ok ok tau. tajuk entry panjang sangat. sampai semput nk habis membacanya.
kemain lama baru nk citer balik kan. kena amik mood sbb kesahnya tersangat laa panjang. cenggini...
lps jer dpt keluar wad hari tu, aku terus balik kelate. sbb tak nak daki umah yg setinggi 3 tingkat ni. takut terabak perut. masa keluar wad tu dh pkl 3 ptg. plak tu masa tu KL asal petang je ujan, asal ujan je petang. keluar dari spital dh kena air hujan, nasib baik tak demam.
jadi masuk dalam kete dlm keadaan yg sedikit basah buat kita tak selesa. plak tu kete overload. ngn barang2 super duper banyak sbb nk bermastautin kt kg dua bulan. dgn org bleh tahan ramai jugak laa. incik fidi, mak, aku, adik lelaki, aleesya ngn aqeel. jadi agak keserabutan.
lps jer tol sungai besi, jalan jem tak hinggat. berenti terus. aku dalam kepala, apakah??? hoii, jauh lagi perjalanan nk tempuh ni takkan dlm KL dh kena jem. ok mari berperansangka baik, mgkn dlm KL je. lps tu jln clear kot.
mujur incik fidi ni terer dlm cari jln lain. klu aku dh gelabah nak keluarkan GPS bagai. lagi satu aku tak paham, naper aku tak bleh igt jln dlm pusat bandaraya tu. nk pegi chow kit tak tahu, nk pegi sogo tak tahu. apatah lagi jln ke Pavillion. oh lagi satu jalan kt shah alam. lagiiii laa aku tak paham. berbelit-belit.
lps jer harung jem, masuk jer highway hujan makin lebat. lebat giler kot sbb jalan raya pun tak nampak. fine, masih selamat sbb kami masih dlm kete. tak sampai setengah jam perjalanan, tetiba kena jem lagik. kt sungkai ke kt mana ntah. apesal highway bleh jem maa...bukan hari raya pun.
jauh jugak laa jem. ngn ujan lebat, ngn perut lapar. kitaorang langsung tak makan ape2 sejak dari pagi. masa tu jarum jam dh tunjuk pkl 6 ptg. korang bayangkan laa betapa seksanya perut. tetiba plak aku nk terkincing, dh laa tak leh tahan2 sbb klu ko tahan aku akan menderita perut tmpt czer tu. jadi suh laa incik fidi brenti kt mana2 RNR.
tapi hampehnya bila semua RnR penuh ngn org2. apesal ni? adakah aku balik tarikh hari raya? semua ramai. tandas ramai, tempat makan ramai. plak tu ngn ujan lebat. dugaan sungguh. dh pkl 8 mlm, Ipoh pun kami tak lepas lagi.jem tak sudah2. sampai nk dekat Ipoh baru tak de jem. rupernya ada eksiden. tapi eksidennya aku rasa berlaku petang lagi kot sbb bila sampai kt situ dh tak de ape2 pun.
terus aku ckp ngn incik fidi. aku dh tak bleh nk teruskan perjalanan lagi. kelate masih jauh lagi. perut tempat czer aku dh rasa perit2 sbb duduk terlalu lama dlm kete. mintak tolong ngn dia berenti je kt Ipoh, kita cari hotel. tido semalaman dan esok pagi baru gerak.
nasib laa incik fidi sgt sgt memahami. masuk je Ipoh terus cari hotel. rupernya hazab tak habis lagi. semua hotel penuh. mulalah rasa nak mencarut2 hahahaha. apekehel nih? aku rasa give up sgt. mujur tak meroyan dalam kete. ada jumpa hotel yg mcm rumah hantu pun ada. hotel mcm jual 'ayam' pun ada.
dgn bantuan GPS dl mhenpon, aku try google hotel yg layak utk family aku stay. last sekali kami pegi Hotel Seri Malaysia. harapan aku biarlah ada available room. sbb badan dh penat, perut dh lapar, mata plak dh rabak.alhamdulillah, ada jugak kosong walaupun hotel dh dibooking oleh 1 organisasi ni sbb dorang ada meeting ke apekebenda ntah.
igt kan bleh bersenang lenang tekan loceng lif dan tido terbaring di atas katil. rupernye aku baru tahu Hotel Seri Malaysia memang tak de lif eh? dh laa dpt bilik tingkat 1. sape nk dukung aku nih. tangga dh laa kemain tinggi satu-satu tu. kenapakah banyak btl dugaan aku pada hari tu?
incik fidi lagi kesian aku tengok. dengan badan letihnya. dgn kepala otak letih. yelah sape tak letih nk drive dlm keadaan mcm tu. lps tu tengok bini yg naik tangga mcm siput sedut. aku dpt bayangkan dia nk dukung aku waktu tu hahahaha.
lepas menempuh azab tangga, aku berjaya membaringkan diri atas katil. fuhh lega ya amat. terasa jugak la tempat czer tu. tp bila emak tny, sakit ke tak? aku jawab tak sbb tak mahu susahkan hati dia. agak2 dh rabak btl baru aku nak bgtau dia. setakat sikit2 ni peram dalam hati jer lah.
kitaorg mmg flet giler. incik fidi terus order nasi kt hotel tu jugak. room sevice. tak larat dh nk keluar cari makan bagai. fuyoooo baru 4 hari beranak, aku dh belasah chicken wings. sedap woih.
mlm tu tido laa kami charge bateri baru. esok pagi dgn cuaca yang baik, hati yg ceria baru nk berangkat pulang eceh.
kesian aku tgk mak. badan dia penat tp bila tny, x pelah...mok cekak lagi. ish mok nih..
masing-masing baru tau nk senyum pagi tu. sbb dh rasa bertenaga dh.
hebat adik Aqeel. kecik2 lagi dh tido hotel. malam tu dia merengek laa jugak. aku dh risau kot bawak budak kecik ni. yelah takut jumpa hantu je hehehe. nauzubillah.
yeahaaa kami sudah berempat. anda bila lagi? eh.
mak masih kelihatan muda. tips please!
1. mandi ngn air timun yg telah dikisar halus.
2. mandi ngn teh cina. pegi beli kt kedai ubat cina. dia akan bagi lima peket. maknanya ko kena mandikan baby selama 5 hari berturut-turut.
3. susukan baby (breastfeeding) sekerap yg mungkin.
aku buat semua tu. alhamdulillah sekejap je turun kuningnya.
ohhoiii anak jate kawe nih.
dalam kete adalah huru hara walaupun dh dimulakan dgn pgi yg ceria. sbb aleesya ni kejap2 nak duk atas riba aku. no no no...
mak pun dh bleh tersenyum. akhirnya sampai jugak kt kg lepas mengambil masa hampir dua hari perjalanan. adik aqeel pun beres je sepanjang perjalanan. dia bantai tido dan berak je.jadi aku tak leh bayangkan lagi kami hanya empat beranak je pulang ke kampung. aku rasa haru biru kot. tengoklah. nnt nak suh incik fidi transformkan kete dia jadi dewan serbaguna. luas cikit aku nk handle anak-anak.
2 love purple:
Memang dugaan..nak menguji iman. Asalnya sebab taknak panjat tangga..tetap juga kena panjat tangga.
itu lah...nk lari dr tangga. tp terjumpa tangga jugek.
Post a Comment