Wednesday, August 29, 2012
Selamat Hari Lahir Abah!!!
Hari ni tanggal 29 Ogos, genaplah usia abah 59 tahun. hurm....semakin hari kita semakin tua. abah juga begitu. tak pe......aku selalu berdoa supaya abah dan seisi keluarga mendapat kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki. itulah yang selalu dipanjatkan kepada-Nya.
tapi ada kisah lucu jugak sempena hari bersejarah ni. aku memang dh igt dari semalam lagi hari ni hari lahir abah, cuma igt nak wish bila dah sampai opis pagi tadi. tetiba....belum apa2 mak dah call, cakap abah call dia cakap tak de sape pun yang cakap selamat hari lahir kt dia (berapa banyak perkataan cakap daa).
ololololo, makin sensitif kan jiwa orang2 tua ni. apalagi gelak sakan laa aku ngn mak. yang aku cakap mak patut ucap dl sbb bini kenn. yang mak plak cakap, aku kena ucap dl sbb tanggungjawab anak hahahahahah tak pe kita wish sama2 ye mak. hehehe
tetiba plak Along aku pun mesej. dah semua mesej aku ni nape. bukan ke patut mesej Abah hahahahahahhaha....
Apa-apa pun SELAMAT HARI LAHIR buat abah yang tercinta dan dikasihi sentiasa. Semoga Abah dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang hayat. Semoga Abah juga sentiasa menabur kasih sayang kepada kami sekeluarga. Dan semoga Abah sentiasa kuat menghadapi segala dugaan hidup. Kami semua sayang Abah. We All Love You!!!
Posted by purple_lav at 11:04 AM 0 love purple
Monday, August 27, 2012
Kisah Hari Raya Kami
untuk kenangan dan tanda ingatan, masa ni aku ngandung 30 minggu. :P
ni plak gambar ayah dan anaknya. klu rajin dan reti nak je aku crop gambar aku kat atas duk sebelah dorang ni. baru ada gambar bertiga + dalam perut sorang. yang penting aleesya jadi gud girl sangat masa hari raya hari tu. selalu sangat hilang depan mata aku. tau2 je mak2 sedara ngn bapak sedara dia bagi aku dalam keadaan bertuala dah, siap mandi bagai. bagus- bagus.tak de lah mak buyung ni tertonggek2 dalam bilik air mandikan anak dara nih.
ok nnt rajin ai masukkan dan citer lagi kisah hari raya next entry.
Posted by purple_lav at 5:22 PM 0 love purple
Wednesday, August 15, 2012
Terima Kasih Kepada Yang Memberi
tak buka lagi bungkusan ni sbb rasa nak bawak balik kampung. bagi kat mak. mesti dia suko hhehehe
beg berisi sampul duit raya yang ada karekter kartun Boboiboy, cokelat, cokelat lagi, dan apa lagi laaa ada dalam tu aku tak ingat sudah. yang penting masa bawak balik beg ni semalam, Aleesya laa kemain suko. kartun kegemaran yang selalu dipasang dalam kereta incik fidi. aku sendiri pun dah naik muntah tengok CD kartun ni sbb asik ulang yang sama. nampak gayanya kena beli CD lain plak.
terima kasih TV3 & Media Prima ...
ini plak dari ..............??? lupa hahahaha. teruk betul ingatan ibu mengandung ni. yang pasti kat sampul duit raya tu ada muka Zizan Razak & Kaka. dalamnye berisi biskut raya dan sampul duit raya.
Posted by purple_lav at 12:56 PM 3 love purple
Monday, August 13, 2012
rupa perut di kala 7 bulan
belakang aku ni memang sakit laaa. eh dia bukan sakit. tapi macam lenguh-lenguh. mungkin sebab duk menahan beban kat depan. masuk je pukul 9 malam aku dah merengse. duduk tak kena, baring tak kena, mengiring tak kena. ntah nape.
*gambar perut ketika kandungan berusia 29 minggu aka 7 bulan.
ok lah adios...selamat hari raya uolsss
Posted by purple_lav at 2:23 PM 6 love purple
Friday, August 10, 2012
bersahur dengan roti canai pulak
hari tu kan dah dapat burger, hari ni dapat roti canai plak kan hahahahahaha. sian incik fidi terpaksa melayan karenah ibu mengandung yang ngada-ngada ni.
aku sendiri pun tak paham. mengandung kali ini memang banyak songeh skit. tak der songeh bab lain pun, songeh bab makan je.
sebelum tidur dah terbayang roti canai panas yang dicicah ngn kuah kari + dhal. fulamak memang sedap laaa. terus ckp ngn incik fidi, masa sahur nanti nak makan roti canai. sila beli 2 keping ye incik abang. tengok gaya-gaya gergasi makan, tak cukup satu tu. nak dua jugak.
dan tak sangka, masa sahur incik fidi dh hulur roti canai dan ada bonus lagi, milo ais. ololololo bagus nye laahhh...tok laki sapo lah nih.
tapi agak keciwa skit bila aku kunyah roti canai tu, keras kejung ehhh...mgkn sbb dah sejuk skit. tak pe tak pe. yang penting dapat jugak rasa roti canai tuh. keras pun keras laaaa.....
Posted by purple_lav at 12:37 PM 0 love purple
Thursday, August 9, 2012
yea kourtney dah tunjuk gegirl baru dia!!!
*(selingan) eh nape hari ni rasa mcam lambat je masa berlalu. perut lapar sgt kot hari ni...
bila tengok muka anak kourtney ni, terus terbayangkan muka anak aku jugak. mungkin jugak muka adik ada iras kakak Aleesya??? yang pasti aku tak sabar nak tengok muka budak kecik yang kuat menendang ni.....tak sabar!!!!
Posted by purple_lav at 3:27 PM 1 love purple
Wednesday, August 8, 2012
Check up 7 bulan (28 weeks)
Semalam aku bertapa kt Pusat Rawatan Islam Az-Zahra tu. bertapa okeh. kemain lama menunggu. dh berakar-akar bontot rasa. bayangkan lah daripada pukul 8.45 pagi sampailah pkl 11.30 pagi aku duk menunggu. bleh bayangkan tak betapa lamanya.
rahsia aku supaya cepat jumpa doktor yang penah aku bagitau sebelum ni tak menjadi oke. sampai2 je aku tengok dah ramai umat. tau2 nombor giliran aku nombor 11. pitam!
yang adik dalam perut plak. awal-awal tu dia duk diam laaa. lps dah lama sangat dia pun reti nak memberontak kat dalam tu. tak pe tak pe dugaan di bulan puasa kot. mgkn semua orang free waktu pagi. tu pasal semua orang dtg awal pagi je semua.
ok berbalik kepada keputusan check up, hohohohohoh berat aku naik berkilo-kilo. aku sendiri terkejut tengok berat aku nih. tak penah lagi seumur hidup seberat ini. 67kg pada usia kehamilan 7 bulan. naik 3kg dari bulan lepas. korang congak sendiri klu dah sampai hari nnt berat aku berapa. takuit!
mgkn sebab selera makan aku dah bercambah-cambah dah ni. asik lapar je. w'pun bulan puasa, nafsu makan memang subhanallah. lps berbuka tu aku bleh tambah dua tiga round lagi duk ulang makan nasik. mana tak gems macam nih. jangan tak muat baju raya dalam almari tu dah laa. ada jugak yang pakai dress je di pagi raya.
ohhh walaupun sedar diri ini sudah sarat mengandung, aku tetap nak berbaju kurung di pagi raya. kenapa? sebab aku nak feel hari raya. klu pakai selain baju kurung lain skit feelnya. cuma adik beradik kena hadaplah aku macam sarung nangka nnt hahahahha
keputusan check up lain alhmadulillah baik-baik aja. kepala adik pun dah ke bawah dah. tunggu masa je utk dia masuk dalam laluan. uri pun elok je kat atas. oh berat adik baru 1kg. nampak sangat berat ibu yang over nih.
persiapan utk adik pun aku dah hampir nak siap. kira dah 80% laaa. sebab ape aku buat awal, senang nnt. yang ni pun aku dh tak larat nak jalan ke meronda cari barang, apatah lagi bila dah sangat-sangat sarat nnt. baju2 kakak aleesya yang sesuai utk adik pakai pun dh siap basuh semua dan packing dalam beg dia pun. senang nanti main angkut je.
cuma kena tambah beberapa barangan je lagi. macam set bersalin sumer tu. aku igt nak teruskan ngn leesa formula sbb aku rasa macam serasi ngn aku je (ikut pengalaman lepas). tapi itu tak beli lagi, tunggu bonus incik fidi hahahahaha.
Posted by purple_lav at 9:50 AM 4 love purple
Friday, August 3, 2012
DUE DATE
tadaa...kalau korang tengok gambarajah baby dalam bulatan kt sebelah ni, dah tunjuk lagi 88 hari lagi aku nak beranak. kalau korang terer boleh laaa congak sendiri bila due aku. tapi kalau malas meh aku nak citer, due aku 1 November 2012 ni.
tapi sebenarnya aku pun konpius jugak pasal due date aku kali ni. sebabnye klu ikut kiraan period memang 1 Nov tapi klu ikutkan scan (saiz baby) due aku terlambat seminggu, jadi 7 Nov. igt check up hari selasa ni aku nak confirmkan betul2 ngn doktor. nak ikut yang mana satu. klu beranak 6 Nov kan best, bleh sambut besday sama2 ngn ibu ye adik.
semalam lagi best, dapat due date baru. masa pegi bazar ramadan, ada sorang pakcik jual air kelapa ni tiba2 cakap, "Lepas raya ni beranak la,". eh pakcik awal sangat tu. sebetulnya lepas raya haji hehehe. besar sgt ke perut aku ni sampai pakcik tu bleh ckp lepas raya. tapi ada gak dua tiga orang budak opis cakap perut aku dh turun skit. hurmmm.....
Posted by purple_lav at 11:19 AM 0 love purple