Saturday, June 4, 2011
mak borek anak rintik
tak sangka plak bila ada anak ni, dia pn ikut aku jugak, ayah dia je anti AF dalam umah ni.
kemain oke dia menari, bila part rancak tu dia pun kelam kabut sekali hahaha lawak laa.
ops abaikan umah ibarat tongkang kena tsunami tu hehehehe
Posted by purple_lav at 11:35 PM 2 love purple
Friday, June 3, 2011
anak ambang merdeka 2010
sejak dua minggu lalu, kita selalu terbaca atau tertengok dalam tv kes pembuangan bayi. nampaknya makin ramai bayi-bayi comel yang dibuang tanpa rasa belas ihsan.
yang paling sadis, bila aku terbaca tentang bayi yang dicampak keluar dari pangsapuri. subhanallah katanya bayi tu pecah kepalanya selepas dicampak. kalau baca apa yang ditulis dalam paper, tempat bayi tu jatuh tak jauh dari tempat pembuangan sampah.
agaknya mak bapak budak ni nak campak masuk dalam timbunan sampah, sayang tak sampai target. jatuh atas jalan raya. ya Allah.
dorang ni kenapa ek? bleh main campak-campak je budak. aleesya yang jatuh katil aku risau sampai berhari-hari, dorang bleh rilek jer.
dan kalau korang kira betul-betul, dengan kelahiran bayi luar nikah sekarang memang cukup tempoh masa musim mengawan dulu. ambang merdeka 2010. orang sambut merdeka, korang sambut zina. ya Allah.
bila laa anak-anak muda ni nak sedar. dah tahu benda tu salah, haram....tapi totap nak buat jugak.dah laa tu cukup sembilan bulan, buat dosa lagi.
Posted by purple_lav at 11:29 AM 0 love purple
Thursday, June 2, 2011
selesai sudah di Terengganu
eh abang mad, nak jadi saudagar buah tembikai ke? tapi tak bleh kot sbb tembikai yang abang mad pilih tu tawar laaa.....cari profesion lain k heheheh
sori gurau aja....
hebat sangatkah air tu abg zack oi? hahahaha. kalau berani beli semua air yang ada atas meja tu, mampu?
Posted by purple_lav at 11:43 AM 0 love purple
Wednesday, June 1, 2011
magik baru dari aleesya
korang boleh susun benda dengan mata tertutup?
aleesya boleh aje...sap sap soi katanya.....
Posted by purple_lav at 10:26 AM 1 love purple
Tuesday, May 31, 2011
aleesya buat show terhangat era ini
korang nak tau dia nyanyi lagu apa? Baby..baby laaaa....lagu apa lagi kan....tengok muncung-muncung mulut tu pun korang dah tahu kan.....
tak tahu lah ikut perangai sape ni. nak kata ibu, ibu fobia dengan pentas sejak zaman sekolah lagi. ayah kot.....ayah penyanyi ke dulu ek?
Posted by purple_lav at 4:49 PM 0 love purple
tangan aleesya terkena seterika panas
nak marah pun tak guna sbb dia budak lagi. tapi kalau dah lasak macam ni tak tahu lah aku...
kisahnya aku kat dapur, duk basuh botol-botol susu. dia plak diam jer dalam bilik. aku dah tahu kalau dia diam jer, mesti tengah buat keje...
tapi biasa kalau aku panggil nama dia, cepat-cepat dia menyahut dan datang terkedek-kedek kat aku.
tapi semalam dua tiga kali panggil, diam je. baru jer aku letak botol susu sbb nak jenguk dia, dah dengar dia meraung. berlari aku masuk bilik.
tengok2 dia dah sapu tangan dia. laaa...sejak bila plak ni pandai pasang suis sendiri? board seterika aku guna yang kecik, senang nak bersila kan. jadi memang aku tak bukak laa plug seterika tu. memang kt situ jer.
tau-tau dia dah bukak suis dan dukung iron tu gamaknya. dah berbirat tangan aleesya.
tengah hari tadi aku dah pegi Manjaku, beli Bio Oil. harap2 bleh hilang parut tu. kesian aku tengok.
Posted by purple_lav at 4:39 PM 4 love purple
Thursday, May 26, 2011
outstation lagi...
esok pepagi lagi sesudah subuh, aku dah bergerak menuju ke negeri keropok lekor. eh motip sebut makanan? tak lain laa nak mencekik sampai gemuk lagi hahahahah
ok serius. esok nak pergi terengganu.....na na na ganu kitooo. seperti biasa aku ke sana untuk program Pencarian Chef. lokasinya kali ini adalah di Tamadun Islam. macam biasalah aku tetap promote dalam blog yang sendu ini, jom laaa datang beramai-ramai ke lokasi yang disebutkan untuk memeriahkan suasana.
silap-silap hari bulan boleh mintak otograf aku. HELLO!!! bajet artis ke ape pija oiiii.....
aleesya seperti selalu akan ditinggalkan dengan babysitter dia. mujur aku dapat babysitter yang baik. kalau dapat yang meroyan macam mana? hahahaha...tu pasal aku nak ucap terima kasih yang tidak terhingga kat kak amy ni. sbb aku tau tak ramai yang sanggup jaga budak masa weekend kan.
kak amy, jasamu akan ku kenang sampai bila-bila. wink!!
Posted by purple_lav at 5:06 PM 0 love purple
















