motif sangat....hari lahir abah, tapi gambar semua orang nak masuk jugak heheheh. dah yang ni je dlm PC opis. maafkan saya ye...
Hari ni tanggal 29 Ogos, genaplah usia abah 59 tahun. hurm....semakin hari kita semakin tua. abah juga begitu. tak pe......aku selalu berdoa supaya abah dan seisi keluarga mendapat kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki. itulah yang selalu dipanjatkan kepada-Nya.
tapi ada kisah lucu jugak sempena hari bersejarah ni. aku memang dh igt dari semalam lagi hari ni hari lahir abah, cuma igt nak wish bila dah sampai opis pagi tadi. tetiba....belum apa2 mak dah call, cakap abah call dia cakap tak de sape pun yang cakap selamat hari lahir kt dia (berapa banyak perkataan cakap daa).
ololololo, makin sensitif kan jiwa orang2 tua ni. apalagi gelak sakan laa aku ngn mak. yang aku cakap mak patut ucap dl sbb bini kenn. yang mak plak cakap, aku kena ucap dl sbb tanggungjawab anak hahahahahah tak pe kita wish sama2 ye mak. hehehe
tetiba plak Along aku pun mesej. dah semua mesej aku ni nape. bukan ke patut mesej Abah hahahahahahhaha....
Apa-apa pun SELAMAT HARI LAHIR buat abah yang tercinta dan dikasihi sentiasa. Semoga Abah dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang hayat. Semoga Abah juga sentiasa menabur kasih sayang kepada kami sekeluarga. Dan semoga Abah sentiasa kuat menghadapi segala dugaan hidup. Kami semua sayang Abah. We All Love You!!!
Wednesday, August 29, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 love purple:
Post a Comment