? ??????????????Last Beat? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??3401 Grabs Today. 6923 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Colorful Twist? ????? ?? ???Rating: 4.5 (66 Ratings)??2360 Grabs Today. 28501 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, June 4, 2011

mak borek anak rintik

rata-rata member rapat aku dah tahu aku ni penggemar AF. ingat masa kat U dl, sanggup beli CD cetak rompak semata-mata nak tgk zahid. dan sebab penangan Zahid jugak, sampai terbawak2 dalam mimpi hahaha..

tak sangka plak bila ada anak ni, dia pn ikut aku jugak, ayah dia je anti AF dalam umah ni.

kemain oke dia menari, bila part rancak tu dia pun kelam kabut sekali hahaha lawak laa.

ops abaikan umah ibarat tongkang kena tsunami tu hehehehe

Friday, June 3, 2011

anak ambang merdeka 2010

sejak dua minggu lalu, kita selalu terbaca atau tertengok dalam tv kes pembuangan bayi. nampaknya makin ramai bayi-bayi comel yang dibuang tanpa rasa belas ihsan.

yang paling sadis, bila aku terbaca tentang bayi yang dicampak keluar dari pangsapuri. subhanallah katanya bayi tu pecah kepalanya selepas dicampak. kalau baca apa yang ditulis dalam paper, tempat bayi tu jatuh tak jauh dari tempat pembuangan sampah.

agaknya mak bapak budak ni nak campak masuk dalam timbunan sampah, sayang tak sampai target. jatuh atas jalan raya. ya Allah.

dorang ni kenapa ek? bleh main campak-campak je budak. aleesya yang jatuh katil aku risau sampai berhari-hari, dorang bleh rilek jer.

dan kalau korang kira betul-betul, dengan kelahiran bayi luar nikah sekarang memang cukup tempoh masa musim mengawan dulu. ambang merdeka 2010. orang sambut merdeka, korang sambut zina. ya Allah.

bila laa anak-anak muda ni nak sedar. dah tahu benda tu salah, haram....tapi totap nak buat jugak.dah laa tu cukup sembilan bulan, buat dosa lagi.

Thursday, June 2, 2011

selesai sudah di Terengganu

 Alhamdulliah....sumernya telah selamat dan selesai dengan baik. outstation ke terengganu menciptakan kenangan yang tidak mungkin dilupakan...eceh...

tapi terengganu adalah PANAS oke. macam panas masa aku balik kg hari tu. peluh betina jantan semua berebut-rebut nak keluar. kalau aku bawak aleesya ni mau penuh ruam kt leher dia.

macam biasalah kalau dah pergi terengganu memang tak sah beli kopok lekor. aku sendiri beli kopok hampir cecah Rm100 hahahah over kan...

lps tu hotel masa kitaorang menginap tu plak memang dekat dengan Pasar Payang. ades memang kenangan tempat tu. Bukit Puteri, Istana Maziah...sumer tu tempat masa kitaorang form 6 pergi buat lawatan.

masa tu incik fidi tengah meronggeng ngn orang lain. aku tengok dari jauh je hihihihi

masa ni tengah membeli akok. dorang2 tu sumer memang penggemar akok. aku je yg tak gemor hehehehe ntah laaa, nape bleh tak gemor makanan kenegerian ni. tapi tak pe, incik fidi gemor.

kenapakah baju aku kelihatan gelembung di perut tu? sedangkan aku mempunyai sixpack hahahahah

 eh abang mad, nak jadi saudagar buah tembikai ke? tapi tak bleh kot sbb tembikai yang abang mad pilih tu tawar laaa.....cari profesion lain k heheheh

sori gurau aja....
hebat sangatkah air tu abg zack oi? hahahaha. kalau berani beli semua air yang ada atas meja tu, mampu?

Wednesday, June 1, 2011

magik baru dari aleesya

korang boleh susun benda dengan mata tertutup?

aleesya boleh aje...sap sap soi katanya.....


tadaaaa...dengan mata yang tertutup, dengan mudahnya aleesya susun hanger dalam keadaan yang menegak di rak tv...

ha...korang mampu?

hanya aleesya je yang mampu hahahahahahha

Tuesday, May 31, 2011

aleesya buat show terhangat era ini

 aleesya ini sebenarnya senang sangat nak jaga dia. dia suka main sendiri-sendiri. ko biarkan je dia kat situ, memang dah dia buat keje sendiri. lagi seronok kalau korang lambakkan CD depan dia. aku pun tak paham nape suka sangat dengan CD?

tapi kalau ko tido, dia start dengki. kemain dia datang tepuk muka kita. selagi tak pedih tu selagi itulah dia tepuk. korang sanggup? hahahaha

seperti korang nampak, umah aku hanya ada meja makan stlye jipung je. dulu masa mula-mula kawen, berlagak. nak meja kecik je dengan alasan umah kecik. sekarang dah anak kecik baru tau susahnya ada meja makan jipung je.

bleh dia buat stage.....aleesya nak jadi penyanyi ke? tak payah laaa....banyak lagi benda boleh buat nak. ibu tak benarkan nyanyi-nyanyi ni.

kalau nak tau, itu lah port dia kalau main sorang-sorang. habis di sepahkan barang-barang yang ada. bekas ladybird tu pun dah bersepah barang dalam tu. dulu rajin jugak aku susun benda dalam tu. tapi dah naik muak aku nak kemas balik sbb tak sampai 5 minit dia dtg sepahkan balik. anak ooo anak....


korang nak tau dia nyanyi lagu apa? Baby..baby laaaa....lagu apa lagi kan....tengok muncung-muncung mulut tu pun korang dah tahu kan.....

tak tahu lah ikut perangai sape ni. nak kata ibu, ibu fobia dengan pentas sejak zaman sekolah lagi. ayah kot.....ayah penyanyi ke dulu ek?

tangan aleesya terkena seterika panas

adui kesian sungguh aku tengok tangan aleesya. semalam lepas kena pun aku asyik tengok tangan dia. jap jap aku tengok, jap jap aku tengok lagi..

nak marah pun tak guna sbb dia budak lagi. tapi kalau dah lasak macam ni tak tahu lah aku...

kisahnya aku kat dapur, duk basuh botol-botol susu. dia plak diam jer dalam bilik. aku dah tahu kalau dia diam jer, mesti tengah buat keje...

tapi biasa kalau aku panggil nama dia, cepat-cepat dia menyahut dan datang terkedek-kedek kat aku.

tapi semalam dua tiga kali panggil, diam je. baru jer aku letak botol susu sbb nak jenguk dia, dah dengar dia meraung. berlari aku masuk bilik.

tengok2 dia dah sapu tangan dia. laaa...sejak bila plak ni pandai pasang suis sendiri? board seterika aku guna yang kecik, senang nak bersila kan. jadi memang aku tak bukak laa plug seterika tu. memang kt situ jer.

tau-tau dia dah bukak suis dan dukung iron tu gamaknya. dah berbirat tangan aleesya.

tengah hari tadi aku dah pegi Manjaku, beli Bio Oil. harap2 bleh hilang parut tu. kesian aku tengok.

Thursday, May 26, 2011

outstation lagi...

esok pepagi lagi sesudah subuh, aku dah bergerak menuju ke negeri keropok lekor. eh motip sebut makanan? tak lain laa nak mencekik sampai gemuk lagi hahahahah

ok serius. esok nak pergi terengganu.....na na na ganu kitooo. seperti biasa aku ke sana untuk program Pencarian Chef. lokasinya kali ini adalah di Tamadun Islam. macam biasalah aku tetap promote dalam blog yang sendu ini, jom laaa datang beramai-ramai ke lokasi yang disebutkan untuk memeriahkan suasana.

silap-silap hari bulan boleh mintak otograf aku. HELLO!!! bajet artis ke ape pija oiiii.....

aleesya seperti selalu akan ditinggalkan dengan babysitter dia. mujur aku dapat babysitter yang baik. kalau dapat yang meroyan macam mana? hahahaha...tu pasal aku nak ucap terima kasih yang tidak terhingga kat kak amy ni. sbb aku tau tak ramai yang sanggup jaga budak masa weekend kan.

kak amy, jasamu akan ku kenang sampai bila-bila. wink!!