phewwww dh selamat pulang dari Melaka semalam. badan hari ni macam kena hempap dgn kapal terbang. sana sini sakit. nampak sangat faktor usia jadi penyebab. baru je cecah 3series badan dh macam ni. klu dh cecah 5series sok2 camne.
overall pegi sana enjoy walaupun rasa takut skit dgn hal-hal sulit berkaitan syarikat. insyaAllah saya akan lakukan yang terbaik ye bos.
sepanjang kami kat sana, aku tinggal di Puteri Resort Ayer keroh Melaka. tempat dia not bad laa.
awal-awal pagi lagi kena berkumpul kt lobi opis. jangan risau kalau sesapa tak sempat sarapan macam aku. sbbnye sarapan ada disediakan. walaupun hanya beberapa jenis makanan je aku bleh telan. erkkkk
hammekkk muka besar talam dah ni. nak buat macam mana amik angle dekat kan...ngn kak alin.
antara situasi pada pagi tu....kitaorang gerak dalam pkl 10 pagi, utk ke sana tak yah susah2 bawak kete, sbb opis ada sediakan bas..
tadaaaa dh sampai dah...masa ni tengah tunggu nak check in. amboiiii syada sengih sesaje.....
masa ni adalah masa utk mengumpat sesama sendiri hahahahah tak der lah...masing-masing tengah tunggu nama utk masuk bilik. setiap bilik ada 3 orang. nasib2 lah klu dpt teman tak sebulus hehehe. sib baik aku nye terbaik.
memandangkan 3 orang jadi kena ada extra bed. cer korang teka aku kena duk katil yg mana? ofkos laaa katil bujang itu...tak pe ai beralah utk mereka yang lebih tua hahahahahhah
ok ni praktis utk malam persembahan. bleh plak disaat-saat akhir aku kena tukar watak. menggelabah jugak laa mula tu. tapi ai berfikiran positif. klu tak cuba tak tahu kan.
hambooiiii bos aku tu bersungguh-sungguh....tapi memang tabik spring laa kat bos aku ni. disebabkan dia kami dapat buat yang terbaik.
masa trainning dh bape kali ulang ok. selagi my bos tak puas hati kena ulang dari mula sampai habis. badan ni yang tak penah2 kena berlari2 ke sana ke sinun, mengah malam tu. berpeluh2 ok.
tak cukup ngn idea masing-masing, kami buat rujukan jugak. buka youtube. tapi liputan internet kt sana adalah hampes.mencik!
ok ni dah masuk hari kedua. kak alin ngn kak tora, kitaorang pernah bersama2 menjayakan satu majalah. dan sebab itu lah kami berkawan baik..oh sweetnyeeee ayat ni
perasan tak asam kt depan aku tu? itu lah penyelamat masa mengantuk. asal rasa mata tak leh bukak, terus ngap asam. taik idung cina pun taik idung cina lah....
dah namanya kawan baik....mesti laa bergambar bersama. idop gitu eh kak alin?
tadaaaaaa inilah keadaannya di dalam dewan. sejuk macam duk dalam peti ais. sib baik bertindak rasional bila terasa nak bawak shawl. kalau tak mau ada orang ketuk2 aku buat arca.
nantikan sambungannya!
1 love purple:
gedabak sungguh mok cik yg pakai baju itam tu... sipakah grangan??? huuu...
Post a Comment