? ??????????????Last Beat? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??3401 Grabs Today. 6923 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Colorful Twist? ????? ?? ???Rating: 4.5 (66 Ratings)??2360 Grabs Today. 28501 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, March 31, 2011

akademi fantasia dah kembali

gambar adalah diambil dari Google. ampun ye!

yea yea maknanya malam-malam ku nanti akan kedengaran suara-suara yang bergaduh nak tukar channel tv. hahahaha sah sah laa incik fidi tak suka AF. nak buat macam mana bini dia memang hantu AF. jadi kita tgk siapa yang menang..

rasa nak tgk AF kali ni membuak-buak jugalah sbb paknil kembali. aku suka paknil sbb gelagat dia kat pentas, tak kisah laa saper yg cakap dia hover. pada pandangan mata rabun aku yang berkuasa 300 ni, aku oke jer tgk paknil jadi pengacara. lagi happening ape!

harap pelajar AF kali ni menampilkan bakat dan bukan bersandar pada rupa semata2. sbb banyak juga pada musim yang lepas2, muka jer cun tapi suara ke laut. sori yeee....sbbnye aku tgk budak Idola Kecil menyanyi lagi hebat daripada pelajar AF (segelintir sahaja) maaf sekali lagi. itu adalah pengakuan ikhlas dari hati hihihih

jadi kepada incik fidi, kalau malam tu syg tak dapat tgk AF, tengok la bakul CD tu. mesti berlambak2 punya CD cetak rompak konsert mingguan AF hahahahaha. jadi kalau tak nak membazir duit, sila bagi bini kesayangan ni tgk AF. sekian....

* aku ni beria-ia jer tgk, nak suh undi memang kim salammmm!! tak koser nak perabihkan duit ikut situ, banyak lagi benda aku nak buat dgn duit gaji yang tidak seberapa itu hahahahahha

oh ye tak sabar jugak nak tgk Maharaja LAWAK.. vote for JOZAN. lagi sekali....aku tak kan undi pun hahahahaha

ulang lagu Awan Nano sampai lebam

skrg aku tgh kemaruk dgr lagu Awan Nano by Hafiz AF7. memang tangkap cintan sama ini lagu. jadi kepada rakan seperjuangan kt opis terutamanya yang berdekatan dgn meja aku janganlah rasa pedih telinga bila asik dengar lagu ni jer sepanjang hari wakakakaka

semalam pun incik fidi ada usha lagu ni. sekali keluar video clip dia. masa tu aku tengah lalok akibat ubat batuk. dia sajer pasang tv kuat2 supaya aku bangun tgk. sori le abang....walaupun lagu kegemaran tapi kuasa ubat mengatasi segalanya.

sori aku tak reti nak attach lagu dalam ni. jadi korang pandai2 laa search lagu Awan Nano yang tengah panas dipasaran skrg....

no more poco-poco

hari ni boleh baca paper dgn mata yang cerah. ooo baru tahu, mufti perak dah haramkan poco-poco. naper eh? sbb katanya tarian poco-poco ini dikatakan menyerupai amalan Kristian.

maknanya tamat lah hayat exercise kt opis ni...biasa klau pkl 6 petang lepas jer hbs waktu bekerja ramailah wanita-wanita cantik sibuk tukar baju dari baju kurung ke seluar track dan tshirt. tak lain tak bukan sbb nak bersenamrobik dan menari poco-poco yang dikatakan baik utk kesihatan.

tapi kalau dah diharamkan, tiada lagi laa poco-poco kt opis ini mahupun di mana-mana sahaja.

kalau ditanya pada aku, jawapannya senang sahaja...no komen sbbnye aku tak pernah join poco-poco. nak suh aku menari memang ke longkang laa jawabnye. kaki bangku katakan. oke lah sekian dari orang yang kuat batuk hari ini...

terima kasih incik fidi

baru boleh bersiaran secara langsung sbb aku baru baik dari demam. dah lama aku tak demam, sekali demam memang teruk jugak lah.

semalam adalah hari yang paling teruk. padahal aku demam dari hari sabtu lagi, tapi semalam merupakan kemuncak virus-virus duk berpoya2 dalam badan aku ni. langsung tak leh bangun, selera makan memang terus kecundang. dah tak der nak tgk cara aku makan macam membela. harap2 kurus lepas ni hehehe

penjagaan aleesya dan rumah terpaksa diserahkan seratus peratus kepada incik fidi. eh, boleh pun dia buat. boleh laa aku demam sekali sebulan hahahaha....

macam pagi tadi bangun tgk botol susu sumer dah basuh, baju pun dah basuh...dengan bilik2 air sekali dia pergi basuh. olololo sweet laa plak

skrg aku punya tekak rasa nak tertanggal. bunyi batuk macam duk dalam gua. bergema2. aku sendiri pun takut dengar batuk aku. sampai satu tahap takut nak bercakap sbb pedih sangat-sangat. tak pe ini sumer dugaan kecil utk aku...

kepala pun masih pening2....cepat2 laaa sembuh demam ni sbb minggu depan sudah mau outstation. nnt tak cun laa pegi outstation dgn hingus meleleh dan batuk koh koh ini...

Sunday, March 27, 2011

walaupun demam, makan tetap makan!

sejak dua menjak dapat kuman demam dari aleesya ni aku sendiri naik pelik tengok selera aku.
masa demam nafsu makan macam membela hahaha.

semalam paksa2 incik fidi pegi alamanda pergi beli BIG APPLE. sedap woooo. tapi mampu makan satu donat jer. tekak tak berselera sungguh.

lepas balik alamanda tu dengan keadaan yang sungguh lembik, dah rasa macam nak masuk wad...itu pun ada hati lagi nak keluar jenjalan, paksa incik fidi pegi beli sup tulang plak.tetiba jer tekak rasa nak makan sup tulang yang masih panas. sedapnya

tapi dua tiga kali hirup jer....

 yea hari ni, tekak mau rasa nasi beriani plak. jom kita ke JM Beriani House. sedap btl. tapi makan suku jer. selebihnya incik fidi perabiskan. itu pasal muka dia jadi macam tu.

 ye aku tau gambar ni blur. jap aku letak gambar cerah skit...

 ok bila tgk gambar ni korang kena rabun kan skit mata tu hehehehe...baru tak nampak skit double chin hahaha

 nyummy sedap wooo nasi beriani daging ni...kalau laa tak demam, mau mintak tambah

 yea sudah nampakkah sinar dimuka ku itu? hhaaaa nak tau sbb ape??
 incik fidi beli durian!yea yea tapi mahal nak mampos. 4 biji RM90. igt kitaorang ni dapat duit tersepak ribu riban ke???klu kat kampung sebakul tu baru RM5.

hasil rembatan. nasib baik sumer isi dia sedap2 belaka. nampaknya hari ni aku terpaksa skip makan ubat...

Thursday, March 24, 2011

kisah budak demam

 hari ni aku tinggalkan aleesya ngn pengasuh dia, sbbnye aku ada asgmnt hari ni. sori ye sayang. nnt petang ibu balik awal skit. itupun kalau tak jem. huhuhuh

semalam badan dia memang panas laa. aku langsung tak pakaikan dia baju. cuma pakaikan pampers jer. senang skit aku nak curah air hahaha. ye aku cuba sll basahkan badan dia. nampak kering skit, cepat-cepat aku amik towel lap satu badan. aleesya paling hepi bila aku perahkan towel atas kepala dia hehehe

 dah dia pun nak buat jugak. tapi memang basah kuyup laaa. nasib baik dia nak kita basah-basahkan macam tu. kalau tak nak buat macam mana.

sesi makan ubat adalah sesi yang amat mencabar. mana taknye menggelupur jer keje dia. siap tutup mulut pakai gigi lagi. haaa korang ada? memang susah giler nak masukkan ubat. last, amik peluang masa dia tengah menangis, tengah yang nganga luas2 tu lah aku picit masuk hahaha

sambil-sambil basahkan badan, layan video klip lagu stacy. siap menari-nari lagi. eh ini demam ke tidak?

last sekali dah tertido. mgkn kesan ubat kot. kain batik aku tu kan, dia tarik sendiri. mgkn sejuk kot. alahai sian anak ibu.

Wednesday, March 23, 2011

bersiaran dari rumah

hari ni terpaksa ambil cuti sbb tiba2 masa nak amik aleesya smlm, badan aleesya rasa dedar. dalam hati demam ke ni?

memang sah, pkl 8 mlm tu badan aleesya dah start panas. ayooo dah laa stok ubat dah habis. basahkan badan dia dan tuam ngn towel. masa tu asal minum susu jer keluar balik, minum jer keluar balik.

lps tu malam tu memang mencanak2 laa naik lagi suhu badan dia. tapi aku still tuam dia. aleesya plak memang tak leh nak tido langsung.

yang baiknye aleesya tak nangis, cuma dia kejap pusing kanan, jap pusing kiri. lepas tu balik-balik duk kiss aku hehehehe...ye sayang, ibu pun sayang jugak. macam kita yang tua bangka ni, klu demam mesti rasa tak selesa badan kan. gitulah budak kecik pun.

dia pun hari ni terbaring jer lah mngkn sbb pening kot. hehehe .tadi pegi klinik pun risau jugak sbb pergi berdua jer. incik fidi ada rehearsal kawad dia tu...nak tak nak macik kena berdikari hehehe. eleh kata wanita besi kan, small matter jer ni .(berlagaknakmampus)

ni aleesya dah tido lepas suap nasi dalam 4 suap je. oke le tu aleesya, dari perut kosong jer kan