Saturday, December 29, 2012
adik Aqeel membesar bagai juara!
Posted by purple_lav at 5:50 PM 2 love purple
Friday, December 28, 2012
jom kita berteka teki
jadi utk memeriahkan lagi suasana, apa kata kita berteka teki sedikit?
agak2 budak demok ni dh berapa kilo?
hihihii
Posted by purple_lav at 8:44 PM 2 love purple
Wednesday, December 26, 2012
mak kepada dua orang budak
bangga sungguh rasa skrg ni bila tersebut perkataan "anak-anak" ataupun "budak-budak". anak dh ada dua kan jadi harus lah gandakannya. maka perasaan gembira pun berganda-ganda terasa.
klu keluar jenjalan masih dlm mood nk sesuaikan diri dgn persekitaran. klu dulu, aleesya bnyk ngn aku, nak makan, nk jalan sumer ngn aku. ngn incik fidi jarang2 je.
tapi skrg adik Aqeel dh amik alih. jadi Aleesya kena pass kat incik fidi. kadang2 kesian plak kat Aleesya tu. ada ketika kalau adik dia tengah tido, dia tiba2 dtg senyap2 duk atas riba aku. ololo teremosi nk teriak plak nih..
jadi sekarang saya berbangga ibu kepada dua orang anak.
masa ni adik Aqeel tinggal kt ngasuh. saje nak bagi kasih sayang sepenuhnya kt Aleesya plak. kena jugak kan jarang2. tak der laa dia rasa terpinggir sgt.
akhir kata dari saya, saya sayang anak-anak saya. maka incik fidi telah jatuh nombor 3. fadan muka, memandai je dia bagi ranking kt aku nombor 3. dia tak tahu dia pun nombor 3 jugek.
ok sekian entry sekadar celah gigi.
Posted by purple_lav at 5:48 PM 3 love purple
Monday, December 24, 2012
Kisah Di sebalik Perjalanan Balik Kg Selepas Beranakkan Aqeel
ok ok tau. tajuk entry panjang sangat. sampai semput nk habis membacanya.
kemain lama baru nk citer balik kan. kena amik mood sbb kesahnya tersangat laa panjang. cenggini...
lps jer dpt keluar wad hari tu, aku terus balik kelate. sbb tak nak daki umah yg setinggi 3 tingkat ni. takut terabak perut. masa keluar wad tu dh pkl 3 ptg. plak tu masa tu KL asal petang je ujan, asal ujan je petang. keluar dari spital dh kena air hujan, nasib baik tak demam.
jadi masuk dalam kete dlm keadaan yg sedikit basah buat kita tak selesa. plak tu kete overload. ngn barang2 super duper banyak sbb nk bermastautin kt kg dua bulan. dgn org bleh tahan ramai jugak laa. incik fidi, mak, aku, adik lelaki, aleesya ngn aqeel. jadi agak keserabutan.
lps jer tol sungai besi, jalan jem tak hinggat. berenti terus. aku dalam kepala, apakah??? hoii, jauh lagi perjalanan nk tempuh ni takkan dlm KL dh kena jem. ok mari berperansangka baik, mgkn dlm KL je. lps tu jln clear kot.
mujur incik fidi ni terer dlm cari jln lain. klu aku dh gelabah nak keluarkan GPS bagai. lagi satu aku tak paham, naper aku tak bleh igt jln dlm pusat bandaraya tu. nk pegi chow kit tak tahu, nk pegi sogo tak tahu. apatah lagi jln ke Pavillion. oh lagi satu jalan kt shah alam. lagiiii laa aku tak paham. berbelit-belit.
lps jer harung jem, masuk jer highway hujan makin lebat. lebat giler kot sbb jalan raya pun tak nampak. fine, masih selamat sbb kami masih dlm kete. tak sampai setengah jam perjalanan, tetiba kena jem lagik. kt sungkai ke kt mana ntah. apesal highway bleh jem maa...bukan hari raya pun.
jauh jugak laa jem. ngn ujan lebat, ngn perut lapar. kitaorang langsung tak makan ape2 sejak dari pagi. masa tu jarum jam dh tunjuk pkl 6 ptg. korang bayangkan laa betapa seksanya perut. tetiba plak aku nk terkincing, dh laa tak leh tahan2 sbb klu ko tahan aku akan menderita perut tmpt czer tu. jadi suh laa incik fidi brenti kt mana2 RNR.
tapi hampehnya bila semua RnR penuh ngn org2. apesal ni? adakah aku balik tarikh hari raya? semua ramai. tandas ramai, tempat makan ramai. plak tu ngn ujan lebat. dugaan sungguh. dh pkl 8 mlm, Ipoh pun kami tak lepas lagi.jem tak sudah2. sampai nk dekat Ipoh baru tak de jem. rupernya ada eksiden. tapi eksidennya aku rasa berlaku petang lagi kot sbb bila sampai kt situ dh tak de ape2 pun.
terus aku ckp ngn incik fidi. aku dh tak bleh nk teruskan perjalanan lagi. kelate masih jauh lagi. perut tempat czer aku dh rasa perit2 sbb duduk terlalu lama dlm kete. mintak tolong ngn dia berenti je kt Ipoh, kita cari hotel. tido semalaman dan esok pagi baru gerak.
nasib laa incik fidi sgt sgt memahami. masuk je Ipoh terus cari hotel. rupernya hazab tak habis lagi. semua hotel penuh. mulalah rasa nak mencarut2 hahahaha. apekehel nih? aku rasa give up sgt. mujur tak meroyan dalam kete. ada jumpa hotel yg mcm rumah hantu pun ada. hotel mcm jual 'ayam' pun ada.
dgn bantuan GPS dl mhenpon, aku try google hotel yg layak utk family aku stay. last sekali kami pegi Hotel Seri Malaysia. harapan aku biarlah ada available room. sbb badan dh penat, perut dh lapar, mata plak dh rabak.alhamdulillah, ada jugak kosong walaupun hotel dh dibooking oleh 1 organisasi ni sbb dorang ada meeting ke apekebenda ntah.
igt kan bleh bersenang lenang tekan loceng lif dan tido terbaring di atas katil. rupernye aku baru tahu Hotel Seri Malaysia memang tak de lif eh? dh laa dpt bilik tingkat 1. sape nk dukung aku nih. tangga dh laa kemain tinggi satu-satu tu. kenapakah banyak btl dugaan aku pada hari tu?
incik fidi lagi kesian aku tengok. dengan badan letihnya. dgn kepala otak letih. yelah sape tak letih nk drive dlm keadaan mcm tu. lps tu tengok bini yg naik tangga mcm siput sedut. aku dpt bayangkan dia nk dukung aku waktu tu hahahaha.
lepas menempuh azab tangga, aku berjaya membaringkan diri atas katil. fuhh lega ya amat. terasa jugak la tempat czer tu. tp bila emak tny, sakit ke tak? aku jawab tak sbb tak mahu susahkan hati dia. agak2 dh rabak btl baru aku nak bgtau dia. setakat sikit2 ni peram dalam hati jer lah.
kitaorg mmg flet giler. incik fidi terus order nasi kt hotel tu jugak. room sevice. tak larat dh nk keluar cari makan bagai. fuyoooo baru 4 hari beranak, aku dh belasah chicken wings. sedap woih.
mlm tu tido laa kami charge bateri baru. esok pagi dgn cuaca yang baik, hati yg ceria baru nk berangkat pulang eceh.
kesian aku tgk mak. badan dia penat tp bila tny, x pelah...mok cekak lagi. ish mok nih..
masing-masing baru tau nk senyum pagi tu. sbb dh rasa bertenaga dh.
hebat adik Aqeel. kecik2 lagi dh tido hotel. malam tu dia merengek laa jugak. aku dh risau kot bawak budak kecik ni. yelah takut jumpa hantu je hehehe. nauzubillah.
yeahaaa kami sudah berempat. anda bila lagi? eh.
mak masih kelihatan muda. tips please!
1. mandi ngn air timun yg telah dikisar halus.
2. mandi ngn teh cina. pegi beli kt kedai ubat cina. dia akan bagi lima peket. maknanya ko kena mandikan baby selama 5 hari berturut-turut.
3. susukan baby (breastfeeding) sekerap yg mungkin.
aku buat semua tu. alhamdulillah sekejap je turun kuningnya.
ohhoiii anak jate kawe nih.
dalam kete adalah huru hara walaupun dh dimulakan dgn pgi yg ceria. sbb aleesya ni kejap2 nak duk atas riba aku. no no no...
mak pun dh bleh tersenyum. akhirnya sampai jugak kt kg lepas mengambil masa hampir dua hari perjalanan. adik aqeel pun beres je sepanjang perjalanan. dia bantai tido dan berak je.jadi aku tak leh bayangkan lagi kami hanya empat beranak je pulang ke kampung. aku rasa haru biru kot. tengoklah. nnt nak suh incik fidi transformkan kete dia jadi dewan serbaguna. luas cikit aku nk handle anak-anak.
Posted by purple_lav at 7:11 PM 2 love purple
Friday, December 21, 2012
buang tebiat sekali sekala
dh lama teringin nak pakai baju nih. masa beli ni blom lagi mengandungkan adik Aqeel. masa tu sarung mcm nangka busuk. skrg sarung dh mcm sarung jambu batu. ok tak kelakar.
means aku sedikit kurus sebelum ini huhu.
masa beli baju nih adalah sebab terkenankan warna dia. so sweet. terasa mcm Nora Danish tika menyarungkan ke badan. lagi satu sebab adalah ia tersangatlah murah. hanya RM50. jadi apa guna tak beli kan walaupun sedar masa tu badan adalah sebesar kapal terbang...
jadi menunggu waktu yg sesuai saje utk pakai baju ni. ok sape2 nak kawen tak masa terdekat nih? aku nak bergaya ala Nora Danish. silap2 hari bulan ada orang mintak otograf sekali. puiii..
Posted by purple_lav at 3:41 PM 4 love purple
puting susu
sekarang Aqeel ni ada satu masalah. bikin kepala ibu dia pening je. dia tak mo susu botol. ayoyoyo adik, jangan buat ini macam laaa. kesian laa ibu nanti bila dh naik keje.
penat jugak laa duk tukar2 puting susu botol. takut dia tak serasi kan. sampaikan satu tahap tu dia protes main tolak ngn tangan dia sendiri botol susu. hamboihhh, kecik2 dh pandai ye.
jadi semalam lps berpeluang keluar seorang diri tanpa ada 'dua handbag yang besar', aku pegi Manjaku Bangi. cari puting botol susu yang sesuai.
* abaikan background ...
sekali aku belikan puting NUK nih. rupernya serasi ngn Aqeel.fuh selamat. tengok dia minum botol susu tanpa buat muka pelik buat aku gembira. bagus jugak puting ni.
dah selesai satu masalah.
ala, tak lama lagi dh naik keje dh....
Posted by purple_lav at 1:03 PM 0 love purple
Thursday, December 20, 2012
jatuh cinta lagi?
dua tiga menjak ni kerap mamat kt atas ni keluar tv. daripada tak kenal terus aku jatuh cinta wakakaka. namanye Chris Evans klu x silap. smart nk mamp.....
dulu2 masa tengok citer Fantastic Four tu tak der lah terkenan sgt kat mamat ni. ala dia yang berlakon jadi hero yang bleh keluar api, terbakar-bakar. tapi masa kt kampung hari tu, adik aku layan citer Captain America, terus aku tangkap cintan. pastu balik bangi pun ada lagi dia berlakon.
nasib lah sekali minat terus keluar berkali-kali kat tv hehehe..tak de lah angau sgt tunggu nak tengok dia.
tapi yg pastinya mamat kat atas ni jugak menjadi pujaan hati tika tidur dan jaga. dia lah terbaik. malah dia juga berbau harum (mcm iklan minyak wangi Siti Nurhaliza...bak kata Khairul Fahmi Che Mat, yang penting dia wangi. igt dia sorang je bleh cakap mcm tu. mek pon boleh!)
tapi siyes nape incik fidi skrg berbau harum? hahahaha terus rasa nk lekat hidung mancung yang tersorong2 ai ni kt dia. hahahahahah
Posted by purple_lav at 5:28 PM 1 love purple
Wednesday, December 19, 2012
KERJA?? apa itu???
serius! aku malas kije. malas nk perah otak. malas nak terkejar sana sini. tapi apakan daya, cuti tinggal dlm dua minggu lagi. nak tak nak kena hadap jugak.
klu ikutkan hati nak je amik cuti tanpa gaji. tapi boleh ke?
ataupun berpindah ke majalah lain???huhuhu
Posted by purple_lav at 2:10 PM 0 love purple
Monday, December 17, 2012
Aleesya anak ayah, Aqeel anak ibu
dulu masa aleesya kecik2, ramai duk aleesya banyak ikut muka incik fidi. jadi ibu dia tersentap sikit. hahaha. mana aci kan. jadi aku penah ckp nnt anak no 2 biarlah ikut muka ibu plak.
jeng jeng jeng adik aqeel nampak nya banyak ikut muka aku. suka suka suka. ngn mata sepet, sama ngn aku sbb incik fidi mata bolat. ngn hidung lebih mancung dari aleesya means banyak ikut hidung aku yg mancung ini *tangan ke dada mata ke atas. ngn bibir nipis macam aku jugak.
Posted by purple_lav at 7:56 PM 2 love purple
alat pam mengepam
semalam rekues kt incik fidi nak beli breastpump. lalu pakcik tu pun berkata, " bukan ke hok Aleesya dl dah ada?".. memang ar ada tapi dh jahanam. wakaka. itu anak dara dia jugak yg menjahanamkan. lagipun yg tu manual. aku dh rasa terseksanya nak pam breast guna manual punya alat.lenguh woiii. nak habiskan dua2 belah rasa nak gelap bijik2 mata. nasib baik ada dua je. klu mcm kucing tu macam mana?
jadi semalam incik fidi bersetuju nk beli yg baru. sebab apa perlu persetujuan dia, sbb aku nk guna duit dia hehehe. jadi kitaorang pegi kt Kasih Ibu kt bangi ni jer. tak kuasa nak pegi jusco * walaupun hati meronta2 nak pegi Jusco.
kt situ banyak pilihan. opkos mata aku terus menatap pada Medela Breastpump. sungguh laa mempesona. tapi harus menatap hiba jerk sbb harganya tak tercapai dek akalku. bagi orang yg ada2, mereka sanggup kot nk beli. tapi aku biarlah. gunalah konsep " asal dapat perah jadilah".
berkenan sungguh Medela tu. ngn keciknya. ngn bleh bawak ke mana2 shj sbb bleh pakai elektrik ngn bateri. ngn cungnya. aduhaiiiii....tak pe lah, berkorban laa..
sejak aku guna utk sehari hari ni, ok je. aku suka. walaupun dh risau, budak demok buat muka pelik bila aku sua botol susu. dh lama sgt kot pakai direct jadi rasa pelik bila bubuh plastik. nak kena ajar dh sbb nanti naik keje masak laa aku nk menjawab ngn pengasuh.
harap2 bleh simpan stok utk kije nnt. apa2 pun berbaloi-baloi guna brand Little Bean ni. mesra alam gitu. aku syorkan pada semuaorg. lagi pun harga dia mampu milik. *masih berharap incik fidi hadiahkan manual Madela masa besday dia nnt. utk kegunaan di luar waktu pejabat. eh.
Posted by purple_lav at 4:19 PM 4 love purple
Saturday, December 15, 2012
susah ohhoi nak hilangkan baby weight
masa beranak kat aleesya dl, dapat kurangkan 14kg. timbangan sebelum beranak adalah 64kg dan lps sebulan beranak timbang dh jadi 50kg. masa itu rasa hebat giler sbb dapat berat yg paling ringan setelah sekian lama.
kendian masa beranak kt aqeel ni lain plak ceritanya. last timbang masa mengandung adalah 74kg. giler besar pada masa nih. kendian lps beranak sebulan, aku timbang berat jadi 57kg. ohhoi, kira lah berapa bnyk aku bleh turunkan. 17kg!!! tapi tapi tapi....yg tak bestnye sbb badan still rasa tak kurus. sbb masih 7kg kena hilangkan utk rasa sekeping sama spt beranakkan aleesya dl.
jadi masa pantang, penat jugak lah kawal makan. takut makin gemuk. aku harap angka timbangan makin kurang.
dan ini gambar terkini. sesi gedik geli geli ngn anak dara yang tak berbaju. wakaka. dh alang2 pakai baju yg senonoh lps keluar, terus rasa nk amik gambar. yelah teringin jugak nk letak gmbr sendiri dlm blog. sodeh.
bilalah nk jadi slim balik nih. berat impian masih blom tercapai nih.harap sebelum naik kije dh jadi kurus mcm ceeramon hahaha. jeles sggh tgk dia. perut pn tak de lps beranak. aku nih, perut masih bergelegak klu diusik. agaknya sbb czer kot. hahah dan dan nak salahkan czer sbb tak dapat kecikkan perut.
Posted by purple_lav at 6:23 PM 4 love purple
Friday, December 14, 2012
Faten Aleesya & Fahem Aqeel
yes...skrg baru ada masa dan feel untuk menghapdet blog sbbnye SAYA SUDAH BALIK BANGI! yabedabedu....hek eleh tetiba gembira lebih.jangan nak hepi sgt laa sbb kena kemas umah huwaaaa....
baru si suami tahu bila bini tiada di rumah, keadaan di dalam rumah ibarat tongkang pecah dilanggar garuda. tak cukup tongkang pecah tambah lagi kena langgar dek garuda. tapi bagusnya suami saya bila dia rajin basuh baju n lap habuk. at least kurang sikit kan bebanan. cuma nak organize balik susunan barang2 dlm umah. tp mau makan 2 3 hari jugak ni.
ok ok....ye skrg aku dh kembali menjadi ibu kepada dua orang budak. sblm ni bermaharajalela di kampung sbb ada ramai pembantu. mak ada, abah ada, adik2 ada. tp skrg sendiri mau hadaplah. hari ni 1st day duk bertiga ngn budak2 ni. incik fidi ada kije dari pagi sampai malam.
pagi masih boleh diurus. kemas2 umah sblm deme tu bangun. dh bangun si kecik, mandikan dia dl, lps tu kakak plak bangun. ok yang ni kena buat susu dl sblm dia mengamuk. lps tu baru mandikan. ohhoi maknye tak makan lagi biarpun jarum jam dh tunjuk pkl 11 pagi. nsb baik incik fidi pegi keje tadi dia dh belikan siap2 nasik lemak ngn bahan2 utk masak tgh hari. pkl 12 baru nk sarap nasi lemak tu.
skrg dh lps waktu genting sbb dua2 dh tido. jadi ibu bleh becuralia ngn laptop yang direndu sekian lama.jadi meh laa kita sudahkan entry yg tak de jiwa ni sbb aku mash tak de feel ngn blog lagi. mungkin blom ada gambar sendiri yang perlu dipersembahkan. kurus ke gemuk aku lps beranak? hahahahah.
best tgk anak2 tido. tetiba rasa mengantuk jugak.
yang ni gambar terkini adik aqeel. semalam pegi putrajaya amik surat beranak budak demok ni. baru nk g amik sbb masa incik fidi hari tu tak cukup bahan yang membolehkan dia amik surat beranak. tak pe lah, ibu bleh pegi jenjalan! yahoo.
memang semangat budak demok ni. badan tak sesuai ngn umo. nasib baik aku tak beli banyak baju dia masa peknen hari tu sbb banyak baju dia dh tak muat. kena beli stok baru. amik yg umo setahun terus baru tau. cepat nau membesar.
kakak aleesya yang masih menjadi penyeri hidup. tp kadang kala jadi pening jugak. smlm pegi alamanda dia tak bagi adik naik stroller dia. patah tangan incik fidi dukung budak demok hahaha nasib lah. nampak gayanya kena beli lagi 1 stroller ni.
tadaaa ni lah cahaya mata kami....sayang kamu semua!
Posted by purple_lav at 4:44 PM 3 love purple
Monday, December 3, 2012
Check up pertama aka 1 bulan untuk adik Aqeel
klinik dekat je ngn umah. depan umah je pong. jadi moh laa kita berjalan. aku pegi ngn mak aku. akibat dh sebulan asik jalan terkedek-kedek di dalam umah, bila kena jalan jauh gini aku rasa mcm gigil kepala lutut siku semua. fuhhh kemain jauh aku rasa.
adik aqeel ok je kt klinik sbb aku dh bagi kaw kaw punya susu kasi penuh tong. rimas klu anak duk ngek ngek ngek. nk jalan feeling ala supermodel pun bleh terjejas ok. aleesya pun behave je. bagus anak2 ku.
ok inilah tenaga kerja. bagus misi-misi nih. tak garang skit pung. mesraaa bak kata bob af.
aku kan tengah diperiksa oleh misi. tapi naper anak aku kt misi tu plak? sbb mak aku sibuk nak amik gambar hahahaha. kelas mak aku.
berat aku walaupun dh turun 17kg dari berat sebelum bersalin, tp hasilnya blum lagi mencapai berat idaman aku. huhu. masa aleesya dl aku turun 14kg tp hasilnya aku suka sbb aku kurus. kali ni mungkin aku terlebih gemuk masa peknen dl, jadi susah jugak laa dia nak turun. ok ok aku redha dgn berat ni. tp masih ada masa utk lebih kurus lagi muahahaha.
berat adik Aqeel plok, memang kebabom laa ini budak. skrg berat dia adalah 5.5kg. semangat lagi dari kakak dia dl.
masa cucuk ni kan, adik Aqeel nanges laa skit, tp Aleesya plok yg terover. dia plak duk sibuk ckp adik nanges adik nanges...lps tu sibuk ckp sian adik. nk buat macam mana syg oii. dh memang kena jarum sakit.
ok laa sekian laa entry ciput ni.tak sabar nak balik bangi....lagi 10 hari nk balik. yahooo!!!
Posted by purple_lav at 3:47 PM 0 love purple