seingat aku sejak kecik lagi kot aku tak suka bergaul ngn orang sangat. memang sesuai sangat duk dalam hutan hahaha. klu kecik-kecik dulu, mak ajak pegi umah orang tu orang ni kt kampung, memang aku akan sukarela utk tidak mengikut. malas mek.
kesannya...sampai sekarang aku tak kenal dan nama orang-orang kampung. jangan tanya aku hahahah.
jadi sampai dh besar, kawen dan beranak pinak aku masih tak suka bercampur dengan orang sekeliling. sbbnya inilah...
masa sebelum aku beranakkan Aqeel dl, ada sorang kakak kat umah aku ni tetiba jumpa aku. sebelum ni ada laa cakap ngn dia sekali sekala. senyum bila terserempak memang selalu.
kita panggil dia kakak A lah. kakak A ni penah ajak aku join Cosway. no no no aku tak minat jenis direct selling. sebab aku tau memang tak laku kalau aku jual. jadi bila aku menolak tu, dia ada laa bermasam muka bila terserempak ngn aku. ok fine.
dan terbaru (sblm beranak Aqeel), dia jumpa aku n nak mintak pinjam duit. katanya nak bayar sewa umah. agaknya sewa umah dh tertunggak-tunggak laa kot. aku pun tak tahu sbb tak penah ambil tahu pasal orang.
tapi kakak A minta masa salah timing. aku tak de duit sebanyak itu pada masa itu. jadi aku kata laah aku tak dapat tolong.
aku ada satu prinsip, aku takkan mintak duit incik fidi kalau bab2 macam ni.
jadi bila aku kembali lepas berpantang kat kampung, ada sorang lagi kakak kat blok umah aku ni menyampaikan berita yang menyakitkan hati dan menyakitkan telinga.
kata kakak A pada kakak yang tolong sampaikan kat aku tu, " Gitulah fiza. orang senang memang macam tu. nk minta tolong pun tak bley".
hello akak, klu saya senang, saya dh beli umah yang rege RM1.6juta tepi tasik Bangi tu. skrg ni hidup kami anak beranak skdr cukup2 makan jugak pun.memang ada ketika kami senang skit. tp masa akak minta tu dh memang saya tak de duit. takkan saya nk pinjam kat ahlong plak semata-mata nak bagi kat akak.
inilah salah satu sebab aku tak suka nak bertenggek tepi beranda ke tangga ke semata-mata nak bersembang dan beramas mesra dgn org sekeliling. baik aku duk diam dalam umah je.
Saturday, January 5, 2013
ada sebab mengapa aku tak suka bergaul dgn jiran tetangga
Posted by purple_lav at 11:06 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 love purple:
hahaha...lawak lah ahkak iteww...nt kim salam sy dekat dia yea, dah nk pinjam duit org, menjoyah pulak buat cerita cenggitu...huhuuu
#ai pon belom beramas mesra lagi dengan jiran sbelah umah ni, senyum2 begitu sahaja..masing2 pakat dok bekurung jek lam rumah...AMAN ;)
memang lawak sampai rasa nak napar hahahaha...
rasanya jiran depe umoh jah laah bleh beramas mesra. yg lain2 tak perlu kot. semak! hahahaha
eeeiii..tak sukanya makcik2 kepochi yg suka bergosip camtu. Kalau kita yg jd bahan bualan, panas jugak hati rasanya..
emi : memang sangat tak suka!
Post a Comment