? ??????????????Last Beat? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??3401 Grabs Today. 6923 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Colorful Twist? ????? ?? ???Rating: 4.5 (66 Ratings)??2360 Grabs Today. 28501 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, November 3, 2011

hari ni saya nak bagi tip

hari ni saya berasa sangat prihatin. jadi saya ingin berkongsi beberapa tip dgn anda semua.

hari-hari kita tengok kereta. hari-hari kita naik kereta. hari-hari kita isi minyak kereta. dan minyak kereta adalah mahal. jadi macam mana nak berjimat cermat melalui minyak kereta?

situasi 1:
tengah-tengah syok bawak kete sambil nyanyi lagu Aisheteru dengan kuat aka melalak dalam kete, tetiba ternampak traffic light.dari lampu kuning ke lampu merah. mungkin ada yang ambil keputusan dengan menekan lagi minyak dengan harapan sempat melepasi dan tak payah nak menunggu lama.

tapi bagi mereka yang pentingkan keselamatan, mereka harus brek dan berhenti.

tip penjimatan minyak berlaku disini. kalau anda ingin menjimatkan jumlah minyak dalam tangki kereta anda, sila tekan brek secara perlahan dan berkala. maknanya sedikit demi sedikit.

sebab bila anda semua menekan brek secara mengejut dan tiba-tiba, penggunaan minyak dari tindakan ini adalah lebih tinggi berbanding menekan brek dengan perlahan-lahan.

paham kan?

situasi 2:
akibat terlepas lampu hijau dan kuning, maka anda masih berada di traffic light menunggu giliran lampu kembali bertukar kepada hijau. sambil-sambil itu boleh lah membuat apa yang patut dan dilarang semasa memandu seperti check telefon jika ada sms masuk dan membalas mesej tersebut.

jangan leka sebab lampu hijau akan bertukar bila-bila masa sahaja!

apabila lampu sudah bertukar kepada warna yang membenarkan anda dan kereta anda bergerak, di sini terdapat tip penjimatan minyak.

walaupun kereta anda berada di kedudukan paling hadapan, jangan gopoh dengan menekan minyak sekuat hati. jangan tunjuk lagak di sini kerana tiada siapa pun yang kagum. ini kerana tindakan anda menekan minyak dengan banyak telah menyebabkan penggunaan minyak berlaku secara maksimum.

tekan secara perlahan-lahan dan biarkan kereta anda bergerak dengan kelajuan yan konsisten.

mudah sahaja kan?

situasi 3:
berada di lebuh raya yang mempunyai tiga lorong memberikan pilihan kepada pemandu.lorong paling kiri lebih banyak digunakan oleh kenderaan berat dan mereka yang memilih untuk membawa kereta tidak melebih 60km (bila ntah nak sampai klu bawak macam ni je. oh ni sikap yang buruk, jangan contohi).

manakala lorong tengah dipilih oleh pemandu yang membawa kereta dalam keadaan yang selamat, yang mana tidak laju dan tidak terlalu perlahan.

lorong paling kanan pula dipilih oleh pemandu yang ingin cepat, tergesa-gesa atau memiliki kereta berkuasa tinggi yang mampu memecut (mungkin).

tapi tahukah anda, jika memandu melebihi 120km per jam kadar penggunaan minyak adalah lebih daripada memandu pada kelajuan kurang daripada itu. jadi keputusan terletak ditangan anda sendiri!

situasi 4:
keadaan cucuk-menyucuk sering terjadi di jalan raya. cucuk menyucuk di sini adalah satu tindakan seorang pemandu kereta (A) yang menghimpit kereta dihadapan ( B) dalam jarak yang dekat. tindakan berbahaya ini sering dilihat di lebuh raya pada lorong paling kanan. maknanya kereta A dalam keadaan tergesa-gesa dan ingin cepat tetapi kereta B yang bawa kereta pada kelajuan selamat seperti menghalang pergerakan kereta A untuk lebih laju.

situasi inilah yang menyebabkan berlakunya kadar penggunaan minyak yang tinggi kerana kereta A kerap menekan brek secara mengejut. secara tidak langsung ia semakin menyusutkan jumlah minyak dalam tangki.

jadi siapa yang rugi? dah laa tak selamat, lepas tu kena isi minyak lagi. padan muka! eh emo kejap.

situasi 5:
mulakan pagi anda dengan senyuman. bagi mereka yang memiliki kereta dan pergi ke tempat kerja dengan menaiki kereta, di sini ada tip untuk mengurangkan kadar penggunaan minyak.

kikiskan mentaliti tentang panaskan enjin kereta pada waktu pagi. lagi lama lagi elok untuk kebaikan enjin

itu salah! mungkin ia menjaga enjin (mungkin, tak pasti ia betul atau tidak) tetapi dengan membiarkan keadaan ini terlalu lama, ia sedikit sebanyak mengurangkan kandungan petrol dalam tangki. bila dh kurang tu mesti kena tambahkan.

tapi aku tetap nak panaskan enjin kete tiap2 pagi hehehe


saya sayang kereta saya. saya juga sayang duit saya.

incik fidi pun sayang kereta dia. dan of coz duit dia saya rembat tiap2 bulan. eh.

0 love purple: