? ??????????????Last Beat? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??3401 Grabs Today. 6923 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Colorful Twist? ????? ?? ???Rating: 4.5 (66 Ratings)??2360 Grabs Today. 28501 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, July 14, 2011

jalan- jalan episod 2: lost world of tambun

pertama sekali nak cakap gambar adalah tunggang langgang. ntah...bila upload suma kelam kabut jadinya. so cerita akan berdasarkan pada gambar. harap korang paham-paham je lah.

lepas check out dari Tower Regency Ipoh, terus zass cari kedai makan. lapau lor. hotel ada laa bagi kupon b/fast tapi untuk 4 orang je. sangat tidak adil untuk melantak 4 orang sahaja. keputusannya jom makan kat luar.

jumpa laa kedai macik ni. sodap dan murah ...kot hehehe tak tau sbb incik fidi yang pegi bayar. lepas perut kenyang terus menuju ke destinasi...Lost World Of Tambun.

dari Ipoh ke Lost World of Tambun dekat je, tak sampai kot setengah jam..

keadaan adalah bersesak macam sardin. ramai laa plak orang. tapi belasah je nak oiii...


yea! gambar bertiga paling cung hahahaha. tiada lagi angel senget benget. sumer masuk. tak der yang sekerat2.

wajib amik gambar depan ni sbb kat situlah logo terbaik yang ada. kalau tak orang tak tau plak kat mana ni kan. sumer tu adik beradik incik fidi.
aleesya berlenggeng je tak pakai kasut. tertinggal dalam kete. semenjak beranak satu ni cepat sangat terlupa. itu termasuk sekali terlupa nak bawak baju kering untuk incik fidi. terpaksalah incik fidi cover tetek ngn perut guna towel hahahahahah.. ampunkan macik!

bila dapat lepas dia cenggini rasa lega sangat. mana tak nye klu berdukung, aku rasa nak putus tangan. itu yang pejam mata je walaupun tak der kasut, tak larat nak tahan sakit tangan.

kakak ipar yang tengah membuyong. tahniah kepada kaktie sbb sedang mengandungkan anak kedua. sekarang dah masuk 5 bulan kot ( hehehe tak pasti dah bape bulan tapi rasa2 dah 5 bln) huhuhu indahnya saat mengandung.
ades kesian plak tengok adik ipar aku ni. gigih tu tiup pelampung anak sedara. ohh disebabkan pelampung ni terlampau comel, ia menjadi rebutan aleesya. huhuhuh dah dah ibu dah beli pelampung lain. jangan berebut.

emak dan bapak mertua ku yang setia melayan karenah anak-anak, menantu dan cucu. huhuhuh

kalau keluar dengan keluarga incik fidi, tak yah risau sangat dengan aleesya sbb ramai yang tolong jagakan dia. hehehehe. terima kasih bebanyak kepada adik-adik ipar ku. jasa kalian amatlah kakja suka hehehehe

see...see...femes anak aku....


nak masuk Lost World Of tambun kena ada kod pakaian. kalau boleh nak pakai baju yang dua dari kiri paling atas tu. tapi ada yang bertempiaran lagi plak hehehe..jadi pakai je lah yang mampu.

eh nape dia lukis seluar panjang tak dibenarkan pakai? habis tu takkan nak pakai seluar pendek dengan tudung plak kan?
rege yang ........ ko pikirlah sendiri. hehehe.

tu ....tu.....ibu tu.....

memang aleesya suka sangat dapat berendam macam ni. dia kan suka ngn air. yang tak bleh tahan tu tak nak orang pegang. ayoooo...mana bleh sekali terselam, lemas laa ooo...

masa ni pening nak layan aleesya. mula2 berebut pelampung ngn sepupu dia, dah pegi beli tak nak plak. lepas tu tak nak duk dalam pelampung. nak berenang sendiri.kalau pandai berenang bleh la jugak...dan dan tu jugak rasa nak hantar aleesya masuk kelas berenang...
hahahaha memang berangan laa pija oiii..sebelum anak pandai berenang, kasi ajar dl ibu dia ni....

nasib baik incik fidi ni rajin nak melayan kan. jadi aku bleh laa amik gambar banyak2 skit. tapi memang aku perasan sejak ada anak ni, dah kurang ckit aktiviti bergambar secara tak sedar. mana tak nye, mana nak dukung anak lagi, mana nak korek beg cari kamera lagi. jadi, baik lupakan saja.

susah nak bergambar sbb sibuk nak main air.

lepas dah penat main air, bagi susu sebotol terus tido. huhuhu penat sangat laaa tu. terima kasih mek sbb tolong jagakan aleesya. sbbnye aku lepas tu sambung lagi. pegi main pelampung besar punya ngn incik fidi.

sempat jugak laa merasa air kolam setitik dua. giler...lemas wei...

olololo comeynya.....adik sapo laaa ni?

untuk orang-orang berusia (hahahahahaha) silalah berendam dalam kolam air panas ni. untuk bagi rileks urat-urat yang dah tegang tu...

nor n na...jeles tengok dengan dorang sbb masing-masing badan kerempeng je.. bila kakja nak badan kecik macam korang ek?....umpama mimpi dalam mimpi je lah

hohohoho terernyos dia....

saphira's lair adalah kolam air panas...untuk pemberitahuan....
ok lepas ni kita sambung cerita pegi cameron highlands plok ye

Tuesday, July 12, 2011

jalan-jalan : Episod 1

 hari jumaat lepas adalah Hari Keluarga incik fidi. planning asal nak makan angin tempat lain, last2 berubah dan menuju ke Ipoh. orite.....Ipoh kami Mali...

tapi kesian sangat kat incik fidi. dari Penang dia turun Bangi, amik aku ngn aleesya untuk balik kampung. lepas tu tido semalam terus ke Ipoh plak. lepas tu terus ke Cameron Highlands plak. aduhai kesian tol pacik tu. tak cukup rehat...

apa2 pun gembira bila tengok keluarga incik fidi seronok sepanjang percutian nih.

ok ok meh nak citer kronologi perjalanan kitaorang. kitaorang gerak dari kampung dh pkl 11 pagi. sampai Ipoh dh petang. tapi blurina sbb tak tahu nak stay kt ner. aku try2 contact hotel kt sana dan akhirnya dapat kt Tower Regency, Ipoh.

not bad laa harga kat sana. hihihih kitaorang amik apartment 2 bilik. memang kecik skit laa keluarga besar tapi sepanjang kat sana adalah super selesa. tak yah duk risau2.

 incik fidi adalah over sbb dia masuk2 jer terus terjah bilik dan berselimut. apalagi budak2 kecik ni mengikut je lah. lagi2 si Aleesya tu, memang ekor incik fidi. mana incik fidi pergi dia ada. dan ada ekor terbaru aleesya plak, sepupu dia, Balqis...anak abang incik fidi.

dorang ni dah kamceng. dulu kecik2 tak berapa nak rapat sbb aleesya tak pandai nak jalan sumer lagi. sekarang ya ampun. bising dengan mulut dorang je. elok laa sbb dua2 tak pandai cakap bahasa melayu lagi, duk belasah cakap bahasa perancis. tau2 dorang gelak. hanya dorang je lah yang paham.yang tua2 ni tak yah nak menyampuk sangat cakap dorang hehehe.

 wajib posing kt beranda. amik angin petang kt Ipoh. tapi kena pegang elok2 Aleesya tu sbb dia asyik nak menjulur kepala ikut palang besi tu jer. bahaya wey...

 incik fidi feeling ada anak dua orang. sorang kakak sorang adik.

 eh ingat incik fidi je bleh feeling ada anak 2 orang. aku pun blehhhh.....tengok laa Aleesya tu tak duk diam langsung. kalau nak banding ngn sepupu dia tu memang ibarat langit dan bumi. sorang lasak sorang baik2 hehehe.

 apalagi, masa untuk melenjan katil yang ada. gasaklah budak2 asal duk diam. tu blum lagi aktiviti melenjan segala almari yang ada dalam apartment tu...

ni plak aktiviti berendam dalam tab. aduyai....pening kepala mak nak oiii. aleesya seronok laa sbb dia memang suka main air. kalau mandi tu tak sah berjam-jam. ni plak ada geng lagi laa suka..



incik fidi laa jadi mastermind. dia lah isi air dalam tab, dia lah tukang jaga, dialah tukang selamatkan budak2 ni kalau lemas. ibaratnya dia lah semuanya....pastu dia lah jugak pujuk aleesya keluar dalam tab tu hehee. tak koser klu suh aku...

 hambik muka gemuk. tapi tetap nak menempel jugak gambar ni sbb nak tunjuk no bilik hahahah motip sesangat. ooh kalau korang perasan ada parut kt hidung aleesya. itu adalah cop mohor terbaru. budak ni tu yang aku tak berapa nak harap bila dia jalan sorang2. ni pun sbb dia nak menoleh ke belakang, tau2 dah tersembam kat jalan tar. ala aleesya dah tak cung ah pasni..

ok dah nak balik dah ni. masing2 memang beg sorang satu. jadi silalah angkat beg masing2. kesian plak kat bapak mertua aku...hihihih


bergambaran masa baru sampei.

malas dah nak naip. tunggu je sambungan episod 2 plak ye.

Wednesday, July 6, 2011

nama saya faten aleesya mohd afidi


tetiba nak tempek gambar ni....gambar lama hasil nukilan mastura hihihih

sebelum demam teruk hari tu, aku pegi klinik, nak cucuk aleesya utk setahun setengah. punyalah lama postpone. tarikh doktor bagi adalah 22 Mei 2011. pegi cucuk adalah 4 Julai 2011. tengok kemain lama gap aku buat hahahahaha (gelak jahat)

nak buat camno, asik kebizian je. bukan bizi sangat pun, saje buat2 bizi. pastu malas nak pegi klinik sbb dh tahu mesti aleesya melasak tak hinggat. mak tak larat oke.

tapi kelmarin pegi jugak, sbb kalau tangguh2 kang terus terlupa.

berat aleesya naik skit je. sekarang 11.8kg. memang aku tengok dia kurus pun. lengan ngn peha dh tak sedap utk digigit lagi. makan susah budak ni. suap dua mulut terus dah paling muka nak pegi main.

masa cucuk tu, dia tengok laa doktor letak jarum kat lengan dia. pastu bila jarum masuk tu dia tak nangis lagi, tapi bila ubat masuk, nangis. huhuhuhuhuhu. mujur kejap je. pastu sibuk nak main menan atas katil doktor. ayooo aleesya buek malu je.

doktor cakap aleesya ni terlebih tinggi. biasa budak baya2 dia tak der lah tinggi sangat macam dia. ntah aku pun tak tahu dia dapat genetik kat mana. nak kata aku, dulu kecik-kecik aku katek. incik fidi tak tahu lah, tapi normal lah. agaknya sbb mengandung dl aku suka minum susu kot. terlebih kalsium dah..

yang bestnya bila check up kat az zahrah ni ada je buah tangan doktor bagi. penah dapat menan yang gantung dalam kete, penah dapat towel, susu memang selalu dapat, pastu kelmarin dapat menan macam buku tapi kain bukan kertas. oke lepas ni nak check up kt hospital tu sll lah.

oh ya, aleesya sekarang dah pandai pakai seluar sendiri. bila tukarkan pampers, tak yah kelam kabut nak pakaikan dia seluar sbb dia akan pakai seluar sendiri. tapi kena betulkan balik laa sbb mesti seluar sangkut tang pampers. yang part tu tak lepas lagi hehehehe.

gigi geraham pun dah keluar. lepas ni aleesya dah tak payah kunyah pakai gigi depan la ek. ni tak sll ibu ngn ayah gelakkan aleesya time makan sbb kunyah pakai gigi depan.tu pasal bila dia makan nampak comel hehehe.

hoyeh! dah habis dah sesi cucuk mencucuk. bak kata doktor, aleesya dah bleh masuk sekolah. yea!!!!

eh cepat nya..jangan besar cepat sangat aleesya...

Tuesday, July 5, 2011

titisnya air mata

hari khamis lepas aku ngn team majalah pergi ke Johor Bahru sempena Pencarian Chef. duk kt hotel horror tapi mewah kat dalam hehehe...ok ok laa hotel tu. lokasi pencarian chef kali ni adalah di Kempas.

aku sebenarnya nak pegi Batu Pahat. kenangan wooo tempat tu.yang tengok Summit, nak lalu Sri Gading dan nak singgah KuiTHHO. ters terbayangkan insan yang seiras Yasin Senario hahahahha lawak lawak...

ok berbalik pada tajuk kat atas, apa plak berair mata ni dengan lawaklawak kan. cengini...sehari selepas Pencarian Chef, kami ada lagi satu aktiviti iaitu aktiviti kerja amal bersama anak-anak istimewa yang cacat penglihatan.

masa dorang turun dari bas, aku masih lagi steady dan bawak dorang ke meja makan.masih lagi berupaya bercakap dgn dorang. tp selepas sumer duduk dan menunggu utk makan-makan...aku rasa nak pecah dada tahan sebak. tetiba tak leh tengok muka budak2 tu sumer. macam2 pikir...

cepat2 aku lari, tak nak bagi bos aku nmpk.kang kata aku tak buat keje, duk menangis je...penat wooo nak cover line tak nak bagi air mata menitik...

aku pegi laa buat2 belek beg laa, buat2 belek apa yang ada atas meja. tup tup budak tu kena buat persembahan. korang tau lagu apa dorang nyanyi? DI PONDOK KECIL....waaaaaaa...nape dik, nape....nape pilih lagu sedih2 macam ni.

pastu sambung plak lagu sedih lagi satu...huhuhu aku memang langsung tak dgr dah masa tu, mana tak nye air mata dah berjurai2...

lps tu, kitaorg kena layan budak2 ni makan. ayooo...aku ni dah laa air mata air hingus tgh laju keluar.mcm mana nak sendukkan dorang nasik? korang bleh bayangkan tak macam mana keadaan aku masa tu.

masa tengah melayan buh nasik, buh lauk tu banyak kali jugak aku tersasul. sll tercakap, "meh ibu buatkan"....ters macam terigt kan aleesya. yelah biasa buh utk aleesya. ayooo kenapa perlu ada asgmnt mcm ni?tsk tsk tsk...

lama jugak aku nak redakan sebak kat dada. yelah nak kena tgk dan layan kanak-kanak istimewa ni, aku rasa macam tugas berat sgt. aku tak leh tgk sumer ni. rancangan Bersamamu pun aku beria menangis, ni lagi laa real depan mata. ah tak yah ckp rancangan dalam tv, doktor tanya aku sakit apa bila aku g klinik pun aku dah jadi ratu air mata.

sesungguhnya aku rasa amat bertuah kerana dikurniakan deria penglihatan yang terang (walaupun terpaksa pakai spek) sbb bagi mereka yang hidup dalam kegelapan, tentu sukar utk mereka melalui setiap detik kehidupan. apatah lagi budak2. mereka amat amat perlukan bantuan untuk teruskan perjalanan mereka.

lebih menyedihkan lagi bila ada antara mereka anak yatim piatu. ya allah sungguh hebat dugaan kepada insan sekecil itu.aku rasa amat bertuah apabila dibndingkan dengan mereka.

ok ok aku rasa nak menangis dh sekarang. diharap nanti dh tak der asgmnt mcm ni. aku tak sanggup....

Tuesday, June 28, 2011

kau raja hatiku

sapekah raja di hati ku itu???kereta kah?? incik fidi kah? eh incik fidi memang raja di hatiku sokmo2. itu memang tak boleh ubah. tapi ada satu lagi raja yang memang bertakhta kat hati aku musim ini.

raja kali ni dikenali sebagai durian. memang laa durian kan raja buah hehehehe jangan marah ye...

hari ahad lepas, balik je dari taman tu terus singgah beli durian kt tepi jalan. harga masih lagi mahal nak mampus. aku tak paham laaa nape harga durian jadi mahal bila kat bandar. kalau kat kampung, sebakul pun bleh harga RM1 tau. silap2 hari bulan, dapat free je sebakul tu.

kelmarin kami berhabis duit sebanyak RM64 utk dua biji durian. eee mahal btl...tapi nak makan punya pasal, terpaksa tutup sebelah mata. nsb baik duyan dia sedap. memang elok sehingga menjilat jari.

semalam incik fidi pegi beli lagi. keluar berdua je ngn aleesya. masuk je dalam umah tgk aleesya duk gosok-gosok kaki dia. luka. rupanya dah bergesel dengan kulit durian masa incik fidi dukung nak naik ke rumah. alaaaa sian anak ibu.

kali ini incik fidi tiga biji dan harganya masih mencekik leher. mahal tak masuk akal. ada laaa sampai 100 jugak semalam. bila bukak, isi dah berair2. waaaaaa.....rugi rugi rugi....

tak sedap langsung kali ini. tetapi memandangkan aku ni penggemar tegar buah durian, aku nak buat pulut. makan ngn santan memang sedap jugak tu.

semalam aleesya pun makan banyak jugak. ingat lagi masa awal2 dulu, dia punya tak suka durian...asal sua je kt mulut dia bertempiaran lari.agaknya tak senang dengan bau kot. sekarang try sua kat mulut dia, mesti dah nganga luas-luas. hihihih

Monday, June 27, 2011

tajuk siaran ulangan : bersiar-siar di taman...:)

sekarang ni rasa dah malas nak menapak di dalam shopping complex.(tipu) hahaha malas sbb tak larat nak layan suasana dan budak kecik tu. lebih baik bersenang lenang kt umah layan DVD dan astro first. lagik best.

incik fidi plak beli DVD best-best. pandainyeee abang. hehehe tetiba kan.

tapi kalau tak keluar kesian plak kat anakku tercinta tu. petang tu incik fidi tanya nak ke mana kita hari ni? incik fidi suka sangat tanya bini dia. ce pikir sendiri haahaa..ok ok kita ke taman sajork. lebih senang kan.

ok taman time!


tengok tengok...bukan reti nak jalan...lari jeee....penat nak mengejar laa. ibu bukan fit pun badan ni.

 happy sesaja padahal tak de pape pun. cuma jalan2 gitu. nak pegi yang tempat gelongsor tu sumer ramai sangat. macam biasalah aku kan tak yakin kt diri sendiri pasal keselamatan anak ni. jadi main laa aleesya sorang2 diri.
 nampak macam tak der orang kan....tapi sebenarnya ramai eh. nak cari parking pun susah. dulu-dulu masa aku dtg tak der lah ramai ssangat kot. tapi kali ini memang sana sini ada orang je.

pompuan preggy pun ramai. terus rasa rindu nak memboyot kembali.
 incik fidi berlagak macho...
 faten aleesya yang berlagak anggun hihihi...tapi versi mulut muncung

 kesian kan dua beranak ni. duk main laa lembu spring ni. dah tak der mainan lain yang bawak. igt nak bawak basikal tapi malas plak bawak turun ke bawah.seksa tau duk umah bertingkat gini. kalau ada basikal barulah puas kot aleesya ni. biasa duk tolak dalam umah sekangkang kera tu jer.

 inilah padahnya pakai skrit pegi taman. habis calar balar lutut. aleesya kadang-kadang terover excited. asyik nak berlari je. bila dah laju tu sll plak tersadung.

tak pe lah ca..nnt ibu pakaikan suar jeans ek dtg taman. biar rabak seluar jangan calar itu lutut.

 cubaan nak amik gambar bertiga. benci ah tgk bentuk muka bila pakai tudung ni. kena beli tudung lain ni...

sekian sahaja cerita di hari minggu. aleesya kena tinggal lagi minggu ni sbb ibu dia kena pegi Johor plak. sabar sabar sabar....itulah perkataan yang sll diucapkan.

Thursday, June 23, 2011

mulut muncung, tangan kt bibir dan hembus

cer korang buat macam yang aku sebut tu? apa bunyinya anak-anak sekalian. ye, bunyi fuh! nak tau plak gayanya macam mana?

fuhhh....bagi flying kiss yang boleh terbang sampai beribu batu. wah, klas uols..

budak ni dalam gambar memang nampak manja n cute. tapi kalau kt luar subhanallah. skrg ni pun dia tengah ketuk kepala aku guna botol susu.

aleesya!!!!!

tapi aleesya memang gud girl.dah boleh diharap.boleh disuruh buat apa2. yang dia tengah ketuk kepala aku ni sbb aku tak hiraukan dia.sibuk update blog hehehe

jangan marah yee sayang! hehehe