan kpd tajuk utama.
 sori gambar abah terseksi sikit hehehe...

sempena hari ini Hari Bapa, aku sangat beruntung kerana masih ada Abah.masih boleh bermanja ngn abah dan masih boleh berbakti kepadanya.

aku berdoa semoga abah dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.

 buat ayah mertua ku, encik Abdullah b. Yahya...semoga beliau juga dikurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang berlipat ganda. sesungguhnya sejak aku mengenali dia, aku banyak memahami erti kehidupan.

dan buat ayah kepada Fatin Aleesya, incik FIdi...jasamu sunggh terlalu banyak. bukan sahaja terpaksa melayan kerenah anak tetapi juga bini dia yang mengada-ngada mengalahkan anak. hihih

abg, terima kasih sbb menjadi ayah yang terbaik kepada anak dan juga bakal anak-anak kita eceh. yelah kami merancang nak ___ orang anak lagi (korang tambah laa berapa) hihih. syg tahu abg susah payah mencari rezeki utk kita sekeluarga. walaupun kadang2 kita terpaska berjauhan, tapi tak pe (walaupun kadang kala aku mengamuk jugak hahaha)

semoga kita kan ters bahagia dan menjadi ibu bapa terbaik utk anak-anak.

kepada semua kaum bapa dan bakal bapa di luar sana, saya ingin mengucapkan selamat hari bapa utk semua. Sayangilah mereka!

Friday, June 17, 2011

jatuh cinta lagi....

wow, menarik tak gambar kat atas tu? hhuhuhuh. terus jatuh cinta kuasa duapolohlima...

pagi-pagi masa bukak sokkabar, terpandang laa menda alah ni. terus dalam hati. APA!! KALER PURPLE??

terus rasa nak trade in myvi putih tu dan ganti dgn myvi yang mempesona di atas tu hihih. dah lama simpan angan2 nak kete kaler purple. rasa macam tak lena tidur ja malam ni sbb teringatkan idaman hati ni?

oke tipu, malam ni kena tido awal sbb pagi2 esok sesudah subuh dah nak kena ada kat LCCT heheheh.

tapi aku sayang laa myvi putih tu, banyak kenangan lor. disebabkan myvi putih tu laa kami gaduh2 manja masa bertunang hahaah, disbbkan myvi putih ni aku dapat mencari rejeki dan disebabkan myvi putih ini lah banyak kenangan tercipta.

tak mungkin kot nak tukar dia walaupun dia dah kemek kt bahagian depan sob sob sob

Wednesday, June 15, 2011

Miri, Kamek Datang!

hari sabtu ni ada outstation ke Miri Sarawak. erm....tak penah lagi aku jejaki kaki ke negeri ini selepas aku dilahirkan di sana. ye, aku ni lahir je kt Sarawak, tapi sepatah haram tak tau cakap Sarawak. dah nama anak jati Jeli kan. hihihi. kalau abah aku mungkin laa dapat cakap kot.

pegi kat sana sorang2 diri je. fuh, harap2 aku selamat kat sana hahahahah. tu yang risau skit ni.dah la tak reti cakap Sarawak kan hahaha.

ada tak sape2 yang duk Miri eh? tolong teman aku bleh tak? hahahahhaha

Tuesday, June 14, 2011

setahun 7 bulan

selamat ulang bulan sayang! hihih. hari ni aleesya genap umur setahun tujuh bulan. dari sebulan ke sebulan, terasa macam sekejap je masa berlalu. tau tau anak yang didepan mata, yang ditatap setiap hari semakin membesar.

aleesya memang terkenal dengan mulut pot pet pot pet dia. kalau datang angin kus kus dia nak bercakap tu, alahai penat aku nak melayan. memang laaa tak paham, tapi kalau kita selalu berkomunikasi dengan dia, InsyaAllah dia boleh ikut balik apa yang kita cakap.

dan prinsip aku, jangan sesekali ajar anak cakap pelat. macam andai ( pandai), chuchu (susu) macam-macam laa lagi.

macam pagi tadi, masa nak tukar pampers, aku cakap laa busuk. terus dia TUTUK. ayoo aleesya bukan tutuk laa, B.U.S.U.K. lepas tu dia sengih2. hihihih

hari ni aku ada azam baru, nak ajar aleesya muqaddam. tapi risau la plak. aleesya memang tak leh tgk buku ke kertas, mula laa nak koyak. tu yang risau kalau dia pegang muqaddam. kang tak sampai 5 minit dah jadi debu. tak pe tak pe tunggu dia besar sikit je lagi.

ada banyak lagi perangai aleesya yang kadang-kadang buat aku tergelak sorang-sorang. oh contoh macam ni. dia aadalah amat jeles bila aku rapat ngn incik fidi hahahahahahaha. nak pegang tangan incik fidi pun dia dah mengamuk.

tak pe sayang ibu tak kisah pun pasal tu. yang ibu kesahkan adalah kebahagiaan kita semua. semoga kita sekeluarga hidup dlam keadaan aman damai dan penuh kasih sayang. eceh. eh betullah kan.

tapi aleesya kenalah jadi good girl. tak mo dah merajuk-rajuk ni. tak mo dah mengamuk. kena jadi clever sentiasa ok.