? ??????????????Last Beat? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??3401 Grabs Today. 6923 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Colorful Twist? ????? ?? ???Rating: 4.5 (66 Ratings)??2360 Grabs Today. 28501 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, July 12, 2011

jalan-jalan : Episod 1

 hari jumaat lepas adalah Hari Keluarga incik fidi. planning asal nak makan angin tempat lain, last2 berubah dan menuju ke Ipoh. orite.....Ipoh kami Mali...

tapi kesian sangat kat incik fidi. dari Penang dia turun Bangi, amik aku ngn aleesya untuk balik kampung. lepas tu tido semalam terus ke Ipoh plak. lepas tu terus ke Cameron Highlands plak. aduhai kesian tol pacik tu. tak cukup rehat...

apa2 pun gembira bila tengok keluarga incik fidi seronok sepanjang percutian nih.

ok ok meh nak citer kronologi perjalanan kitaorang. kitaorang gerak dari kampung dh pkl 11 pagi. sampai Ipoh dh petang. tapi blurina sbb tak tahu nak stay kt ner. aku try2 contact hotel kt sana dan akhirnya dapat kt Tower Regency, Ipoh.

not bad laa harga kat sana. hihihih kitaorang amik apartment 2 bilik. memang kecik skit laa keluarga besar tapi sepanjang kat sana adalah super selesa. tak yah duk risau2.

 incik fidi adalah over sbb dia masuk2 jer terus terjah bilik dan berselimut. apalagi budak2 kecik ni mengikut je lah. lagi2 si Aleesya tu, memang ekor incik fidi. mana incik fidi pergi dia ada. dan ada ekor terbaru aleesya plak, sepupu dia, Balqis...anak abang incik fidi.

dorang ni dah kamceng. dulu kecik2 tak berapa nak rapat sbb aleesya tak pandai nak jalan sumer lagi. sekarang ya ampun. bising dengan mulut dorang je. elok laa sbb dua2 tak pandai cakap bahasa melayu lagi, duk belasah cakap bahasa perancis. tau2 dorang gelak. hanya dorang je lah yang paham.yang tua2 ni tak yah nak menyampuk sangat cakap dorang hehehe.

 wajib posing kt beranda. amik angin petang kt Ipoh. tapi kena pegang elok2 Aleesya tu sbb dia asyik nak menjulur kepala ikut palang besi tu jer. bahaya wey...

 incik fidi feeling ada anak dua orang. sorang kakak sorang adik.

 eh ingat incik fidi je bleh feeling ada anak 2 orang. aku pun blehhhh.....tengok laa Aleesya tu tak duk diam langsung. kalau nak banding ngn sepupu dia tu memang ibarat langit dan bumi. sorang lasak sorang baik2 hehehe.

 apalagi, masa untuk melenjan katil yang ada. gasaklah budak2 asal duk diam. tu blum lagi aktiviti melenjan segala almari yang ada dalam apartment tu...

ni plak aktiviti berendam dalam tab. aduyai....pening kepala mak nak oiii. aleesya seronok laa sbb dia memang suka main air. kalau mandi tu tak sah berjam-jam. ni plak ada geng lagi laa suka..



incik fidi laa jadi mastermind. dia lah isi air dalam tab, dia lah tukang jaga, dialah tukang selamatkan budak2 ni kalau lemas. ibaratnya dia lah semuanya....pastu dia lah jugak pujuk aleesya keluar dalam tab tu hehee. tak koser klu suh aku...

 hambik muka gemuk. tapi tetap nak menempel jugak gambar ni sbb nak tunjuk no bilik hahahah motip sesangat. ooh kalau korang perasan ada parut kt hidung aleesya. itu adalah cop mohor terbaru. budak ni tu yang aku tak berapa nak harap bila dia jalan sorang2. ni pun sbb dia nak menoleh ke belakang, tau2 dah tersembam kat jalan tar. ala aleesya dah tak cung ah pasni..

ok dah nak balik dah ni. masing2 memang beg sorang satu. jadi silalah angkat beg masing2. kesian plak kat bapak mertua aku...hihihih


bergambaran masa baru sampei.

malas dah nak naip. tunggu je sambungan episod 2 plak ye.

0 love purple: