pertama sekali nak cakap gambar adalah tunggang langgang. ntah...bila upload suma kelam kabut jadinya. so cerita akan berdasarkan pada gambar. harap korang paham-paham je lah.
lepas check out dari Tower Regency Ipoh, terus zass cari kedai makan. lapau lor. hotel ada laa bagi kupon b/fast tapi untuk 4 orang je. sangat tidak adil untuk melantak 4 orang sahaja. keputusannya jom makan kat luar.
jumpa laa kedai macik ni. sodap dan murah ...kot hehehe tak tau sbb incik fidi yang pegi bayar. lepas perut kenyang terus menuju ke destinasi...Lost World Of Tambun.
dari Ipoh ke Lost World of Tambun dekat je, tak sampai kot setengah jam..
keadaan adalah bersesak macam sardin. ramai laa plak orang. tapi belasah je nak oiii...
yea! gambar bertiga paling cung hahahaha. tiada lagi angel senget benget. sumer masuk. tak der yang sekerat2.
wajib amik gambar depan ni sbb kat situlah logo terbaik yang ada. kalau tak orang tak tau plak kat mana ni kan. sumer tu adik beradik incik fidi.
aleesya berlenggeng je tak pakai kasut. tertinggal dalam kete. semenjak beranak satu ni cepat sangat terlupa. itu termasuk sekali terlupa nak bawak baju kering untuk incik fidi. terpaksalah incik fidi cover tetek ngn perut guna towel hahahahahah.. ampunkan macik!
bila dapat lepas dia cenggini rasa lega sangat. mana tak nye klu berdukung, aku rasa nak putus tangan. itu yang pejam mata je walaupun tak der kasut, tak larat nak tahan sakit tangan.
kakak ipar yang tengah membuyong. tahniah kepada kaktie sbb sedang mengandungkan anak kedua. sekarang dah masuk 5 bulan kot ( hehehe tak pasti dah bape bulan tapi rasa2 dah 5 bln) huhuhu indahnya saat mengandung.
ades kesian plak tengok adik ipar aku ni. gigih tu tiup pelampung anak sedara. ohh disebabkan pelampung ni terlampau comel, ia menjadi rebutan aleesya. huhuhuh dah dah ibu dah beli pelampung lain. jangan berebut.
emak dan bapak mertua ku yang setia melayan karenah anak-anak, menantu dan cucu. huhuhuh
kalau keluar dengan keluarga incik fidi, tak yah risau sangat dengan aleesya sbb ramai yang tolong jagakan dia. hehehehe. terima kasih bebanyak kepada adik-adik ipar ku. jasa kalian amatlah kakja suka hehehehe
see...see...femes anak aku....
nak masuk Lost World Of tambun kena ada kod pakaian. kalau boleh nak pakai baju yang dua dari kiri paling atas tu. tapi ada yang bertempiaran lagi plak hehehe..jadi pakai je lah yang mampu.
eh nape dia lukis seluar panjang tak dibenarkan pakai? habis tu takkan nak pakai seluar pendek dengan tudung plak kan?
rege yang ........ ko pikirlah sendiri. hehehe.
tu ....tu.....ibu tu.....
memang aleesya suka sangat dapat berendam macam ni. dia kan suka ngn air. yang tak bleh tahan tu tak nak orang pegang. ayoooo...mana bleh sekali terselam, lemas laa ooo...
masa ni pening nak layan aleesya. mula2 berebut pelampung ngn sepupu dia, dah pegi beli tak nak plak. lepas tu tak nak duk dalam pelampung. nak berenang sendiri.kalau pandai berenang bleh la jugak...dan dan tu jugak rasa nak hantar aleesya masuk kelas berenang...
hahahaha memang berangan laa pija oiii..sebelum anak pandai berenang, kasi ajar dl ibu dia ni....
nasib baik incik fidi ni rajin nak melayan kan. jadi aku bleh laa amik gambar banyak2 skit. tapi memang aku perasan sejak ada anak ni, dah kurang ckit aktiviti bergambar secara tak sedar. mana tak nye, mana nak dukung anak lagi, mana nak korek beg cari kamera lagi. jadi, baik lupakan saja.
susah nak bergambar sbb sibuk nak main air.
lepas dah penat main air, bagi susu sebotol terus tido. huhuhu penat sangat laaa tu. terima kasih mek sbb tolong jagakan aleesya. sbbnye aku lepas tu sambung lagi. pegi main pelampung besar punya ngn incik fidi.
sempat jugak laa merasa air kolam setitik dua. giler...lemas wei...
olololo comeynya.....adik sapo laaa ni?
untuk orang-orang berusia (hahahahahaha) silalah berendam dalam kolam air panas ni. untuk bagi rileks urat-urat yang dah tegang tu...
nor n na...jeles tengok dengan dorang sbb masing-masing badan kerempeng je.. bila kakja nak badan kecik macam korang ek?....umpama mimpi dalam mimpi je lah
hohohoho terernyos dia....
saphira's lair adalah kolam air panas...untuk pemberitahuan....
ok lepas ni kita sambung cerita pegi cameron highlands plok ye