* ok ini memang entry meluah perasaan....jadi tahan je lah masa membacanya
pagi tadi ( ini kisah semalam) aku pegi beli barang kt G****. dh alang2 lalu kt barangan elektrik, aku beli oven yg memang dh jadi idaman kalbu sejak dl lagi huhuhu.
terpampang kt badan oven tu rege RM119. wuhuuu cantik sesangat ni. murah tu.rembat laa seketul. dah beratur tunggu nak bayar ni tetiba terkejut tengok harga kt skrin, RM329. hayohhhh mcm mana bleh jadi mahal ni.
kelam kelibut aku cari dlm purse duit.mintak2 laa cukup. alhmdlh cukup jugak, lps tu tak buang masa terus pegi lagi sekali tempat amik oven tu.
"Tokey, macam mana ni. tulis kt situ harga RM119, tapi nape saya bayar kena RM329 plak?"
kelam kabut cina tu check balik. rupanya yang dia bagi kat aku tu yang ada grill. apekejadah plak aku nk grill nnt. nk masak lemak cili api pun dh cukup rajin heheheh. aku suh cino tu tukar balik.
ingatkan cino tu yang uruskan semua sementara aku survey2 peti ais baru. sekali dia suh aku beratur kt kaunter. elok je aku duk depan kaunter, tinggal lagi sorang yg tgh Q, dia lesap. cino ni memang nak kena hempuk.
terpaksa lah aku mengundur diri dari Q yang panjang itu, klu cino tu sekali lagi suh aku beratur, memang aku nekad, aku bakar kepala dia dlm oven ni nnt....hahahhaha
tak lama lps tu muncul laa cino ni, dia suh aku pegi kaunter khas nun hujung sana. fine, nsb baik aku bawak troli. sampai hujung sana, sambil2 buat muka tak puas hati suh aku deal plak ngn sorang kakak ni. eleh kerek laa ko cino, salah ko kan...nape bagi aku yg grill punya,lps tu nak buat2 muka plak.
kakak ni pun satu hal. saje nak naikkan temper aku. memula dia suh aku isi form. dh siap isi, aku bagi kt dia. elok2 borang bertukar tgn, tepon dia bunyi.dia angkat dan cakap mcm aku tak de depan mata. lama........ada laa dlm 15 minit gitu. aku yang memula elok pose tepi kaunter, trs belek2 paper, pegi timbang berat badan, kakak ni tak hbs2 lagi tau mengumpat.
ok api dh menyala nih. aku pegi hempuk meja kuat-kuat dan ckp, "kak oiiiiii, lama lagi ke?" hambik ko.sabar aku dh sampai tahap dia...jgn ko berani nak cucuh api lagi...
baru lah akak tu terhegeh2 pegi buat keje dia. pandai plak letak tepon. ooooonk suh aku hempuk meja baru ko buat keje?dia pegi mana aku tak tahu. menonong je....aku tok sah cakap laaa, tgh menyirap, dh laa tak mandi lagi, rasa panas membahang je dlm supermarket tu (saje nak bocor rahsia pegi G**** tak mandi)
bila sampai kt tempat aku, kakak tu tny, "dh tukar ke barang dia, dh check?" amenda laa kakak ni. tu lah tadi tak nak tanya aku.
"ape nye kak, ni laa barang dia, sumer dh buat, cuma tak scan je lagi"
baru laaa dia sibuk pegi kaunter uruskan hal2 sepatutnya. aku malas dh nk bermanis2 muka ni.
pastu kakak tu bagi tau, harga sepatutnya kena bayar "RM199"
aduiii laaa apesal laa bongok sgt ni. tadi tulis kt situ RM119, pastu tertipu RM329, pastu kena tipu sekali lagi RM199.
malas nak cakp bnyk, aku bayar dan blah.
kepada pihak pengurusan G****, tak payah nk tipu pengguna. klu dh harga mcm tu, tulis je elok2 kt kertas kuning yang korang dh gunting2 jadi bintang tu. tulis lain, bila bayar jadi lain. dan satu lagi sila lakukan kelas etika utk pekerja korang. aku tgk lebih baik etika budak keja pizza tmpt aku keje dl lagi drpd pekerja G****.
Monday, January 30, 2012
hati saya memang tengah BENGKEK
Posted by purple_lav at 7:44 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 love purple:
Post a Comment